Anda di halaman 1dari 4

1.

BUTIRAN AM

Tajuk

: Program Kepimpinan Pengawas Sekolah

Anjuran

: Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah

Penasihat

: Pn. Teo Siew Yoke (Guru besar )

Pengerusi

: En.Chong Guang Leei( GPK HEM )

Setiausaha

: Cik Tong Li Xiang

Bendahari

: Pn Low Kim Ching

AJK

: Cik Sau Wan Mei


Cik Fang Kee Fei
Cik Christine Yap Jun Yi

Tempat
Tarikh

: Perpustakaan
: 26.1.2015

Jumlah Peserta
2.0

: 9 Orang

PENGENALAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SJK(C) Yoke Hua,

Air Mawang. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah , berjumlah 9 orang. Tujuan
utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian
tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Oleh yang demikian , program
ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan , pengetahuan dan
menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.
Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para Pengawas
untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dalam memantapkan lagi profesionalisme
mereka . Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah .

3.0

TEMA

Pelajar Proaktif Pemangkin Kebitaraan


4.0

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


4.1

Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program


jati diri .

4.2

Memupuk nilai nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri
dengan modul yang pelbagai.

4.3

Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu ke arah peningkatan
akademik dan sahsiah.

4.4

Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas
apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0

SASARAN

Semua Pengawas Sekolah (9 orang )


6.0

ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan
Sumbangan PIBG

Jumlah ( RM )
Anggaran Perbelanjaan
RM50.00
Air Minuman
Makanan

JUMLAH

RM50.00

Jumlah ( RM )
RM 18.00
RM 42.00
RM 50.00

7.0

ATURCARA PROGRAM

2:00 petang
2:15 petang
2:35 petang

Lapor diri
Ice-breaking
Taklimat tanggungjawab pengawas

3:15 petang

Guru Disiplin , Cik Tong Li Xiang


Kursus pembentukan sahsiah

4:00 petang

GPK HEM , En. Chong Guang Leei


Majlis perasmian pentupan program

4:20 petang
4:30 petang

Guru besar, Pn . Teo Siew Yoke


Jamuan ringan
Bersurai

8.0

PENUTUP
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru

kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pengawas SJK(C ) Yoke Hua , Air Mawang
menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pengawas umumnya , serta membentuk
sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar SJK(C ) Yoke Hua, Air Mawang , diharapkan
program ini akan memudahkan dan boleh membantu pengawas dalam menjalankan tugasnya
dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan
memberi manfaat serta kesan positif kepada semua pegawas sebagai bekalan dalam
melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar .
Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

..

..................

(Cik Tong Li Xiang )

(Pn.Teo Siew Yoke)

Guru Disiplin

Guru besar

SJK(C ) Yoke Hua, Air Mawang

SJK(C ) Yoke Hua, Air Mawang

SJK(C ) YOKE HUA, AIR MAWANG


KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS UNIT HEM SJK( C)YOKE HUA, AIR MAWANG

TARIKH :
26.1.2015
TEMPAT :
PERPUSTAKAN ,SJK(C) YOKE HUA, AIR MAWANG