Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


Matlamat pengajaran dan pembelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah di peringkat menengah aliran agama ialah untuk
menyuburkan pembelajaran bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa dalam diri setiap pelajar di samping meningkatkan
keupayaan komunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa arab fushah.

OBJEKTIF KURIKULUM AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


Hasrat Kurikulum Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah ialah untuk mencapai objektif-objektif berikut:
(1)

Menguasai kemahiran mendengar perkataan, ayat dan perenggan serta memahami maknanya.

(2)

Menyebut perkataan dalam ayat dan perenggan dengan fasih dan lancar.

(3)

Kemampuan bertutur dalam situasi tertentu.

(4)

Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan betul dan lancar.

(5)

Menguasai kemahiran menulis perkataan, ayat dan perenggan mengikut kaedah tulisan yang betul.

(6)

Menguasai tatabahasa Arab secara fungsian dalam pertuturan dan penulisan.

(7)

Manghafal kata-kata hikmah yang terpilih dan menggunakannya dalam ungkapan.

(8)

Mampu mempraktikkan bahasa arab fushah dalam percakapan dan penulisan.

(9)

Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghiasi diri dengan tingkah laku yang positif dalam pembentukan peribadi unggul demi
agama, masyarakat dan negara.

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit perkataan dengan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit ayat dengan fasih dan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit perenggan dengan fasih dan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca dengan mampu memberi respons secara lisan dan
menulis dengan kaedah penulisan yang betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca petikan dan mampu memberi respons secara lisan
dengan betul serta menulis dengan kaedah khat nasakh yang betul.

Menguasai kemahiran bertutur dalam situasi tertentu serta kemahiran membaca dan menulis petikan dan
mengaplikasi dalam situasi yang betul secara fasih dan tekal serta boleh menjadi contoh.

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 2


3

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Menyebut ungkapan yang didengar dengan fasih dan betul.

Menyebut dan memahami ungkapan yang didengar dengan betul.

Menyebut ayat mudah, nombor dan bilangan yang didengar dengan betul.

Menyebut dan memahami ayat kompleks berdasarkan rangsangan yang diberi


dengan betul.

Membina ayat mengikut situasi yang sesuai secara lisan dengan lancar dan betul.

Mengaplikasi ayat kompleks mengikut situasi yang sesuai secara lisan dengan
lancar, fasih dan betul.

MENDENGAR DAN
BERTUTUR

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 2

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Membaca ungkapan dan nombor dalam perkataan dengan betul.

Membaca ayat mudah dan ayat kompleks dengan betul dan lancar serta
memahami maksudnya.

Membaca perenggan dengan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
maksudnya.

Membaca dan memberi respons secara lisan terhadap perkara yang dibaca
dengan betul.

Membaca dan mengeluarkan isi penting secara lisan dengan betul.

Mengaplikasi bacaan pada bahan bacaan tambahan dan membimbing bacaan


rakan dengan tekal dan betul.

MEMBACA

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 2


5

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Menyalin dan menulis ungkapan dan nombor dengan betul.

Menulis ayat mudah dan ayat kompleks dengan kaedah tulisan yang betul.

Menyalin dan menulis perenggan dengan kaedah tulisan yang betul.

Menyalin dan menulis ayat dengan kaedah tulisan yang betul dan memahami
makna.

Menulis ayat dengan kaedah tulisan yang betul menggunakan khat riqah serta
memahami makna.

Membimbing rakan mengenai kaedah tulisan yang betul dan mampu menyumbang
kreativiti menggunakan khat riqah.

MENULIS

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 2