Anda di halaman 1dari 2

Salam Puan, ni antara refleksi permulaan saya sebagai seorang guru.

Di awal posting saya di sekolah, sangat banyak perkara yang tidak saya tahu. Pun
begitu, saya banyak belajar dari guru lama dan mereka tidak jemu membantu dan
menjawab segala persoalan saya walaupun mereka sibuk. Sekolah sekarang adalah
salah sebuah sekolah amanah iaitu separa korporat. Disini juga terdapat beberapa
modul yang memerlukan guru baru seperti saya untuk masuk ke kelas yg
dikendalikan oleh advisor Leaped dibwah program amanah itu sendiri
Saya bahagikan kepada 3 untuk dapatan saya di sekolah:1) Pentadbir
- Semua pentadbir sangat positif, persekitaran kerja juga bagus. Veru
Supportive
- Sebagai guru baru, memang terlalu banyak kerja ataupun tanggungjawab
yang perlu dipikul. Pun begitu, memandang dari sudut positif bahawa
pentadbir mahukan pengalaman orang baru untuk memikul tanggungjawab
sebagai ketua dan penyelaras.
- Banyak mendapat kelas yg belakang, dan kelas yang pertama diberikan
kepada mereka iaitu guru yang lebih lama, ini juga dari sudut positif saya
rasakan agar guru lama tidak terbeban dan tidak terlalu menggunakan
ketegasan yg boleh mengakibatkan terganggunya kesihatan
2) Guru-guru
- Rakan kerja sangat bagus.
- Negatifnya apabila terdapat sesuatu program dibawah pengurusan saya,
guru lama tidak memberikan kerjasama mungkin juga kerana terlalu sibukn
dnegan kelas dan pelbagai lagi kehendak kerja yang lain
- Pun begitu, diakhirnya kerjasama berpasukan membantu kerja yang
tergendala dengan jayanya
3) Murid-murid
- Sekolah yg dipilih dibawah Yayasan Amir sebagai sekolah amanah ini adalah
kerana prestasinya yang kurang memuaskan.
- Murid-murid perlu diberikan perhatian dari sudut pembelajaran
- Guru perlu menunjukkan semangat serta menyalurkan sehabis baik kudrat
untuk membuat yg terbaik kepada murid dari sudut aktiviti ndalam kelas dan
juga bahan bantu mengajar yang digunakan
- Positifnya, dari sudut pdp terlalu banyak yg dipelajari oleh guru melalui
mmodul yg disediakan oleh Advisor sekolah amanah
- Antaranya menggalakkan murid berfikir secara KBAT melalui thinking tools yg
digunakan
- Pembelajaran sangat seronok diantara guru dan murid

Negatifnya apabila murid tidak berupaya untuk menggunakan ABM dengan


sebaiknya dan tidak menunjukkan minat untuk belajar serta ada yang terlalu malas
untuk berfikir.

Puan, sekiranya jawapan sy kuang membantu, saya mohon maaf..terima kasih

Anda mungkin juga menyukai