Anda di halaman 1dari 1

1.

3 Penyataan Masalah

Dalam arus pemodenan masa kini, kehidupan masyarakat semakin mencabar. Pengkaji
melihat banyak perkara yang mempengaruhi masyarakat dalam pemilihan makanan.
Kebanyakan masyarakat lebih memilih makanan berdasarkan kegemaran dan selera masingmasing tanpa mengambil tahu mengenai konsep makanan halal yang dianjurkan dalam Islam.
Kajian ini melibatkan masalah kebersihan dan kesucian serta penggunaan bahan terlarang
dalam makanan. Makanan yang baik sebenarnya harus meliputi aspek kebersihan dan halal
bukan hanya tertumpu kepada kandungan zat yang ada dalam makanan sahaja. Menurut
sumber daripada Metro, pemaparan reka bentuk pada tin minuman keras jenama Jolly Shandy
yang agak menarik itu juga mampu menimbulkan kekeliruan kepada pengguna beragama Islam. Bagi
pengguna Islam yang kurang berhat-hati akan terbeli minuman berakohol keluaran Malaysia yang
juga mempunyai pelbagai perasa buah-buahan malah corak dan warna tin minuman tersebut seolaholah sama seperti tin minuman biasa yang berada di pasaran tempatan khasnya. Kesan yang ketara
yang boleh dihadapi oleh seseorang yang meminum minuman yang mengandungi kandungan alkohol
berlebihan akan menyebabkan kesihatan terjejas seperti lemah jantung dan lain-lain penyakit yang
berbahaya.

.Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji kesedaran masyarakat terhadap

konsep makanan halal khususnya untuk masyarakat di kawasan Parit Raja. Makanan yang
baik sebenarnya harus meliputi aspek kebersihan dan halal bukan hanya tertumpu kepada
kandungan zat yang ada dalam makanan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai