Anda di halaman 1dari 6

Mei

15

Bengkel Eksklusif : USAHAWAN


GEMILANG DI PERSADA DUNIA
Rumusan Eksekutif
Dokumen ini merupakan suatu cadangan program berbentuk bengkel eksklusif k untuk
MARA Selangor. Ia merangkumi pelbagai aspek tentang bengkel berkenaan termasuk
matlamat, rangka kandungan, cadangan jadual, metodologi serta latar penatar yang akan
mengendalikan bengkel.

Program untuk:

MARA Selangor

Level 28, The Gardens South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603-22987302 Fax : +603-22987333 M: +60102260939 E: nizal.com@gmail.com

Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada Dunia

MUKADIMAH
Pelbagai langkah diambil untuk menolong kaum Bumiputera amnya, usahawan Bumiputera khususnya.
Namun begitu, kaum Bumiputera masih berada di takuk lama dan hanya sedikit peningkatan dalam
ekonomi negara.
Ternyata kebanyakan usahawan Bumiputera terlalu leka dan mengambil mudah pembabitan dalam bidang
ekonomi. Ekonomi adalah sangat penting untuk dikuasai jika kaum Bumiputera ingin terus maju. Kaum
Bumiputera mempunyai kuasa beli (buying power) terbesar dalam negara ini, namun bangsa lain yang
menikmatinya.
Sebagaimana politik, kaum Bumiputera turut berdepan dengan dilema ekonomi yang rencam. Ketika kaum
lain menikmati kek ekonomi negara dalam peratusan yang besar, usahawan Melayu dan bumiputera masih
lagi bergelut untuk meneruskan survival.
Kita sebenarnya tidak memerlukan statistik untuk melihat di mana kedudukan orang Melayu dan
bumiputera dalam persekitaran ekonomi semasa. Meskipun merupakan kaum majoriti dan pengguna yang
terbesar, namun penguasaan ekonomi kaum Melayu dan bukan Melayu jelas tidak seimbang.
Hanya segelintir kecil sahaja usahawan Bumiputera yang terlibat dalam ekonomi kritikal dan bernilai
tinggi. Selebihnya, ramai yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang keuntungannya tidak banyak
merubah taraf hidup kaum Bumiputera itu sendiri. Kerana itu adalah penting untuk usahawan bumiputera
ini terus digalakkan untuk terbabit dengan lebih aktif dalam persekitaran ekonomi semasa. Dari sudut
peluang dan kemudahan misalnya, usahawan bumiputera memiliki banyak kelebihan berbanding
usahawan bukan bumiputera.
Namun, ada sesuatu kekangan dalaman pada diri usahawan Bumiputera sendiri yang semacam
menyulitkan dan melesukan keyakinan diri mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dan
kemudahan itu. Khalayak usahawan Bumiputera perlu menyedari bahawa arena keusahawanan di semua
peringkat akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan dijangka berhadapan dengan pelbagai cabaran
yang lebih besar.
Justeru, khalayak usahawan Bumiputera kini harus berubah daripada berniaga dengan orientasi asal
boleh dan asal buat kepada memacukan bisnes berorientasikan budaya niaga yang lebih profesional
dan berkesan seperti yang ditunjukkan sejarah ramai usahawan dunia yang cemerlang.
Usahawan Bumiputera juga harus menginsafi tanggungjawab kudus mereka sebagai khalifah di muka
bumi Allah ini untuk meratakan kemakmuran dan rahmah dengan menyediakan khidmat dan hasil yang
terbaik demi menambahkan nilai kehidupan seluruh umat manusia amnya dan jaringan umat Islam
khususnya untuk meraih nikmat balasan di kemudian hari.
Bengkel Eksklusif: Usahawan Gemilang Di Persada Dunia adalah satu usaha luhur bagi
mencetuskan lonjakan transformasi jiwa, fikiran dan orientasi budaya keusahawanan yang dinamis, kreatif,
progresif, efektif dan kompetitif kepada kalangan usahawan Bumiputera di bawah naungan MARA ke tahap
yang lebih ampuh lagi utuh.
Nizal Mohammad 2

Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada Dunia

MATLAMAT
Bengkel eksekutif ini dianjurkan untuk mencapai matlamat berikut:

Memberi kefahaman dan kesedaran tentang visi dan misi bisnes dalam menangani cabaran
zaman;
Memantapkan keutuhan jati diri dan memperkukuhkan rasa keyakinan diri;
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan dalam urusan perniagaan dan rundingan.
Mempersiapkan para usahawan dalam menyediakan pelan perancangan ke hadapan (way
forward) yang lebih efektif;
Membina sifat dan sikap kemandirian bisnes yang utuh dan kukuh tanpa kebergantungan yang
berterusan dengan agensi kerajaan;
Meningkatkan kefahaman dan kesedaran profesionalime dan penjenamaan bisnes yang lebih
berkesan;

PERIHAL BENGKEL
Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada DUnia adalah sebuah program yang khusus
digubah untuk MARA Selangor bertujuan untuk memartabatkan usahawan Bumiputera agar menjadi
gemilang di persada dunia. Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh
Durasi
Tempat
Tempat

:
:
:
:

8 10 Jun, 2015
3-hari 2-malam
Ditentukan oleh MARA Selangor
Usahawan Bumiputera naungan MARA Selangor

METODOLOGI KAEDAH PENGENDALIAN


Bengkel ini dikendalikan dengan mengguna pendekatan participatory-action and experiential-learning
yang menumpukan kepada penyertaan langsung para peserta di dalam gerak kerja dan latihan agar
pembelajaran itu lebih dihayati sambil mengambil kira latar pengalaman dan sandaran pengetahuan yang
ada pada mereka serta penatar profesional yang mengendalikan bengkel. Bengkel ini turut menggunakan
aneka kaedah pembangunan pembelajaran bersepadu termasuk:

Penataran dalam kelas


Kajian kes dan perkongsian pengalaman dan pengetahuan
Role play dan tugasan berasaskan simulasi
Sesi penghuraian dan renungan
Aktiviti berkumpulan dan tugasan individu
Penilaian

BAHASA PERANTARAAN
Bengkel ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Nizal Mohammad 3

Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada Dunia

RANGKA KANDUNGAN
Bengkel ini akan meliputi rangka kandungan berikut:
I.

SIAPA AKU & SIAPA KITA


Prinsip S.I.A.P.A.
Kenal Peranan Diri
Yang Hebat Itu Kita
Siapa Kita Sekarang
Esok Kita Bagaimana

n
n
n
n
n

II. KOMUNIKASI EFEKTIF


n Perihal Komunikasi
n Kuasai 3V
n Mengenali dan Menangani Personaliti
n Penjenamaan Diri
III. DUNIA BISNES
n Realiti Bisnes Yang Berubah
n Memahami dan Mengendali Dinamisme Bisnes
n Menawan Pasaran Menambat Pelanggan
n Antara Janji dan Pengalaman Pelanggan (Brand Equity & Customer Experience)
n Membina Budaya Korporat Cemerlang
n Bisnes Mandiri
IV. DARI MANA MAHU KE MANA
n Hakikat Bisnes Antarabangsa
n Kita Di Mana
n Persiapan Kita
n Perancangan Kita
n Janji Kita

JADUAL TENTATIF
Jadual tentative bengkel 3-hari 2-malam ini adalah seperti berikut:
Hari 1
16:00 21:00

..

Pendaftaran/Makan malam/Istirehat

21:00 23:00

..

Sesi 1

08:30 10:30

..

Sesi 2

10:30 10:45

..

Kudapan

10:45 12:45

..

Sesi 3

12:45 14:00

..

Makan Tengahari/Solat Zohor

14:00 16:00

..

Sesi 4

16:00 16:15

..

Kudapan

Hari 2

Nizal Mohammad 4

Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada Dunia

16:15 18:15

..

Sesi 5

18:15 21:00

..

Makan Malam/Istirehat

16:15 18:15

..

Sesi 6

08:30 10:30

..

Sesi 7

10:30 10:45

..

Kudapan

10:45 12:45

..

Sesi 8

12:45 14:00

..

Makan Tengahari/Solat Zohor

14:00 16:00

..

Sesi 9

16:00 16:15

..

TAMAT

Hari 3

PENYEDIA LATIHAN
Penyedia latihan bengkel ini adalah Nizal.Com Sdn Bhd.

PENATAR UTAMA
Nizal Mohammad memulakan karier sebagai Wartawan Eksekutif di Berita Harian
dan kemudiannya beralih menjadi Editor Majalah, sebelum beliau menduduki
pelbagai jawatan eksekutif di peringkat direktorial dan sekretarial di dalam beberapa
majlis dan agensi komuniti. Pada tahun 1994, Nizal menyertai Sistem Televisyen
Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama TV3 sebagai Pengacara dan
Wartawan Penyiaran Eksekutif, dan seterusnya beliau meningkatkan keupayaan
sehingga menjadi Penerbit, Pengacara Kanan, Koordinator dan Penatar dalam masa
sepanjang tiga belas tahun.
Mantan pengacara beberapa program popular TV3 seperti Malaysia Hari Ini dan
Bincang Petang ini percaya kepada melakukan yang terbaik di dalam setiap yang
dilaksanakannya tanpa berkompromi dengan nilai dan keluhuran seseorang. Beliau juga pernah menjadi
pengacara sulung untuk beberapa program seperti Jejak Rasul dan Al-Kuliyyah.
Selepas berundur daripada TV3/Media Prima Berhad pada April 2007, beliau telah menerima berbagai
tugasan pengacaraan sebagai pengacara bebas untuk beberapa media korporat. Antaranya, Astro
(Angkasa1), TV Al-Hijrah (Pelancaran TV AlHijrah & Bicara) dan AntaraPos.com (Firasat & Meja Bulat). Selain
itu beliau menjadi pengacara bersama untuk GE13 Special (liputan langsung PRU13 untuk CapitalTV) dan
baru sahaja selesai musim pertama program RealTalk untuk Capital TV. Nizal pernah bertugas sebagai
Deejay undangan di THR.fm, Bernama Radio24 dan mengendalikan program bual bicara radio di ewana.fm
sebuah radio IP.
Nizal yang dilahirkan di Selangor pernah mewakili Malaysia di Persidangan Dunia tentang Belia di British
Columbia, Kanada dan juga Khemah Antarabangsa Belia di Mesir. Beliau meyifatkan kejayaan terbesarnya
ialah menubuhkan yayasan kebajikannya sendiri iaitu Yayasan Ilham Budi. Beliau juga pernah meyusun
dan mengendalikan Bengkel Pembangunan Komuniti di Islamabad, Pakistan pada tahun 1992.
Nizal Mohammad 5

Bengkel Eksklusif : Usahawan Gemilang Di Persada Dunia

Beliau memiliki Skills for an Empowered Workforce (SEW) Instructor (Professional certification awarded by
DDI based in USA), Postgraduate Diploma dalam Pembangunan Perniagaan Wilayah Asia Pasifik dari Berne
University of Applied Science, Switzerland dan Masters of Oxcel (Oxford Centre for Leadership) anugerah
bukan akademik blended learning oleh Oxcel.

KOS PROGRAM
Kos menyelenggarakan bengkel eksklusif 3-hari 2-malam ini ialah RM 16,500.00 (Ringgit: Enam belas
ribu lima ratus sahaja.) Yuran ini termasuk honorarium untuk penatar professional utama, penggubahan
modul, penyediaan bahan latihan termasuk bahan audio-visual, nota dalam bentuk CD, dan tenaga kerja
sokongan.

Nizal Mohammad 6

Anda mungkin juga menyukai