Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2013

Tarikh:
04 Julai 2013
Tempat:
AUDITORIUM UNIVERSITI SEGI
KOTA DAMANSARA

MASA
3.25 pm

CUE
Pengumuman

3.30 pm

Ketibaan

TEKS
Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat
mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puanpuan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap
sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian
amatlah dihargai. Terima kasih.

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim,Pengarah Pelajaran Selangor
dan Dif-dif Jemputan.

3.45 pm

(Lagu Negara ku
dimainkan)
Para tetamu
jemputan dan
hadirin dijemput
duduk

Alu-aluan

(Lagu Negara ku dimainkan.....)


Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud serta hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


2

Sayang pesanan terlupa sudah;


Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim
Pengarah Pelajaran Selangor
Yang berusaha Encik A. Rahman bin Hj. Ngit
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Manusia, Jabatan Pelajaran Selangor
Yang Berusaha Puan Hajah Nafisah binti Jaapar
Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2013
Yang Berusaha Encik Basrin bin Yaman
Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Selangor
Yang Berusaha Encik Mohamad Azlan bin Mahmuddin
Penyelia Kokurikulum Akademik, Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Selangor
Ketua-ketua Sektor
Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah
Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Jawatankuasa Pelaksana
Guru-guru Pengiring
Para Peserta
Seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Pertandingan
Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2013.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin
Karim, Pengarah Pelajaran Selangor kerana sudi hadir bagi merasmikan Majlis Penutup Pertandingan
Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2013 pada petang ini.

3.50 pm

Bacaan Doa

Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuan-tuan dan
puan-puan serta hadirin yang dimuliakan
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan al-fadhil
Ustaz Ahmad Faiz bin Syukri untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan.
(BACAAN DOA)
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

3.55 pm

Ucapan Alu-aluan
PPD

Dayung sampan dulu-duluan,


Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
4

Ucapan sebagai alu-aluan,


Mari sama-sama kita amati.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Nafisah binti Jaapar,
Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2013,
untuk menyampaikan ucapan aluan, dengan segala hormatnya dipersilakan.

4.05 pm

(UCAPAN)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hajah Nafisah atas ucapan aluan itu tadi.
Ucapan Perasmian
Pergi ke kota beli selasih,
Majlis Penutupan
Sayang si dara buat halwa;
Pengarah JPS
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan
takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim, Pengarah Pelajaran
Selangor untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan
Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2013. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
(UCAPAN)
Demikianlah berakhirnya ucapan Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan dan kesudian merasmikan Majlis
Penutupan Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor pada kali ini.

4.15 pm

Penyampaian Sijil
Penyertaan
Peserta

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil kepada semua yang terlibat dalam
5

Pertandingan Drama Komsas Peringkat Negeri Selangor 2013.


Bagi menyempurkannya, dipersilakan_________________________________________
menjemput dan mengiringi ____________________________________ untuk menyampaikan
sijil kepada peserta pertandingan.
Kita mulakan dengan penyampaian sijil kepada para peserta.

Sijil Penghargaan
AJK

Sijil Penghargaan
Hakim

Senarai nama PESERTA:


1.
2.
3.
Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat:
Senarai nama AJK:
1.
2.
3.
Sterusnya dijemput para hakim untuk menerima sijil penghargaan.
Senarai nama HAKIM:
1.
2.
3.

Pengumuman dan
Penyampaian
Hadiah

Para hadirin,
Ibarat berjalan dah sampai di halaman,
Ibarat berenang dah sampai di tebing,
6

Ibarat terbang dah hinggap di dahan,


Ibarat mendaki dah sampai di puncak.
Kini sampailah kita ke puncak acara, pengumuman keputusan pertandingan dan
penyampaian hadiah kepada para pemenang. Keputusan telah pun berada di tangan kami.
Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, dipersilakan Yang Berusaha Puan Hajah
Nafisah binti Jaapar untuk mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim, Pengarah
Pelajaran Selangor untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

************************SENARAI NAMA PEMENANG*********************

Penyampaian
Cenderamata

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
7

Air laut tenang-tenangan,


Tanam selasih di tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi.
Sebagai tanda penghargaan, pihak majlis dengan segala hormatnya sekali lagi mempersilakan
Yang Berusaha Puan Hajah Nafisah binti Jaapar untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim, Pengarah Pelajaran Selangor. Dipersilakan.
4.20 pm

Penutup

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sempurnalah sudah Majlis Penutupan Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Selangor 2013 pada petang ini. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi
minat para pelajar akan mata pelajaran Bahasa Melayu dan menjadikannya sebagai satu
pembelajaran yang menyeronokkan bagi mereka. Di samping itu, program ini juga diharapkan
8

akan turut memberi manafaat kepada guru-guru khususnya dan masyarakat setempat amnya
dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Bagi pihak seluruh anggota Jawatankuasa Pelaksana sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim atas kesudian untuk
bersama-sama kita pada petang ini.
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin, hadiran yang sudi melapangkan maa
untuk bersama memeriahkan majlis ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu dalam menjayakan
program ini.
Akhirul kalam,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan diri
Kami mohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung. Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.
Seterusnya, majlis menjemput kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mahmud bin Karim, Yang
Berusaha Puan Hajah Nafisah binti Jaapar dan para tetamu jemputan untuk menikmati jamuan
yang telah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai