Anda di halaman 1dari 2

Tadabbur Kalamullah 23 Ramadhan 1436H

"Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk
mereka tidur" [Surah Az-Zaariyat 17]

#Rasulullah saw berpesan: "Kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada


mengerjakan ibadah qiamullail" (HR al-Hakim)

#Menurut ulama' fiqh: "Qiamullail ialah melaksanakan ibadah pd waktu malam


sama ada solat atau ibadah selainnya"

#Ibnu Abbas bpendapat: "Qiamullail terhasil dgn solat Isyak berjemaah dan
azam utk menunaikan solat Subuh berjemaah"

Sabda Nabi saw: "Sesiapa yg solat Isyak secara berjemaah, dia seolah-olah tlh
mendirikan separuh malam. Sesiapa yg solat Subuh berjemaah, dia seolah- olah
tlh mendirikan seluruh malam" (HR Muslim)

#Dlm Maraqi al-Falah : "Makna qiamullail ialah melaksanakan ketaatan kpd Allah
pd waktu malam dgn membaca al-Quran, mendengar hadis, bertasbih atau
berselawat ke atas Nabi"

#Waktu qiamullail ialah slps solat Isyak sehingga terbit fajar subuh

#Ulama' Syafie dan Hambali menyatakan makruh melakukan qiamullail


sepanjang malam.

Drp Sayidatina Aisyah r.ha: "Aku tdk mengetahui Nabi saw membaca al-Quran
semuanya pd satu malam, tdk jg Baginda solat sehingga subuh pd satu malam,
tdk jg puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan" (HR Muslim)

Nabi bersabda kpd Amru bin al-As: "Tidakkah aku diberitahu bhw kamu berpuasa
pd siang hari dan qiamullail pd mlm hari? Aku menjawab: "Benar, ya Rasulullah"

Baginda bersabda: "Jangan lakukan demikian. Puasalah dan berbukalah (puasa


sehari dan berbuka sehari), qiamullail dan tidurlah. Sesungguhnya jasad kamu
ada hak ke atas kamu, mata kamu ada hak ke atas kamu. Pasangan kamu ada
hak ke atas kamu dan tetamu kamu ada hak ke atas kamu" (HR al-Bukhari)

#Namun boleh mengecualikan utk malam2 khusus berdasarkan hadis Aisyah


r.ha:

"Sesungguhnya Nabi apabila masuk sepuluh terakhir Ramadhan, Baginda akan


berqiamullail, mengejutkan ahli keluarga dan mengetatkan kain (tdk mendatangi
isteri)" (HR Muslim)

Sama2lah kita kurangkan tidur dan bangun malam utk beribadah sbg
mengikuti perintah Allah dan meneladani amalan salafussoleh lbh2 lg di 10 mlm
terakhir Ramadhan skrg ini. Usah berasa letih dlm beribadah dan menambahkan
ketaqwaan kpd Allah swt

Anda mungkin juga menyukai