Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL
KARNIVAL KOKURIKULUM
ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG
(ASAT)
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2015
PENGANJUR
SMK SEDAYA, KANOWIT

1. PENGENALAN
Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan program induk tahunan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak selaras dengan program Unit Asrama Harian, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan peranan
dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memartabatkan asrama
harian seluruh negara.
Pertandingan Pertandingan Futsal dalam Karnival ASAT menyediakan ruang dan
peluang kepada warga dan penghuni asrama dan seterusnya membina jaringan kerjasama ke
arah kecemerlangan diri dan asrama. Di samping itu, penganjuran tersebut diharap dapat
mencungkil bakat- bakat baru pemain futsal di Negeri Sarawak untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi selaras dengan Pembangunan Sukan Negara.

2. MATLAMAT
Matlamat pertandingan ini adalah seperti berikut ;
I.

Mengetengahkan potensi para pemain yang berbakat Zon Tengah peringkat Negeri
Sarawak.

II.

Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan


pemain dan membentuk sikap serta amalan positif dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi ketika bertanding.

III.

Penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain
untuk memahami permainan serta undang-undang futsal

IV.

Mendedahkan para pemain supaya lebih cenderung untuk kearah kehidupan yang
positif dengan melakukan aktiviti riadah disamping menimba pengalaman untuk
menyertai pertandingan yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

3. OBJEKTIF
1. Mencari bakat- bakat pemain futsal sekitar Zon Tengah di peringkat Negeri Sarawak.
2. Mengeratkan lagi silaturrahim antara guru- guru, jurulatih, kakitangan sekolah, pihak
pejabat serta murid- murid yang menyertai pertandingan ASAT ini.
3. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para peserta atau pemain bagi
menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

4. Memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman melalui sukan dan
sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. TEMPAT PERTANDINGAN
Cadangan tempat untuk mengadakan pertandingan futsal ialah di Gelanggang Futsal SMK
SEDAYA, Kanowit.
5. SASARAN
Murid-murid yang tinggal di sekolah Asrama Harian ( 2015 ) Zon Tengah Peringkat Negeri
Sarawak.
6. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
Cadangan tarikh ialah pada 21 22 September 2015
7. PERASMIAN
Upacara penangguhan rasmi oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak.
8. ANGGARAN DAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran A

9. JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN


Penaung : Pn Malsiah bt. Jamal ( Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit )
Penasihat : En Willy ak Johnson ( Ketua UPPK, Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit )
Pengerusi : En Langgie anak Ujang ( Pengetua, SMK SEDAYA )
Naib Pengerusi 1 : En Mohamed Rosdi Bin Mawardi (PK HEM, SMK SEDAYA)
Naib Pengerusi 2: En Chia Fuk Khien (PK KOKURIKULUM, SMK SEDAYA)
Penyelaras : En Hilary anak Tadong (Ketua Waden, SMK SEDAYA)
Setiausaha : En Zool Hilmi Bin Yaman (Setiausaha, SMK SEDAYA)

Ahli Jawatankuasa Pertandingan :


1.
2.
3.
4.
5.
6.

En Sanjay ak Bana
En Wat ak Ayom
En Kenny Bilong Lusat
En Terreance Juan
En Ronny Ak Saba
En David John

( SK Ng Machan )
( SK ST Francis Xavier )
( SK Nanga Pedai )
( SK Nanga Jagau )
( SK Nanga Tada )
(SK Nanga Machan)

10. SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk Lampiran B
11. BORANG DEKLARASI DAN KEBENARAN IBUBAPA
Rujuk Lampiran C

12. PENUTUP
Adalah diharapkan pertandingan futsal ini dapat dijalankan dengan jayanya kelak. Kerjasama
daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat amat diperlukan. Semoga objektif
pertandingan ini nanti dapat tercapai.

LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERTANDINGAN FUTSAL 17TKB
ANJURAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
(ZON TENGAH)

BIL

1
2
3
4
5
6
7
8
8
3

SENARAI BARANG
Hanging medal
( Johan, N. Johan, Ketiga )
Trofi ( Johan, N. Johan, Ketiga )
Bola futsal
Air Mineral
Cenderahati (pengadil)
Air Kotak (teh bunga)
Baju pegawai bertugas
Baju ball picker
Roti Bun
Nasi tapau (pegawai bertugas)
2 hari

KUANTITI

JUMLAH ( RM )

3 set

150.00

3 set
4 biji
20 kotak
6
10 kotak
15 helai
6 helai
100 ketul

180.00
160.00
240.00
120.00
180.00
300.00
120.00
80.00
(21 x RM7.00) x 2

21 bungkus x 2 hari

JUMLAH

hari = 294.00
RM 1824.00

LAMPIRAN B
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN FUTSAL
KARNIVAL ASAT
ZON TENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK

1. PENGANJUR PERTANDINGAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Peringkat Zon
Tengah.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am futsal
dan mengikut perubahan daripada pengelola.
3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap Zon dibenarkan menghantar satu pasukan futsal sahaja.
Para pemain futsal hendaklah murid yang tinggal di asrama Harian ( 2015 ) dan
berdaftar di dalam SMA sekolah daerah Kanowit.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara Sistem Liga XY
( Tertakluk kepada bilangan pasukan )
5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa permainan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa perlawanan dan 1 minit
untuk rehat. (5-1-5)
(11 minit keseluruhan perlawanan).
6. PAKAIAN
Semua pasukan yang bertanding dimestikan memakai jersi lengkap.
7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit lebih awal
sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.
8. PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN
Jawatankuasa pengelola berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan
dan pertandingan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan.

9. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara yang tidak dinyatakan diatas, pihak pengelola berhak untuk
membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad.
10. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN
Semua perlawanan diadakan di Gelanggang Futsal, SMK SEDAYA.
Tarikh pertandingan diadakan pada 21 September- 22 September 2015
11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan ialah 30 OGOS 2015
Sila hantar borang penyertaan kepada Zool Hilmi Bin Yaman dari SMK SEDAYA,
Kanowit
12. KESELAMATAN
Semua pengurus pasukan diwajibkan menjaga keselamatan pemain masing-masing dan
borang deklarasi serta borang perakuan ibubapa adalah perlu.
13. HADIAH PERTANDINGAN
JOHAN

Hanging Medal + Trofi

N. JOHAN

Hanging medal + Trofi

KETIGA

Hanging medal + Trofi

LAMPIRAN C
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL 17TKB
PERINGKAT ZON TENGAH
NEGERI SARAWAK
2015

Nama Sekolah

: ___________________________________________________

Nama Pengurus

: ________________________ No HP : ___________________

Nama Jurulatih

: ________________________

Nama Pen. Jurulatih : ________________________


Bil

Nama Pemain

Tarikh Lahir

No. Sijil Lahir


/ No. IC

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Tandatangan Pengurus

...
(

Tarikh ;

COP
SEKOL
AH