Anda di halaman 1dari 2

MENDERMA DARAH a d a l a h

Darah memainkan peranan yang sangat


penting dalam kehidupan manusia. Tubuh
badan tidak dapat berfungsi dengan sebaik
apabila terdapat sebarang kecacatan mahupun
kekurangan dalam peredaran darah. Untuk
mengatasi
masalah
tersebut,
pesakit
memerlukan darah sumbangan orang lain bagi
meneruskan kesinambungan hidup mereka.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang
bermaksud:
??? Dan sesiapa yang menjaga keselamatan
hidup seseorang manusia maka seolah-olah
dia telah menjaga keselamatan hidup manusia
semuanya.??
(Surah al Maidah : 32)
Berdasarkan mafhum ayat di atas, orang
yang menderma darah adalah orang yang
mengutamakan kepentingan orang lain kerana
berusaha untuk menyelamatkan seseorang
manusia yang amat memerlukan darah.
Sesungguhnya Islam menggesa umatnya
sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong
sesame
saudaranya
dalam
melakukan
kebaikan serta apa jua ruang yang memberi
maslahan kepada manusia baik di dunia
mahupun akhirat.
Maslahan bermaksud
?menghasilkan
kebaikan
dan
menolak
keburukan?.
Oleh itu, menderma darah bertujuan menjaga
maslahan:
1.Mendapat manf aat iaitu meringankan beban
pesakit seterusnya dapat menyelamatkan
nyawa pesakit
2.Menol ak kemudarat an
pesakit
menanggung
berpanjangan

iaitu mengelak
derita
yang

HUKUM M ENDERM A DARAH


Tidak terdapat nas yang sorih daripada
al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan
tentang bidang rawatan sepertimana yang
dijalankan dalam bidang rawatan hari ini.
Walau
bagaimanapun,
terdapat
kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambil kira
sebagai dalil bagi mendapatkan hukum
berhubung dengan tabung darah, antaranya
4

UNIT TABUNG DARAH UUM

ialah perkara-perkara yang menjadi dasar


kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah
yang bermaksud: ??Hendaklah diutamakan
maslahan umum ke atas maslahan khusus??.
Mengenai hukum pemindahan darah juga
tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari
al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma? Ulama?
yang melarang pemindahan darah seseorang
manusia kepada manusia yang lain sama ada
kedua-duanya menganuti agama yang sama
atau berlainan.
KEM USYKILAN M ENDERM A DARAH
1. Adakah harus menurut pandangan Syara?
mengambil manfaat dari darah seseorang
manusia dengan cara memindahkannya dari
seseorang yang sihat kepada pesakit untuk
menyelamatkan nyawanya ?
Darah yang mengalir sekalipun haram
menurut Syara? dengan nass al Quran, namun
kemudaratan yang menuntut agar berubat
mengharuskan mengambil manfaat dengan
darah tersebut untuk tujuan rawatan dan
memindahkannya dari seseorang kepada
seseorang yang lain dengan syarat ketetapan
itu dikeluarkan oleh seorang doktor pakar
yang beragama Islam.
Apabila seorang doktor yang pakar
beragama
Islam
berpendapat
bahawa
menyelamatkan nyawa seorang pesakit hanya
dapat dicapai dengan cara dipindahkan darah
orang lain kepadanya nescaya Syara?
berpendapat harus berubat secara sedemikian
berdasarkan firma Allah SWT yang bermaksud:
??Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang
kesukaran di dalam agama??.
(Surah Al Baqarah : 286)
Namun wajib diingat bahawa dalam situasi ini,
mesti dipelihara keadaan berikut:
(i) Tidak mendatangkan kemudaratan kepada
kesihatan penderma darah
(ii) Hendaklah rawatan secara perpindahan
darah itu pada had darurah dan qadar yang
diperlukan sahaja

SEDEKAH
2. Derma darah dan penggunaan darah orang
Islam kepada Orang bukan Islam dan
sebaliknya?
Muzakarah
Jawatankuasa
Fatwa
Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14
April 1982 memutuskan bahawa:
(i) Menderma darah hukumnya harus
(ii) Tidak perlu diasingkan darah orang Islam
daripada darah orang bukan Islam
(iii)Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada
penderma darah tidak digalakkan
3. Adakah menderma darah membatalkan puasa ?

Menurut ulama?: Tidak membatalkan dengan


mengeluarkan darah daripada badan sekalipun
dalam kuantiti yang banyak.
Bagi penderma yang sedang berpuasa, ulama?
berpendapat
menderma
darah
tidak
membatalkan puasa kerana:
(i) Darah dikeluarkan bukan melalui rongga
yang terbuka
(ii) Mengeluarkan darah dari anggota badan
juga sama dengan keluar sesuatu dari tubuh
badan seperti air kencing, najis, meludah air liur
dan sebagainya
4. Adakah batal
menerima darah?

puasa bagi

orang yang

Mengikut pendapat yang terkuat, hukumnya


tidak batal kerana darah yang dimasukkan ke
dalam tubuh badan tidak sama dengan makanan
kerana makanan masuk ke dalam perut serta
mengenyangkan
manakala
darah
pula
menyerap masuk ke seluruh badan.
Dengan rasa tanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan negara, kami mengajak orang ramai
supaya berlumba-lumba di dalam kempen
menderma darah bagi meraih pahala daripada
Allah.

UNIT TABUNG UUM

Anda mungkin juga menyukai