Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH PANITIA

PENDIDIKAN SENI

NAMA PROGRAM

: Program Panitia Pendidikan Seni Visual

TARIKH

: 28/9/2015, 2/10/2015 dan 7/10/2015

MASA

: 8.00 1.00 tengahari

TEMPAT

: Dewan SK Taman Sungai Besi Indah

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk


minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai Kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan matapelajaran lain. Murid
di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan rekabentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri.
Objektif panitia adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Panitia berhasrat membantu murid
meningkatkan

rasa

kesyukuran

terhadapTuhan,

menghargai

keindahan

alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Visi panitia pendidikan seni adalah membina generasi pelajar yang harmonis,
kritis, kreatif dan Inovatif serta memperoleh gred cemerlang menjelang 2015.Misi
panitia adalah menyediakan program yang memberi peluang kepada pelajar memupuk
budaya Penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni.
Oleh itu panitia telah merangka dan menjalankan beberapa program antaranya
program pertandingan menghasilkan poster, ikat dan celup serta menghasilkan arca.

Ketiga-tiga program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid.


mereka dapat meneroka dan memperkembangkan idea dan kreativiti mereka melalui
program tersebut.
Antara aktiviti yang sempat dirakam sewaktu program dijalankan:

Disediakan oleh:
(Nur Amilya Binti Haris)
Ketua Panitia Pendidikan Seni
Visual,
SK Taman Sungai Besi Indah.

Disemak oleh:
Disediakan
oleh:
(PuanAdila
(Nur
Norhayati
Binti Ismail)
Binti Noor Aris)
Guru Besar,
Ketua
Panitia Pendidikan Seni
SK Taman Sungai Besi Indah.
Visual,
SK Taman Sungai Besi Indah.

Disemak oleh:
(Puan Jamilah Binti saad)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Taman Sungai Besi Indah.