Anda di halaman 1dari 20

KAEDAH LUKISAN KOLAM BAGI MENGATASI MASALAH PSIKOMOTOR HALUS

TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS MURID TAHUN SATU

Oleh: Hoe Wen Shan, Joanne Renu Alexander, Thenmathy D/O Perumal,

BAB 1: Masalah Kajian

1.

Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan turut mengubah bentuk

komunikasi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tulisan masih merupakan media


komunikasi yang utama. Individu perlu menguasai kemahiran menulis walaupun
kebanyakan tulisan boleh diproses dengan peralatan elektrik seperti komputer. Tanpa
kemahiran berkomunikasi menerusi tulisan, seseorang berada pada keadaan yang tidak
memanfaatkan. Persekitaran yang paling menekankan kemahiran menulis adalah di
sekolah. Guru menilai pembelajaran murid menerusi hasil tulisan (Mlyniec, 2001). Murid
yang berjaya dalam akademik perlu menguasai kemahiran menulis seperti menyalin dari
papan putih dan menyiapkan tugasan dengan tulisan yang jelas dan dapat difahami.
Kelancaran menulis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai tetapi semakin
kurang diberi perhatian sejak kebelakangan ini. Sesetengah penyelidik mempersoalkan
sama ada teknologi telah mengatasi kemahiran ini (Polloway et al., 2001). Tambahan pula,
penekanan proses menulis sering diketepikan mengakibatkan sedikit atau tiada perhatian
diberikan terhadap ini (Coms, 1997). Menurut McHale dan Cermak (1992) 30% - 60% aktiviti
sekolah melibatkan penggunaan kemahiran motor halus. Hal ini menyebabkan kanak-kanak
yang mempunyai masalah dengan kemahiran motor halus akan berdepan dengan cabaran
untuk mengendalikan aktiviti yang ditugaskan oleh guru. Disebabkan ketidakupayaan ini,
murid akan menghadapi masalah dengan pencapaian akademik akibat daripada
ketidakupayaan untuk menyalin dari papan tulis, mengambil peperiksaan dan menulis esei
(Cheatum & Hammond, 2000; Wehrmann et al 2006; Jackman & Stagnitti, 2007; Missiuna et
al 2008; Westendorp, 2011).
Selain daripada menghadapi masalah dengan aktiviti di dalam kelas, kanak-kanak
dengan masalah kemahiran motor halus turut menghadapai masalah dengan aktiviti
pengurusan diri (Cheatum & Hammond, 2000, Summers et al, 2008). Kelemahan dalam
mengendalikan

kemahiran

motor

halus

akan
1

mengganggu

keupayaan

mereka

2
membutangkan baju, mengenakan zip, memakai stoking, mengenakan kasut dan mengurus
diri di tandas. Mereka memerlukan bantuan daripada individu lain dalam aktiviti pengurusan
seharian (Case-Smith, 1993). Kanak-kanak yang menghadapi masalah yang teruk perlu
dirujuk kepada ahli terapi cara kerja untuk mengatasi masalah dengan penguasaan
kemahiran motor halus. Oleh itu, guru yang mengajar murid than satu perlu menguasai
pengetahuan asas berkaitan proses kemahiran menulis, masalah dalam kemahiran menulis,
pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah kemahiran menulis serta strategi
untuk memulihkan kemahiran menulis.

2.

Latar Belakang Masalah Kajian


Kanak-kanak yang menghadapi masalah kemahiran motor halus tidak dapat

menjalankan aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan seperti menggunting, menulis,


memegang pensel dengan betul dan membentuk huruf (Miller et al 2001; Reid et al, 2006).
Selain itu, masalah kemahiran motor halus turut memberi impak yang sangat besar kepada
kehidupan seorang kanak-kanak yang berada di sekolah (Mercer & Mercer, 1989;
Wehmann, Chiu, Reid, Sinclair, 2006; Jackman & Stagnitti, 2007).
Terapi cara kerja adalah satu perkhidmatan yang berkaitan dengan pengembalian
fungsi fizikal yang berguna kepada individu (KKM, 2009). Individu yang menerima
perkhidmatan ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai penyakit dan juga lumpuh
akibat kemalangan. Berbanding dengan fisioterapi, terapi cara kerja lebih tertumpu kepada
pergerakan halus yang diperlukan untuk kehidupan harian (KKM, 2009) Perkhidmatan
perubatan pemulihan ini disediakan di hospital kerajaan. Terapi cara kerja juga membantu
kanak-kanak yang menghadapi masalah dengan kemahiran motor halus (Bruni, 2006).
Kanak-kanak yang dirujuk kepada ahli terapi kerja adalah kanak-kanak yang mempunyai
masalah motor halus seperti tidak boelh menulis, masalah lewat perkembangan disebabkan
factor keluarga yang miskin dan kanak-kanak yang mengalami trauma selepas kemalangan
(Case-Smith, 1995; Wehrman et. al, 2006).
Namun begitu, perkhidmatan yang diberikan di hospital kerajaan adalah terhad
kerana bilangan kanak-kanak yang menerima perkhidmatan ini terlalu ramai. Berdasarkan
statistik Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 31
Disember 2010, bebanan tugas ahli terapi cara kerja telah meningkat sebanyak 61, 219 iaitu
655, 864 pada tahun 2009 kepada 762,314 pada tahun 2010. Bagaimana guru sekolah
dapat membantu murid-murid yang mengalami maasalah kemahiran motor halus untuk
menguasai

kemahiran

menulis?

Kelewatan

untuk

menerima

perkhidmatan

akan

menyebabkan masalah kemahiran motor halus murid-murid sehingga mengganggu

3
pencapaian mereka di sekolah dan seterusnya mengganggu perkembangan sosial kanakkanak (Chiu et al, 2002). Oleh kerana murid menerima pendidikan formal di sekolah, maka,
guru perlu mempunyai pengetahuan asas tentang kaedah lukisan kolam untuk
mengendalikan murid yang menghadapi masalah motor halus. Justeru itu, adalah sangat
penting bagi guru-guru di sekolah untuk mendapat pendedahan dan pengetahuan dalam
bidang kemahiran motor halus dan penglibatan ahli terapi cara kerja secara kolaboratif.

3.

Pernyataan Masalah
Kelemahan untuk menggunakan kemahiran motor halus adalah punca utama tulisan

yang kemas kanak-kanak. Ini kerana murid tidak menguasai kemahiran psikomotor halus
dan pratulisan dan sejurus itu tidak dapat menggerakkan tangan serta menggenggam
dengan betul. Murid juga mempunyai tulisan yang buruk apabila menulis. Murid sering
bertukar-tukar cara memegang pensel dan juga sering mengadu kesakitan apabila menulis.
Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana murid telah didedahkan dengan teknik
penulisan yang betul sejak pra sekolah. Walaupun setelah setahun belajar ataupun mungkin
ada murid yang masih tidak dapat memegang pensel dengan cara yang betul serta menulis
dengan baik. Adakah cara guru mengajar selama ini salah atau tidak sesuai dengan
keupayaan intelek mereka? Atau sebab lain yang menyebabkan mereka lambat menguasai
kemahiran menulis?
Secara umumnya, dapat diketahui bahawa murid-murid ini berbeza latar belakang
daripada segi ekonomi dan taraf sosial. Pendekatan secara individu di dalam kelas tidak
dapat dijalankan kerana bilangan murid yang ramai. Murid-murid ini perlu mengikuti sesi
pembelajaran yang lebih terancang dan sesuai dengan keupayaan dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial mereka.

Guru boleh mempermudahkan pengajaran mengikut

kemampuan murid dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping penggunaan bahan


bantu mengajar yang sesuai secara melakukan teknik kolam untuk tujuan intervensi
masalah kemahiran motor halus.

4.

Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kaedah lukisan kolam dalam mengatasi
masalah psikomotor demi meningkatkan keupayaan murid tahun satu menguasai kemahiran
menulis iaitu seperti berikut:

4
a. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah lukisan kolam dalam mengatasi masalah
psikomotor murid Tahun satu.
b. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah lukisan kolam dalam peningkatan
keupayaan murid Tahun satu dalam kemahiran menulis.
c. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah lukisan kolam dalam peningkatan
kekemasan tulisan murid Tahun satu.
Persoalan kajian dalam penulisan ini adalah:
a. Apakah tahap penguasaan menulis di kalangan murid Tahun satu?
b. Adakah kaedah lukisan kolam berkesan dalam penguasaan menulis di
kalangan murid Tahun satu?

5.

Kepentingan kajian
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang rumit di mana melibatkan banyak aspek

seperti kemahiran kawalan motor halus dan integrasi motor-visual. Kemahiran menulis
adalah sebahagian daripada kemahiran motor yang dikenali sebagai kemahiran motor halus
(Steffani & Selvester, 2009). Kemahiran motor halus penting kerana lebih daripada lima
puluh peratus masa kanak-kanak di sekolah dihabiskan dengan aktiviti menulis (McHale &
Cermak, 1992). Tambahan pula, menurut Boyer (2009), pertumbuhan otot yang tepat,
kekuatan dan kawalan pada pergelangan tangan kanak-kanak adalah sangat penting bagi
sepanjang hidupnya sebagai kanak-kanak. Menulis dapat mengembangkan rangsangan
deria motor kanak-kanak pada usia awal tumbesarannya.
Koordinasi mata-tangan merupakan kemampuan seseorang untuk menggabungkan
antara pergerakan mata dan tangan apabila menerima rangsangan menjadikan satu pola
pergerakan tertentu sehingga menghasilkan gerakan yang diselaraskan, berkesan, mulus
dan cekap. Dalam hal ini Sadoso Sumosardjuno (1994) menyatakan koordinasi mata-tangan
adalah suatu integrasi antara mata sebagai pemegang kunci utama dan tangan sebagai
pemegang fungsi yang melakukan gerakan.
Kajian awal mengenai tulisan tangan oleh Hertzberg (1926) mendapati bahawa
menyalin dan menyurih adalah kaedah awal mempelajari tulisan tangan. Kajian Wright dan
Wright (1980) menunjukkan bahawa menyalin huruf akan bertambah baik apabila model
yang disalin boleh digambarkan berserta pergerakan. Cara mengajar tulisan tangan adalah
lebih baik dengan cara menjelaskan bentuk dan urutan lejang huruf di samping latihan
menyalin (Berninger et al, 1997). Secara umumnya, kaedah pengajaran tulisan tangan
termasuklah menyurih, menyalin, latihan dan latih tubi (Kirk, 1980).

5
Proses untuk menulis amat penting bagi proses pembelajaran murid Tahun satu
kerana ia mungkin merupakan berguna kepada guru-guru mata pelajaran yang lain untuk
menerapkan kemahiran menulis dalam mata pelajaran yang dipelajari. Keupayaan setiap
murid untuk menulis adalah berbeza antara satu sama lain. Kita dapati ada murid yang
dapat menulis dengan baik iaitu meliputi aspek kekemasan, menulis huruf dan jarak sesuatu
perkataan dengan perkataan yang lain dan tidak kurang juga sebaliknya. Oleh itu, satu
kajian dijalankan untuk mengenal pasti punca kelemahan menulis di kalangan murid Tahun
satu, agar usaha ini dapat memanfaatkan semua pihak untuk memastikan pembelajaran
teknik kolam ini dapat mengatasi masalah kemahiran motor halus murid-murid bermasalah.
Pengenalan pendekatan Lukisan Kolam merupakan kaedah yang dicadangkan oleh
pengkaji dalam mengatasi masalah psikomotor halus murid Tahun satu. T.Robinson (2007)
menyatakan bahawa sifat Matematik kolam digunakan dalam bidang sains komputer. Pola
kolam dikaji dan algoritma yang dibangunkan untuk menjana semula reka bentuk kolam
dengan corak yang berbeza yang telah dilakukan. Adam Atkinson (September 2011) pula
menyimpulkan bahawa teknik kolam mempunyai hubungan yang kukuh dengan seni
kontemporari dan sejarah seni. Menurut Dr.Gift Siromoney (2012) dalam corak kolam
banyak reka bentuk yang diperolehi daripada motif ajaib dan corak abstrak dicampur
dengan motif falsafah dan agama Lukisan boleh termasuk ikan, burung , dan imej haiwan
lain untuk melambangkan kesatuan manusia dan binatang. Reka bentuk untuk matahari,
bulan dan simbol zodiak lain juga digunakan dalam menghasilkan kolam.
Maka di sini, guru kelas tahun satu ingin menggunakan kaedah lukisan kolam ini
sebagai suatu kaedah dalam meningkatkan kemahiran menulis murid. Menurut Selin,
Helaine (2008), Terdapat dua cara utama untuk membuat kolam iaitu melalui cara kering
atau basah, merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat garis dan
mengisi garisan menggunakan warna. Murid akan mengasah kemahiran psikomotor dengan
melukis menggunakan tangan dan mengikut corak pembentukan kolam tersebut.
Kajian diadakan untuk melihat tahap kemampuan motor halus kanak-kanak
menggunakan koordinasi tangan dan mata. Kajian ini mampu meningkatkan tahap
keupayaan motor halus kanak-kanak demi mencapai penguasaan kemahiran menulis huruf.
Kanak-kanak yang mampu menggunakan kemahiran motor halus dengan baik akan lebih
mudah untuk pembelajaran serta segala aktiviti rutin harian mereka yang melibatkan
kemahiran motor halus.
Kajian ini memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai tahap keupayaan motor
halus di kalangan kanak-kanak. Selaras dengan matlamat dan anjakan ke dua dalam Pelan

6
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah memastikan setiap murid profisien
dalam Bahasa Malaysia.
Kaedah Lukisan Kolam merupakan pedagogi bermain sambil belajar. Murid Tahun
satu diberi kebebasan memilih warna dan juga melukis kolam berdasarkan acuan guru. Di
sini murid akan berminat kerana guru tidak menghadkan kebebasan memilih di kalangan
murid-murid. Murid pada usia ini senang diajar dan dibentuk kerana meraka akan menerokai
persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru (Teori Erik Erikson, 1994). Maka di
sini, murid-murid dapat menerokai konsep warna dan membuat kolam warna sendiri
mengikut kreativiti dan kebebasan memilih warna.
Kepentingan penilaian kajian dijalankan adalah seperti berikut:
Kajian yang dijalankan adalah:
a. Kajian yang dijalankan adalah ingin mengenalpasti kaedah lukisan kolam
dalam mengatasi masalah psikomotor murid tahun satu.
b. Kajian yang dijalankan adalah ingin mengenalpasti kaedah lukisan kolam
dapat meningkatkan keupayaan murid tahun satu dalam kemahiran menulis.
c. Kajian yang dijalankan adalah ingin mengenalpasti kaedah lukisan kolam
dapat meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun satu.
Hasil dapatan kajian ini akan memberikan suatu gambaran kasar tentang kaedah
lukisan kolam untuk mengatasi masalah psikomotor demi meningkatkan keupayaan murid
tahun satu dalam kemahiran menulis.
6.

Batasan kajian
Kaedah Lukisan Kolam ini dijalankan pada murid tahun satu yang mempunyai

masalah psikomotor yang meliputi tulisan yang buruk serta cara memegang pensel yang
salah di sebuah sekolah kerajaan di negeri Selangor. Di sini, guru kelas tahun satu telah
menjalankan ujian pasca untuk mengetahui serta mengenali murid yang mempunyai
masalah psikomotor dalam pembelajaran.
Kaedah sebelum dan selepas kaedah dijalankan dengan ujian pos akan diberikan
kepada murid untuk menguji keberkesanan Kaedah Lukisan Kolam ini. Batasan kajian
adalah hanya pada murid tahun satu yang bermasalah kemahiran motor halus.
Ini adalah kerana murid tahun satu. secara langsung telah menerima pendedahan
penulisan sejak tadika lagi dan di sini, pengkaji juga ingin mengenali bahawa adakah murid
Tahun satu yang bermasalah psikomotor telah menamatkan sesi persekolahan semasa di

7
tadika. Jika sudah, mengapakah murid ini masih kurang mahir menulis? Dokumen Standard
Kurikulum dan Dokumen Standard Pentaksiran bagi kesemua subjek KSSR Tahun Satu.
menekankan kemahiran psikomotor untuk pembelajaran murid. Dalam hal ini, murid perlu
menguasai kemahiran menulis untuk belajar serta menjawab soalan serta latihan.
Guru kelas tahun satu.tidak menggunakan kaedah ini untuk tahun dua kerana aras
pembelajaran murid pada masa itu sudah mencapai aras yang lebih tinggi. Pengukuhan
perlu diberikan sewaktu masih berada di bangku tahun satu lagi supaya murid yang
bermasalah psikomotor boleh mengatasi masalah mereka dan seterusnya meneruskan
latihan pembelajaran yang lain dengan guru-guru lain serta mata pelajaran yang lain.

7.

Penerangan Terminologi
Berikut adalah konsep-konsep dalam kajian ini dan didefinisikan mengikut kehendak

kajian ini sahaja.


a. Kemahiran motor halus
Kemahiran motor halus bermaksud aktiviti yang melibatkan penggunaan otot yang
kecil (Krapp & Wilson, 2005). Kemahiran ini adalah elemen yang penting dalam
perkembangan seorang kanak-kanak (Boyd, 2010). Kemahiran motor halus turut member
kesan kepada pencapaian akademik, pengurusan kehidupan, sosial, emosi dan juga tingkah
laku kanak-kanak (Case-Smith, 1993; Cheatum & Hammond, 2000; Beilei, Lui, Qu &
VonHofsten, 2002; Summers, Larkin & Dewey, 2008).
b. Menulis
Ciri-ciri murid yang menghadapi masalah menulis dapat diperhatikan dengan hasil
tulisannya yang tidak kemas dan cara memegang pensel yang janggal. Selain itu, masalah
mereka juga meliputi masalah ejaan semasa penulisan, kesukaran mencurahkan idea
melalui penulisan dan tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan
mereka.
c. Kolam
Kolam ataupun ranggoli merupakan sejenis seni rakyat tradisional India yang
dilukis di atas lantai sempena majlis-majlis perayaan khas. Bahan-bahan yang digunakan
untuk menghasilkan corak kolam adalah seperti beras berwarna, tepung kering, pasir
berwarna
2014).

atau kelopak bunga digunakan dalam lukisan kolam ini (Meenakshi Thakur,

BAB 2 Tinjaun Literatur

1.

Pengenalan
Perkembangan motor adalah satu proses sepanjang hayat yang bermula sejak

terjadi di dalam rahim dan hanya terhenti setelah putus nyawa (Gallahue & Ozmun, 2006).
Perkembangan ini bukan sahaja merangkumi proses peningkatan usia dan pembesaran
fizikal tetapi turut termasuk aspek-aspek lain seperti fisiologikal badan, motor, dan sistem
saraf. Semasa memasuki alam persekolahan, kanak-kanak perlu menunjukkan penguasaan
kemahiran motor halus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Penulisan secara tangan bukan sahaja dapat membantu perkembangan otak secara
metakognitif, malah dapat meningkatkan tahap ingatan dan kemahiran motor secara
berkesan (Klemm 2013; Seton 2012). Kecekapan dalam menguasai kemahiran motor halus
secara usia awal dapat meningkatkan tahap kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak.
Hal ini dikenalpasti di kalangan murid berkeperluan khas fizikal yang mempunyai masalah
dalam kemahiran motor halus terutamanya kemahiran memegang pensel dengan berkesan
(Beilei, Lui, Qu & vonHofsten 2002; Whalen 2002; Rosenblum, Weiss & Parush 2003).
Kemahiran menulis adalah kemahiran motor halus yang merupakan kemahiran persepsi dan
motor yang kompleks (Missiuna, Pollock, Egan, DeLaat, Gaines & Soucie, 2008). Ia
menggabungkan interaksi kemahiran visual dan koordinasi motor, merancang susunan
pergerakan motor, kognitif, persepsi serta sensitiviti sentuhan dan kinestetik (Feder &
Majnemer 2007).
Menurut Graham et al (2005), menulis merupakan kemahiran yang penting dalam
menentukan kejayaan di sekolah. Guru merupakan individu yang mengajar murid untuk
menulis. Hal ini bermakna murid akan menerima pengajaran yang pelbagai daripada guru
yang berlainan. Bagaimanakah guru tersebut belajar untuk mengajar kemahiran menulis?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Graham, Harris, Mason, Fink-Chorzempa, Moran dan
Saddler (2007) mendapati bahawa hanya terdapat 12% guru menyatakan
persediaan formal mereka untuk mengajar adalah mencukupi. Guru yang bertanggungjawab
untuk mengajar kemahiran menulis tidak dengan cara dan masa yang sesuai untuk
mengajar dengan berkesan elemen dalam membangunkan polisi kemahiran menulis yang
menyeluruh ialah mengenal pasti prosedur pengajaran yang berkesan, terutamanya pada
tahap permulaan mengajar murid untuk menulis, khususnya murid yang mengalami masalah
dalam menulis.

2.

Literatur Berkaitan
Jarus dan Razzon (2005) menyatakan bahawa kemahiran motor adalah integrasi siri

pergerakan sukarela anggota tubuh badan terhadap tujuan khusus dan tindakan yang
diarahkan. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku,
contohnya jari kita biasanya berkoordinasi dengan mata. Kemampuan atau kemahiran yang
melibatkan penggunaan tangan berkembang dari semasa ke semasa. Untuk kanak-kanak
normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia
mereka. Menurut Cooper (2010) dalam Knowledge and Understanding of the World,
kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan
teknikal, membuat dan mengukur. Gesell menerangkan cara murid membangunkan
kemahiran meniru bentuk dengan tahap yang dapat diramalkan (1940). Kanak-kanak akan
bermula dengan menghasilkan garisan menegak, kemudian beralih kepada menghasilkan
garisan melintang, menghasilkan bulatan, tanda pangkah, segi empat dan kepada segi tiga.
Huruf dengan garisan menegak akan diajar terlebih dahulu dalam program ini. Pengajaran
secara pembahagian kumpulan dan mengikut tahap kesukaran lebih sesuai digunak. Teknik
kolam bersesuain dibuktikan berkesan dalam membantu murid menulis.
Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan
mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu.
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil
pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu,
motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti
pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Menurut Huttenlocher, (1994)
mengatakan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus ini secara normal
melalui aktiviti harian mereka sendiri sejak umur tiga tahun.
Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman
yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck
1991; Schneck & Henderson 1990). Hal ini disokong dengan pernyataan Abdul Rasid (2011)
bahawa

masalah

ketidakcekapan

koordinasi

mata

dan

tangan

semasa

menulis.

Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul.
Akibatnya murid tidak dapat menulis. Dengan merujuk kepada hasil kajian Rosenblum
(2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak
mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel. Maka, jenis-jenis
genggaman

pensel

diadaptasikan

berdasarkan

Genggaman Pensel Schneck dan Henderson (1990).

Intrumen

Penilaian

Perkembangan

10

3.

Kajian Berkaitan
Menurut Norma Binti Haji Ismail (2013), murid perlu mahir menulis kerana hampir

semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan
dan ada juga jawapan yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Justeru itu, Murid perlu menguasai kemahiran menulis daripada peringkat asas lagi iaitu
peringkat penulisan mekanis yang mana murid dapat menulis dengan ejaan yang betul serta
kemas, aspek ini penting sebelum murid dapat menulis di peringkat penlahiran fikiran atau
idea
Menurut kajian-kajian Furuno et al. (1987), kecekapan motor halus kanak-kanak
pada usia dua hingga enam tahun akan berkembang dengan cepat. Sejak lahir hingga umur
tiga tahun, kanak-kanak banyak dilatih kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu.
Apabila mencapai usia prasekolah, kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu ini
akan menjadi semakin mahir, misalnya dalam permainan memasukkan blok ke dalam
bentuk lubang yang sesuai. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil
objek-objek kecil seperti manik menggunakan ibu jari dan telunjuk (kawalan pincer), namun
mereka masih belum cermat dalam kawalan tersebut.
Kemahiran mencapai dan menggenggam bertambah baik dalam masa dua tahun
pertama kehidupannya. Biasanya bayi hanya memperlihatkan pergerakan bahu, lengan dan
siku secara kasar. Kemahiran menggerak pergelangan tangan,memusing tangan, dan
menyelaras ibu jari serta jari yang lainnya berlaku kemudian.

Menurut Gesell (1928) dan

Shirley (1933), pada usia dua tahun pertama ini kawalan tangan bermula sebagai
pergerakan yang berbentuk pantulan kemudian berkembang menjadi kemahiran motor
halus yang lebih terkawal.
Berdasarkan kenyataan ini, pengkaji berpendapat masalah-masalah ini berpunca
daripada kemahiran paling asas lagi iaitu masalah kemahiran motor halus . Hal ini selaras
dengan kenyataan Levine (1979), iaitu cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan pada motor halus menyebabkan
kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel. Levine menegaskan lagi bahawa
cara

kanak-kanak

memegang

pensel

dengan

menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin.

cengkaman

yang

kurang

kemas

11
Menurut Meenakshi Thakur (2014) kolam ataupun ranggoli

adalah seni rakyat

tradisional India yang dilukis di atas lantai pada majlis-majlis perayaan khas. Seni lukisan
kolam telah berkembang sejak beberapa tempoh masa yang lama. Kepentingan simbolsimbol berunsur magis yang berkaitan telah kehilangan kepentingan mereka secara sedikit
demi sedikit. Hari ini seni penuh kepakaran dinyatakan dalam lukisan yang mungkin
geometri, abstrak, realis atau kiasan. Ia adalah warisan dan kesenian wanita melalui teknik
sendiri dan simbol-simbol mereka.
Lukisan kolam ini berkait dengan teori Pembelajaran Sosial Bandura. Melalui Teori
Bandura dalam Suppiah Nachiappan (2008) terdapat empat proses yang terlibat iaitu proses
pemerhatian,

penyimpanan,

pengeluaran

dan

motivasi.

Melalui

pemerhatian

iaitu

rangsangan model diperhatikan oleh subjek untuk dipelajarinya. Seseorang dapat


mempelajari sesuatu tingkah laku yang ingin ditirunya dengan memberikan sepenuh
perhatian dengan tingkah laku model; di sini pengkaji merujuk kepada guru yang mengajar
lukisan kolam untuk murid Tahun satu.
Seterusnya adalah penyimpanan iaitu menyimpan imej mental (gambaran) dan
panduan berbahasa serta bagaimana melakukan sesuatu tingkah laku dalam ingatan jangka
panjang? Maklumat yang telah disimpan tersebut akan dapat dikeluarkan semula dan
membantunya melakukan tingkah laku yang ingin ditiru pada waktu lain. Di sini;
penyimpanan cara pelaksanaan corak sesuatu lukisan kolam bagi membentuk tulisan
selepas menguasai kemahiran motor halus.
Selepas itu adalah pengeluaran iaitu pengeluaran semula maklumat tingkah laku yag
ingin ditiru melibatkan proses memindahkan idea simbolik kepada perlakuan. Pengeluaran
tingkah laku seseorang harus disesuaikan dengan gerak balas terancang dalam dirinya
dalam usaha meniru perlakuan model. Maka di sini, peniruan cara melukis kolam itu akan
menyumbang kepada peniruaan cara menulis kelak.
Akhir sekali dalam Teori Bandura adalah motivasi. Apabila seseorang ingin meniru
sesuatu tingkah laku, mesti ada faktor-faktor motivasi yang mendorongnya seperti insentif
atau ganjaran. Di sini, guru tahun satu memainkan peranan dalam memotivasikan murid
untuk melaksanakan kaedah lukisan kolam untuk murid menulis dengan cantik. Ganjaran
kebebasan memilih warna pada sesi akan datang dan juga token juga dapat mendorong
murid untuk memantapkan lukisan dan pada masa akan datang tulisan.

12
Menurut Santrock (2004), kecerdasan bermaksud keupayaan manusia untuk
menyelesaikan masalah dan keberkesanannya dalam mengadaptasi ke dalam pengalaman
hidup seharian seseorang. Teori kecerdasan adalah berkait dengan kaedah lukisan kolam
yang akan dilaksanakan oleh guru Tahun satu. Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg dalam
Suppiah Nachiappan (2008) mengakui bahawa seseorang tidak semestinya mempunyai
satu kecerdasan sahaja. Salah satu kecerdasan yang dikemukakan oleh teori ini adalah
teori Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence).
Menurut teori ini, kecerdasan pengalaman mempunyai perkaitan dengan kreativiti
dan ia boleh dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baharu hasil mempelajari
daripada situasi tersebut. Seseorang yang mempunyai kecerdasan pengalaman dengan
pantasnya boleh menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi yang baharu berlaku. Sternberg
membahagikan fungsi pengalaman kepada dua bahagian iaitu sesuatu yang baharu
(novelty) dan sesuatu yang baharu berlaku (automatization). Novelty adalah suatu situasi
baru di mana individu tidak pernah menimba pengalaman melaluinya. Automatization ialah
dapatan tugasan yang dihasilkan secara tiba-tiba kerana telah membuat tugasan tersebut
beberapa kali tanpa perlu untuk berfikir dengan mendalam dan terperinci.
Maka di sini dengan kaedah lukisan kreativiti yang menekankan kreativiti, teori ini
berkait dan juga murid dapat melaksanakan tugasan dengan pengalaman yang telah dilalui.
Di masa hadapan melalui ujian pos murid dapat mengaitkan pengalaman menghasilkan
lukisan kolam dengan kemahiran motor halus secara tulisan.
Howard Garner (1983) dalam Suppiah Nachiappan (2008) telah mengemukakan
teori kecerdasan pelbagai. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu mempunyai
pelbagai kecerdasan dan bukan semuanya adalah serupa. Kecerdasan visual-ruang
merupakan kebolehan gambaran mental dan berupaya mengamati dunia melalui visual.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang
alam sekitar secara tepat dan betul. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan
corak

dalam

persekitaran.

Kecerdasan

visual-ruang

membolehkan

seseorang

mempersembahkan idea-idea visual dan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan
imej dalaman sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif; iaitu di sini
pemupukan kecerdasan oleh guru Tahun satu untuk mencungkil kecerdasan daripada murid
dengan kaedah lukisan kolam.

4.

Rumusan

13
Berdasarkan tinjauan literatur pengkaji, kajian menyedari tentang kepentingan
kemahiran motor halus kepada murid bermasalah kemahiran motor halus. Pengkaji juga
bersetuju bahawa seandainya kemahiran motor halus tidak dikuasi oleh murid-murid,
kemungkinan besar meraka akan menghapai masalah apabila melakukan aktiviti motor
halus di bahagian tangan seperti menulis, mewarna, menggunting dan juga menjalankan
aktiviti pengurusan diri.
Berdasarkan dapatan tinjauan literatur, pengkaji berpendapat bahawa walaupun
guru-guru Tahun satu tidak dapat menerima latihan atau kursus dalam bidang kemahiran
motor halus dan terapi cara kerja secara professional. Mereka boleh mengendalikan kaedah
kolam sebagai satu pendekatan alternatif yang dapat dijalankan secar intervensi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Di samping itu, kolaborasi dengan pihak pelbagai disiplin perlu diwujudkan iaitu
antara guru perdana Tahun satu dengan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di
sekolah, ahli terapi cara kerja, pegawai Jabatan Kebajikan dan Kemasyarakat dan pegawai
Kesihatan serta jururawat klinik di kawasan bersekitaran. Kolaborasi dalam bentuk khidmat
nasihat dan pemindahan pengetahuan mampu member impak yang sangat positif kepada
pengetahuan guru perdana Tahun satu dalam bidang berkaitan. Dengan cara ini, guru
berkenaan dapat menghubungi pihak yang sepatutnya bagi mendapatkan maklumat dan
nasihat tentang terapi cara kerja dan juga kemahiran motor halus untuk murid yang
menghadapi masalah kemahiran motor halus yang teruk. Selain itu, melalui perpindahan
pengetahuan dan konsep berkongsian bersama antara golongan profesion dapat
menambahkan pengetahuan guru perdana Tahun satu, ibu bapa dan juga ahli terapi cara
kerja itu sendiri.

14

BAB 3 Metodologi Kajian

1.

Pengenalan
Setiap pelaksanaan kajian mempunyai tujuan yang dicadangkan. Secara amnya,

penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji berbentuk penyelidikan asas. Ia bertujuan untuk
meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah atau faktorfaktor yang terlibat untuk menerangkan masalah psikomotor terhadap kemahiran menulis
dan membentuk suatu teori atau model. Penyelidikan asas ini juga bertujuan mencari
perhubungan diantara dua atau lebih pemboleh ubah. Kajian selanjutnya diharap dapat
dijalankan untuk menguji sesuatu teori atau model yang dihasilkan dari penyelidikan asas ini
(Ananda, 2007).
2.

Reka bentuk Kajian


Kajian dijalankan menerusi satu kajian kes eksperimen kepada seorang subjek

dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Tujuan kajian analisis eksperimen dalam
kemahiran akademik adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen yang memberi kesan
kepada kemahiran menulis. Dalam kajian ini, kajian kes eksperimen telah menggunakan
reka bentuk A-B-A iaitu baseline-intervensi-baseline untuk mengenal pasti keberkesanan
kaedah lukisan kolam dalam meningkatkan kemahiran menulis murid bermasalah
psikomotor halus.
Pada mulanya, satu ujian pra akan dijalankan ke atas subjek. Seminggu selepas
ujian pra dilakukan, intervensi dijalankan. Aktiviti yang dijalankan termasuk memegang
media kolam, menulis di dalam medium kolam, menyentuh huruf lukisan kolam, menyanyi
sambil menulis, melukis dengan pelbagai media, menggunting dan menampal kertas warna
dan membezakan bentuk dan huruf. Aktiviti ini dijalankan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan selama 10 hingga 15 minit. Selepas 2 minggu intervensi dijalankan,
sampel mengambil ujian pos yang mempunyai item yang sama dalam ujian pra. Hasil rekod
kedua-dua ujian ini dibanding dan dianalisis.

Se
n
tuh
an

15

Kemahiran Menulis

K
i
n
e
stet
ik

d
Au
io

l
Visua

Ujian Pra

Intervensi (Kaedah Lukisan Kolam)

Ujian pos
Rajah 2.1 Kerangka Kajian

3.

Populasi dan Sampel


Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan bertujuan di mana sampel kajian

merupakan seorang murid bermasalah psikomotor halus yang dikenal pasti menghadapi
masalah dalam kemahiran menulis. Sampel merupakan 3 murid yang sedang mengikuti
pendidikan aras perdana di sebuah sekolah rendah yang terletak di Melaka. Berdasarkan
permerhatian oleh guru tahun satu mendapati bahawa kemahiran menulis sampel adalah
pada tahap yang tidak memuaskan. Sampel sering melakukan kesalahan dalam menulis
huruf seperti huruf terbalik, huruf yang tidak jelas dan tidak dapat difahami.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah:
a. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengenal pasti tahap kemahiran menulis 26
huruf sampel sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Item-item ujian pra dan
ujian pos merupakan lembaran yang mengandungi dua puluh enam huruf. Elemen
yang diuji adalah turutan pembentukan huruf, kejelasan dan saiz huruf.
b. Intervensi yang dijalankan menerapkan unsure multisensory. Aktiviti intervensi
menekankan pengalaman visual, audia, kinestetik, dan sentuhan. Bahan bantu
mengajar seperti media kolam, kotak, gunting, pensil warna, warna cat air, krayon
dan kad huruf lukisan kolam digunakan dalam aktiviti intervensi.

16
4.

Alat Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pos

untuk mengenal pasti tahap tulisan sampel sebelum dan selepas intervensi dijalankan
manakala sesi intervensi akan menggunakan kaedah Lukisan Kolam yang dibina oleh
penyelidik sendiri. Item-item ujian pra dan pos dibina mengikut kemahiran-kemahiran
membaca yang hendak diuji di mana ia terdiri daripada 26 huruf kepingan lukisan kolam.
Pengkaji turut menjalankan temubual bersama guru, pembantu pengurusan murid
dan ibu responden untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Data yang dikumpul
melalui pemerhatian telah direkodkan menggunakan Borang Pemerhatian Intervensi
Rekod Sela yang diadaptasi daripada Zirpoli (2005) dan Wallin (2001). Analisis dapatan
telah dilakukan secara manual iaitu dengan membandingkan keputusan pra ujian dan post
ujian. Hasil kajian mendapati bahawa murid autistik yang dikaji mempunyai kelemahan
pengguasaan bahasa dalam komunikasi.

5.

Teknik Pengutipan Data


Tatacara pemerolehan data dimulakan dengan kebenaran daripada ibu bapa

melengkapkan borang kebenaran untuk membenarkan murid tahun satu menjadi


responden. Penyelidikan dijalankan selama empat minggu. Kemudian, aktiviti disusuli
dengan menjalankan ujian pra ke atas Intervensi dijalankan berasaskan aktiviti yang
menerapkan kaedah lukisan kolam. Aktiviti intervensi dijalankan dua kali seminggu. Setiap
sesi aktiviti mengambil masa selama 10-15 minit mengikut kesesuaian. Ujian pos dijalankan
selepas seminggu aktiviti intervensi dijalankan dengan menggunakan instrument yang sama
dalam ujian pra yang telah dijalankan. Tulisan yang ditulis oleh sampel direkod dan
dianalisis sebagai hasil dapatan kajian.
Semasa menjalankan ujian pra, pengkaji akan memberikan lembaran bergaris dan
meminta sampel menulis mengikut urutan yang telah diajar. Pengkaji mencatat selepas
sampel menulis huruf yang disebut sama ada melakukan kesilapan seperti titik permulaan
atau menulis mengikut arah yang salah. Ujian pos juga menggunakan prosedur yang sama.
Semua huruf yang diuji adalah dalam bentuk huruf kecil.

6.

Kaedah Analisis Data

6.1

Surat Kebenaran

17
Bagi memastikan

bahawa

penyelidikan

yang dijalankan

tidak menghadapi

permasalahan, penyelidik mengambil inisiatif untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu


bapa sampel kajian untuk menjalankan penyelidikan terhadap penguasaan bahasa.

6.2

Peringkat Pelaksanaan Penyelidikan


Setelah peringkat persiapan penyelidikan selesai dijalankan, langkah berikutnya

adalah peringkat pelaksanaan penyelidikan yang terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu alat
pengumpulan data, kesahihan dan kebolehpercayaan dan penyelidikan sebenar.

6.3

Alat Pengumpulan Data


Alat pengumpulan data ialah alat yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah-

pemboleh ubah yang dikaji (Sukardi et. al, 2004; Mohd et. al, 2005). Ada beberapa macam
alat penyelidikan yang boleh digunakan untuk mengambil data. Dalam kajian ini alat
penyelidikan yang digunakan adalah kajian kes eksperimen untuk kajian kuantitatif,
manakala untuk kajian kualitatif menggunakan pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen (Sukardi et. al, 2004; Nana et. al, 2005; Mohd et. al, 2005). Dalam bahagian ini
dihuraikan tentang alat pengumpulan data kajian kualitatif dan kuantitatif seperti berikut.

6.3.1

Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif


Pengkaji menggunakan tiga kaedah alat pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu

bual dan analisis dokumen (Mohd et. al, 2005; Nana et. al, 2005; Fraenkel et. al, 2007).
Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi antara satu dengan yang lain,
kemuskilan daripada pengutipan data teknik pemerhatian akan ditanya kepada responden
melalui teknik temu bual dan sebaliknya, yang kemudian disokong oleh teknik analisis
dokumen. Proses triangulasi dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan
meyakinkan tentang konsep yang dikaji (Mohd et. al, 2005; Nana et. al, 2005).

rh
P
tT
D
n
A
o
lis
a
e
m
u
k
b

18
Rajah 3. Triangulasi Kaedah Pengumpulan Data (Sumber Lexy, 2007)
Kajian akan dijalankan di SJKC EK TE, Melaka melibatkan 3 sampel yang
dikenalpasti menghadapi masalah menulis di kalangan murid tahun satu. Kumpulan
dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan
pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel. Pengkaji melibatkan diri secara terus
dengan mengajar sampel tersebut. Murid bermasalah psikomotor diajar menggunakan
kaedah Lukisan Kolam. Kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu.
Pada hari terakhir kajian, semua murid autistik akan menduduki ujian pasca, dengan
menggunakan set instrumen yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pos akan
dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

19

Rumusan
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan tiga pelajar sebagai sampel kajian
iaitu murid bermasalah psikomotor halus. Sampel kajian belajar di tahun satu di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Ek Te, Melaka. Mereka akan menduduki ujian pra sebelum kajian
dijalankan dan ujian pos pula di akhir kajian. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut
dikumpulkan dan kemudian akan dianalisis. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas
data yang diperolehi, pengkaji akan mendapati keputusan samada proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah lukisan kolam dapat mengatasi masalah psikomotor
halus terhadap penguasaan kemahiran menulis murid tahun satu.

20

Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemhiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Journal Pendidikan Bahasa
Melayu. ISSN:2180-4842, Vol. 1:1-12.
Abed, M. (2014). Self-esteem: Enhancing Good Practices and Overcoming Barriers. Life
Science Journal 11(10): 126136.
Bernard Burnes (2004). Kurt Lewin and the Planned Approach to Change: A Re-appraisal.
Journal of Management Studies. Blackwell Publishing
Chua Yan Piaw. (2011.) Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Ed. ke-2.
Malaysia: Mc Graw Hill Sdn Bhd.
Collaborative for Academic, S. A. E. L. (CASEL). (2014). MISSING PIECE THE: A National
Teacher Survey on How Social and Emotional Learning Can Empoer Children and
Transform Schools.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Maria Salih (2015). Bagaimana Menjalankan Kajian Tindakan. Reka Cetak Sdn. Bhd. Shah
Alam, Selangor
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Pakas Rao.P (2004). Kajian minat membaca bahan kesusateraan Tamil di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Lima di daerah Petaling, Dissertasi (M.ED). Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Suppiah Nachiappan. (2015). Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Teori, Model,
Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Tanjong Malim, Perak: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai