Anda di halaman 1dari 3

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin

pudar.Hal ini terjadi demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin
terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri anak-anak mereka.Jika nilainilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan
masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini
haruslah dipupuk sejak dibangku sekolah lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.Bagaimanakah cara-cara untuk memupuk nilainilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?
Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah
melalui bantuan pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempenkempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa ataupun di
bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah
sekadar hangat-hangat tahi ayamkerana akan menyebabkan kerugian
kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka
masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi
ini.Oleh itu,pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen ini secara
berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi dengan nilai-nilai
murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara
ini.
Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan
nilai moral dalam kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu
bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak
semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu bapa
boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka
tentang pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh hal
demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti
program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada
usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil
ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita sekarang maka
negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang
negara pada masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik
dipadam.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat
diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu
bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana belakang parang
jika diasah tajam juga.
Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah

keruntuhan moral ini amat dituntut kerana di sekolah merupakan tempat


pembelajaran kedua selepas di rumah.Dalam mengatasi masalah
ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di
sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong
untuk membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti
seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang peri
pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan
masyarakat.Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran
baru yang mengajar pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah
tidak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini maka negara
kita semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan
menjadi tunggak negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah
juga memainkan peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilai-nilai
moral dalam kalangan masyarakat.
Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini
ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua
informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana
kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita
peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Oleh
hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh
dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak
media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan
sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara.Seperti yang sedia kita
maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan
masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah
sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai murni
melalui iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media massa tidak
bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk
mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat
di luar sana.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk
mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata
pepatahyang berpayung yang ditembak
Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam
mengadakan program kemasyarakatan di kampung masing-masing
seperti gotong-royong membersihkan kampung,menolong keluarga
miskin dan sebagainya.Program seperti ini dapat mengajar penduduk
kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral
yang terpuji bagi mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang
harmonis.Program seperti ini juga memberi peluang kepada penduduk

untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini


yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti
katak dibawah tempurung yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh
itu,program seperti ini banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan
seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini.
Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah
keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua
pihak mestilah memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilainilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatahBersatu kita
teguh,bercerai kita roboh.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di
dalam diri kita kerana tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai
murni kerana hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga.