Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Penghayatan nilai nilai murni wujud dalam setiap ajaran agama


yang ada di dunia. Masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai
masyarakat majmuk ataupun lebih dikenali sebagai berbilang kaum.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama
yang sememangnya mempunyai nilai nilai murni yang tinggi. Kesemua
agama memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan
kemanusiaan.
Tajuk Nilai-Nilai Islam Dalam Membentuk Keharmonian Etnik ini
akan menjelaskan beberapa asas-asas nilai murni mengikut perspektif
Islam. Tajuk ini juga membincangkan kaitan asas asas dan prinsip
hubungan etnik juga dari perspektif Islam yang bertindak sebagai
pemangkin kepada proses perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.
Akhir sekali, kita juga akan lebih tahu cara serta mengaplikasikan nilai
nilai kemanusian tersebut dalam memastikan perhubungan yang lebih
rapat walaupun berbeza warna kulit, bangsa dan juga agama.

PENUTUP

Berdasarkan tajuk ini, kami dapat menjelaskan bahawa peranan


Islam sebagai unsur terpenting yang membentuk perspektif umat Islam
yang mempunyai kekuatan rohani dan intelek. Dengan kekuatan itu ia
membolehkan umat ini mempunyai kemahiran berkomunikasi,
berinteraksi dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang asing.
Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan,
mudah bersahabat, empatik dan toleran. Semua ini merupakan khazanah
besar yang sedia ada dan yang perlu dipelihara, dipupuk dan disuburkan.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, terutama sekali apabila


melibatkan soal kehidupan beragama- dalam hal ini mahu memastikan
kerukunan hidup beragama di kalangan kaum berlainan anutan agama,
orang Islam yang harus mendahului usaha-usaha ini.

Sebagai warga Malaysia, kita semua berharap akan menjadi


sebahagian masyarakat negara maju menjelang tahun 2020. Maju dari
segi pencapaian material dan sains teknologi, serta mantap dari segi
kerohanian dan perpaduan nasional. Maju mengikut piawaian global tetapi
mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang
kekal berdaulat, aman makmur dan bersatu padu dengan setiap
rakyatnya menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, bersifat
demokratik, bertolak-ansur, penyayang, adil dan mampu menjadi
tauladan kepada orang lain. Secara kesimpulannya, kita harus sama-sama
merealisasikan cita-cita murni ini sehingga Malaysia lahir sebagai model
negara terbaik yang akan disegani dan dicontohi masyarakat lain.

Anda mungkin juga menyukai