Anda di halaman 1dari 37

NAMA

KELAS

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


SMK SUNGAI LEMBING, 26200, KUANTAN, PAHANG.

MANUAL PERTOLONGAN CEMAS ASAS 1

BSMM SMKSL

Page 1

Pertolongan Cemas
Definisi
Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan
tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum
ketibaan ambulans.
Objektif
1.

Menyelamatkan Nyawa
Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasannya berikan
bantuan pemulihan pernafasan dan jantung.
Setiap saat adaah penting.
Berhentikan pendarahan.
Pulihkan renjatan.

2.

Mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk


Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula
jadi
Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut.
Basahkan bibir sekiranya perlu.

3.

Memberi kelegaan dan keselesaan


Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar.
Jangan tinggalkan pesakit bersendirian.
Pastikan keadaan pesakit. Periksa nadi dan pernafasan.

Sifat Ahli Pertolongan Cemas


1.

Tajam pemerhatian
Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
Keselamatan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan.

2.

Pantas berikhtiar
Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di
sekeliling kita.

3.

Tidak kasar

BSMM SMKSL

Page 2

Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera.


4.

Berakal berbudi
Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar.

5.

Bertimbang rasa
Bersimpati dengan orang yang cedera.

6.

Sentiasa tersenyum
Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit.

7.

Memberi pertolongan
Lakukan setakat mana yang anda termampu sahaja. Jangan
panik.

Penilaian Keadaan Pesakit


Definisi
Mengenalpasti keadaan atau kedudukan pesakit atau bahaya yang sedang
dihadapi oleh pesakit dengan tujuan untuk menentukan tindakan-tindakan
yang perlu diambil untuk memulihkan keadaan.
Perkara-perkara yang perlu diambilkira
1.

Bahaya (Danger)
Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya ?

2.

Timbal balas (Response)


Adakah pesakit itu sedar ?

3.

Salur udara (Airways)


Adakah salur darah terbuka dan tiada halangan ?

4.

Pernafasan (Breathing)
Adakah pesakit itu bernafas ?

5.

Peredaran darah (Circulation)

BSMM SMKSL

Page 3

Adakah nadinya berdenyut ?

Sebelum mendekati mangsa , ingat 3C : Check , Call 999 and Care (bantuan
sementara).
Prinsip Tindakan Kecemasan (Emergency Action Principle)
Danger

Response

Tidak sedar

Sedar

Penilaian sekunder (Secondary survey)

Penilaian primer (Primary survey)

Minta bantuan

Renjatan

telefon
orang ramai
menjerit kuat-kuat

Luka

Airway

Patah
Terbakar / melecur

Breathing

Asfiksia
Keracunan
Bernafas

Tidak bernafas
Minta bantuan

Baringan pemulihan
(Recovery position)

2 hembusan ke mulut

Ada nadi

BSMM SMKSL

Beri satu
hembusan ke
mulut setiap 5
saat sebanyak 12

Tiada nadi
CPR
Tekan dada 30 kali dan hembus ke
mulut 2 kali sebanyak 5 pusingan
Page 4
dalam masa 2 minit

Sistem Pernafasan
Definisi
Satu sistem di mana oksigen disedut masuk ke dalam tubuh dan diedarkan
ke seluruh tubuh badan dan proses metabolisma yang berlaku di dalam sel
mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh badan.
Bahagian Yang Terlibat Dalam Pernafasan

Saluran pernafasan
Paru-paru
Otot-otot pernafasan

Saluran Pernafasan
1.

berfungsi untuk

2.

menapis , memanas serta melembapkan udara yang masuk.


mengawal kemasukan dan pengeluaran isi padu udara

terdiri daripada

rongga hidung
nasro-faring
larinks
trakea
bronkus
bronkiol

BSMM SMKSL

Page 5

Peparu
1.

terdiri daripada

2.

Terdapat sepasang paru-paru.

3.

paru-paru kanan mempunyai tiga cuping


paru-paru kiri mepunyai dua cuping kerana kedudukan jantung
sedikit ke sebelah kiri

terletak di ruang toraks dan dilindungi oleh

4.

alveoli
kapilari

tulang rusuk
tulang vertebra
tulang dada (sternum)

terdapat berjuta-juta alveolus iaitu gelembung udara yang disaluti


kapilari di mana berlakunya pertukaran gas

BSMM SMKSL

Page 6

Otot-otot Pernafasan
1.

terdiri daripada

otot-otot interkosta
diafragma

2.
membantu pergerakan rongga toraks untuk mengembang dan
mengecut
Mekanisma Pernafasan
1.

Inspirasi

2.

Ekspirasi

3.

Satu gerakan positif di mana ruang toraks berkembang dan


diafragma mengecut untuk menerima isi padu oksigen yang
banyak.

Satu gerakan pasif di mana ruang toraks mengecut dan


diafragma naik ke atas menyebabkan ruang toraks mengecut.

Rehat

Peringkat akhir pada setiap ekspirasi iaitu sebelum tarikan nafas


yang seterusnya.

4.

Dalam udara terdapat lebih kurang 21% oksigen dan digunakan oleh
tubuh manusia 5% sahaja.

5.

Kadar pernafasan

BSMM SMKSL

Page 7

Peringkat
Dewasa
Kanak-kanak
(1 12 tahun)
Bayi
(bawah 1 tahun)

BSMM SMKSL

Bilangan seminit
12 hingga 16
20 hingga 30
30 hingga 50

Page 8

Sistem Peredaran Darah


1.

berfungsi untuk

menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke sel-sel


di dalam badan
mengeluarkan bahan buangan dan karbon dioksida dari sel-sel

2.

terdiri daripada

Jantung
Arteri
Vena
Kapilari
Bendalir

Jantung
1.
dibahagikan kepada kiri dan kanan oleh dinding yang dipanggil
septum.
2.

dibahagikan kepada atas dan bawah oleh injap.

3.

Peredaran darah

4.

ruang bahagian atas dipanggil atrium


ruang bahagian bawah dipanggil ventrikal

bermula apabila darah yang dibawa dari badan oleh vena kava
(darah kurang oksigen) masuk ke dalam atrium kanan.
Atrium kanan mengepam darah ke ventrikel kanan dan dikawal
oleh injap
Darah ini akan dipam oleh ventrikel kanan ke peparu
Di peparu , proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida
berlaku
Darah ini akan masuk semula le atrium kiri
Atrum kiri mengepam darah ke ventrikel kiri dan dikawal oleh
injap
Ventrikel kiri akan mengepam darah yang mempunyai banyak
oksigen tadi ke seluruh badan melalui aorta dan arteri

Dalam badan seorang dewasa terdapat sekitar 4 hingga 6 liter darah.

setiap 7 kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah

BSMM SMKSL

Page 9

5.

Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung berdegup dalam


masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan
merasa nadi arteri apabila darah dipaksa melaluinya dengan
pengecutan jantung.

6.

Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan iaitu nadi radial dan
di leher iaitu nadi karotid.

7.

Kadar nadi
Peringkat
Dewasa
Remaja
Kanak-kanak
Bayi

Bilangan seminit
60 hingga 80
70 hingga 90
80 hingga 90
90 hingga 120

8.

Tekanan darah ialah daya yang terhasil terhadap dinding salur arteri
semasa darah melalui arteri.

9.

Bacaan 120 mmHg untuk pengecutan atrium dan ventrikel manakala


80 mmHg untuk pengenduran atrium dan ventrikel yang akan
ditunjukkan oleh individu yang sihat.

BSMM SMKSL

Page 10

BSMM SMKSL

Page 11

Sistem Rangka Manusia


1.

Definisi
Satu rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokong dan
melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh badan kita.

2.

berfungsi untuk :
membentuk rupa dan ketegapan
melindungi organ-organ seperti otak , peparu , jantung dan lainlain
membolehkan badan berdiri tegak
tempat melekat (attachment) otot-otot dan urat-urat badan
menghasilkan sel-sel darah
membantu pergerakan

3.

Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang dan 4 jenis tulang.

Tulang-tulang disambungkan oleh ligamen


Otot rangka melekat pada tulang dengan bantuan tendon

Jenis-jenis Tulang
1.
2.
3.
4.

Tulang
Tulang
Tulang
Tulang

BSMM SMKSL

panjang : contoh tulang femur


pendek : contoh tulang falanks
leper : contoh tulang sternum
tidak tentu bentuk : contoh tulang vertebra

Page 12

Bahagian-bahagian Badan
BSMM SMKSL

Page 13

Sistem rangka manusia dibahagikan kepada 4 bahagian :

kepala
trunkus
tulang anggota atas
tulang anggota bawah

Kepala
1.

terbina daripada
kranium (tempurung kepala)
tulang muka

Trunkus
1.

terbina daripada
tulang bahu iaitu klavikel (tulang selangka) dan skapula (tulang

belikat)
vertebra
tulang rusuk
sternum
xifoid

2.

Sangkar rusuk dibentuk oleh 12 pasang tulang rusuk dan sternum.

3.

Verterbra terdiri daripada 33 ruas.

BSMM SMKSL

Page 14

Anggota Atas
1.

terdiri daripada

tulang lengan atas (humerus)

tulang lengan bawah (radius dan ulna)

tulang tangan
karpus (8) : 8 tulang kecil yang tersusun dalam dua baris
metakarpus (5)
falanks (14) : setiap jari manusia terdiri daripada 3 tulang falanks
kecuali ibu jari yang hanya ada 2 tulang falanks

Anggota Bawah
1.

terdiri daripada
tulang peha (femur)
tulang tempurung lutut (patela)
tulang betis (tibia dan fibula)

tulang kaki
tarsus (7)
metatarsus (5)
falanks (14)

Asfiksia (Asphyxia)
Objektif
BSMM SMKSL

Page 15

Untuk memberi kefahaman tentang sekatan atau halangan


pernafasan berlaku
Definisi
Satu situasi di mana kekurangan oksigen dalam tisu badan
Sebab-sebab
Tersekat saluran pernafasan oleh bendasing seperti lidah ,

makanan , bahan muntah atau tisu bengkak.


Kecederaan pada peparu.
Sawan.
Keracunan.
Tekanan pada dada.

Tanda dan gejala

Bibir , kuku dan lain-lain bahagian kulit berwarna biru


Nafas cepat tetapi sesak
Pernafasan berbunyi dan tersekat-sekat
Kadang-kala mulut berbuih-buih
Pesakit dalam keadaan resah gelisah
Dalam keadaan yang teruk , pesakit akan pengsan
Pesakit juga mungkin akan terhenti pernafasan

Pengurusan Pertolongan Cemas


Buka saluran pernafasan
Jika pernafasan terhenti , pulihkan pernafasan
Apabila pernafasan dan nadi pulih semula , letak pesakit dalam
baringan pemulihan (recovery position)
Periksa kadar pernafasan , nadi dan tahap kesedaran pesakit
setiap 10 minit
Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera
Bersedia memberi bantuan CPR

BSMM SMKSL

Page 16

Renjatan (Shock)
Objektif
Untuk memberi kefahaman tentang cara-cara untuk
mengenalpasti sebab-sebab renjatan dan cara-cara
pengendalian mangsa yang mengalami renjatan.
Definisi
Keadaan di mana sistem peredaran darah gagal berfungsi
menyebabkan bekalan darah dan zat makanan tidak sampai ke
tisu-tisu.
Sebab-sebab
Tumpahan darah atau plasma yang banyak
Kesakitan yang amat sangat , terlalu terkejut dan cedera parah
Kehilangan cecair dalam tubuh seperti cirit-birit , muntahmuntah-muntah dan sebagainya
Suntikan , sengatan serangga , patukan ular atau kejutan elektrik
BSMM SMKSL

Page 17

Disebabkan oleh penyakit dan juga sakit jantung


Renjatan terjadi atau disebabkan oleh kekurangan pengaliran
darah melalui tubuh kita
Tanda-tanda dan gejala

Pucat terutama pada kulit , bibir dan kelopak mata


Peluh sejuk
Berasa dahaga
Nadi cepat tetapi lemah
Nafas cepat dan sesak
Terasa loya dan hendak muntah
Pandangan kabur dan berasa berpusing-pusing
Rasa hendak pengsan dan pandangan gelap

Pengurusan Pertolongan Cemas


Baringkan pesakit , tinggikan bahagian kaki
Pastikan punca dan sebabnya
Mengiringkan muka pesakit ke kiri atau ke kanan
Longgarkan pakaian pesakit yang ketat
Selimutkan pesakit , jangan gunakan selimut yang tebal
Tahan darah jika pesakit cedera
Basahkan bibir pesakit , jika haus , jangan beri minuman jika terdapat
pendarahan
Hantarkan pesakit ke hospital dengan kadar segera

Luka
Objektif

Untuk memberi kefahaman tentang luka dan langkah-langkah


penting untuk merawatnya.

Definisi

Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang


mengakibatkan pengaliran darah di bahagian luar atau dalam
badan disebabkan alat tajam atau tumpul.

Jenis luka
BSMM SMKSL

Page 18

Luka dibahagikan kepada dua kategori :

Luka terbuka : kelihatan darah keluar


Luka tertutup : Darah tidak kelihatan

Luka Terbuka
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain , menyebabkan tumpahan
darah yang banyak , renjatan dan juga jangkitan kuman.
(a)

Luka Terhiris

BSMM SMKSL

Page 19

Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca


Luka senang bercantum semula dan senang dirawat
Disebabkan salur darah di tepi luka terpotong , berkemungkinan
berlaku pendarahan yang banyak

(b)

Luka Tikaman

Berpunca daripada alat-alat bermata panjang yang dapat


menembusi tubuh contohnya terkena paku , tercucuk jarum atau

terkena tikaman
Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam
Biasanya luka ini tidak menyebabkan pendarahan yang banyak,
tetapi mudah dijangkiti kuman. Pembasmian luka perlu
dilakukan.

(c)

Luka Terkoyak

Luka pada kulit yang menyebabkan hakisan pada kulit atau tisu
lembut yang mungkin akan

menyebabkan terkoyak separa

atau sepenuhnya
Contohnya terkena dawai atau alat jentera yang mengakitakan
kerosakan yang teruk

BSMM SMKSL

Page 20

(d)

Luka Tertembak

Peluru yang terkena dan menembusi tubuh yang menyebabkan

kecederaan dalaman yang parah


Luka masuk adalah kecil dan bersih manakala luka puluru keluar
adalah besar dan calar-balar atau terkoyak

Luka Tertutup
Biasanya kulit tidak pecah. Tumpahan darah terjadi dalam tisu.
(a)

(b)

Lebam

Tamparan atau tumbukan yang menyebabkan kapilari darah

pecah di bawah permukaan kulit.


Darah mengalir ke tisu badan menyebabkan lebam.

Haematoma

Pembekuan darah kebiru-hitaman yang berlaku di dalam organ


dan tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan

(c)

Calar balar

BSMM SMKSL

Page 21

Kulit yang tersiat yang menampakkan lapisan tisu luar yang tipis

Akibat Luka
Luka yang parah akan mengakibatkan berlaku perkara berikut :

tumpahan darah
jangkitan kuman
renjatan
maut

Luka yang parah mesti diberi perhatian serius dan dirawat dengan segera.
Rawatan
Tindakan yang harus diambil ialah :

hentikan daripada tumpahan darah


hindarkan daripada jangkitan kuman
beri rawatan renjatan
hantar ke hospital dengan kadar segera

Pendarahan
Objektif

Untuk memberi kefahaman tentang pendarahan dan langkahlangkah penting untuk merawatnya.

Definisi
Pendarahan terjadi apabila darah terkeluar daripada sistem peredaran darah
yang tercedera. Ianya boleh berlaku melalui :
BSMM SMKSL

Page 22

Arteri : Darah yang keluar berwarna merah terang kerana ianya


mengandungi oksigen dan darah keluar secara memancut

mengikut denyutan jantung


Vena : Darahnya berwarna merah kehitaman kerana
mengandungi karbon dioksida dan mengalir keluar perlahan-

lahan
Kapilari : Darahnya meleleh keluar

Rawatan
1.

Untuk luka yang tidak banyak pendarahan , lakukan teknik 2 C iaitu :

2.

Clean (Bersihkan) : Bersihkan luka daripada kekotoran


Cover (Tutup) : Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih

Untuk luka yang banyak pendarahan , guna kaedah DIE :

DIRECT : Jika tidak terdapat sebarang bendasing , beri tekanan


secara langsung. Tekan di tempat yang luka supaya darah tidak

mengalir keluar
Jika terdapat bendasing , gunakan sebarang alat untuk

mengelakkan kawasan luka daripada terkena tekanan.


INDIRECT :Tahan darah secara tidak langsung : tahan pada urat

nadi
ELEVATE : Tinggikan anggota yang luka melebihi aras jantung

(jika boleh) untuk mengurangkan darah mengalir keluar


Periksa nadi atau pernafasan untuk menentukan tanda-tanda

renjatan
Jika ada tanda-tanda renjatan , beri rawatan sewajarnya

BSMM SMKSL

Page 23

Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital

Teknik Mencegah Tumpahan


Darah
Teknik ini memerlukan pusat atau
tempat-tempat (points) tertentu
yang boleh ditekan yang mana
tekanan tersebut boleh
memberhentikan atau
mengurangkan pengaliran darah
atau tumpahan darah.

Kedudukan Urat Nadi


Manusia

Pendarahan Hidung
BSMM SMKSL

Page 24

1.

Berlaku disebabkan selsema yang teruk , cuaca yang terlalu panas


atau sentuhan yang kuat di bahagian hidung semaa melakukan
latihan.

2.

Tindakan yang perlu diambil ialah :


Dudukkan pesakit dan tundukkan sedikit kepalanya ke bawah
Bernafas melalui mulut
Picit bahagian lembut hidung selama 10 minit dan lepaskan. Jika
hidung masih berdarah , ulang picit di tempat yang sama selama
10 minit lagi.
Jangan hembus nafas melalui hidung dalam tempoh beberapa
jam
Bawa pesakit ke hospital jika perlu

Berdarah Disebabkan Objek Luar Yang Terlekat Pada Tubuh


Objek luar seperi kaca , besi atau serpihannya kemungkinan
terlekat dalam bahagian luka selepas sesuatu kemalangan.
Ia hanya boleh dibuang oleh pihak hospital sahaja.
Jika objek itu terbenam dalam , lekapkan kain bebat untuk
memberhentikan pengaliran darah.
Kemungkinan besar tidak banyak pengaliran darah berlaku
kerana objek luar yang terbenam menyebabkan sekatan saluran
darah terjadi.

Patah Tulang
BSMM SMKSL

Page 25

Objektif
Untuk memberi kefahaman tentang keadaan patah tulang dan
pengurusannya serta konsep-konsep asas pertolongan yang diberi kepada
mangsa.
Definisi
Patah bermaksud tulang yang retak atau patah.
Sebab patah
Kekuatan hentakan tepat (direct force) patah yang berlaku di
tempat yang menerima hentakan
Kekuatan hentakan sipi (indirect force) patah yang berlaku
bukan di tempat yang menerima hentakan
Jenis patah
Patah dibahagi kepada 2 jenis :
Patah tertutup (closed fracture) Patah yang tulangnya tidak
terkeluar daripada tisu kulit. Tiada pendarahan luar.
Patah terbuka Patah yang mencederakan tisu kulit dan tulang
menembusi kulit.

BSMM SMKSL

Page 26

Keadaan dan Bentuk Patah


1.

Patah Melintang (tranverse fracture)


Patah melintang di tempat yang terkena
Disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.

2.

hentakan.

Patah Menyerong (oblique fracture)


Patah yang serong di tempat yang terkena
hentakan.
Disebabkan hentakan kuat secara tibatiba.

3.

Patah Terpusing (spiral fracture)


Patah yang berlaku di sekeliling tulang
keliahatan seperti spring.
Disebabkan daya putaran yang kuat.

4.

Patah Melarat (complicated fracture)


Melibatkan terputus salur

5.

Patah Remuk (comminuted fracture)


Tulang patah remuk di tempat hentakan
disebabkan tulang yang serpih.

6.

Patah lesung (impacted fracture)

BSMM SMKSL

Page 27

darah.

Tulangnya cucuk-mencucuk antara satu sama lain.


Terjadi akibat terjatuh dari tempat yang tinggi atau kemalangan
kereta.

7.

Patah Tebu (greenstick fracture)

Kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok.


Darah tidak mengalir keluar.
Tulang tidak terpisah kerana tulangnya masih lembut
Selalu terjadi pada kanak-kanak.

Tanda-tanda
Patah tulang hanya boleh disahkan melalui x-ray tetapi dalam pertolongan
cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-tanda berikut :
Sakit di bahagian yang cedera.
Bengakak di bahagian yang cedera.
Lebam.
Berubah rupa bentuk.
Bahagian yang cedera hilang keupayaan dan pergerakan.
Penggeseran tulang apabila digerakkan (krepitus).
Boleh dilihat tulang yang menonjol keluar daripada kulit untuk patah
terbuka.
Kemungkinan renjatan.

BSMM SMKSL

Page 28

Rawatan

Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka.


D (Dont move) Cegah gerak sama ada tuap atau anduh.
R (Rest) Rehat.
E (Elevate) Tinggikan bahagian cedera.
Bawa ke hospital.

Ampu bahagian anggota yang patah secepat mungkin dengan menggunakan


anduh atau tuap (splint) dan sebagainya.

Kecederaan Sendi dan Otot


Objektif
Untuk memberi kefahaman tentang keadaan kecederaan sendi dan otot
serta pengurusan dan konsep-konsep pertolongan cemas yang boleh
diberikan kepada pesakit atau mangsa.
Definisi
Kecederaan yang berlaku kepada tisu sambungan atau otot-otot seperti
terseliuh , terkehel kepada sendi , regang dan kejang kepada otot-otot.
Jenis kecederaan
BSMM SMKSL

Page 29

1.

Terkehel (dislocation)
Sendi yang terkeluar daripada kedudukan asalnya , sama ada
terkeluar langsung atau sebahagian sahaja.

Tanda-tanda dan Gejala


Sakit di tempat cedera
Bengkak
Sendi berubah rupa
Bertambah sakit apabila bergerak
Kemungkinan rasa kebas

2.

Rawatan
Menggunakan anduh

Terseliuh (sprain)
Pergerakan sendi menjejaskan tisu lembut seperti ligamen dan
tendon yang mengakibatkan kedua-duanya terkoyak tetapi
tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda dan Gejala


Sakit di tempat cedera
Bengkak

BSMM SMKSL

Page 30

Bertambah sakit apabila bergerak


Pergerakan yang terhad
Lebam atau kebiruan

3.

Keregangan (strain)
Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan
yang berlebihan.
Sakit di tempat cedera
Bengkak
Bertambah sakit apabila bergerak
Rawatan

4.

R (Rest)
: Rehatkan mangsa.
I (Ice)
: Tuaman sejuk.
C (Compress)
: Balutan padat.
E (Elevation)
: Tinggikan anggota cedera.

Kekejangan (cramp)
Kesakitan yang mendadak akibat daripada pengecutan otot
secara tiba-tiba.

Tanda-tanda dan Gejala


Sakit
Hilang upaya
Otot menjadi kejang dan keras
Rawatan
Rehatkan pesakit.
Jika kejang berlaku di betis dan peha , ampu kakinya dan tolak hujung
jari-jari kaki kea rah mukanya secara perlahan dan tegas untuk
meredakan kekejangan otot

Bebat

dan Balut

Objektif

BSMM SMKSL

Page 31

Untuk memberikan kefahaman dan konsep asas atas penggunaan bebat dan
balut secara betul semasa membrikan rawatan.
Definisi
1.

Bebat (Dressing) adalah kain kasa berlapis yang digunakan untuk


menutup luka untuk menghindarkan kotoran dan kemungkinan
jangkitan kuman.

2.

Balut (Bandage) adalah alat yang digunakan untuk menetapkan bebat


pada bahagian badan yang luka.

Jenis bebat
1.

Bebat Medan (Field Dressing)

2.

Bebat Luka (Wound / Compress Dressing)

3.

Biasanya digunakan oleh Pasukan Keselamatan sama ada


tentera atau polis.
Ukurannya besar , tinggi daya penyerapannya dan telah
dibersihkan daripada kuman (sterilize).

Ukurannya lebih kecil daripada bebat medan.


Digunakan untuk luka-luka kecil.

Bebat Hospital (Gauze / Hospital Dressing)

Biasanya digunakan di hospital iaitu kain kasa yang berukuran


10mm x 10mm tiap-tiap satu.

Kegunaan Bebat

Mencegah daripada kekotoran


Menyekat daripada jangkitan kuman
Membantu mengurangkan pendarahan
Membubuh ubat
Menggalakkan proses penyembuhan luka

Kategori Bebat

Bebat kering (tanpa ubat)


Bebat basah (berubat) Biasanya digunakan oleh hospital.

Jenis Kain Balutan

BSMM SMKSL

Page 32

Kegunaan Kain balutan

Memberi kelegaan / ampu


Menolong mengurangkan bengkak
Mengawal pendarahan
Menetapkan bebat di bahagian yang luka

Pembalut Tiga Segi

Diperbuat daripada kain jenis belacu (calico).


Dicipta oleh Dr. Mayor pada tahun 1831.

Cara Menggunakannya

Cara

Menyimpannya

Ikatan Simpul Sila

Anduh Besar

BSMM SMKSL

Page 33

Anduh Tiga segi / Anduh Menaik

Anduh kecil

Pembalut cincin

Luka di Kepala

BSMM SMKSL

Page 34

Luka di Bahu

Luka di Dada

Luka di Tangan

Luka di Lutut
BSMM SMKSL

Page 35

Luka di Peha

Luka di Siku

Cara Balutan yang Menggunakan Pembalut Gulung


Balutan Terbalik (Reverse Spiral)

Balutan Mudah (Spiral)


BSMM SMKSL

Page 36

Balutan Berupa Angka Lapan (Figure of Eight)

BSMM SMKSL

Page 37