Anda di halaman 1dari 8

Anuiti

Anuiti ialah satu siri aliran tunai yang jumlahnya sama bagi setiap tempoh

yang sama.
Merupakan satu bentuk siri pembayaran atau penerimaan berkala bagi

sejumlah wang untuk satu jangka masa dalam tempoh tertentu.


Tempoh pembayaran atau penerimaan boleh dibayar secara mingguan,
bulanan, suku tahun, setengah tahun, setahun atau pembayaran tertentu

yang lain.
Contoh-contoh

pencen, bayaran polisi insurans, bayaran ansuran dan


sebagainya.

Anuiti sertamerta

Anuiti tetap
dengan tempoh
terjamin

Anuiti matang

Jenis-jenis
Anuiti

Anuiti tetap
tanpa tempoh
terjamin

Anuiti tertunda

Anuiti hayat
bersama

Jadual jenis-jenis Anuiti dan ciri-cirinya


Bil.

Jenis-jenis

Ciri-ciri

Anuiti

1.

Anuiti serta-merta Pembayaran pendapatan bermula dalam tempoh 12 bulan


selepas anda membeli anuiti. Ia sesuai untuk mereka yang
hampir bersara atau telah bersara. Premiumnya dibayar
sekali gus ketika membeli anuiti.
Pembayaran pendapatan bermula pada awal tempoh 12

2.

Anuiti matang

bulan selepas anda membeli anuiti.

3.

Anuiti tertunda

Pembayaran pendapatan bermula lebih dari 12 bulan


selepas anda membeli anuiti. Anda boleh membeli anuiti
jenis ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh anda
bekerja. Premiumnya yang boleh dibayar sekali gus akan
terkumpul dengan syarikat insurans, atau anda boleh
membuat siri bayaran berkala sehinggalah persaraan anda.
Membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda dan

4.

Anuiti hayat
bersama

seterusnya kepada pasangan anda sepanjang hayatnya


selepas anda meninggal dunia. Walau apa-apa pun,
pendapatan yang dibayar kepada pasangan anda itu
mungkin pada amaun yang dikurangkan.

5.

Anuiti tetap tanpa

Membayar pendapatan pada kadar tetap secara teratur

tempoh terjamin

sepanjang hayat anda.

Membayar pendapatan pada kadar tetap sepanjang hayat


6.

Anuiti tetap

anda, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh terjamin.

dengan tempoh
terjamin
Membanding-bezakan jenis-jenis Anuiti tersebut
Secara keseluruhannya, kesemua jenis anuiti di atas melibatkan pembayaran
pendapatan. Ini merupakan satu persamaan yang ketara di antara jenis-jenis anuiti
di atas. Manakala, perbezaan jenis anuiti terdiri daripada tempoh pembayaran
pendapatan. Jika kita lihat anuiti serta-merta tempoh pembayaran pendapatan ialah
bermula dalam tempoh 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Selain itu, tempoh
pembayaran pendapatan bagi anuiti matang ialah bermula pada awal tempoh 12
bulan selepas membeli anuiti manakala anuiti tertunda pula bermula lebih dari 12
bulan selepas anda membeli anuiti. Di samping itu, anuiti hayat bersama pula
membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda dan seterusnya kepada
pasangan anda juga sekiranya anda meninggal dunia. Anuiti tetap tanpa tempoh
3

terjamin membayar pendapatan untuk sepanjang hayat dan anuiti tetap dengan
tempoh terjamin pula membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda, dengan
syarat sekurang-kurangnya untuk satu tempoh tertentu. Dengan ini jelaslah kita
dapat lihat perbezaan dalam tempoh pembayaran pendapatan anuiti-anuiti tersebut.

Soalan 2

60 6
1

45

Dengan merujuk kepada maklumat yang diberi, Encik Ali dibayar RM1500 setiap
bulan dari umur 61 tahun hingga 75 tahun setelah dia bersara. Dengan maklumat ini,
saya tetapkan pelan anuiti serta-merta untuk pembayaran pendapatan ini.
Formula anuiti serta-merta:
Nilai kini (PV) =

R(

1( 1+i )n
)
i

75

(1+i) 1
)
Nilai masa depan (FV) = R(
i
R

= Bayaran anuiti

n = tempoh dalam bilangan tahun

i= kadar

faedah

Jadi, untuk mencari jumlah wang yang diperlukan untuk membayar Encik Ali
sehingga 75 tahun adalah kita perlu mencari nilai kini pada 60 tahun terlebih dahulu.
Katakan r = 7.5
Dengan menggunakan formula anuiti serta-merta,

Nilai kini (PV) = 1500

1 1+

0.07 5 (15)( 12)


1
12
0.07 5
12

= RM 161810.14
Jadi, jumlah wang yang diperlukan untuk membayar Encik Ali ialah RM161810.14.
Dengan ini, saya dapat merancang beberapa pelan kepada Encik Ali tentang
pembayarannya dari umur 45 tahun hingga 60 tahun.

Pelan A : Pelan anuiti serta-merta pengkompaunan bayaran bulanan


Dengan adanya nilai masa depan (FV) pada usia 60 tahun saya dapat
mencari jumlah pembayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Encik Ali supaya dia
boleh mendapat bayaran ansuran bulanan sejumlah RM1500 selepas bersara. Saya
menetapkan r sebagai 6.5% untuk kadar masa kini. Kadar ini adalah kurang
daripada kadar sebelumnya kerana mungkin kadar ekonomi negara akan meningkat
pada masa depan. Selain itu, nilai wang kini lebih tinggi daripada nilai wang masa
depan. Jadi untuk mengurangkan atau mengelakkan jurang nilai wang, kita perlulah
meningkatkan kadar masa depan seperti dalam pengiraan tadi supaya nilainya
adalah sama dengan nilai masa kini.
5

Dengan menggunakan formula nilai masa depan (FV),

161810.14 =

0.065
1+
(
12 )
R

0.065
12

161810.14 =

(336.2377561)

(16 )( 12 )

= RM 481.24

Maka, pembayaran bulanan Encik Ali adalah RM481.24.


Pelan B : Pelan anuiti matang pengkompaunan bayaran bulanan
Untuk mencari bayaran bulanan Encik Ali,
Gunakan formula nilai masa depan (FV) anuti matang,
Nilai masa depan (FV) = R

161810.14 =

0.065
1+
(
12 )
R

161810.14 =

161810.14 =

R=

(
(
(

( 1+i ) n+ 11
1
i

(12 16 ) +1

0.065
12

1+

0.065 (193)
1
12
1
0.065
12

1
1

(338.0590439)
RM478.64

Maka, Encik Ali perlu membayar RM478.64 untuk setiap bulan.


Soalan 3: Cadangan tentang pelan yang sesuai.

Encik Ali ingin mendapat bayaran ansuran bulanan sejumlah RM 1500 dari
umur 61 tahun hingga 75 tahun setelah bersara. Dia berumur 45 tahun sekarang
dan gaji bulannya adalah RM5000. Dengan ini, jika kita lihat kedua-dua pelan di atas
pelan yang sesuai baginya ialah Pelan B iaitu pelan anuiti matang. Pembayaran
pelan ini dilakukan secara bulanan.
Saya mencadangkan pelan ini lebih baik jika berbanding dengan Pelan A
kerana jumlah nilai pembayarannya adalah kurang daripada Pelan A. Kita tidak
boleh terlepas pandang bahawa ia hanya kurang RM2.60 jika berbanding dengan
Pelan A. Walaupun nampak perbezaannya sedikit sahaja tetapi ia akan menjadi nilai
yang agak besar jika dikira untuk 16 tahun iaitu bermula 45 tahun hingga 60 tahun.
Jadi, pelan B merupakan pelan yang agak menguntungkan Encik Ali.
Selain itu, pelan anuiti matang adalah lebih baik kerana Encik Ali mampu
membayar nilainya. Jika kita lihat dengan teliti Encik Ali memperoleh gaji bulanan
sebanyak RM5000. Jadi, daripada pendapatannya dia memang mampu bayar
RM478.64. Jika kita kaji dengan lebih lanjut lagi, setelah bayar bayaran anuiti ini
Encik Ali akan mempunyai lebih kurang RM4521.36. Baki ini sebenarnya cukup
baginya untuk mengurus perbelanjaan keluarganya dan perbelanjaan hariannya
untuk setiap bulan. Kita juga boleh mengatakan bahawa daripada bakinya Encik Ali
juga boleh menabung wangnya yang berlebihan dalam bank setiap bulan. Jadi
jelaslah bahawa pembayaran RM478.64 tidak akan menjadi masalah atau halangan
bagi Encik Ali. Maka Pelan B iaitu pelan anuiti matang adalah lebih baik.
Seterusnya, pelan anuiti matang merupakan aliran tunai yang berlaku di awal
setiap tempoh. Jenis anuiti ini dibayar faedah pada awal sesuatu tempoh. Jadi ia
berupaya mempunyai nilai depannya lebih tinggi bagi setiap aliran tunai yang
dibayar faedah. Jadi, dengan memilih anuiti ini Encik Ali dianggap bertindak dengan
bijak kerana bayarannya murah masa kini tetapi jumlah nilai yang terkumpul adalah
tinggi pada masa depan. Sudah pastinya dengan memilih pelan ini Encik boleh
memperoleh sejumlah RM1500 setelah bersara dengan pembayarannya yang
murah pada masa kini iaitu RM478.64 sahaja bagi setiap bulan.

Rujukan

Frank, W. (1983). Managerial Accounting and Finance. Britain: Pitman publishing.

Jordan. (2003). Fundamentals of Corporate Finance. New York: McGraw Hill.

Kamarulzaman Bakri. (1999). Analisis, Proses dan Strategi Portfolio Pelaburan


Berteraskan Syariah. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Mizs Rieya. (2012). Bab 6 Matematik Kewangan. Diperoleh pada hari 20 Mac 2016
dari https://www.academia.edu/6103573/Bab_6_Matematik_Kewangan

Norazah. (2012). Bajet Modal Antarabangsa. Diakses pada 17 Mac 2016 dari
http://kumpulandaulat.blogspot.my/p/bajet.html

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. (2012). Asas pelaburan. Diperoleh


pada 15 Mac 2016 dari
http://www.student.umcced.edu.my/download/NOTES/UESA1101%20Asas%
20Pelaburan.pdf

Anda mungkin juga menyukai