BETONG
SARAWAK
KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN 1 2016
TARIKH:
04-15 JANUARI 2016
TEMA:
KAMI MURID TAHUN SATU, MINDA CERDAS MATA
BERCAHAYA
TAJUK
Program Transisi Dan Guru Penyayang Tahun Satu 2016
PENGENALAN
Program Transisi dan Guru Penyayang memberi masa untuk menanam amalan dan budaya
yang baik di bilik darjah. Dalam tempoh dua minggu Program Transisi dan Guru Penyayang,
amalan budaya sekolah yang baik ini dimulakan dan diharap dapat diteruskan lagi sepanjang masa
persekolahan murid di sekolah rendah.
Program Transisi dan Guru Penyayang ini merupakan program pertama yang akan
dilaksanakan oleh pihak sekolah yang melibatkan murid Tahun Satu sahaja. Program ini
dilaksanakan setiap tahun pada awal sesi persekolahan bermula. Ia merupakan program pengisian
untuk kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada alam pendidikan di prasekolah/tadika ataupun di rumah. Dengan itu, tujuan
perlaksanaannya adalah untuk membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi
perubahan daripada pendidikan yang tidak formal ke alam pendidikan yang lebih formal di Tahun
Satu.
OBJEKTIF
1. Kesinambungan pembelajaran di Tadika/prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai
2. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid berkenalan degan guru-guru dan
rakan-rakan.
3. Dapat memudahkan dan mempecepatkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar
belakang bergaul di antara satu sama lain.
4. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran
sekolah.
5. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran secara
formal menerusi Program Transisi.
6. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
7. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
8. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh.
9. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang dan
belajar tanpa menimbulkan masalah yang besar.
SASARAN
PENGESAHAN
Disediakan oleh:
..............................................
Disahkan oleh:
............................................
Guru Penyelaras
Guru Besar
SK Datuk Bandar
LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN SATU 2016
SK DATUK BANDAR DEBAK
Pengerusi
Setiausaha
Guru Penyelaras
Ahli Jawatankuasa
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
TAHUN SATU 2016
BIL
1.
PERKARA
Hamper
JUMLAH KESELURUHAN
UNIT
6
HARGA SEUNIT
JUMLAH
(RM)
(RM)
50.00
300.00
300.00