Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA :

PENUBUHAN KELAB MEMANAH


SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA

1.

Pengenalan:
Memanah merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti

yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di SEKOLAH
KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA. Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu
cadangan penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA
telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh mengenali
permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan
persahabatan bersama sekolah-sekolah atau pusat pengajian lain bagi mengeratkan
silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar SEKOLAH
KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA yang berminat untuk menyertainya.
2.

Rasional
Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan Memanah

kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih
mencabar. Semua pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA yang
berminat bolehlah menyertai kelab ini.
Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:
I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Memanah kepada pelajar
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama
II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan
(kelab)
III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur
V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.
VI. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berbilang kaum.

3.

Matlamat
Matlamat

utama

penubuhan

Kelab

Memanah

SEKOLAH

KEBANGSAAN

DAMANSARA UTAMA ialah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini.
Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama pelajar dari
SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA dan insitusi-institusi pengajian lain
diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang
juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang
sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar
dalam sukan ini memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi.
Setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan Memanah terbuka Selangor diadakan, dengan
penubuhan kelab ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan menyertai
pertandingan yang dijalankan dengan membawa nama SEKOLAH KEBANGSAAN
DAMANSARA UTAMA dan dapat memperkenalkan lagi kepada masyarakat tentang
kemampuan dan kewujudan SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA. Matlamat
terakhir adalah agar para pelajar dapat menguasai permainan ini untuk diamalkan pada
masa akan datang dalam menempuh era baharu dan mencabar.
4.

Objektif

Objektif penubuhan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA


ialah:
i.

Memperkenalkan/mempopularkan

sukan

Memanah

kepada

warga

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA.


ii.

Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi
warga Malasia kelak.

iii.

Mengeratkan hubungan silaturahim antara SEKOLAH KEBANGSAAN


DAMANSARA UTAMA dengan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian
lain sekitar Selangor.

iv.

Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.

v.

Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.

vi.

Memperkenalkan

SEKOLAH

KEBANGSAAN

DAMANSARA UTAMA

kepada masyarakat dengan menyertai pertandingan-pertandingan terbuka


di Selangor.
5.

Perkara:
Permohonan Menubuhkan Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan Damansara
Utama.

6.

Dikemukakan kepada:
PUAN RUBIAH BINTI AHMAD ZAINAL ARIFFIN
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama.

7.

Kumpulan Sasaran:
Terbuka kepada semua pelajar

dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan

Damansara Utama.
8.

Jawatankuasa Sementara Kelab Memanah SEKOLAH

KEBANGSAAN

DAMANSARA UTAMA.
Penaung

Encik Khairul Anuar Bin Abd. Azid (YDP PIBG).

Penasihat

Puan Rubiah Bt. Ahmad Zainal Ariffin

Pengerusi

Muhammad Rayan B Hamka.

N. Pengerusi:

Muhammad Afiq Aisar Bin Arshad.

Setiausaha :

Khairul Damia Bt. Khairul Anuar

Bendahari

Muhammad Ervan B Hamka

Ajk-Ajk
1. Pendaftaran & Keahlian

Muhammad Nur Aiman B. Mohammad Najib.

2. Tempat & Peralatan

Nur Aisyah Aqilah Bt Arshad.

3. Tugas-tugas Khas

Yovinas a/l Margesparan.

5. Aktiviti & Lawatan

Nufal.

6. Penyertaan pertandingan :
9.

Khairul Danish

Senarai Nama Sementara Ahli


Lampiran 1

10.

Sumber Kewangan
Sumber kewangan Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA
UTAMA ialah dari yuran pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua
pelajar yang menyertai kelab ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak
RM60.00 setiap individu. Yuran sumbangan aktiviti akan dibuat mengikut
kesesuaian.

11.

Pengisian Aktiviti Kelab Memanah SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA


UTAMA
i.

Latihan mingguan.

ii.

Mesyuarat bulanan

iii.

Penganjuran/penyertaan pertandingan

iv.

Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan

v.

Kursus berkaitan

vi.

Jamuan tahunan

12.

Borang Keahlian
Lampiran 2

13.

Penutup
Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi sukan memanah ini. Di samping itu semangat
kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga SKDU
khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak
pengurusan dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

..
(MUHAMMAD RAYN BIN HAMKA)
Ahli Jawatankuasa,
Penubuhan Kelab Memanah,
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama.

Disemak dan disahkan oleh,

(MOHD HAMDAN BIN ABDULLAH)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama.

Disokong oleh,

...........................................
(ARSHAD BIN MAT ISA @ RAMLI)
Guru Penolong Kanan Akademik,
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama

Diluluskan oleh,

......
(PUAN RUBIAH BINTI AHMAD ZAINAL ARIFFIN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Damansara Utama

Ulasan :
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
_____________

Lampiran 1
Senarai Nama Sementara Ahli-ahli Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan
Damansara Utama.

BIL

NAMA

NO. IC

ALAMAT

NO. TELEFON

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Lampiran 2

Borang Permohonan Keahlian


Kelab Memanah
SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA
Nama:

Gambar Berukuran
Pasport

No. KP:
Umur :
Bangsa:

Agama :

tahun

Tarikh Lahir :

Melayu

India

Cina

Lain-lain __________(sila nyatakan)

Islam

Buddha

Kelas :

Kristian
Sempurna

Lain-lain __________(sila nyatakan)


OKU (Nyatakan): ___________

Tahun:
Tinggi :

Berat :

Alamat Semasa:

Alamat Surat Menyurat:


(Tidak perlu diisi jika sama)

No. Tel :

Email :
Nota:
o
o

Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM60 beserta 2


keping gambar berukuran passport.
Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan
huruf besar.

Segala maklumat yang diisi adalah benar.


__________________
(Tandatangan Pemohon)
9

10