Anda di halaman 1dari 13

BAB I

PENDAHULUAN

1.1
Bab

PENGENALAN
ini

membincangkan

rangka

penyelidikan

yang

akan

membincangkan secara umum mengenai keseluruhan idea yang


terdiri daripada latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif
kajian, kepentingan kajian, skop kajian serta organisasi kajian.
1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN

Hipotesis EKC merupakan keluk U-songsang yang ditunjukkan


melalui hubungan yang wujud antara pendapatan per kapita atau
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan kemerosotan alam
sekitar (pelepasan atau pencemaran) (Sayed & Sek, 2013) . Pada
asalnya keluk ini telah diperkenalkan oleh Kuznets pada tahun 1955.
Perkara ini telah dirujuk kepada Kuznets sejak tahun 1990 lagi
melalui kajian mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika
Utara (NAFTA), di bawah Environmental Kuznets Curve (EKC)
(Akbostancl et al., 2009). Tambahan pula, terdapat hubungan yang
jelas antara tahap pendapatan dan kualiti alam sekitar yang
dilaporkan oleh Laporan Pembangunan Dunia (World Bank, 1992).
Hubungan

tersebut

telah

menggambarkan

keluk

yang

berbentuk U-songsang. Hubungan ini menggambarkan permulaan

trend yang positif kemudian mendatar di puncak, dan kemudian ia


merosot. Corak EKC yang terbina ini diperoleh daripada hasil kajian
empirikal mengenai hubungan di antara pendapatan kapita dan
pelepasan bahan pencemar per kapita. (De Groot et al., 2004).
Sememangnya, hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan
pelindungan alam sekitar telah menyebabkan manusia menghadapi
dilema ketika membuat pilihan yang berkait rapat dengan alam
sekitar (Chen & Huang, 2013). Hal ini kerana, pemanasan global
boleh membawa perubahan kepada sistem ekologi dunia. Hubungan
antara pertumbuhan ekonomi dan kualiti alam sekitar sudah lama
dibincangkan sejak zaman Renaissance lagi dan hubungan ini telah
membawa kepada impak yang positif mahupun negatif (Marsuki,
1998). Misalnya, hasil pembangunan ekonomi yang melibatkan
aktiviti ekonomi yang intensif dan meluas telah mendorong kepada
pencemaran alam sekitar (Shahbaz et al., 2012). Selain itu,
pertumbuhan ekonomi yang mempunyai pengaruh negatif ke atas
kualiti alam sekitar juga mewujudkan hubungan monotoni (tidak
mempunyai

keseragaman)

yang

semakin

meningkat

antara

pendapatan dan pencemaran alam sekitar (Janky, 2011). Namun


demikian, sebahagian daripada ahli ekonomi pula menyatakan
bahawa jika pengurusan alam sekitar mampu ditangani dengan
baik, impaknya akan mendorong kepada pertumbuhan ekonomi
yang mampan (Shafik, 1994; Shahbaz et al., 2012). Di samping itu,
penjanaan tenaga daripada bahan api fosil akan menghasilkan
pelepasan karbon dioksida dan beberapa gas rumah hijau (GHG) 1
yang lain.
Seterusnya, pelepasan gas tercemar ini akan mendorong kepada
perubahan iklim. Hal ini telah disokong oleh laporan saintifik yang
1 GHG adalah gas yang dibebaskan ke atmosfera dan menyumbang
kepada kesan rumah hijau.

mengesahkan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh manusia telah


mengubah kepekatan atmosfera dan GHG (Grubb et al. 1999).
Kesannya, pelepasan GHG telah menyebabkan sinaran matahari
inframerah yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul
secukupnya kerana lapisan ozon yang semakin menipis. Oleh itu,
pemanasan global akan berlaku secara berperingkat dan kawasan
yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan yang
lebih teruk lagi (IPCC, 2007). Selain itu, pembebasan GHG akan
mengakibatkan kepupusan biodiversiti, perubahan besar dalam
komposisi purata satu pertiga daripada kawasan hutan, hakisan
pantai, banjir kilat yang turut memberi impak yang besar kepada
hidupan akuatik yang seterusnya boleh melumpuhkan industri
perikanan (Grubb et al., 1999). Malahan, malapetaka yang berlaku
akibat pemanasan global ini akan mendatangkan masalah kepada
negara yang akan menelan perbelanjaan yang besar untuk kos baik
pulih jika malapetaka ini akan mendatangkan kerosakan serta
kerugian pada aset ekonomi.

Kemungkinan mengenai kebimbangan tentang kualiti alam


sekitar pada masa hadapan yang mungkin semakin merosot, satu
perjanjian telah dimeterai pada tahun 1997 dan telah dipersetujui
sebagai satu perjanjian yang sah oleh negara-negara perindustrian.
Perjanjian ini telah dikenali sebagai Protokol Kyoto 2. Justeru, negaranegara perindustrian3 telah bersetuju untuk memberi komitmen
untuk

mengurangkan pembebasan GHG secara kolektif sebanyak

5.2% berbanding pelepasan GHG pada tahun 1990. Selain itu,


Protokol Kyoto telah menggariskan enam jenis GHG yang membawa
kepada kemerosotan kualiti alam sekitar antaranya ialah Karbon
2 Protokol Kyoto merupakan satu perjanjian antarabangsa yang dikaitkan
dengan Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Perubahan Iklim, yang memperuntukkan Pihak yang terlibat dengan
menetapkan matlamat pengurangan pembebasan bahan pencemar di
bawah satu ikatan antarabangsa (UNFCC, 2014).

dioksida (CO2), Metana (CH4), Nitrus Oksida (N2O), Hidroflorokarbon


(HFCs),

Perflorokarbon

(PFCs)

dan

Sulfur

Heksaflorida

(SF6)

(UNFCCC, 2012) . Oleh itu, negara-negara maju yang tersenarai


mempunyai

komitmen

mengurangkan

yang

pelepasan

tinggi

GHG,

serta

manakala

komited

untuk

negara-negara

membangun adalah digalakkan untuk mengurangkan pelepasan


GHG secara sukarela (UNFCC, 2014).
Selanjutnya, negara OIC4 turut terlibat dalam pematuhan Protokol
Kyoto pada peringkat global. Hal ini kerana, negara OIC berpegang
pada prinsip kebersamaan dalam usaha untuk mengurangkan kesan
pemanasan global dan perubahan iklim di negara-negara Islam di
samping

mendapatkan

kredit

(pengurangan)

karbon

dan

memanfaatkan potensi yang belum diterokai dana penyesuaian. Hal


ini telah dibincangkan dalam Persidangan Islam Ketiga MenteriMenteri Alam Sekitar yang diadakan di bawah naungan yang tinggi
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Mohammed VI, di Ibu Pejabat
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (ISESCO) Rabat, Kerajaan
Maghribi, dari 29 ke 31 Oktober 2008. Persidangan ini menekankan
keperluan untuk membangunkan Mekanisme Pembangunan Bersih
(CDM)

dan Perubahan Iklim Strategi Adaptasi bagi Dunia Islam

(SESRIC, 2012). Sebagai sebuah pertubuhan yang kedua terbesar


selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai
keahlian sebanyak 57 buah negara yang meliputi 4 benua, OIC juga
tidak ingin ketinggalan dalam usaha murni ini seperti yang telah
dibincangkan dalam Persidangan Islam Ketiga Menteri-Menteri Alam
3 Pihak yang menjadi ahli OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan) pada tahun 1992 dan ditambah dengan negara-negara
ekonomi dalam peralihan (Pihak EIT), termasuklah Persekutuan Rusia,
Amerika Baltik , dan beberapa negara Syarikat Eropah Timur dan Tengah
(UNFCCC, 2014).
4 Negara OIC yang terlibat untuk memberi komited dalam Protokol Kyoto
adalah sebanyak 56 buah negara termasuk negara Palestin.

Sekitar di Maghribi. Justeru, sejarah dan matlamat penubuhan OIC


secara ringkas telah dijelaskan dalam lampiran A.

1.3

PERMASALAHAN KAJIAN

Perubahan iklim merupakan masalah global yang memerlukan


maklum balas dan penglibatan yang menuntut keperluan dan
kepentingan semua negara. Hal ini dapat dilihat melalui penubuhan
Rangka

Kerja

Konvensyen

Bangsa-Bangsa

Bersatu

Mengenai

Perubahan Iklim yang berkuat kuasa pada 1994, dan Protokol Kyoto
yang berkuat kuasa pada tahun 2005 yang mempunyai Objektif
Konvensyen yang sama iaitu untuk menstabilkan tahap kepekatan
atmosfera gas rumah hijau yang memerlukan komitmen dan
maklum balas pada peringkat global kepada perubahan iklim
(UNFCCC, 2008).

Protokol Kyoto memerlukan usaha sama dan penglibatan


beberapa pihak secara komited dalam usaha untuk mengurangkan
pembebasan GHG pada peringkat global. Justeru, Protokol Kyoto
telah menggariskan beberapa pelan tindakan untuk mencapai
matlamat

pengurangan

tersebut,

antaranya

adalah

dengan

mencadangkan pembangunan lestari dan menggalakkan kecekapan


tenaga. Protokol ini mewajibkan negara-negara maju (negara-negara
perindustrian) dalam pelaksanaan Protokol Kyoto di bawah prinsip
yang sama tetapi diberi tanggungjawab yang berbeza. Hal ini dapat
dilihat apabila 37 buah negara industri dan Komuniti Eropah
mempunyai komited untuk mengurangkan pembebasan GHG di
negara

mereka

dengan

purata

5.2

berbanding

tingkat

pembebasan GHG pada tahun 1990 untuk tempoh komitmen antara


tahun 2008 hingga 2012 (Grub et al., 1999). Untuk kumpulan negara
ini, pengurangan sebanyak 11% dijangka adalah untuk tempoh
komitmen Kyoto yang pertama sepanjang tahun 2008 hingga 2012,

dengan syarat dasar dan langkah yang dirancang oleh negaranegara ini dilaksanakan (UNFCCC, 2012).
Walau

bagaimanapun,

negara-negara

membangun

dan

mundur juga tidak terkecuali dalam keterlibatan untuk mematuhi


Protokol Kyoto terutamanya negara-negara yang menjadi anggota
Pertubuhan
komitmen

Kerjasama
daripada

Islam

beberapa

(OIC).
buah

Berdasarkan
negara,

keperluan

Malaysia

yang

merupakan salah satu negara OIC pernah terlibat dalam Konvensyen


Perubahan Iklim sejak tahun 1993 dan telah menandatangani
perjanjian tersebut pada tahun 1999 (Ismail & Yunus, 2012). Karbon
dioksida merupakan bahan pencemar utama dalam penghasilan
pelepasan GHG yang membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh faktor-faktor
utama seperti perindustrian, pengangkutan, kepadatan penduduk,
kemiskinan, hakisan tanah, kesesakan lalu lintas dan lain-lain yang
berkaitan dengan alam sekitar. Faktor-faktor seperti inilah yang
mendorong kepada penghasilan GHG

ke udara (Borhana et al.,

2012).
Matlamat untuk memastikan pelepasan GHG berkurangan
adalah disebabkan oleh kesan GHG yang sangat berbahaya bukan
sahaja kepada populasi kehidupan manusia malah pelepasan GHG
ini boleh mengancam nyawa haiwan dan tumbuhan. Masalah inilah
yang akan membawa kepada peningkatan dalam kos sosial dan
kesihatan. Sememangnya, pelepasan GHG ke udara dalam jangka
panjang boleh menjejaskan kesejahteraan manusia dan memberi
kesan kepada prestasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Hal
ini bermakna, jika tingkat pendapatan negara diukur dengan
menggunakan pendapatan per kapita sesebuah negara, tingkat
pertumbuhan ekonomi akan mempengaruhi tingkat pelepasan GHG
di sesebuah negara. Sehingga akhir tahun 2006, ramai aktivis alam
sekitar di beberapa buah negara maju termasuklah negeri California

telah

membuat

kesimpulan

bahawa

terdapat

satu

masalah

perubahan iklim yang membawa kepada pemanasan global boleh


diatasi

dengan

terkandung

mengurangkan

dalam

Protokol

pelepasan

Kyoto

atau

GHG

seperti

beberapa

yang

pendekatan

pengurangan karbon yang lain (Carlin, 2007).


Justeru, kajian ini amatlah penting untuk melihat hubungan
yang

wujud

pertumbuhan

di

antara

ekonomi

pencemaran
di

alam

negara-negara

sekitar

OIC

dengan

terpilih

yang

menggunakan analisis Keluk Alam Sekitar Kuznets (EKC) 5. Dalam


usaha untuk melaksanakan pematuhan Protokol Kyoto, sebanyak 56
buah negara OIC telah terlibat dalam Protokol Kyoto. Dengan
mengambil data pelepasan CO2 yang dipungut dari negara OIC yang
terlibat

dengan

Protokol

Kyoto,

Rajah

dan

Jadual

1.1

telah

menunjukkan peratusan pelepasan CO26 secara agregat antara


tahun 1990 hingga 2010 berdasarkan tiga kategori negara iaitu
negara berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Untuk tahun
fiskal semasa 2015, ekonomi berpendapatan rendah ditakrifkan
dengan KNK per kapita sebagai pengukur dan dikira dengan
menggunakan kaedah Atlas Bank Negara, iaitu $1,045 atau kurang
pada tahun 2013. Ekonomi berpendapatan pertengahan dinilai
dengan KNK per kapita lebih daripada $ 1,045 tetapi kurang
daripada $12,746 manakala ekonomi yang berpendapatan tinggi
adalah dengan KNK per kapita yang mencecah $12,746 atau lebih
(The World Bank Group, 2014).
5 Sebelum kewujudan Keluk Kuznets Alam Sekitar (EKC), Keluk Kuznets
sudah muncul sejak tahun 1991 yang menjadi rujukan untuk
menggambarkan hubungan antara tingkat kualiti alam sekitar yang diukur,
seperti kepekatan pembebasan sulfur dioksida dan tingkat pendapatan per
kapita yang berkaitan dengan merentas masa (Yadle et al., 2002).
6 Karbon dioksida adalah gas rumah hijau Protokol Kyoto yang utama dan
membentuk lebih daripada 75% daripada pembebasan gas rumah hijau. Kira-kira
80 peratus daripada karbon dioksida dihasilkan oleh sektor tenaga (WDI, 2010).

Berdasarkan Jadual dan Graf 1.1, trend dan

peratusan

pembebasan CO2 di negara OIC terpilih antara tahun 1990 hingga


2010 yang mengalami perubahan turun naik antara tiga kategori
tingkat

pendapatan

negara

telah

menunjukkan

pematuhan

komitmen dalam mencapai matlamat Protokol Kyoto masih sukar


dicapai memandangkan pembangunan dan kemakmuran 17 buah
negara anggota OIC yang masih bergantung pada eksport minyak
dan gas yang menjadi punca penghasilan GHG (SESRIC, 2014).
Walaupun

sebahagian besar negara Islam tidak mempunyai asas

perindustrian

utama,

namun

negara-negara

pengeluar

dan

pengeksport minyak yang terdiri daripada negara OIC, mempunyai


industri penapisan dan minyak mentah pada peringkat global.
Dengan mengambil kira kebajikan negara OIC, kesemua negara OIC
adalah negara yang sedang membangun dan pengeluar minyak,
maka sudah tentulah pertumbuhan ekonomi di negara OIC akan
memberi impak kepada pelepasan GHG adalah isu yang paling besar
kepada corak pertumbuhan ekonomi di negara OIC.

Pelepasan CO2 ke udara di negara OIC


200
150

berpendapatan tinggi

100
Tren CO2

berpendapatan
sederhana

50

berpendapatan rendah

Tahun

Rajah 1.1 Pembebasan CO2 (%) di negara OIC terpilih tahun 1990 2010.

Sumber: World Bank Data, 2014.

Melihat kepada cabaran dan peluang-peluang yang wujud di negaranegara Islam, Menteri-menteri Alam Sekitar Islam telah membuat
keputusan untuk membangunkan Strategi Islam untuk Mekanisme
Pembangunan

Bersih

(CDM)7

seperti

yang

terkandung

dalam

Penyesuaian dan Perjanjian Protokol Kyoto dalam Persidangan


Menteri-Menteri Alam Sekitar Islam yang ke-3 yang berlangsung di
Maghribi pada November 2008 (SESRIC, 2014). Persidangan ini telah
7 Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM), yang ditakrifkan dalam Perkara 12
Protokol, membenarkan sebuah negara dengan pengurangan pembebasan atau
pelepasan had komitmen di bawah Protokol Kyoto (Negara Annex B) untuk
melaksanakan projek pengurangan pembebasan di negara-negara membangun.
Projek yang diperakui boleh dijual mendapat pengurangan pelepasan kredit (CER)
yang bersamaan dengan satu tan CO2 yang diandaikan boleh mencapai sasaran
Kyoto (UNFCCC, 2014).

10

menuntut keperluan segera untuk merumuskan kerja-kerja strategi


CDM bagi Dunia Islam. Objektif utama perancangan strategik adalah
untuk

membangunkan

keupayaan

negara-negara

Islam

dan

membolehkan mereka untuk memanfaatkan potensi besar CDM dan


Adaptasi Dana (SESRIC, 2014).

Jadual

1.1

Peratusan

pelepasan

CO2

(%)

mengikut

kategori

pendapatan antara tahun 1990 hingga 2010

Sumber : World Bank Data, 2014


Hal ini bertujuan untuk membangunkan negara-negara kurang
membangun

(LDC) di bawah Protokol Kyoto. Justeru, kerja-kerja

strategi CDM bagi Dunia Islam secara tidak langsung telah menuntut
kepentingan OIC dalam memenuhi tuntutan Protokol Kyoto. Namun
demikian, adakah dengan pematuhan yang dibuat ke atas perjanjian

11

Protokol Kyoto, negara OIC mampu mengurangkan kadar pelepasan


GHG? Sudah semestinya, komitmen pematuhan negara-negara OIC
ke atas Protokol Kyoto ini akan memberi kesan secara langsung ke
atas tren pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. Justeru, kajian
ini ingin melihat sejauh mana pertumbuhan ekonomi mampu
memberi kesan kepada pelepasan GHG yang boleh membawa
kepada pencemaran alam sekitar.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah untuk menyiasat kewujudan EKC


melalui hubungan antara pembebasan GHG dengan pertumbuhan
ekonomi mengikut klasifikasi ke atas 5 kumpulan negara yang
dibuat ke atas negara-negara OIC mengikut tahap pendapatan
negara dan kumpulan negara yang berbeza , iaitu negara-negara
yang berpendapatan tinggi, negara yang berpendapatan sederhana
tinggi, negara berpendapatan sederhana rendah dan negara D8
serta negara OIC (bukan-OECD) dengan menggunakan data yang
berbeza. Sememangnya, pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi
boleh membawa kepada kesan yang berbeza terhadap kualiti alam
sekitar. Objektif khusus kajian ini pula adalah untuk:
I.

Menganalisis hubungan jangka panjang dan jangka


pendek antara pelepasan gas karbon dioksida dengan
pertumbuhan ekonomi dan faktor-faktor penentu lain.

II.

Mengenal

pasti

kewujudan

EKC

dan

menentukan

pengaruh pertumbuhan ekonomi terhadap alam sekitar.


1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

12

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah pertumbuhan


ekonomi mempengaruhi pelepasan GHG di negara OIC terpilih
mengikut klasifikasi 5 kumpulan negara yang berbeza berdasarkan
analisis

Keluk

Alam

Sekitar

Kuznets

(EKC).

EKC

merupakan

pertumbuhan ekonomi yang dikaitkan dengan pelepasan CO 2 yang


meningkat pada mulanya kemudian menurun berdasarkan titik
perubahan

kemudian

disertakan

dengan

tingkat

permulaan

pertumbuhan ekonomi (Shahbaz et al., 2012). Secara amnya, kualiti


alam sekitar yang berkualiti amat penting bagi sesebuah negara
untuk memastikan pembangunan ekonomi mampan dapat dicapai.
Oleh itu, kajian ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada
penggubal dasar iaitu pihak-pihak kerajaan, badan bukan kerajaan
(NGO) serta aktivis alam sekitar pada peringkat global terutamanya
di negara OIC. Tambahan pula, kajian ini sangat penting sebagai
khazanah ilmu serta memberi manfaat bagi sektor awam dan
swasta untuk memastikan kualiti alam sekitar terjamin seiring
dengan pertumbuhan ekonomi yang positif. Kajian juga ditumpukan
kepada impak pertumbuhan ekonomi kepada kadar pembebasan
GHG kepada di negara OIC terpilih. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat faktor pemboleh ubah lain yang turut mempengaruhi
pembebasan GHG dalam jangka panjang. Tambahan pula, tumpuan
kajian juga ingin melihat negara OIC terpilih komited

dalam

mematuhi perjanjian Protokol Kyoto pada peringkat global.

1.6

SKOP KAJIAN

Kajian ini akan memberi tumpuan kepada hubungan yang wujud


antara pendapatan dan pencemaran alam sekitar yang ditunjukkan
melalui

keluk

EKC

dengan

beberapa

pemboleh

ubah

yang

menyumbang kepada pencemaran alam sekitar ke atas beberapa


negara OIC terpilih. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu
penulis

telah

mencadangkan

beberapa

rangka

kerja

teori

13

berdasarkan kajian lepas dan analisis data yang dijalankan. Fokus


negara OIC yang terpilih adalah terdiri daripada 56 buah negara
iaitu negara OIC yang terlibat dengan Protokol Kyoto.

1.7

ORGANISASI KAJIAN

Secara keseluruhannya, penulisan kajian ini dapat dikelaskan


kepada enam bahagian. Bahagian pertama kajian ini merupakan
pengenalan bagi tajuk kajian isu permasalahan, objektif kajian serta
kepentingan kajian. Pada bahagian kedua pula, penulisan, beberapa
sorotan kajian lepas dijelaskan daripada hasil-hasil kajian terdahulu
oleh

pengkaji

lain.

Seterusnya,

pada

bahagian

ketiga

akan

diterangkan tentang model kajian dan bahagian keempat pula


mengandungi penjelasan mengenai metodologi serta pembentukan
hipotesis. Analisis penganggaran atau hasil dapatan kajian yang
dilakukan akan dijelaskan dalam bahagian yang kelima. Bahagian
keenam yang merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini
merupakan rumusan serta cadangan kajian.

Anda mungkin juga menyukai