Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERKEMBANGAN SENI

Pengenalan
Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan bentuk bahasa
bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni salah satu daripada enam
peradaban kuno besar: Mesir Purba, Mesopotamia, Greek, Rom, India, dan China. Masingmasing mempunyai pusat tamadun awal mengembangkan gaya yang unik dan khas dalam seni
mereka. Kerana kepakaran dan intelektual peradaban ini, karya seni mereka yang dapat bertahan
dan dihantar ke budaya lain untuk mengembangkan lagi pengaruh mereka.
Sejarah seni visual pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca dan binaan. Istilah
ini kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip seni serta termasuk estetika.
Dalam encyclopedia, sejarah seni adalah usaha untuk kajian seni sepanjang sejarah manusia,
mengelompokkan budaya dan masa dengan ciri khas mereka. Hal ini dilakukan oleh pengkaji
seni dengan tujuan mengumpul hasil maklumat yang boleh dipercayai serta relevan dengan tahap
ketemadunan. Sejarah seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan
Perancis sekitar tahun 1800s.m. Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang zaman
paleolitik ketika itu termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil perburuan mereka.
Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang menggunakan pewarna terbaik
dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis garam tahan mendap yang nampak berkilat.
Begitulah lukisan tersebut telah 'dibekukan' sejak sekian lamanya dan masih baik sehingga kini.
Malah, sewaktu lukisan ini dijumpai,tidak ada sebarang kecacatan pun yang terdapat pada
dinding tempat lukisan berkenaan. Antara hasil yang dipersembahkan ialah aktiviti manusia
memburu, bercucuk tanam, gambar hidupan liar, tujuan merekod haiwan ternakan dan sebagai
penghias
dinding.
Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah seni arca.Dan pada
awalnya dikendalikan secara berperingkat dengan sejarah seni Eropah. Secara umumnya, selama
abad kedua puluh, ianya adalah untuk merekod kegiatan seni ketemadunan ini lebih luas . Ianya
diperluas meliputi masyarakat dari seluruh dunia, tentang kegiatan seni yang berlaku dan
biasanya cuba untuk menganalisis artifak dan juga dalam hal nilai-nilai budaya serta estetika.
Dengan demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi semua faktor seni visual, dari
patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di Eropah Barat kepada patung askar dan sirasira istana berukiran tangan sejumlah berpuluh ribu dari Dinasti Tang di China. Sejarah seni arca
sering diceritakan sebagai suatu kronologi karya yang dibuat dalam setiap tamadun di dunia.
Dengan demikian dapat dibingkai sebagai kisah ketemadunan sosiologi budaya yang tinggi.
Semakin dekat sejarawan seni bergerak besar kemungkinan mereka akan mengenalpasti
menyemak kerja mereka sebagai budaya visual , atau sebagai sumbangan untuk bidang yang
berkaitan dengan sejarah seni, seperti antropologi atau arkeologi . Dalam hal ini, benda seni yang
dijumpai dapat disebut sebagai artifak arkeologi seni. Ini dapat dibuktikan dengan sebuah arca
yang hebat oleh pengukir Michaelangelo bertajuk Laocoon memaparkan elemen-elemen cemas
dan
pergelutan
dewa
Zeus
yang
hebat
bersama
anak-anaknya.
Peradaban seni yang wujud pertama kalinya di Barat bermula dengan seni prasejarah seperti

Stonehenge, dan beralih dengan Mesopotamia, kemudian berkembang menjadi seni Mesir purba,
lalu beralih kepada kuno klasik termasuk seni klasik Greek dan Roman Rom. Dengan penurunan
Empayar Rom, percampuran antara seni Zaman Pertengahan yang berlangsung selama seribu
tahun menjadikannya sebagai satu budaya intelektual yang tinggi tempoh Zaman Pertengahan
yang dikuasai oleh peradaban Islam, namun era itu juga termasuk seni Kristian awal, seni
Byzantium, seni Gothic, seni Anglo-Saxon, dan melalui juga seni Viking. Era Zaman
Pertengahan berakhir dengan Pembaharuan, diikuti oleh Baroque dan Rococo. Pada masa yang
sama, Mannerisme dimasukkan antara Renaissance dan Baroque, yang merupakan
penggabungan seni visual yang berlaku pada abad ke-16sm. Abad ke-18 dan ke-19 merujuk
kepada Neoclassicism, seni Romantis dan seni Realisme.Begitu juga dengan pertengahan abad
ke-18 dengan seniman Francisco Goya, pertengahan abad ke-19 dengan revolusi industri atau
dengan munculnya Impresionisme. Gerakan seni abad ke-19 terlalu banyak untuk dinyatakan
serta diperincikan di sini, tapi dapat dibahagi menjadi dua kategori: Modenisme dan seni
kontemporari. Seni ini kadang-kadang disebut dengan istilah lain, yang mempunyai fahamannya
yang tersendiri,
iaitu seni post-modern.
Seni post-modern adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah gerakan seni
yang dianggap bertentangan dengan beberapa aspek modernisme, muncul atau dibangunkan
terus melalui aspek modenisasi. Secara umum, gerakan seperti media art, installation art, seni
konseptual dan Multimedia, khususnya yang melibatkan video yang disebut sebagai postmodern.
Postmodernisme juga adalah kecenderungan dalam budaya kontemporari kepada penolakan
terhadap kebenaran objektif dan sosio budaya global. Hal ini menekankan peranan bahasa,
hubungan kekuasaan, dan motivasi, khususnya penggunaan klasifikasi tajam seperti jantan dan
betina,hitam berlawanan dengan putih, dan gelap dengan terang. Postmodernisme telah
mempengaruhi banyak bidang budaya, termasuk sastera, sosiologi, linguistik, arkitektur, seni
visual, dan persembahan muzik. Istilah "Postmodernisme" berasal dari penolakan dari mentaliti
gaya bahasa dan budaya. Gerakan-gerakan ini, seperti Modenisme dan Postmodernisme,
difahami sebagai budaya atau sebagai kumpulan perspektif. "Postmodernisme" digunakan dalam
teori kritis untuk merujuk ke titik berlepas dalam tafsiran undang-undang, budaya, dan agama di
akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21.Postmodernisme, terutama sebagai gerakan akademik,
dapat difahami sebagai reaksi terhadap Modenisme dalam Kemanusiaan. Sedangkan Modenisme
sering dikaitkan dengan identiti dan kepastian, Postmodernisme sering dikaitkan dengan
perbezaan, pluralitas, alteritas, dan skeptis. Fredric Jameson, sebuah teori Amerika terkemuka
postmodern dengan orientasi Neo-Marxisme, menjelaskan Postmodernisme sebagai logik
"budaya dominan kapitalisme akhir." "Kapitalisme Akhir" merujuk kepada bergerak dalam suatu
estetika,
politik,
falsafah,
dan
ekonomi
dunia
yang
seimbang.
Seni

Digital

Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni
digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber
lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan
tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang
sebahagian
besarnya
disunting
melalui
komputer

Seni

Visual

Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan
yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian
seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni,
jadi definisi
seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui
penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak
dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh
dilihat seperti gambar,
arca, model dan
sebagainya.
Seni

Bina

Seni bina merupakan seni dan sains dalam mereka dan membina bangunan dan struktur lain.

Mohamad Arif Haikal b. Mohd Yusri


3SC3

Anda mungkin juga menyukai