Anda di halaman 1dari 2

Pohon palma tegak berdiri

Ditanam mari tepi bangunan


Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan
Pantun empat kerat ini/ membuka tirai syarahan saya/ pada pagi ini,
Salam 1 Malaysia/ saya ucapkan/ kepada barisan hakim/ yang arif /dan
rakan-rakan sekalian. MENGHORMATI GURU /AMALAN MULIA ,
demikianlah /bunyinya tajuk syarahan /yang akan saya sampaikan/ pada
pagi yang mulia ini
Hadirin sekalian,
Kita selalu mendengar /guru umpama lilin. Apakah maksudnya? Guru
sentiasa memberikan cahaya/ dan menerangi sekeliling /dengan dirinya
/yang terbakar
Para hadirin,
Oleh itu, kita perlu /menghormati guru /kerana mereka orang yang berjasa/
kepada kita semua. Gurulah/ yang mendidik kita/ sehingga kita pandai
membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita/ tanpa
mengenal erti penat/ dan lelah agar kita menjadi/ insan yang berguna.
Mereka juga /banyak memberi dorongan/ kepada kita agar terus berusaha
/mencapai kejayaan.
.

Guru/ merupakan orang yang kedua /perlu kita hormati /selepas ibu bapa. Ini
kerana / hampir separuh/ masa seharian kita/ bersama mereka. Merekalah
/yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu /sepanjang kita
berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban/ demi kejayaan kita. Antaranya/
mereka sanggup /mengajar lebih masa /atau hadir ke kelas tambahan/ untuk
mengajar secara suka rela /demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Bangsa yang besar adalah bangsa yangmenghargai pahlawannya. Begitulah
kata-kata peninggalan yang sering diperdengar di mana-mana. Salah satu
pahlawan bangsa adalah guru. Ia berjasa dalam memajukan bangsa melalui
pendidikan. Mengajar siswa bukan perkara yang mudah. Perlu dibekalkan

dengan dedikasi yang tinggi serta komitmen yang kuat. Oleh itu, menjadi
guru tidaklah semudah yang dibayangkan. Bangsa yang besar adalah
bangsa yang menghargai pahlawannya.

Ayu semarak di sisi bonda,


Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.
Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai