Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN
Nasionalisme bermaksud satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di

dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada
rakyat, serta menuntut kedaulatan ulung individu disalurkan kepada Negara bangsa itu. 1
Menurut H.Kohn, nasionalisme adalah suatu keadaan kesedaran fikiran dan tindakan yang
sewajarnya.2 Menurut Ernest Gellenervi, nasionalisme adalah keseimbangan antara rasa
nasional terhadap bangsa dengan kekuatan berpolitik. Ideologi Marxisme dicetuskan dan
dikembangkan oleh Karl Marx dan Friedrich Engel sejak 150 tahun yang lalu sebagaimana
dalam bukunya The Manifesto of the Communist Party yang diterbitkan pada tanggal 21
Februari 1845. Pemikiran ini bukan saja menjadi inspirasi dasar Marxisme sebagai ideologi
perjuangan kaum buruh, malahan ia juga menjadi komponen inti dalam ideologi komunisme.3
Secara umumnya perkembangan nasionalisme di Tanah Besar Asia Tenggara bermula pada
dekad pertama dan kedua abad ke-20 dan dimangkinkan oleh perkembangan perhubungan
dan pelajaran yang pesat.4 Nasionalisme Burma tercetus kerana kemenangan Jepun dalam
perang Jepun-Rusia pada tahun 1905, pengaruh nasionalisme di India dan perdamaian
Versailles yang memperjuangkan hak-hak sendiri bagi bangsa-bangsa yang belum merdeka.
Di Vietnam, pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh Perancis sehingga mengubah hampir
keseluruhan sistem politik dan struktur sosioekonomi. Perubahan tersebut telah
1 Suntharalingam, R & Abdul Rahman Ismail, Nasionalisme: Satu Tinjauan
Sejarah. Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm. 15-16.
2 H. Kohn, The Idea of Nationalism: A Study of Its Origins and Background. New York: The
Macmillan Company, hlm. 10-11.

3 Franz Magnis-Suseno, Pemikiran Karl Marx: Dari Sosialisme Utopis ke


Perselisihan Revisionisme, cet. II Jakarta: Pt Gramedia Pustaka Utama, 2003,
hlm. 3.
4 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 117.
1

membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Vietnam demi


mengembalikan kedaulatan negara tersebut. Gerakan nasionalisme Vietnam terdiri daripada
tiga tahap.
2.0BANDINGKAN PERGERAKAN NASIONALISME BURMA DENGAN VIETNAM
SEBELUM 1941
2.1

Permulaan Nasionalisme Di Burma Dan Vietnam


Menurut sarjana Amerika yang terkenal Frank Trager, menyifatkan

nasionalisme negara Burma telah bermula sejak tahun 1885 lagi dan nasionalisme ini
telah melalui beberapa peringkat sehinggalah Burma mencapai kemerdekaan pada
tahun 1948.5 Bagi Trager bentuk utama nasionalisme Burma adalah bersifat gerakan
anti-Inggeris secara terbuka. Donald E. Smith mengajukan bahawa nasionalisme
tradisi yang telah wujud sejak zaman Pagan lagi. 6 Pada zaman itu telah muncul ciriciri nasionalisme seperti bahasa yang nyata, satu identiti ras, pemusatan politik,
pengalaman sejarah yang sama, wilayah jelas serta Buddhisme yang telah diterima
sebagai amalan hidup rakyat tempatan.
Gerakan nasionalisme Vietnam melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah pada 1913
hingga 1917 dan dikendalikan oleh Kuang Phuc Hoi (Parti Restorasi Vietnam) di
bawah pimpinan Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh. 7 Gerakan tersebut bertujuan
untuk mewujudkan negara Vietnam yang moden. Tahap kedua ialah pada 1917 hingga

5 Trager, Frank N., Burma: From Kingdom to Republic, A Historical and Political Analysis.
New York:

Frederick Praeger. hlm. 43.

6 Donald E. Smith, Religion and Politics in Burma. Princeton, N.J.: Princeton University
Press. hlm. 81-87.
7 David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los Angeles:
University of California Press. hlm. 57-58.

1930 iaitu semasa kemunculan parti-parti politik, seperti, Parti Progresif Rakyat
Vietnam, Parti Perlembagaan, Parti Kebangsaan Vietnam, Gerakan Cao Dai, dan Parti
Komunis Vietnam. Namun, daripada parti-parti tersebut, Parti Komunis Vietnam yang
berjaya memegang dan mengendalikan gerakan nasionalisme Vietnam. Tahap ketiga
ialah pada 1930 hingga 1954. Pada tahap ini gerakan nasionalisme Vietnam terus
dilakukan oleh parti komunis dalam menentang Perancis. Dominasi Parti Komunis
Vietnam semakin besar setelah Parti Nasionalis dihancurkan oleh Perancis. Di bawah
pimpinan Ho Chi Minh.8 Parti Komunis Vietnam bercita-cita untuk merebut
kemerdekaan Vietnam dari tangan Perancis. Pola perjuangan parti ini ternyata sangat
menarik perhatian dan minat rakyat Vietnam kerana gerakan yang digunakan bersifat
radikal.
2.2 Pergerakan Anti-Kolonial Abad Ke-19
Pada masa pemerintahan Inggeris, gerakan anti-kolonial Burma mulai muncul,
dengan kehadiran organisasi-organisasi yang melahirkan tokoh-tokoh seperti Dr. Ba
Maw, Aung San, U Nu, Thankin Tan Thun, dan lain-lain disertai pula dengan gerakangerakan organisasi seperti General Council of Buddhist Association (GCBA) iaitu
Dewan Perwakilan Umum Perkumpulan Budha yang di ketuai U Chit Hlaing.
Gerakan lain pula adalah Sinyetha (Parti Rakyat Miskin). Ia didirikan dan dipimpin
oleh Dr Ba Maw. Parti ini cuba membela nasib rakyat jelata dan dalam politiknya
parti ini bekerja sama dengan Parti Kongres India. Dr ba Maw mengabungkan diri
dengan Jepun dan menjadi Presiden Burma.
Seterusnya adalah gerakan Myohit (Parti Nasionalis). Parti ini didirikan oleh
U Saw, parti ini menghendaki status dominan bagi Burma. U Saw adalah orang yang
anti Inggeris dan Pro Jepun sehingga pada perang dunia II dipenjarakan Inggeris. Ia
8 David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los
Angeles: University of California Press.hlm. 48.
3

merupakan dalang dalami pembunuhan U Aung San pada tahun 1947. Selain itu
terdapat juga parti Dobama Asiayone (Kita Bangsa Burma - Parti Thakin). Thakin
ertinya tuan, keanggotaan parti ini adalah kaum muda seperti mahasiswa dan para
pelajar. Parti ini bersifat revolusioner, patriotik dan sosialis yang menuntut
kemerdekaan penuh Burma.
Gerakan anti-kolonial Vietnam pula bermula pada tahun 1885-1925
merupakan gerakan anti-kolonial yang awal diadakan di Vietnam sebagai usaha untuk
melepaskan negara mereka dari penaklukan Perancis. Bermula dari tahun 1885,
gerakan Can Vuong dilakukan oleh kelompok kedua iaitu kelompok yang menentang
Perancis adalah sebagai satu usaha awal untuk membebaskan Vietnam dari
cengkaman Perancis dan fokus utama gerakan ini adalah mengembalikan sistem
pemerintahan beraja tradisional dalam pentadbiran Perancis. Oleh itu, golongan
Cendekiawan seperti Phan Dinh Phung banyak melakukan strategi dan serangan ke
atas Perancis, namun gagal.
Seterusnya, awal tahun 1900, muncul pula golongan cendekiawan muda
seperti Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh yang berusaha untuk membebaskan
Vietnam daripada Perancis. Namun, kedua-dua cendekiawan ini mempunyai cara dan
pendapat berbeza dalam menggerakkan perjuangan mereka. Menurut Marr, golongan
penentang awal anti penjajahan ini bukanlah golongan nasionalis kerana mereka juga
dengan rela menerima Perancis untuk mengetuai pentadbiran Vietnam jika pelan
tindakan radikal mereka di ubah. Tambah Marr lagi, hanya pada tahun 1920,
bermulanya golongan muda intelektual yang berjuang dengan betul-betul menyerap
konsep yang moden, dinamik, berkuat kuasa dengan positif dan mempunyai ideologi
yang bernas.9
9 David G. Marr, Vietnamese Anticolonialism 1885 -1925. Berkeley and Los
Angeles: University of California Press. hlm. 4.
4

Phan Chu Trinh, merupakan seorang cendekiawan yang sangat aktif dalam
mengubah nasib penduduk di Vietnam. Beliau mengecam hebat golongan mandarin
yang menyusahkan rakyat dan sistem beraja yang tiada fungsinya terhadap rakyat.
Idea beliau yang menjadikan pelajaran sebagai punca utama sesebuah negara untuk
berjaya adalah harus dipuji. Selain pelajaran, beliau juga menekankan aspek ekonomi
yang harus dititikberatkan. Trinh berbeza dengan pejuang-pejuang yang terdahulu
yang hanya mementingkan sistem pemerintahan monarki dan beraja. Walaupun Trinh
bukan seorang nasionalis, namun, ideologinya merupakan pencetus kepada generasi
seterusnya dalam membebaskan Vietnam dari kuasa asing.
2.3

Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme


Terdapat banyak faktor kemunculan nasionalisme di Burma dan Vietnam.
Antaranya ialah pengaruh agama, pengaruh kewartawanan dan media massa,
pengaruh luar, pengaruh bahasa dan kesusasteraan, peranan pendidikan dan golongan
intelektual.
Gerakan nasionalisme di Burma pada peringkat awalnya lebih bersifat
keagamaan kerana agama Buddha menjadi mekanisma penting untuk meraih
sokongan rakyat.10 Ia diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan
pengaruh agama Buddha terancam ekoran penjajahan British di Burma. Pertubuhan
agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 dan diikuti oleh
Persatuan Agama Maktab Rangoon pada tahun 1904. Gerakan ini semakin
berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA) pada 1906 yang
diasaskan oleh U May Oung. YMBA merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di
Burma bertujuan menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan
Barat. YMBA memainkan peranan penting dalam meransang gerakan nasionalisme di

10 Ramlah binti Adam.[et al]. Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2005. hlm. 21.
5

Burma seperti menimbulkan isu kasut, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan


British, dan terlibat dalam pemogokan pelajar pada tahun 1920. Golongan Pongyi
(sami Buddha) memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Burma
terutama dalam kalangan petani.11 Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama
Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan
kedudukan agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan menyokong
YMBA.12 Namun di Vietnam lain situasinya, Perancis telah cuba memanfaatkan kaum
agama sebagai penguasa tanah dalam pertanian agar mereka menurut cara
pemerintahan mereka. Kaum agama turut memanfaatkan siswa-siswa dan pengajar di
sekolah. Walau bagaimanapun setelah Paus mengeluarkan larangannya, maka kaum
agama tidak ikut campur lagi dalam urusan politk, ekonomi, dan sosial-budaya yang
menyebabkan Perancis kesulitan dalam menjalankan programnya.
Di Burma pengaruh sistem pendidikan turut mempercepatkan nasionalisme berlaku,
British telah melaksanakan sistem pendidikan sekular di sekolah dengan
menggunakan bahasa Inggeris dan Myanmar. British juga menggalakkan penubuhan
sekolah Inggeris dan mubaligh Kristian. Ia menarik minat ramai pelajar kerana
lepasan sekolah ini berpeluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan sedangkan
sekolah agama Buddha adalah sebaliknya. Selain itu, para pelajar lebih mengetahui
agama Kristian berbanding agama Buddha. Perkembangan ini membangkitkan
semangat nasionalisme di Burma kerana pendidikan Barat telah mengancam budaya
dan amalan tradisi masyarakat Burma dan agama Buddha. 13 Di Vietnam, sebenarnya
Perancis lebih menitikberatkan penguasaan di bidang sosial dan budaya dengan tujuan
11 Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
( Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.), hlm. 323.
12 Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
( Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.), hlm. 320.
6

utamanya adalah menjadikan orang-orang Vietnam berbudaya Perancis, sehingga


akan lebih mudah menguasai Vietnam di sektor-sektor lain. Perancis menggunakan
politik asimilasi, iaitu dengan memasukkan budaya Perancis ke Vietnam yang
dilakukan dengan program asosiasi melalui pendidikan. Politik asosiasi yang
diterapkan oleh Perancis melahirkan golongan terpelajar dan menimbulkan
nasionalisme Vietnam. Golongan terpelajar yang berlatar belakang pendidikan Barat
tersebut mempelopori gerakan kemerdekaan Vietnam dengan pembentukan organisasi
politik untuk mencapai kemerdekaan Vietnam. Salah satu tokoh pergerakan
kemerdekaan Vietnam dari golongan terpelajar iaitu Ho Chi Minh yang mendapat
pendidikan komunis di Rusia merupakan tokoh utama dalam gerakan nasionalisme
Vietnam. Di Burma, golongan intelektual, Dr Ba Maw, U Pu, U Saw, U Thein Maung,
dan U Ba Pe menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mereka telah
menubuhkan beberapa parti politik seperti Majlis Kesatuan-Kesatuan Burma (GCBA)
pada tahun 1921. Golongan sami Buddha yang berpendidikan seperti L.A. Maung
Gyi, U May Oung, dan U Kin telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha yang telah
bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan
mogok dan bantahan menentang dasar British.14 Peranan mereka telah menyebabkan
penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Burma dan
mendapat sokongan rakyat.
Pengaruh kewartawanan dan media massa membantu untuk mempercepatkan
nasionalisme di kedua-dua negara. Di Vietnam, Tribute Indigene dan Cloche Felee
merupakan akhbar yang berpengaruh. Karya ini turut berperanan menyampaikan
13 Steinberg, David. Burma :Socialist Nation of Southeast Asia. ( Colorado :
Westviews Press, 1982), hlm. 35.
14 Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
( Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.), hlm. 320.
7

mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya


membangkitkan nasionalisme di Vietnam. Manakala di Burma, suratkhabar dan
majalah yang dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Burma menjadi pemangkin
kepada kesedaran kebangsaan dalam kalangan penduduk peribumi Burma dan ia dapat
disebarkan dengan cepat dan meluas. Maklumat dan idea-idea berkerajaan sendiri dari
luar negara disebarkan bagi menimbulkan kesedaran dan menyeru rakyat untuk
bersatu memperjuangkan kemerdekaan. Pemimpin nasionalis menggunakan akhbar
dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik mereka yang antiBritish serta menuntut hak mereka sebagai penduduk peribumi. Walaupun hanya
akhbar berbahasa Inggeris yang dibenarkan di Burma mengikut Perkeliling
Pendidikan tahun 1907 seperti Times of India, Rangoon Gazette dan Rangoon Times,
namun ia tidak menghalang pejuang nasionalis untuk mengkritik pentadbiran British
yang berat sebelah dan cuba mengugat budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan.
Pengaruh luar turut menyumbang kepada wujudnya nasionalisme di Burma
dan Vietnam. Perang RusiaJepun (19041905) dan kebangkitan Boxer 1900
memberi impak kepada Vietnam, contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet
Nam Quang Phuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada
Perancis. Revolusi 1917 juga telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa
(Comintern) yang menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia. Di Burma,
peristiwa-peristiwa yang berlaku di Asia telah mempengaruhi perkembangan
nasionalismenya seperti kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun.

3.0KEPENTINGAN MARXISME DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME


DI BURMA DAN VIETNAM
3.1

Marxisme Di Burma Dan Golongan Thakin

Pada tahun 1930, Persatuan Dobama telah ditubuhkan dan Liga Pemuda
Burma pula ditubuhkan pada tahun 1931. Pada tahun 1935, kedua-keduanya telah
bergabung dan menubuhkan Dobama Asiayone.15 Pemimpinnya digelar sebagai
Thakin (Tuan) yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma. Golongan
ini telah menggunakan taktik perjuangan Parti Kongres India sebagai model malahan
turut dipengaruhi oleh fahaman Marxis, pergerakan fasis Itali dan Jerman. Golongan
siswazah yang tertarik dengan fahaman dan perjuangan ini telah menterjemah karyakarya Karl Marx ke dalam bahasa ibunda. Pemimpin Thakin yang paling terkenal
ialah Aung San, siswazah dari Universiti Rangoon.16
Golongan Thakin telah melancarkan suatu pemogokan bagi membantah
tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu (Presiden Persatuan Pelajar
Universiti Rangoon) dan Thakin Aung San kerana U Nu telah mengkritik pentadbiran
universiti dalam suatu ucapan manakala Aung San pula telah memburukkan nama
pensyarah. Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Rangoon.
Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar telah mengambil peluang ini untuk
menuntut pindaan-pindaan kepada Akta Universiti 1920. Hal ini telah mempopularkan
golongan Thakin. Golongan Thakin ini juga telah mengambil bahagian dalam
pilihanraya tahun 1936 dan berjaya memenangi tiga buah kerusi.
Pada tahun 1938, dalam mendapatkan sokongan petani, Thakin Mya
menubuhkan pertubuhan petani-petani Burma dan All Burma Cultivators League dan
mencadangkan beberapa rancangan cukai baru bagi petani. Pada tahun 1940, All
15 Khin Maung Latt (ed.), Meedok Thakin Thein Maung Gyi ei Bawa hnint Naingganyay
Hloksharhmu1'nyar (Life and Political Movements of Meedok Thakin Thein Maung Gyi)
Yangon: Sarpay Baikman, hlm. 54.

16 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 117.
9

Burma Trades Union Congres ditubuhkan oleh Thakin Ya Swee bagi menyelaraskan
kegiatan-kegiatan pertubuhan buruh dan menentang Inggeris. Beberapa pemogokan
pekerja perusahaan minyak dan pengangkutan sungai bagi menuntut kenaikan gaji
dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik telah dijalankan. Kelas menengah yang
muncul di Myanmar telah memberi kesan keatas nasionalisme Burma. 17 Penentangan
golongan Thakin terhadap British semakin hebat dengan peletusan Perang Dunia
kedua. Pada tahun 1939, golongan Thakin telah menubuhkan Blok kebebasan
bersama-sama Du Ba Maw.18
3.2Marxisme Di Vietnam Dan Ho Chi Minh
Penindasan Parti Kebangsaan Vietnam telah menyebabkan terbentuknya Parti
Komunis Indo-China di bawah pimpinan Ho Chi Minh atau Nguyen Ai Quoc. Dia
dianggap sebagai pahlawan nasionalisme Vietnam. Ho Chi Minh telah menyarankan
agar Vietnam diberikan kerajaan sendiri tetapi tuntutannya ditolak oleh Perancis dan
Ho Chi Minh mulai berhaluan kiri.19 Pada tahun 1925, Ho Chi Minh menubuhkan
Persatuan Pemuda Revolusi Vietnam di Canton. 20 Pada tahun 1930, ia menukar nama
persatuan itu menjadi Parti Komunis Vietnam (Parti Komunis Indo-China) untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Vietnam melalui revolusi secara berperingkat.
Golongan komunis juga menggunakan penderitaan kaum tani semasa kemelesetan
17 Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2000, hlm. 287.
18 Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara ( Selangor
: Oxford Fajar Sdn. Bhd.), hlm. 324.

19 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 148.
20 David G. Marr, Vietnamese Tradition on Trial, 1920-1945. Berkeley:University of
California Press. hlm 128.

10

besar (1930) untuk mengaturkan permogokan, tunjuk perasaan dan rapat umum.
Kaum tani telah memberikan sokongan yang hebat kepada Parti Komunis Vietnam.
Pemberontakan secara besar-besaran berlaku di Tongkin, Annam dan pertubuhan
berideologi komunis, Viet Minh ditubuhkan bertujuan memperoleh kemerdekaan dari
Perancis dan melawan Jepun di kawasan Indochina, khususnya Vietnam.

4.0KESIMPULAN
Kemunculan gerakan nasionalisme di Burma pada penghujung abad yang ke-19
merupakan satu bantahan agama terhadap pemakaian kasut di dalam rumah-rumah berhala.
Tindakan para pegawai British masuk ke rumah berhala tanpa menanggalkan kasut
merupakan satu tindakan yang biadap. Perjuangan masyarakat Burma menentang British
hanyalah untuk kepentingan budaya dan imej mereka dan bukannya untuk memperjuangkan
sebuah negara yang merdeka. Mereka hanya mahukan supaya tindakan para pegawai British
yang biadap itu dihentikan dan mengikut alunan budaya tempatan.
Di Vietnam, situasi perjuangan menentang kuasa kolonial lebih bersifat patriotisme
dan untuk menjaga kepentingan kuasa dan status-quo raja. Golongan marxist lebih berjaya
kerana skop perjuangan golongan nasionalis bukan marxist tidak meliputi kepentingan
rakyat.

11

Kini, Myanmar merupakan bekas negara komunis dalam proses ke arah demokrasi
manakala Vietnam pula masih mengamalkan sistem komunis dengan nama Republik Sosialis
Vietnam (Vietnam).21

21 Aiyub Mohsin. Bertugas dalam suasana Doi Moi di Vietnam. The University of
Michigan: Djambatan. hlm. 19.

12