Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN FORUM LINGKAR PENA

1. Pendahuluan
Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, jumlah penulis di
Indonesia sangat besar, seperti jumlah pertumbuhan penduduknya. Pada dekad terakhir, dunia
penulisan Indonesia dimeriahkan dengan kemunculan penulis muda berusia di bawah 30
tahun serta pertumbuhan karya-karya sastera dengan pesatnya di Jakarta dan di kota besar
lainnya.
Salah satu yang dianggap fenomena adalah munculnya Forum Lingkar Pena (FLP)
pada tahun 1997. Dalam waktu yang relatif singkat, organisasi yang memiliki cabang di
hampir 30 daerah dan di mancanegara ini telah mempunyai sekitar 5000 orang, yakni hampir
70% anggotanya adalah perempuan. Daripada jumlah ini, 500 di antaranya menulis secara
aktif di berbagai-bagai media dan 500 orang ini juga berusaha membina 4500 ahli FLP yang
lainnya untuk menjadi penulis pula.
Selama hampir lapan tahun penubuhannya, organisasi penulis ini telah menerbitkan
lebih daripada 400 buku yang sebahagian besarnya terdiri daripada karya sastera serius,
fiksyen remaja dan cerita kanak-kanak. FLP tidak ditaja oleh mana-mana organisasi ataupun
orang perseorangan dan ini membuatkan FLP menulis sesuai dengan kata hati. Akhbar
Tempo, salah satu media paling berwibawa di Indonesia, menyebut FLP sebagai sebuah
Pabrik Penulis Cerita!

2. Latar Belakang FLP


Pada tahun 1997, Helvy Tiana Rossa, Asma Nadia, Muthmainnah serta beberapa
orang lain lagi dari Fakulti Sastera Universiti Indonesia bertemu di Masjid Ukhuwah
Islamiah, Universiti Indonesia. Pertemuan itu berlanjutan dengan diskusi mengenai minat
membaca dan menulis di kalangan para remaja Indonesia. Perbincangan itu akhirnya
menjurus pada betapa masyarakat begitu memerlukan bahan bacaan yang bermutu. Namun,
jika dilihat dari sudut lain, sebenarnya ramai anak muda yang berminat menceburi bidang
penulisan, tetapi potensi mereka selalu sahaja tidak diketengahkan ataupun intensiti menulis
masih rendah. Antaranya kerana tiadanya pembinaan bagi peningkatan kualiti tulisan. Selain
itu, semua yang hadir menyedari betapa efektifnya menyampaikan gagasan melalui tulisan.

Akhirnya yang hadir sepakat membentuk organisasi penulis. Maka pada tanggal 22
Februari 1997, terbentuklah Forum Lingkar Pena, sebagai badan di bawah Yayasan Prima,
dan Helvy Tiana Rossa dipilih sebagai Ketua Umum. Pada masa itu, ahlinya tidak lebih
daripada 30 orang. Acara rutin bulanan berkaitan penulisan untuk ahli forum dianjurkan
dengan mengundang pakar dalam bidang itu selain mengadakan bengkel penulisan secara
kecil-kecilan dan merekrut ahli baru.
Pada tahun 1998, seorang penulis muda dari Kalimantan Timur, Muthi Masfufah,
menubuhkan FLP Wilayah Kalimantan Timur yang berpusat di Bontang serta cabangnya di
Samarinda, Balik Papan, Tenggarong dan kemudian Sangata. Inilah pengurusan wilayah
pertama dalam sejarah FLP. Pada tahun 1999, permintaan dari daerah untuk membentuk
pengurusan FLP di setiap daerah mula bertambah.
Majalah Annida, sebuah majalah fiksyen Islami yang mempunyai hampir seratus ribu
edaran setiap bulan, yang dipimpin oleh Helvy Tiana rossa, menjadi salah satu titik tolak bagi
kelahiran karya-karya ahli FLP. Majalah itu juga membuat keluaran khusus berisi informasi
FLP dan menjadi sarana merekrut ahli baru. Apa yang mengejutkan, lebih daripada 2000
orang mendaftar menjadi ahli melalui majalah Annida. Sehingga tahun 2003, berdasarkan
data dari setiap wilayah, tidak kurang daripada 3000 orang mendaftarkan diri melalui
berbagai-bagai acara yang dianjurkan oleh perwakilan-perwakilan FLP di seluruh Indonesia
dan mancanegara.
Daripada jumlah itu, sekitar 500 orang adalah penulis aktif. Mereka tinggal di lebih
dari 100 kota di Indonesia. Ramai di antara mereka yang meraih penghargaan dalam
berbagai-bagai pertandingan penulisan peringkat daerah, nasional bahkan antarabangsa.
Sekitar 75% penulis majalah Annida bergabung dalam FLP dan ada sekitar 200 pengelola dan
penulis buletin ataupun media kampus. Walaupun kebanyakan ahli FLP adalah pelajar dan
mahasiswa, tetapi ada juga pegawai negeri, karyawan swasta, buruh, suri rumah, guru dan
petani yang menyertainya.
FLP adalah organisasi inklusif. Keahliannya terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa
mengira bangsa ataupun agama. Walaupun ahli FLP terdiri daripada yang muslim dan yang
bukan muslim, namun para ahli FLP mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi seberkas
cahaya kepada para pembaca dan menganggap kegiatan menulis adalah sebahagian daripada
ibadah.
2

Ahli FLP paling muda pada masa ini berusia 4 tahun dan paling tua 69 tahun. Muda
dalam FLP lebih ditekankan pada aspek semangat, bukan usia, walaupun kebanyakan ahli
FLP memang berusia sekitar 15 hingga 25 tahun. Namun sejak awal tahun 2004, beberapa
FLP wilayah seperti DKI, Jawa Barat dan Kaltim membuka khusus FLP Kids untuk kanakkanak yang berusia 6 hingga 12 tahun. Banyak penulis muda dan calon penulis yang
kemudian menjadi pengurus FLP di peringkat daerah pada masa awal. Sementara di daerahdaerah yang belum ada pengurusan, selalu terdapat koresponden FLP.
Hampir bersamaan dengan itu, teman-teman yang sedang melanjutkan pelajaran
ataupun tinggal di luar negeri banyak yang bersedia untuk membuka pengurusan FLP
ataupun paling tidak menjadi koresponden FLP di negara itu seperti Muthmainnah (Inggeris),
A. Rifanti (Amerika Syarikat), Hadi Susanto (Belanda), Ikhwan Arifin (Sudan), Ummu Itqon
(Kanada), Ali Ghozali (Sudan), Femina Sagita (Jepun), Sera Revalina (Singapura), Ahmad
Muhajir (Korea), Lulu Naning (Pakistan) dan banyak lagi yang lainnya (masih dalam tahap
perbincangan).
Habiburahman Saerozy dan Fera Andriani Jakfar (Mesir) bahkan membentuk
pengurusan FLP Mesir dan sering bekerjasama dengan Ikatan Cendekiawan Muslim
Indonesia Organisasi Satuan (istilah lain untuk cabang penulis) Mesir. Yang lebih
mengharukan, para TKW Indonesia di Hong Kong, menubuhkan FLP Hong Kong pada 16
Februari 2004. Hampir kesemua ahlinya adalah pembantu rumah kecuali beberapa orang
sahaja. Kini mereka sedang mempersiapkan antologi cerpen bersama yang mengangkat
persoalan buruh perempuan di Hong Kong.
3. Misi dan Visi FLP
Visi FLP adalah membangunkan masyarakat yang cinta membaca dan menulis serta
membangunkan jaringan penulis berkualiti di Indonesia. FLP sepakat untuk menjadikan
menulis sebagai salah satu proses pencerahan umat.
Misi FLP:
1. Menjadi wadah bagi penulis dan calon penulis
2. Meningkatkan mutu dan produktiviti (tulisan) para ahlinya sebagai sumbangan bererti
bagi masyarakat

3. Meningkatkan budaya membaca dan menulis di kalangan masyarakat terutama bagi


kaum muda Indonesia
4. Menjadi organisasi yang selalu melahirkan penulis baru dari daerah di seluruh
Indonesia.
4. Keahlian FLP
Keahlian FLP terdiri daripada:
1. Ahli Biasa
2. Ahli Kehormatan
Syarat Keahlian.
Syarat keahlian bagi ahli:
1. Warganegara Indonesia (WNI).
2. Warganegara Asing (WNA) yang persyaratannya ditentukan kemudian.
3. Mempunyai minat yang mendalam terhadap Islam dan penulisan.
4. Mengajukan permohonan menjadi ahli kepada FLP wilayah, cabang ataupun ranting
yang terdekat.
5. Bersedia mematuhi dasar hukum organisasi FLP
Syarat keahlian bagi Ahli Kehormatan:
1. Warganegara Indonesia (WNI).
2. Warganegara Asing (WNA) yang persyaratannya ditentukan kemudian.
3. Memiliki keahlian dalam dunia penulisan dan atau keprihatinan terhadap Islam.
4. Meminta ataupun diminta menjadi ahli FLP.
Penetapan keahlian bagi Ahli Kehormatan dilakukan oleh Majlis Penulis
Gugurnya Keahlian:
1. Mengundurkan diri.
2. Meninggal dunia.
3. Ahli digugurkan keahliannya oleh Pengurus FLP Wilayah, Cabang ataupun Ranting
setempat kerana satu atau hal lain yang dianggap sebagai alasan pengguguran.

4. Pengguguran keahlian dilakukan oleh Pengurus FLP Wilayah, Cabang ataupun


Ranting setempat dengan menghantar pemberitahuan kepada Badan Pengurusan
Pusat.
5. Ahli Kehormatan digugurkan keahliannya oleh Majlis Penulis kerana satu atau hal
lain yang dianggap sebagai alasan pengguguran.
Hak-hak Ahli:
1. Mendapatkan kad tanda keahlian FLP yang dikeluarkan oleh Badan Pengurusan
Pusat.
2. Mendapatkan pembinaan keislaman dan penulisan.
3. Mengikuti acara dan kepanitiaan yang dilaksanakan oleh FLP.
4. Memilih dan dipilih sebagai pengurus FLP.
5. Mendapatkan advokasi dan bantuan dalam proses penerbitan karya.
Hak-hak Ahli Kehormatan:
1. Mendapatkan kad tanda keahlian FLP yang dikeluarkan oleh Badan Pengurusan
Pusat.
2. Terlibat dalam kegiatan pembinaan keislaman dan penulisan.
3. Mendapatkan advokasi dan bantuan dalam proses penerbitan karya
Kewajipan ahli.
Kewajipan ahli:
1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan visi dan misi FLP.
2. Komitmen dengan pertemuan-pertemuan dan program yang telah ditetapkan.
3. Membayar yuran yang telah ditetapkan oleh Wilayah, Cabang ataupun Ranting
masing-masing secara teratur.
Kewajipan Ahli Kehormatan adalah memberikan sumbangan sesuai keahliannya untuk
mewujudkan visi dan misi FLP.

5. Modus Operandi FLP


Memandangkan FLP adalah sebuah wadah bagi para penulis yang ingin menjadi
penulis dan berminat pada dunia penulisan, maka FLP menekankan pada wadah kaderisasi,
bagi berusaha melahirkan penulis-penulis baru. Hampir setiap minggu, FLP mengadakan
acara penulisan baik pada pengurusan pusat, wilayah, cabang mahupun ranting.
FLP menyediakan pelatihan menulis jarak jauh selama enam bulan di mana jumlah
peserta dihadkan pada minimum 10 orang dan diterajui oleh seorang mentor khusus yang
terdiri daripada Helvy Tiana Rosa, Asma Nadia, M. Irfan Hidayatullah, Koko Nata, Denny
Prabowo dan Ratno Fadillah. Pelatihan dilakukan menerusi pos ataupun e-mel. Setiap
minggu, peserta diberi bahan tugasan dan peserta perlu mengirimkan kembali tugasan itu
kepada mentor mereka. Seterusnya, mentor akan mengirim tugasan itu berserta komen
tugasan. Selama 12 kali korespondensi peserta akan mendapatkan materi asas menulis
fiksyen (6 kali) dan non-fiksyen (6 kali). Setiap tugas yang diberi akan mendapat evaluasi
daripada kumpulan pembimbing. Karya yang bersesuaian akan dikirimkan ke media yang
tepat dan dibukukan.
Untuk program penerbitan buku, FLP bekerjasama dengan para penerbit seperti
Syaamil (Bandung), Mizan (Bandung), Era Intermedia (Solo), D&D Publishing House
(Solo), Pustaka Annida (Jakarta), FBA Press (Depok), Gunung Agung (Jakarta), Pustaka
Ummat (Bandung), Zikrul Hakim (Jakarta), Ghalia (Jakarta), Gramedia (Jakarta), Senayan
Abadi (Jakarta), Cakrawala (Jakarta), Fastabiq Media (Semarang), Darussalam (Yogyakarta),
dan banyak lagi. Pada tahun 2003 bersamaan dengan terbentuknya Yayasan Lingkar Pena
yang menjadi badan hukum FLP, FLP membuat penerbitan sendiri yang diberi nama: Lingkar
Pena Publishing House.
Alamat untuk dihubungi:
Rumah Cahaya Depok
Jalan Keadilan Raya
No 13 Blok XVI
Depok Timur 16418
Telefon: 021 9295 3810 (Dini), 0813 6767 5459 (Koko)

6. Aktiviti dan Operasi FLP


Program Kerja FLP:
1. Mengadakan pertemuan rutin (bulanan) bagi para ahlinya dengan mengundang
pembicara tamu dari kalangan sasterawan, wartawan ataupun cendekiawan
2. Pelatihan penulisan mingguan
3. Mengadakan diskusi/seminar mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan
penulisan ataupun situasi kontemporari
4. Mengadakan bengkel-bengkel penulisan
5. Aktif menghantar tulisan ke pelbagai media massa
6. Menerbitkan buletin dan majalah
7. Membuat skenario teater, drama, filem dan sebagainya
8. Kampanye Gemar Membaca dan Menulis ke SD, SMP, SMU, pesantren dan universiti
di Indonesia secara berkala
9. Mengadakan berbagai-bagai sayembara penulisan untuk pelajar, mahasiswa dan
kalangan umum
10. Pemberian Anugerah Pena
11. Pelaksanaan program Rumah Cahaya (rumah baca dan menghasilkan karya) di
berbagai-bagai tempat di Indonesia
12. Kampanye Sastera untuk Kemanusiaan
7. Sumber Kewangan FLP
FLP tidak ditaja oleh mana-mana organisasi ataupun orang perseorangan. Namun
begitu, kegiatan-kegiatan FLP tidak pernah berhenti. Hampir setiap minggu ada saja acara
penulisan yang diadakan oleh FLP, baik pada pengurusan pusat, wilayah (daerah), cabang
(kota) ataupun ranting (ranting FLP adalah sebutan untuk pengurusan FLP di sekolah,
pesantren ataupun universiti).
8. Rangkaian FLP
Pada masa ini, FLP sudah memiliki perwakilan di 30 wilayah di seluruh Indonesia
dan 6 perwakilan luar negeri. Dengan 26 wilayah telah aktif dan memiliki pengurusan, 4
masih koresponden. 6 perwakilan luar negeri (Mesir, Jepun, Hong Kong, Amerika, Eropah,
dan Sudan) telah aktif dan memiliki pengurusan dan beberapa koresponden.

9. Penutup
Berbagai-bagai pendapat muncul mengenai FLP dalam kaitannya dengan kesasteraan
Indonesia kontemporari. Dari segi pembinaan, banyak pihak yang menyatakan salut terhadap
usaha yang dilakukan FLP. Namun dari segi kualiti, karya sebahagian besar ahli FLP masih
dianggap sebagai permulaan yang akan terus bermetamorfosis oleh para pengkritik sastera.
Kehadiran FLP yang juga banyak menampilkan corak religius dianggap menjadi pesaing bagi
eksistensi sastera sekular selama ini, juga menjadi penyeimbang yang menyegarkan.
Akhbar Republika menulis FLP membawa fenomena baru dalam penulisan sastera
religius kontemporari di Indonesia kerana karya-karya FLP juga mendapat perhatian dan
penghargaan daripada para peminat sastera. Majalah Amanah pula menyatakan FLP dan para
ahlinya telah membawa genre baru dalam sejarah sastera dan penulisan di Indonesia.
Sementara Harian The Straits Times yang terbit di Singapura menyebut FLP sebagai
kelompok fenomena yang terus-menerus melakukan latihan, bengkel dan aneka kegiatan
lainnya tanpa henti untuk mendorong lahirnya penulis baru.
Akhbar Tempo bahkan menjuluki Ketua Umum FLP sebagai Lokomotif Penulis
Muda Indonesia. Berbagai-bagai kalangan di Indonesia sepakat Forum Lingkar Pena telah
memberikan sumbangan dan kontribusi bererti dalam dunia kesusasteraan Indonesia. FLP
membuktikan kewujudannya adalah untuk saling memajukan serta membantu membidani
kelahiran para penulis pelapis.

Anda mungkin juga menyukai