Anda di halaman 1dari 23

SOALAN TUGASAN

KOKURIKULUM (OLAHRAGA)
WAJ 3121

ISI KANDUNGAN
1

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

SOALAN TUGASAN

2.

ISI KANDUNGAN

3.

PENGENALAN

4.

ISI TUGASAN

Sejarah awal olahraga


Perkembangan awal

Sejarah olahraga di Malaysia

Sejarah acara lontar peluru

Fizikal peluru

Kawasan lontaran

Kawasan pendaratan
Pita pengukur
Cara mengukur jarak lontaran
Peraturan dan pertandingan
Fasa pergerakan melontar peluru
Latihan ansur maju gaya melungsur

4-22

selangkah

5.
6.

Aspek penting dalam lontar peluru

Prinsip umum lontar peluru

KESIMPULAN

22

RUJUKAN

23

PENGENALAN
SEJARAH AWAL OLAHRAGA
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 3000 tahun
yang lalu iaitu bersamaan dengan 1000 sebelum masihi di Greece Kuno. Berdasarkan
2

catatan sejarah ini, olahraga boleh dikatakan sebagai salah satu sukan tertua di dunia. Pada
tahun 776 sebelum Masihi di Greece, Sukan olimpik Kuno yang pertama telah diadakan dan
merupakan diadakan antara tempat terawal bermulanya tamadun manusia. Masyarakat
zaman Greece merupakan golongan masyarakat yang terawal yang melibatkan diri dalam
sukan olahraga. Namun begitu, matlamat mereka untuk melibatkan diri dengan suka ketika
itu bukanlah untuk bersukan tetapi lebih kepada bidang seni di mana acara sukan
dipertandingkan sebagai satu persembahan kepada kerabat tertinggi. Peringkat awal sukan
olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainanpermainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman
pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari,
melompat dan bergusti, menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata. Menurut buku
The Encyclopedia Of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat
jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum
Masihi . Beliau telah mencatatkan rekod lompatan sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
Setelah itu, acara olahraga telah mula menarik perhatian apabila Sukan Olimpik
Kunka diadakan buat kali pertama. Sukan ini turut diadakah empat tahun sekali dan terus
berlangsung sehinga tahun

397 sebelum Masihi. Namun begitu, mengikut sejarah,

kejohanan Sukan Olimpik telah dihentikan oleh Maharaja Rome, Theodosius. Walaupun
tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, masyarakat tempatan tetap
meneruskan aktiviti serupa dengan acara yang terdapat dalam olahraga seperti berlari,
melompat dan membaling. Meskipun Rome telah menghentikan pertandingan sukan Olimpik
namun sukan ini masih diteruskan oleh negara-negara lain dan berlarutan sehingga ke
abad-17.

Di England, Sukan Olahraga telah berjaya diperkenalkan oleh Royal Military

College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya yang pertama pada tahun
1812. Lima tahun kemudian ,kelab olahraga dunia yang pertama telah iaitu The Necton
Guild di England. Rentetan daripada penubuhan ini, sukan olahraga semakin mendapat
sambutan yang memberangsangkan di kebanyakan sekolah di England. Pada tahun 1850,
sebuah kelab olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu
Exeter College Athletic Club. Kelab ini masih kekal dan aktif sehingga masa kini.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England.
Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga
diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di
dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari
3

negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan
peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan.
Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal
abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya diikuasai peserta dari Amerika Syarikat.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam
sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada
peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika
Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada pesertapeserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan
Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan
New Zealand. Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke
beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia
turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat
masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus
meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan
oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik
Antarabangsa. Orang yang bertanggungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah
Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta
telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah,
manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama
dipertandingkan. Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika
dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih
belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi
malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam
sukan Olimpik. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat.
Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan
kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil.
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Di Malaysia, sukan olahraga telah mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19
di Singapura. Namun ketika itu, sukan kurang mendapat sambutan daripada penduduk
4

tempatan. Sukan olahraga telah dijalankan secara formal buat kali pertama pada tahun
1906. Ketika itu, Perak Athletics Assocation (PAA) telah ditubuhkan di Taping Perak oleh
pegawai-pegawai British. Namun begitu, penyertaan dalam sukan ini hanya terhad kepada
para pegawai British sahaja. Pada tahun yang sama, sukan olahraga pertama Malaysia
telah diadakan di Padang Ipoh, Perak. Sehingga tahun 1931, keanggotaan Persatuan
Olahraga British ini telah mula dibuka kepada semua negeri di Malaysia. Selama lima puluh
tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dijalankan di atas padang rumput dan Padang Ipoh
dianggap padang yang terbaik di Malaysia. Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau
Pinang

mula

dibina, yang

menjadikannya stadium

yang

pertama

di

Malaysia.

Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.
Setelah itu, Malaysia telah mengambil bahagian buat kali pertama dalam
pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa dalam pertandingan Empires Games di
Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth
Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great
Britain mencapai kemerdekaan, termasuklah Malaysia pada tahun 1957. Negara kita
menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di
Melbourne, Australia. Pada tahun 1962, Malaysia turut mengambil bahagian dalam acara
olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta. Dari tahun ke tahun, sukan
olahraga ternyata semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sukan dan olahraga dianggap sebagai satu aktiviti sukan yang sesuai dan mampu
memenuhi keperluan sukan negara.
Pada tahun 1991, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan
Padang Asia. Selain itu, Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di
peringkatantarabangsa seperti sukan SEA. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena
olahraga ialah apabila menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai
atlit terkenal antarabangsa bertanding. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan
Olimpik tahun 1959 di Melbourne, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu hoki, olahraga,
angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut
serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan
rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia
terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
OLAHRAGA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :

ACARA BALAPAN

ACARA PADANG
5

1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter

1. Acara lompatan
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat
tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh
dan lompat kijang.

2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400
3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter
4. Steeplechase
a) 3,000 meter
5.
a)
b)
c)
d)
e)
6.
a)
b)

2.
a)
b)
c)

Acara Balingan :
lempar cakera
rejam lembing
lontar peluru.

Lari jarak sederhana dan jauh


800 meter
1,500 meter
3000 meter
5000 meter
10,000 meter
Berjalan kaki
20 km
50 km
SEJARAH ACARA LONTAR PELURU
Sejarah acara lontar peluru dalam arena olahraga negara tidak mempunyai sejarah

permulaan yang lama berbanding dengan acara lontaran yang lain. Malah ketika rejam
lembing dan lempar cakera telah mula diperkenalkan sejak zaman lampau lagi, lontar peluru
masih belum dikenali dalam kalangan peserta sukan olahraga dunia. Hanya bermula abad
ke-19, masyarakat dunia telah mula menjadikan acara melontar peluru sebagai salah satu
acara padang dalam sukan olahraga. Menurut sejarah, Orang Scotland dan Ireland
dikatakan antara golongan pertama yang memperkenalkan lontar peluru berdasarkan
pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Namun begitu, acara lontar
peluru tidak diterima sebagai sukan di kedua-dua negara ini. Apabila acara ini diperkenalkan
di Amerika Syarikat, lontar peluru mendapat sambutan yang amat baik dan Amerika Syarikat
menganggap acara ini sangat menarik dan layak untuk dijadikan sebagai salah satu acara
sukan yang dipertandingkan.
Bagi mengangkat acara lontar peluru sebagi acara sukan, beberapa peraturan
berkaitan acara ini telah diperkenalkan antaranya berkaitan dengan kawasan untuk
membuat lontaran. Kawasan itu berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki 7 kaki.
Melalui cara ini, lontar peluru dapat diperkenalkan ke negara-negara lain termasuk ke
Greek. Acara lontar peluru juga telah dicadangkan untuk dipertandingkan sebagai salah satu
6

acara Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896. Cadangan itu telah diterima dan lontar
peluru telah mula dijadikan sebagai salah satu acara rasmi yang mula diadakan dalam
setiap Sukan Olimpik. Kawasan lontaran berbentuk segi empat telah digunakan untuk sukan
Olimpik 1900 dan 1904. Namun begitu, bentuk kawasan ini didapati agak kurang sesuai
dijadikan kawasan bermain lontar peluru. Oleh itu, pada tahun 1909 bentuk kawasan ini
ditukar kepada bentuk bulat yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan, iaitu
tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda yang terdapat
pada kawasan lontaran sekarang.
Pada peringkat awal diperkenalkan, teknik lontaran ketika itu adalah pelbagai.
Peserta diberikan kebebasan untuk membuat lontaran mengikut keupayaan dan kesesuaian
masing-masing. Pada tahun1950-an, seorang pelontar bernama Parry OBrien dari Amerika
Syarikat telah mencipta teknik lontar baru yang kemudiannya dijadikan teknik lontaran
sehingga ini dalam kebanyakkan sukan. Pada masa ini juga, acara lontar peluru telah
disertai oleh lelaki dan wanita. Bagi menjamin kelicinan dan peningkatan acara ini, teknik
lontaran juga diperbaiki dari semasa ke semasa bag. Lontar peluru merupakan acara lontar
yang paling mudah dilakukan berbanding dengan tiga acara lontaran yang lain.
Dalam menguasai acara ini semasa pertandingan sukan, peserta lontar peluru harus
mempelajari teknik lontar peluru yang betul dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran
yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus
untuk acara ini. Acara lontar peluru juga adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh
yang boleh. Acara lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan
kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Persepsi kebanyakkan orang masa
kini menganggao bahawa acara lontar peluru hanya boleh dilakukan oleh mereka yang
mempunyai tubuh badan yang besar. Namun ini tanggapan ini adalah salah kerana tubuh
yang besar tidak menjamin jarak yang jauh semasa melontar peluruh. Apa yang penting
dalam acara ini adalah penguasan terhadap teknik dan kepakaran dalam mengimbangkan
berat badan dengan baik bagi mendapatkan jarak lontaran yang maksimum. Struktur badan
yang besar atau tegap merupakan kelebihan bagi semasa melontarkan peluru
menggunakan tenaga yang banyak.

1.0 FIZIKAL PELURU

1.

Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang
lembutnya.

2. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin.


7

3. Berat

peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta

wanita ialah 4 kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada
umur mereka.
4. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm,
manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm.

Gambar 1 : Bola Lontar Peluru


1.1 KAWASAN LONTARAN
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta bagi
menjadikan acara ini layak untuk dipertandingkan. Pada mulanya kawasan lontaran telahd
ditetapkan dalam bentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Pada tahun 1909,
bentuk kawasan lontar peluru telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki
untuk lebih memudahkan pelontar peluru membuat lontaran. Kawasan dalam bentuk bulatan
ini mempunyai bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang
seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran. Kawasan ini masih digunakan
dalam semua pertandingan lontar peluru masa sekarang. Meskipun telah mempunyai
kawasan lontaran yang lebih bersistematik, namun sekitar tahun 1909, masih belum ada
peraturan tentang teknik lontaran yang betul.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini
melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya
setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur
dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan
penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan
penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan
lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bulatan ini
kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya.
Selain itu, kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau
rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan
8

mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah
ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan
bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda
mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan
disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan
untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu
diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga kebahagian tengah bulatan lontaran.
Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar
50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus
ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan
yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian
tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan
papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai,
dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi
bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua
garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar,
1.21 m sehingga 1.23 m panjang.

Gambar 2 : Kawasan lontaran acara lontar peluru


1.2 KAWASAN PENDARATAN
Selain daripada kawasan melontar, acara lontar peluru juga disediakan khas untuk
membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan dengan selamat. Kawasan ini
9

lontaran ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Antara ciri-ciri kawasan
pendaratan peluru adalah dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut
40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini adalah tetap dan
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil
bahagian. Semasa melontar peluruh, syarat agar lontaran tersebut sah hanya apabila Setiap
lontaran yang dibuat oleh peserta

mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut.

Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka
lontaran itu dianggap batal. Maka peserta hendaklah berhati-hati bagi memastikan supaya
setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.

Gambar 3 : Kawasan pendaratan peluru


1.3 PITA PENGUKUR
Dalam menjalankan pertandingan atau latihan lontar peluru, antara alatan yang perlu
disediakan oleh peserta ialah pita pengukur. Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah
diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan pita pengukur. Pita pengukur berfungsi untuk
menentukan jarak lontaran yang dilakukan. Semasa pertandingan, petugas yang bertugas
untuk mendapatkan ukuran jarak lontaran perlulah mahir dalam membaca jarak kiraan
menggunakan pita pengukur. Ukuran perlu diambil dengan segera

selepas sesuatu

lontaran. Ukuran adalah bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh
menerusi lontaran dianggap sebagai pemenang acara ini.

10

Rajah 4: Pita Pengukur

Lontar Peluru

1.4 CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN


Untuk mengambil ukuran jarak lontaran, petugas perlu mengetahui cara mengukur
jarak lontaran. Pertama sekali, jarak diukur perlulah bermula dari kesan peluru di kawasan
mendarat atau jatuh sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan yang terdapat
di kawasan lontaran. Hujung pita ukur perlu ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang
paling dekat dengan bulatan. Kemudian, petugas perlulah menarik pita ukur tersebut ke
tengah bulatan kawasan lontaran. Bacaan yang diperolehi bermula dari tempat jatuhan
hingga ke bahagian tengah bulatan adalah catatan kepada jarak lontaran yang dilakukan
oleh pelontar.

Rajah 5 : Cara mengukur jarak lontaran


1.5 PERATURAN DAN PERTANDINGAN
Acara lontar peluru mempunyai beberapa pertandingan yang perlu dipatuhi semasa
dimainkan. Antaranya ialah seperti berikut:

11

1. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta
menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

2. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.


3. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak
melebihi lapan orang.

4. Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.


5. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti
mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat
dikira batal.

6. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.


7. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya
peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

8. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa


membuat lontaran.

9. Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara
dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil
ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Gambar : Lontaran menjadi batal


1.6 FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU
Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:
1) Pegangan peluru
2) Lakuan sedia
3) Lungsuran
12

4) Kilasan badan
5) Lontaran
6) Pulihan

1. PEGANGAN PELURU
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
Teknik memegang peluru dengan tiga jari

Teknik memegang peluru dengan lima jari

Cara mudah dan selamat untuk


memegang

dengan

jari kelingking akan mengimbangi kedudukan

meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di

peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar

bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang

sekolah rendah. Perlu dingatkan, para peserta

pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari

tidak boleh memegang peluru di tapak tangan.

dan

jari

peluru

kelengkeng

penyokong.

Jari

adalah

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan

bertindak

sebagai

Ini merupakan satu kesalahan biasa yang

kelengkeng

boleh

dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru

dibengkokkan atau diluruskan berhampiran

belajar melontar peluru.

dengan tiga jari tengah.

TEKNIK MELONTAR PELURU


a)
b)
c)
d)
e)

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lunsuran)


Gaya melungsur selangkah
Gaya Parry O Brien
Teknik Lontaran Sisi
Teknik membelakangi kawasan lontaran
Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran
Lakuan sedia

1. Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah
lontaran.

13

2. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah


telinga, peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki
kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

3. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.


Kilasan badan

1. Diimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.


2. Diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.
3. Secara serentak tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran

1. Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil


menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.

2. Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas.


3. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula
mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
1. Gaya ini tidak mempunyai melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak
begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

Rajah : Teknik berdiri lontar peluru


Gaya Melungsur Selangkah
Lakuan sedia
1. Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan
lontaran.
14

2. tempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan


membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan
mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).
3. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di
hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
1. Tolak kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian
tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
2. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian
badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa
melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
1. Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.
Lontaran
1. Apabila kilasan badan itu selesai, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di
belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.
2. Pergerakan

disusuli

dengan

pergerakan

menolak

peluru

bermula

dengan

menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.
3. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat.
Pulihan
1. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.
2. Langkah pulihan ini dilakukan

dengan membawa kaki kanan ke hadapan

bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan
ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Gaya Parry O Brien


Lakuan sedia
1. Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan
arah lontaran.

15

2. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan


sehingga selari dengan tanah.
Lungsuran
1. Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki
kanan, pergerakan melungsur dilakukan.
2. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke
belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan
bulatan.
3. Ketika ini, badan pelontar dalam keadaan condong.
Kilasan badan
1. Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di
belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik
mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya
melungsur selangkah sebelum ini).
2.

Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah
dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan
pengumpulan daya untuk membuat lontaran.

Lontaran, ikut lajak dan pulihan


1. Rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah kerana teknik
keduanya hampir sama.

Gambar : Teknik Gaya Parry O Brien


Teknik lontaran sisi
Dalam menggunakan teknik ini, peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini
sama ada dari sisi atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengiring dengan mana-mana

16

sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Bahagian hadapan peserta


mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran.

Gambar : Teknik lontaran sisi

Teknik lontaran ini :


1.

Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang
disediakan.

2.

Peserta berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan


tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan
peluru selesa pada tangannya.

3.

Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan.

4.

Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.

5.

Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti
dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.

6. Peserta mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak
menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru.
7.

Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

Teknik membelakangi kawasan lontaran

17

Teknik ini dilakukan secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan


pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Bagi mereka yang masih baru, teknik ini kurang digunakan.

Gambar

: Teknik Membelakangi Kawasan Lontar Peluru

Teknik lontaran ini:


1. Peserta bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran.
2. Mulakan

pergerakan

dengan

membelakangi

arah

lontaran,

sambil

membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke


belakang.
3. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.
4. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan
lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan
mengawal pergerakan dan keseimbangan.
5. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
6. Tolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal
pergerakan badan.
7. Dapatkan kembali keseimbangan badan setelah melontar.
8. Peserta harus meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya.

1.7 LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH


Latihan I

18

Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang

kencang.
Melontar dari kedudukan berdiri.
Latihan ini dapat membantu pelajar menolak peluru dengan baik.

Latihan II

Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran.


Kaki direnggangkan dan putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.

Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.


Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua
pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.

Latihan III

Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan.


Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran
dengan lingkaran bulatan.
19

Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas.


Melangkah ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri
mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan.
Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat
lungsuran dan mengilas badan.

Latihan IV

Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.


Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.
Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau

melontar peluru).
Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan
kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

1.8 AKTIVITI LATIHAN KEMAHIRAN ANSUR MAJU GAYA PARRY O BRIEN

2. Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa memperkenalkan


peluru dahulu.
3. Memperkenalkan peluru.
4. Berdiri tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus.
20

5. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan
memegang tangan bebas pelaku.
6. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
7. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki
Power Position (tapak kki bersudut)
8. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
9. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power
Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jari, lakukan pergerakan pinggang
menghala ke arah lontaran.
10. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power
position dan putaran pinggang.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang
menghala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan
Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki
tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang
telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.
1.9 LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Lakuan ini dilakukan setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke

depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjatuh ke luar
lingkaran.
1.10 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU
a. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul
sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
b. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi.
c. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
21

1.11 PRINSIP UMUM LONTAR PELURU


Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :
1)

Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.

2)

Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara
ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.

3)

Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar peluru supaya


penglibatannya memberikan keberkesanan.

4)

Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap


peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen.

5)

Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan


sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.

KESIMPULAN
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu
itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini maka dia perlulah menjalani latihan secara
berfasa bagi menguasai setiap fasa dalam melakukan acara lontar peluru. Sebagai acara
pertandingan pula, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Ini
kerana mereka mempunyai tenaga yang berlebihan dan mampu mengurangkan risiko
kecederaan. Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang
lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan
latihan guru hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan murid yang mempelajari
sesuatu acara atau sukan.
Rujukan

Aris Fazil bin Haji Bujang. (2003). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tahun 5. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Helen Teng. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication. Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani dan Acara
Padang. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

22

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. (1987). Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 2,
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan. Kuala
Lumpur : Sri Bistari .
Teng Boon Tong. (1989). Panduan Mengajar Olahraga. Selangor: Longman Malaysia. Sdn.
Bhd.
Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor: Pearson Education
Malaysia. Sdn. Bhd.
Vasudevant T. Arasoo. (1987). Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecerdasan Jasmani.
Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Bahagian Sukan Kementerian Malaysia. (2010). Garis Panduan Pengurusan Kejohanan
Balapan Dan Padang (Olahraga) DI Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sukan KPM

Internet
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/page/3/ 24/2/2015
https://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ 5/3/2015
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1314146775.pdf 11/3/2015
http://www.slideshare.net/dhuhahuda/lontar-peluru-17231328 11/3/205
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/ 11/3/205

23

Anda mungkin juga menyukai