Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.................................................................................................................... 1.0
PERJALANAN PROGRAM............................................................................................... 2.0
LATAR BELAKANG DIRI DARI ASPEK KEKUATAN DAN KELEMAHAN.......... 3.0
REFLEKSI DIRI TERHADAP AKTIVITI PEMBELAJARAN EKSPERIENTAL..... 4.0
KESEDARAN KENDIRI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN.................................... 4.1
HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN ORANG LAIN......................................... 4.2
MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB TOLONG MENOLONG..................................... 4.3
KECINTAAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN.............................................. 4.4
PEMBINAAN KENDIRI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM.................................. 4.5
BUKTI PENGLIBATAN DALAM PROGRAM............................................................... 5.0
RUMUSAN............................................................................................................................ 6.0

1.0 PENGENALAN
1

Program Experiantal merupakan program yang dijalankan dibawah subjek Pembangunan


Sahsiah (KKD 2063). Program ini diwajibkan untuk semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan
Idris khususnya yang mengambil subjek ini. Program ini dijalankan pada 31 Oktober dan
1November 2014 iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Program ini telah berlangsung selama dua
hari iaitu bertempat di Dewan SITC. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk melatih
para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris yang khususnya bakal menjadi
guru yang mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai sahsiah guru yang berkualiti pada
masa akan datang.
Seterusnya, program ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan
mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai sahsiah yang baik dan mampu memberikan
kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan. Seterusnya, sikap menghargai kawan ingin dipupuk
sepanjang program ini dijalankan untuk membahagikan para mahasiswa dan mahasiswi dalam
satu kumpulan yang kecil. Malah, bukan itu sahaja sikap kepimpinan amat penting pada setiap
diri mereka agar mereka dapat memahami erti kehidupan yang sebenar untuk mencapai sesuatu
perkara. Akhir sekali, matlamat yang ingin dicapai adalah untuk melahirkan bakal pendidik yang
aktif, kreatif dan inovasi kerana bakal pendidik mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
melahirkan para pelajarnya yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu,
matlamat bakal seorang pendidik ini harus dilaksanakan agar dapat melahirkan pelajar yang
bijaksana dan celik ilmu agar lebih cemerlang lagi pada masa kelak serta menjadi seorang yang
tahu menghargai sesuatu terutamanya menghargai pengorbanan ibu bapa mereka.

2.0 PERJALANAN PROGRAM


2.1 PROGRAM YANG DILAKSANAKAN
Program pertama ini bermula pada hari Jumaat iaitu pada pukul 8 malam hingga 11 malam,
31 Oktober yang bertempat di Dewan SITC. Aktiviti bermula dengan mengambil kedatangan
para peserta mengikut kumpulan masing-masing agar tiada pelajar yang mengambil kesempatan
dan tercicir. Perisian aktiviti ini adalah pelbagai. Antaranya, kami diajar untuk membuat satu
permainan seperti kanak-kanak. Permainan ini adalah untuk melihat sejauh mana keberanian diri
mahasiswa dan mahasiswi dikhalayak ramai.
Seterusnya, kami diminta untuk berkumpul mengikut negeri masing-masing, berkumpul
mengikut tarikh lahir masing-masing, dan berkumpul mngikut pangkal huruf nama ibu masingmasing. Sebelum aktiviti itu ditamatkan, kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
Tujuan kumpulan ini diagihkan untuk saling mengenali antara satu sama lain walaupun kami dari
negeri yang berbeza, kos yang berbeza dan kolej yang berbeza supaya dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara kami.
Pada hari kedua iaitu hari Sabtu bersamaan 1 November 2014, acara program ini
dimulakan pada 8 pagi hingga 6 petang bertempat di Dewan SITC dan sekitar pekan Tanjong
Malim. Aktiviti pada hari kedua ini bermula dengan bacaan doa dan diiringi dengan aktiviti
senamrobik. Selepas aktiviti senaman tersebut kami diberi makanan oleh fasilitator. Aktiviti
diteruskan dengan setiap pelajar diagihkan satu borang jawapan untuk menjawab 150 soalan
borang soal selidik personaliti diri pelajar. Kami diberi masa selama 1 jam untuk menjawab
soalan-soalan yang dipaparkan melalui skrin. Setelah selesai menjawab soalan tersebut, kami
diberi pendedahan tentang personaliti diri yang ada pada setiap pelajar.
Selepas diberi pendedahan tentang personaliti, aktiviti tersebut berhenti seketika untuk
memberi laluan kepada mahasiswa dan mahasiswi menunaikan solat zohor. Selepas menunaikan
solat zohor, kami diberi tugasan untuk ke pekan Tanjong Malim. Tugasan tersebut adalah seperti
berikut, pertama perlu mengambil gambar di stesen bas Tanjong Malim, kedua perlu minum air
tea tanpa gula dan tanpa susu di kedai, ketiga perlu membeli makanan ringan di kedai runcit,
keempat perlu memberi surat khabar cina, yang terakhir perlu makan telur yang mentah di stesen
KTMB Tanjong Malim. Selepas berakhirnya tugasan tersebut, kami perlu berkumpul di Dewan
SITC. Tugasan tersebut kami lakukan dalam keadaan hujan yang lebat. Mahasiswa dan
mahasiswi yang terlibat dengan aktiviti ini basah kuyup.
Tugasan tersebut berakhir di Dewan SITC, mahasiswa dan mahasiswi yang tiba diberi satu
lagi tugasan. Tugasan tersebut ialah menyusun huruf T yang diceraikan. Selepas siap menyusun
3

huruf T tersebut, kami diberikan rehat seketika. Aktiviti diteruskan dengan penceramah
memberikan sedikit motivasi kepada mahasiswa dan mahasiswi bagaimana cara untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang. Penceramah tersebut menceritakan cerita kisah silamnya mengajar
di beberapa buah sekolah. Penceramah menceritakan cerita bagaimana hendak menangani
masalah disiplin pelajar yang degil dan bermasalah. Selain itu, penceramah juga mengingatkan
kami semua tentang etika menjadi seorang guru agar tidak menjadi guru yang bermasalah pada
masa akan datang. Selepas tamatnya ceramah tersebut maka berakhirnya aktiviti pada petang itu.

3.0 LATAR BELAKANG DIRI DARI ASPEK KEKUATAN DAN KELEMAHAN.


3.1 Kekuatan diri
Sebelum menyertai program ini, kekuatan yang terdapat dalam diri saya ialah suka
membantu orang yang berada dalam kesusahan. Seterusnya, saya suka mencuba sesuatu yang
baru kerana ia menambahkan pengalaman dalam diri ini. Selain itu, kekuatan yang ada pada diri
saya juga ialah saya suka bertanyakan pendapat orang lain dengan kerja yang telah saya lakukan
4

walaupun saya sudah yakin dengan kerja tersebut. Seterusnya, saya juga sering menjaga bahasa
dalam pertuturan agar ia tidak mnyingung perasaan orang lain. Saya mempunyai semangat yang
tinggi dan tidak mudah menyerah kalah dalam setiap perkara sebelum mencuba perkara tersebut.
Kekuatan yang seterusnya saya juga suka bercakap dikalangan ramai bagi meningkatkan lagi
keyakinan diri saya sebagai seorang bakal pendidik.
3.2 Kelemahan diri
Terdapat beberapa kelemahan yang ada dalam diri saya sebelum menyertai program ini.
Contohnya, saya sukar untuk mempercayai seseorang yang baru saya kenali walaupun dia
seorang ahli dalam kumpulan saya. Selain itu juga, saya kurang yakin dengan pendapat saya
sendiri walaupun orang lain sudah bersetuju dengan kenyataan yang telah saya buat. Seterusnya,
saya tidak beberapa mahir untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu
perkara walaupun saya suka berkongsi pendapat dan idea dalam kumpulan.Namun begitu saya
cuba memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam diri saya ini agar menjadi lebih baik dan
ternyata selepas program ini saya dapat merasakan perubahan yang terdapat dalam diri saya ini.

4.0 REFLEKSI DIRI TERHADAP AKTIVITI PEMBELAJARAN EKSPERIENTAL


YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN DIRI PELAJAR DARIPADA ASPEK
BERIKUT:
4.1 KESEDARAN KENDIRI MELIPUTI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DIRI.
4.1.1 Kekurangan diri
Setelah mengikuti program ini, saya dapat melihat kekurangan yang ada pada diri saya
seperti saya kurang memberi pendapat terhadap ahli kumpulan saya sendiri. Seterusnya, saya
5

segan kurang berinteraksi dengan kumpulan yang lain terutamanya dengan pelajar perempuan
dan kurang bertanyakan soalan yang saya tidak faham daripada instruktar. Selain itu, saya
kurang faham dengan arahan yang diberikan oleh ketua kerana saya kurang memberi perhatian
ketika arahan diberi.
4.1.2 Kelebihan diri
Dalam mengikuti program ini, terdapat beberapa kelebihan yang ada dalam diri saya.
Contohnya, saya memberi kerjasama terhadap ahli kumpulan dan bersungguh-sungguh dalam
melakukan kerja. Seterusnya, saya juga memupuk keyakinan yang ada pada diri saya dalam
memberi komitmen dalam kumpulan. Selain itu, saya juga belajar untuk memulakan perbualan
antara satu sama lain supaya saya tidak rasa tersisih. Seterusnya, saya juga suka memberi idea
kepada ahli kumpulan walaupun idea yang saya lontarkan itu tidak seberapa.
4.2 HUBUNGAN INTERPERSONAL DENGAN ORANG LAIN TERMASUK AHLI
KELUARGA, WARGA UPSI, RAKAN-RAKAN DAN MASYARAKAT SEKITAR.
Hubungan interpersonal dengan orang sekeliling sangat penting dalam melakukan sesuatu
perkara agar dapat membantu dengan lebih baik lagi. Melalui hubungan ini, telah wujud
beberapa perkara dalam diri saya terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang baru
kenal. Contohnya, saya selalu bersikap terbuka, hormat dengan memberi salam kepada orang
yang lebih tua, sentiasa mengucapkan terima kasih selepas diberi layanan yang baik dan selalu
mewujudkan suasana yang mesra serta sentiasa mengukir senyuman walaupun dengan orang
yang saya tidak kenal. Tambahan lagi, hubungan interpersonal dengan rakan-rakan dan ahli
kumpulan juga menunjukkan peningkatan dalam diri saya. Contohnya, sentiasa menjaga
perasaan kawan saya, membantu dia dalam kesusahan serta memberi nasihat yang berguna
kepadanya dan memberi semangat serta dorongan ketika rakan saya dalam kesedihan.

4.3 MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB MENOLONG


Setelah mengikuti program ini, kini saya lebih memahami tentang tanggungjawab menolong
antara satu sama lain. Sikap ini dapat meringankan beban orang lain yang berada dalam
kesusahan dan seseorang yang ingin dibantu. Melalui program ini, saya dan ahli kumpulan saling
bekerjasama dalam melakukan tugasan agar tugasan tersebut dapat disiapkan dengan lebih cepat
dan sempurna seperti menyiapkan susunan T yang diceraikan. Selain itu, saya dan ahli kumpulan
berusaha menyiapkan tugasan yang diberi secara bersama-sama. Bukan itu sahaja, saya juga
6

memupuk semangat tolong-menolong ini dalam diri saya agar sikap ini dapat mengurangkan
bebanan orang yang menginginkan pertolongan.
4.4 KECINTAAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN (Meliputi semangat untuk
mendidik murid-murid).

Semangat kecintaan terhadap profesion keguruan ini telah timbul dalam diri saya ketika
mengikuti program ini iaitu saya berminat untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang saya ada
dengan orang lain dan mempunyai sikap ingin mendidik seseorang itu ke arah kebaikan. Program
ini dapat memberi pengalaman yang baru dan saya dapat menilai bahawa kemahiran yang ada
dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang bersahsiah tinggi masih berkurang. Dan saya
yakin kekurangan yang ada dalam diri saya ini dapat diperbaiki lagi. Selepas program ini
dijalankan, saya masih meminati bidang perguruan ini kerana bidang ini merupakan cita-cita
saya sejak dibangku sekolah lagi. Namun begitu, setelah saya memahami bidang ini dengan lebih
mendalam, saya dapati tidaklah begitu rumit untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan ini. Seterusnya, perkara terpenting yang ada dalam diri setiap pendidik itu ialah
melalui elemen jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, situasi ini menambahkan lagi
semangat saya untuk menghabiskan pangajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini
seterusnya bergelar seorang pendidik yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi. Tambahan lagi,
saya tidak sabar untuk memberi ilmu kepada bakal anak-anak murid saya dan segera menabur
bakti kepada anak-anak bangsa, masyarakat dan negara.

1.1 PEMBINAAN KENDIRI SETELAH MENGIKUTI PROGRAM.


Melalui Program Eksperiential ini, pembinaan kendiri yang ada dalam diri saya ialah
mempunyai sikap saling membantu, peramah, bijak berkomunikasi dan menghormati antara satu
sama lain. Dari segi aspek rohani, untuk menjadi seorang pendidik yang baik, saya perlulah
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan agar dapat menjadikan teladan kepada
bakal anak murid saya nanti. Dari segi aspek emosi pula, saya mesti menjaga emosi dan tingkah
laku saya ketika berhadapan dengan anak murid mahupun orang lain. Seterusnya, saya mestilah
mewujudkan suasana yang harmoni, ceria dan meriah ketika waktu Pembelajaran dan Pengajaran
supaya murid-murid saya merasa selesa dan fokus semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik
darjah mahupun semasa aktiviti kokurikulum. Dari segi aspek intelek sebagai seorang guru,
setiap ilmu yang dicurahkan perlulah mengikut perkembangan masa dan sentiasa memperolehi
7

atau mencari ilmu-ilmu yang baru. Guru yang berintelek dapat melahirkan pelajar yang baik
falsafahnya. Akhir sekali, dari segi jasmani saya mestilah sentiasa menjaga kesihatan supaya
dapat membantu dan menjalankan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran dengan selesa, mudah
dan bersemangat. Malah, anak murid juga turut aktif dan ceria kerana memperolehi seorang guru
yang cergas.

5.0 BUKTI PENGLIBATAN DALAM PROGRAM

6.0 RUMUSAN
Pada pandangan saya, program ini sangat releven dilakukan

untuk memberi ilmu

pengetahuan agar bakal pendidik diberi pendedahan mengenai tanggungjawab sosial sebagai
seorang guru. Kesimpulannya, program ini sangat penting untuk terus dilaksanakan serta dapat
membentuk sahsiah diri para mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Disamping, dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti dan bersahsiah tinggi untuk mendidik
generasi yang akan datang kearah yang lebih baik dan inovatif. Selain itu, sewaktu Pembelajaran
dan Pengajaran dalam kuliah juga dapat memberi informasi dan ilmu pengetahuan tentang ciriciri keguruan yang baik. Akhir sekali, program ini dapat membuka minda para pelajar untuk
9

menilai dan memberi panduan dalam mencari ilmu sama ada didunia mahupun diakhirat
sekaligus dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dalam diri
serta mampu menjadi seorang guru yang cemerlang dan berjasa kepada negara.

10

Anda mungkin juga menyukai