Anda di halaman 1dari 8

Sosioekonomi Keluarga, Motivasi Ekstrinsik

Dan Kebolehan Membaca Murid Pemulihan Khas


a

Radziah Taris *, Muhammad Hussin


a

SK Lelaki Jalan Batu, 50350 Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, Malaysia
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 43600, Malaysia

Abstrak
Kemahiran
membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia untuk murid-murid sekolah
rendah. Kebolehan membaca amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan.
Murid yang tidak menguasai kemahiran bacaan akan ditempatkan dalam kelas pemulihan khas. Oleh yang demikian,
kertas konsep ini membincangkan tentang masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid
pemulihan khas. Kertas konsep ini menerangkan tentang dua aspek sosioekonomi yang mempengaruhi kemahiran tersebut
iaitu latar belakang pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa. Motivasi ekstrinsik pula dipilih kerana murid-murid
pemulihan khas terdiri dari kanak-kanak berumur 9 tahun dan ke bawah dan belum mampu memotivasi diri sendiri
(motivasi intrinsik). Kertas konsep ini juga mencadangkan pihak pengurusan
sekolah konsisten dalam
menggembeleng usaha mencapai matlamat membantu murid-murid pemulihan khas menguasai kemahiran membaca.
Manakala pihak ibu bapa pula hendaklah peka dan prihatin tentang pencapaian anak. Galakan dan dorongan kepada
anak -anak sangat penting dalam memastikan mereka termotivasi seterusnya dapat mencapai kecemerlangan.
Kata kunci : tahap pendidikan, tingkat pendapatan, motivasi ekstrinsik, kebolehan membaca dan murid pemulihan khas
Abstract
Reading and writing are the basic skills in Malay Language for primary schools student. Reading ability is utmost
important to achieve greater success in the future. Student which did not have the ability to read will be placed in the
remedial class. Thus, this concept paper aims to identify problems on reading ability among remedial classs students.
This concept paper explaining about the two aspects in sosioeconomic which influenced that ability, that is educational
background and parents level of income. Where else, extrinsic motivation was choosen since the remedial classs student
are aged between nine (9) years old and below and they not capable to motivate their own self (instrinsic motivasion). This
concept paper also suggests the school management to be consistence in their will to help the remedial students.
Meanwhile, parents should be aware and focus in their childrens achievement. Support and care for the children are
most important in ensuring them to be motivated and further excell in their studies.
Key words: education background, income level, extrinsic motivation, reading ability and remedial
pupils

Pengenalan
Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13 peratus daripada jumlah
enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis. Situasi ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan
pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan
negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali
sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis), kemudian kelas pemulihan khas dan terbaru
ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah
tidak menguasai kemahiran membaca ini masih terus berlaku. Dari aspek psikologi perkembangan, manusia

* Corresponding author. Tel.: +60192392606


E-mail address: azianuar@yahoo.com

Radziah Taris , Muhammad Hussin


Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UNJ-UKM-UPI Siri 3/2013

normal berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak
lagi, iaitu seawal usia 6 tahun. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar
sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.
Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas bacaan akan ditempatkan di kelas pemulihan
khas seawal usia 8 tahun. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang
lalu, iaitu sejak daripada awal 1970an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada
pihak-pihak yang bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih
terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan
selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh
Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian Pelajaran
Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid
lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan,
strategi pengajaran diubah suai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam
pembelajaran (Rajesvari, 2008).
Kelas Pemulihan Khas wujud kerana wujudnya kanak-kanak yang tidak boleh membaca meskipun
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seawal usia 7 tahun. Membaca merupakan aspek yang sangat
penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemaha man
dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti
membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Justeru guruguru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua
elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Menurut
Hasanalee dan Zulkifley (2007), proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu
pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur.
Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah
dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan
bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakanrakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah.
Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang
serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.
Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan
membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan
pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan
makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang
terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru (Abdul Rasid dan Zulkafli,
2008).
Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering
mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca. Ia dapat dijadikan
sumber rujukan dan panduan bukan sahaja kepada guru-guru pemulihan khas tetapi juga kepada ibu bapa dan
penjaga murid yang terlibat, (Rajesvari, 2008).
Sosioekonomi Keluarga
Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dalam kamus psikologi (2007, h.871) mendefinasikan taraf
sosioekonomi sebagai kedudukan status sosioekonomi sesuatu individu atau kumpulan dalam skala
sosioekonomi yang tertentu, yang mana terbentuk hasil daripada gabungan atau interaksi antara sosial dan
faktor ekonomi seperti pendapatan, jumlah atau jenis pendidikan, jenis pekerjaan dan persekitaran tempat

tinggal dalam sesebuah masyarakat, turut wajar diambilkira asal usul etnik dan latar belakang agama. Definisi
ini adalah bermakna dan boleh diguna pakai di dalam konteks Afrika Selatan, dalam faktor inilah yang dapat
membezakan antara kumpulan sosioekonomi tinggi dan kumpulan sosioekonomi rendah. Magnuson and
Duncan (2006) dalam kajiannya telah mengenalpasti bahawa beberapa pengkaji mendefinasikan taraf
sosioekonomi mengikut takrifan masing-masing. Disebabkan perkara tersebut wujud percanggahan dari segi
pengukuran dan hasil kajian.
Faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan
ibu bapa pelajar (Rosna Awang Hashim et al., 2003). Manakala menurut Jeynes (2002), status sosioekonomi
keluarga kebiasaannya ditentukan melalui tahap pendidikan ibu bapa, status pekerjaan ibu bapa dan tingkat
pendapatan. Manakala menurut Rosna Awang (2003), faktor-faktor yang menentukan status sosioekonomi
adalah taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar.
Para saintis sosial kebiasaannya menggunakan salah satu sama ada pendapatan ibu bapa, pekerjaan
atau pendidikan ibu bapa dalam menentukan tingkat sosioekonomi keluarga, berlainan dengan pengkaji lain
yang mengambil ketiga-tiga aspek ini dalam menentukan tingkat ekonomi sosial (Magnuson & Duncan, 2006).
Satu kajian telah dilakukan di Afrika Selatan terhadap pengaruh taraf sosioekonomi ke atas pencapaian
pendidikan indikator yang digunakan dalam pengukuran tersebuat antaranya seperti sama ada rumah keluarga
tersebut memiliki televisyen atau radio, jenis kediaman, tahap pendidikan bapa, bilangan ahli rumah yang
berkongsi bilik tidur, dan pendapatan isi rumah (Themane et al., 2006). Justifikasi dalam menggunakan
indikator ini adalah kemampuan mereka menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa seterusnya sesuai
untuk kanak-kanak belajar.
Motivasi Ekstrinsik
Motivasi dibahagi kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik, menurut Elliot et al. (1986), kedua-dua jenis
peneguhan ini penting bagi mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar. Manakala Kazdin
(1984) pula menyatakan peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat
pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaikbaiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap.
Menurut Azizi (2006), motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan
menggerakkan individu supaya melakukan aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik
dapat dirangsang dalam bentuk pujian, insentif, hadiah, gred, dan membentuk suasana dan iklim persekitaran
yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Dalam kajian ini, motivasi ekstrinsik menggunakan definisi ini
tetapi difokuskan kepada pelajar pendidikan jarak jauh. Menurutnya juga, motivasi ekstrinsik diwujudkan
daripada rangsangan luaran untuk menggerakkan seseorang individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa manfaat kepada dirinya. Bentuk-bentuk rangsangan untuk motivasi ekstrinsik ialah seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar. Bagi menjawab
objektif yang kedua, dapatan kajian menunjukkan motivasi ekstrinsik pelajar berada pada tahap tinggi.
Kebolehan Membaca
Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna
tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca
sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili
bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya
memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan
membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama
yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami
maklumat yang dibaca.
Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang
dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca
juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk
dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan
bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca (Abdul
Rasid, 2011).

Suhaimi Razikin (1991) menyatakan kebolehan membaca merupakan satu daripada tuntutan hidup di
zaman moden ini. Kerajaan telah memberi keperihatinan yang serius untuk membudayakan tabiat membaca di
kalangan semua lapisan masyarakat. Matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang menerima pembacaan
sebagai cara hidup dan amalan yang berterusan berkait rapat dengan matlamat yang lebih besar iaitu
melahirkan masyarakat Malaysia yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi
dalam sistem nilai hidup mereka. Dalam ha1 ini pembacaan dilihat sebagai satu cara memperolehi ilmu.
Ahmad Othman (1990) menyatakan budaya membaca memberi erti suatu keadaan di mana wujudnya
satu masyarakat yang mencapai satu tahap amalan membaca yang meluas. Secara umumnya, ciri-ciri budaya
membaca dalam masyarakat ialah wujudnya individu-individu yang menyedari tentang keadaan di sekeliling
dan yang mempengaruhinya, individu yang mendapat kepuasan dengan menimba ilmu pengetahuan, mendapat
maklumat, penghayatan dan penghargaan daripada membaca.
Pemulihan Khas
Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada
awal 1970-an lagi. Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang
bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih terdapat ramai murid,
termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M). Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001, menerusi
Unit Bahagian Sekolahnya, menunjukkan seramai 115,377 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia
menghadapi masalah pembelajaran dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Kajian oleh penyelidik
daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 pula mendapati 12.6 peratus daripada 20000 orang murid
tahun 1 hingga 3 di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran (Rajesvari, 2008).
Hubungan Antara Sosioekonomi Dengan Pencapaian
Menurut kajian Norazlinda (2007), berdasarkan sistem meritokrasi pelajar-pelajar yang sosioekonominya
rendah kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dapatan menunjukkan faktor-faktor seperti latar
belakang ekonomi keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya
kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga miskin
tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan miskin akan bertambah lebar. Justeru, ukuran
kecemerlangan (merit) dan kemampuan sosioekonomi boleh digunakan untuk menentukan kemasukan pelajar
ke IPTA.
Menurut Eamon (2005) dalam kajiannya, keluarga bersosioekonomi rendah mencatatkan markah ujian
rendah dan lebih berpotensi untuk berhenti sekolah. Murid-murid tersebut dikenalpasti mencatatkan markah
10 peratus lebih rendah berbanding pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan keluarga bersosioekonomi tinggi
(Seyfried, 1998). Faktor sosioekonomi dilihat sesuai dalam menggantikan pengaruh-pengaruh pendidikan yang
lain antaranya seperti campurtangan ibu bapa (McNeal, 2001).
Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar mendapati terdapat perkaitan yang positif di
antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993) pula
menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang ibubapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan
kepada anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan
persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak.
Manakala menurut Kamarudin Husin (1970), perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh
persekitaran. Seseorang individu merupakan hasil daripada pengalaman sosio budaya persekitaran.
Dalam kajian G. Conlon (2006), beliau mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sejarah
keluarga dengan kebolehan membaca perkataan tunggal, mengeja, kefahaman membaca, proses ortografik dan
kecekapan membaca kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang tidak mampu membaca dilihat
berkemungkinan lima kali ganda datang dari keluarga mempunyai sejarah masalah membaca Kajian oleh
Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang pelajar pula mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara

pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak. Berns (1993), menyatakan
bahawa faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada
anak-anak untuk belajar. Ibubapa yang menerima pendapatan yang rendah tidak dapat menyediakan
persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan mempengaruhi pencapaian akademik anak.
Pertumbuhan seseorang individu akan dipengaruhi oleh faktor dalaman individu seperti baka dan
keturunan serta faktor luaran pemahaman serta kemudahan kesihatan. Pemakanan yang tidak cukup sama ada
dari segi kuantiti atau pun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang
seimbang boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan,kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan
protein. Faktor pewarisan atau pun baka juga boleh mempengaruhi pertumbuhan. Akibat dari taraf
sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan pemakanan seimbang tidak dapat disediakan dengan baik dan
mencukupi. Akibatnya, pola pertumbuhan terganggu dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan
kognitif kanak-kanak (Aida Baharuddin, 2004).
Menurut Zukina Yusoff (2003), anak-anak daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi
yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-anak yang
datang daripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang rendah. Ini kerana dalam keadaan status
sosial yang tinggi, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada
anak-anak mereka. Ibu bapa yang berstatus tinggi mampu menyediakan keperluan pendidikan sejak dari
kanak- kanak lagi. Ini membolehkan anak-anak mereka lebih berjaya dan berpeluang masuk ke IPT sedangkan
mereka yang tidak mampu terlepas peluang. Peluang untuk mendapat pendidikan tinggi memerlukan
sejumlah kos yang agak banyak. Sharifah Mohd Noor (1992) mendapati kelemahan anak-anak daripada kaum
India adalah berhubung rapat dengan status sosioekonomi keluarga mereka.
Kebanyakan kajian tentang pengaruh latar belakang pendidikan ibu bapa terhadap pencapaian anak
adalah dilakukan oleh Negara membangun. Kajian-kajian tersebut menghasilkan laporan yang lebih kurang
sama. Hasil daripada kajian Lockhead, Fuller dan Nyirongo (1989) terhadap sebahagian kanak-kanak Negara
Thailand dan Malawi mendapati bahawa pelajar yang mendapat keputusan baik dalam subjek Matematik
adalah terdiri daripada murid yang bapanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pekerjaan professional,
ibu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi serta keluarga yang tinggal di kawasan perumahan
selesa.
Hubungan Antara Motivasi Ekstrinsik Dengan Pencapaian
Kajian di dalam konteks Malaysia mencadangkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia adalah lebih tidak
semulajadi (ekstrinsik) berbanding untuk dimotivasi secara semulajadi (Intrinsik). Kajian terhadap
pembelajaran bahasa asing di UKM dan UiTM mendapati faktor tidak semulajadi (ekstrinsik ) telah menjadi
faktor yang mendominasi di kalangan pelajar-pelajar (Ainol Madziah dan Isarji, 2009). Kebanyakan pelajarpelajar dari kedua-dua universiti mempelajari bahasa asing bagi tujuan kerjaya masa hadapan mereka, untuk
menjadi lebih berpengetahuan dan untuk memenuhi kehendak graduasi mereka. Walaubagaimanapun,
penemuan mereka mendedahkan bahawa pelajar-pelajar UiTM lebih dimotivasikan secara semulajadi untuk
mempelajari bahasa asing berbanding pelajar-pelajar UKM kerana minat, keseronokan, untuk mempelajari
kesusasteraan budaya lain dan untuk tujuan melancong.
Dapatan kajian Azizi (2006) bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Azizi dan lain-lain
(2005) terhadap pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dalam kajian mereka,
motivasi ekstrinsik pelajar tingkatan empat berada pada sederhana (Min=3.43). Menurut kajian Siew dan
Nurjanah (2011), motivasi ekstrinsik lebih mempengaruhi pelajar-pelajar Malaysia berbanding motivasi
intrinsik. Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin (2009) telah menjalankan mengkaji tentang pembelajaran
bahasa asing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mereka
mendapati bahawa motivasi ekstrinsik sangat mempengaruhi pelajar.
Kajian Norlia Abd Aziz et al. (2006) yang menentukan hubungan antara motivasi dan gaya
pembelajaran pelajar dengan pencapaian Matematik Tambahan tingkatan 4 di empat buah sekolah di Kuala
Terengganu mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengikut jantina,
etnik dan pencapaian awal tetapi terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam
dengan motivasi dalaman. Kajian ini sama dengan Nurul Ain dan Azizi (2012) yang mengkaji hubungan antara
faktor sikap, motivasi dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang melibatkan 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 5. Hasil dapatannya

mendapati wujud hubungan yang signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi motivasi dan
gaya pembelajaran antara pelajar dan pelajar perempuan.
Menurut Abd.Wahab(1995), sokongan dan sikap daripada ibu bapa adalah penting untuk mewujudkan
minat membaca. Kalau ibu bapa tidak merasa perlu membaca sama ada untuk bekerja atau masa rehat maka
guru-guru mungkin menghadapi masalah di mana seseorang pelajar akan menganggap bahawa membaca
sebagai satu kemahiran yang tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya. Berdasarkan kajian yang telah
dibuat oleh Lepper, Corpus, dan Iyengar (2005), jelas dapat menunjukkan bahawa semakin banyak pengaruh
motivasi ekstrinsik diberikan kepada pelajar seperti ganjaran yang berbentuk wang akan menyebabkan
semakin menurun tahap motivasi intrinsik pelajar dan apabila tahap motivasi intrinsik pelajar semakin renda h,
akan menyebabkan pula pencapaian pelajar turut merosot.
Berlainan pula dengan hasil kajian Khairuddin (2011), beliau telah dapat membuktikan bahawa
terdapat hubungan yang positif antara motivasi intrinsik dengan pencapaian pelajar. Ini bermaksud
semakin pelajar diberi dorongan motivasi intrinsik, semakin meningkat keputusan pelajar. Sebaliknya berlaku
perhubungan negatif antara motivasi ekstrinsik dengan pencapaian pelajar. Maksudnya semakin pelajar diberi
dorongan motivasi ekstrinsik semakin merosot pencapaian pelajar
Perbincangan dan Cadangan
Usaha dan kesungguhan pihak pengurusan sekolah dalam semua murid mampu membaca seawal usia 9 tahun
wajar diteruskan. Guru-guru dan ibu bapa seharusnya bekerjasama untuk mencapai matlamat membantu
murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara langkah wajib dan biasa diambil
ialah dengan mengadakan kelas LINUS dan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat
seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang
keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian
pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai
keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam (Abd Rasid, 2008).
Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi ekstrinsik iaitu faktor popular, faktor mobiliti sosial,
faktor dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian. Melalui kajian, hubungan motivasi ekstrinsik memberi
pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan motivasi
ekstrinsik kurang mempengaruhi responden terhadap aktiviti pendidikan luar berbanding dengan motivasi
intrinsik. Hal ini kerana, sekiranya faktorfaktor motivasi ekstrinsik menguasai diri ia akan menjadi barah bagi
yang menjadikannya sebagai pegangan terhadap setiap individu. Ganjaran-ganjaran yang diperolehi oleh
seseorang individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam penyertaan aktiviti pendidikan luar.
Setiap ganjaran mahupun faktor luaran lain yang diperolehi hendaklah dianggap sebagai bonus tambahan yang
mempercepatkan lagi peningkatan kemahiran atau prestasi. Hal ini amat dibimbangi jikalau perkara ini
dijadikan matlamat utama, ianya akan merosakkan prestasi atau kemahiran individu itu sendiri dalam
penglibatannya terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara ini bertepatan dengan hasil kajian apabila mendapati
responden memberi tindak balas yang kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor luaran terhadap
aktiviti pendidikan luar (Mohad Anizu & Siti Salwa, 2010).
Kesimpulan
Kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid menambahkan khazanah ilmu.
Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan
membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan (Yahya, 2008). Dalam pendidikan bahasa Melayu di
Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan
kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia
2000). Justeru, masalah membaca memberi kesan terhadap keupayaan murid-murid untuk mencapai
keputusan

yang lebih baik dalam semua mata pelajaran, termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Masalah membaca juga
dapat menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata pelajaran (Tamam Timbang et all, 2011).
Keprihatinan guru boleh mengubah yang kurang atau tidak boleh membaca kepada suka dan mahir
membaca. Persekitaran yang sesuai yang disediakan di rumah oleh keluarga untuk merangsang kanak -kanak
supaya suka membaca akan membantu guru meneruskan dan memperkukuhkan minat kanak-kanak.
Kerjasama guru dan ibu bapa akan menjayakan persediakan modal insan yang diharap akan terus menjadi
harapan masyarakat dan ummah seluruhnya (Khadijah & Fatimah, T. Th)
Rujukan
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid
Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12
Abdul Wahab Mat. 1995. Hubungan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar-Pelajar SMKA Di Seberang Perai
Dengan Latar Belakang Keluarga Dan Persekitaran. Tesis Universiti Utara Malaysia
Aida Baharuddin. 2004. Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap
dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Kerai,
Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ainol Madziah Zubairi & Isarji Hj Sarudin. 2009. Motivation To Learn A Foreign Language In Malaysia.
GEMA Online Journal of Language Studies. Vol. 9 (2), 73-87.
American Psychological Association. 2007. APA Dictionary of Psychology. Washington, DC: Author.
Anuar Abdullah. 1990. Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri Pelajar Dengan Pencapaian
Akademik. Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. 2006. Psikologi Sosial: Alam Remaja.
Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Berns, R. M. 1993. Child, Family, Community: Socialization And Support. ( 3rd ed.). Forth Worth: Harcourt
Javanovich College.
Dacey, Travers. 1996. Human Development: Across The Lifespan. Masison,Wl: Brown & Benchmark.
Eamon, Mary. Keegan. 2005. Social-Demografic, School, Neigbourhood, and Parenting Influences On
Academic Achievement of Latino Young Adolescents. Journal of Youth And Adolescene, 34 (22), 163175.
Education Quality and Accountability Office. 1997. Inventions, Investigations, And Discoveries:
Administration Guide For Teachers And School Administrators. Toronto: Author.
Elizabeth G. Conlon, Melanie J. Zimmer-Gembeck, Peter A. Creed, Melinda Tucker. 2006. Family History,
Self-Perceptions, Attitudes And Cognitive Abilities Are Associated With Early Adolescent Reading
Skills. Journal of Research in Reading Volume 29, Issue 1, 1132
Elliot L. Judd, Lihua Tan andHerbert J. Walberg. 1986. Teaching Additional Languages. International
Academy Of Education
Hariss, A. J. dan Sipay, E. R. 1980. How To Increase Reading Ability: A Guide to Development and Remedial
Methods. New York: Longman
Hasnalee Tubah, Zulkifley Hamid. 2007. Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca Dan
Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS. Jurnal Melayu (6) 2011: 29-47
Jeynes, William H. 2002. Examining The Effects Of Parental Absence On The Academic Achievement Of
Adolescents: The Challenge Of Controlling For Family Income. Journal of Family and Economic Issues
23(2).
Kamarudin Husin. 1970. Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Selangor :Utusan Publication & distributors
Sdn. Bhd
Khadijah Zon & Fatimah Saleh. T Th. Kesan Keprihatinan Guru dalam Latihan Kemahiran Awal
Bacaan.USM
Khairuddin Nisa. 2011. Kesan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Extrinsik Ke Atas Pencapaian Pelajar
Tingkatan 5 SMK Khir Johari Sungai Sumun. Universiti Perguruan Sultan Idris
Lockhead, Fuller dan Nyirongo. 1989. Family Effect Of Students Achievement In Thailand And Malawi.
Sosiology of Education, 62 (4): 239-56

Lepper, M. R., Corpus, J. H., & Iyengar, S. S. 2005. Intrinsic And Extrinsic Motivational Orientations In
The Classroom: Age Differences And Academic Correlates. Journal of Educational Psychology,
97(2), 184-196
Magnuson, K. A., & Duncan, G. J. 2006. The Role Of Family Socioeconomic Resources In The Black-White
Test Score Gap Among Young Children. Developmental Review 26, 365-399.
Marohaini Yusoff. 1989. Penggunaan Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dalam Bacaan: Pengajaran
Perbendaharaan Kata. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka .
McNeal, Ralph B. 2001. Differential Effect Of Parental Involvement On Cognitive And Behavioral Outcomes
By Sosioeconomic Status. Journal Of Sosio-economic. 30 (20),171
Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad. 2010. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik
Ke Atas Penglibatan Para PelajarTerhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes. Fakulti
Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.
Mojaribanks, Kevin. 1996. Family Learning Environment and Students Outcomes : A Review. Journal Of
Corporative Family Studies, 27 (20), 373-394
Norazlinda Saad. 2007. Meritokrasi: Faktor Sosio Ekonomi Dan Peluang Pendidikan Tinggi. Sintok.
Penerbitan : Universiti Utara Malaysia
Nurul Ain Hamsari, Azizi Yahaya. 2012. Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap
Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 , 30-57
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Lee Meng Ling. T Th. Hubungan Antara
Tahap Pendidikan Ibu Bapa Dengan Tahap Perkembangan Psikososial Pelajar Kaunseling . Universiti
Teknologi Maklumat Skudai Johor. Malaysia.
Rajesvari Ramasamy. 2008. Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Sintok : Universiti
Utara Malaysia.
Rosna Awang Hashim, Noran Fauziah Yaacob, Jahara Hashim, Abu Hassan Othman dan Ruzlan Md Ali.
2003. Correlates Of Academic Help Seeking Behaviors Among Adolescents: Insights From A Cognitive
Motivational Perspective. IRPA Research Grant. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Seyfried, Sherri, F. 1998. Academic Achievement Of African American Preadolescents: The Influence Of
Teacher Perception. American Journal Of Community Psychology, 26
Sharifah Mohd Noor. 1992. Faktor-Faktor Latar Belakang Yang Berkaitan Dengan Pencapaian Akademik
Murid Darjah Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jilid 11, 1991/92. 61-69.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat. 2011. Faktor Dan Kesan Masalah Membaca Dalam
Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
89-107
Thang Siew Ming, Ting Siew Ling, Nurjanah Mohd Jaafar. 2011. Attitudes And Motivation Of Malaysian
Secondary Students Towards Learning English As A Second Language: A Case Study. 3L: The
Southeast Asian Journal of English Language Studies Vol 17(1): 40 54
Themane, M. J., Koppes L. L. J., Monyeki, K. D., Twisk, J. W. R., & Kemper, H. C. G. 2006. Relationship
Between Socio-Economic Status And Educational Achievements Of Ellisras Rural Primary School
Children, South Africa. African Journal for Physical, Heath Education Recreation and Dance, 12, 298309.
Utusan Malaysia. 2012. 13 Januari
Yahya Othman. 2008. Proses Dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra
Malaysia.
Zukina Yusoff. 2003. Hubungan antara Latar Belakang Keluarga dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Melayu dalam PMR. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia
Zulkifley Hamid. 1990. Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behavioris. Dewan Bahasa
34(5):326-331

Anda mungkin juga menyukai