Anda di halaman 1dari 7

INTEGRATING ICT IN

MATHEMATICS CLASSROOM
(KMP 6033)
KEPERLUAN PENGUASAAN ICT DALAM
KALANGAN GURU MATEMATIK

OLEH :
FATIMAH ANITH MUNIRAH BINTI MOHD BADRI
(M20142001316)

NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. HJ. NOOR SHAH BIN HJ. SAAD

Keperluan penguasaan ICT dalam kalangan guru matematik dalam abad


ke-21 adalah menjadi satu kemestian. Bincangkan.
Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Sebagai guru yang
berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, kita perlu melangkah
sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi
menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa
yang mampu berdiri gah di persada dunia. Ledakan ICT telah menyebabkan kualiti
perkhidmatan dan peranan guru berubah. Penguasaan ICT dapat membantu guru
menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan
kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi
permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya
menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat
membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan
minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang
berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).
ICT ialah pelbagai bentuk alat dan sistem yang digunakan dalam memproses,
mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui
media

elektronik.

Maksud

integrasi

ICT

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

(PdP) matematik adalah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,


mengukuh dan menambah kemahiran murid menggunakan ICT. Integrasi ICT dalam PdP
dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang bermaksud guru menggunakan ICT dan
aspek pembelajaran di mana murid menggunakan ICT. Integrasi teknologi dalam p &p
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam pengajaran
harian mereka. Pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi belum mencukupi bagi
membolehkan seseorang guru itu mengabungkan teknologi dalam PdP. Elemen yang
penting dalam mengintegrasikan teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran
dan implikasinya dengan teknologi. Penggabungan ICT dalam PdP memerlukan kemahiran
dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT
terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula iaitu daripada persediaan
sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas proses PdP. Kegagalan guru dalam
membuat perancangan teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses PdP kurang
berkesan.
2

Releven keperluan ICT kepada setiap guru adalah dapat meningkatkan pendekatan
pedagogi guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada asasnya berkehendakkan
seseorang guru berkemahiran mengaplikasikan pelbagai strategi dalam pengajarannya bagi
memudahkan pemahaman dalam kalangan murid. Teknologi pengajaran antaranya
merupakan suatu alat yang sangat mempengaruhi proses pembelajaran murid. Ini
bermakna dalam proses menimba ilmu dan memberi pemahaman pembelajaran kepada
murid-murid, guru bersama murid harus mampu meneroka pelbagai kaedah, teknik dan
aktiviti secara menyeluruh dan bersepadu setiap masa dalam bilik darjah. Penggunaan
teknologi

hendaklah digabung

jalinkan bersama

pedagogi

tertentu.

Guru

perlu

mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti PdP. ICT dalam PdP akan
membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan
penilaian.
Teknologi juga dapat merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, muridmurid dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematik berbanding
melaksanakannya secara manual. Akibat daripada ini, murid-murid dapat membina dan
meneroka konsepkonsep matematik dengan lebih mudah dan senang. Kapasiti untuk
menjalankan pengiraan dengan alat teknologi dapat memperluaskan bentuk masalah
matematik yang perlu diperkenalkan kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan muridmurid menyelesaikan prosedur-prosedur matematik yang rutin dan bukan rutin dengan lebih
pantas dan tepat. Justeru, murid mempunyai lebih banyak masa untuk memberi tumpuan
dan fokus kepada permodelan dan konseptual matematik yang lebih rumit dan sukar.
Penglibatan murid-murid dengan idea-idea matematik yang abstrak juga dapat
dipupuk melalui penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran matematik. Teknologi
memperkayakan kualiti dan jenis penyiasatan matematik dengan memberi satu laluan untuk
mengkaji idea-idea matematik daripada pelbagai perspektif. Pembelajaran murid-murid
dibantu dengan maklumbalas yang dapat dihasilkan oleh teknologi. Contohnya, graf yang
tepat dapat dihasilkan dan dilihat dengan serta merta berpandukan data-data yang
ditakrifkan oleh murid. Murid dengan mudah dapat menganalisis graf yang dicipta dan
menghasilkan rumusan mereka sendiri. Teknologi memberikan satu fokus di mana muridmurid dapat berbincang dan bertukar pendapat antara satu sama lain dan juga dengan guru
tentang objek yang dipaparkan pada skrin.
Teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacara
proses pembelajaran mengikut pelbagai kehendak dan rentak murid-murid. Murid-murid
3

yang mempunyai perhatian yang mudah diganggu, sekarang dengan teknologi, mereka
dapat menumpu perhatian yang lebih berfokus terhadap menyelesaikan tugasan matematik
dengan menggunakan teknologi seperti komputer. Murid-murid yang menghadapi masalah
dengan prosedur-prosedur matematik yang tertentu pula, dapat memperkembangkan dan
meneroka pemahaman matematikal yang lain dahulu, yang kemudiannya dapat membantu
murid-murid ini belajar dan memahami prosedur-prosedur itu. Peluang dan kemungkinan
yang begitu meluas dalam melibatkan murid-murid dengan cabaran-cabaran matematik
dapat dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi.
Selain itu, pembelajaran matematik perlu menekankan konsep dan pengetahuan
matematik, bukan hanya pengiraan untuk menghasilkan jawapan. Penggunaan komputer
dalam pengajaran matematik boleh membantu mencapai matlamat ini. Penggunaan
teknologi bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah boleh
merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Aktiviti penyelesaian masalah
adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Laporan Cockcroft (1982)
menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa
matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer. Perisian komputer
yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep
dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
Penggunaan teknologi juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok,
mencabar dan berbentuk penerokaan. Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang
membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia
berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep
dengan cepat dan mudah. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam
pendidikan matematik dengan membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan
kepada pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
berdasarkan kemampuan masing-masing. Ia sekaligus memudah dan mempercepatkan
kefahaman sesuatu konsep matematik dan menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan
menyeronokkan.
Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat menggalakkan murid merealisasikan
konsep pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran terarah kendiri yang merupakan
4

elemen penting dalam pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran akses kendiri ialah
pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan
pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Murid mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber termasuklah media elektronik, komputer, internet dan networking.
Pembelajaran terarah kendiri pula ialah usaha individu untuk memperbaiki dirinya.
Pembelajaran ini memerlukan murid mengenalpasti sendiri sumber pembelajaran,
menggunakan strategi belajar yang berkesan serta memantau pencapaian pembelajaran
mereka sendiri. Kedua-dua pendekatan pembelajaran ini memerlukan murid memainkan
peranan aktif dalam menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Pelaksanaan pendekatan ini menuntut guru mengubah peranan mereka, daripada "tuan"
kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada
"fasilitator". Guru perlu bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan
pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Seorang guru boleh
menggalakkan berlakunya pembelajaran ini dengan cara menyediakan bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai berkenaan topik-topik tertentu. Pendekatan pembelajaran akses
kendiri dan pembelajaran terarah kendiri ini merupakan tunjang PdP Bestari untuk
meningkatkan pencapaian murid yang holistik.
Membangun

dan

memperluaskan

penggunaan

teknologi

maklumat

dalam

pembangunan pendidikan adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam
Pembelajaran Abad ke-21. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih
profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan
pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan memastikan semua rakyat mendapat manfaat
daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan
kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap
penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia
pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan
sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era
ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan
pembelajaran.
Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan
komputer, internet dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan
intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi
maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen
revolusi sosial. Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat
5

daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan


komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi PdP, sistem pengurusan pembelajaran dan
peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
Peranan guru masih dominan walaupun ICT telah mengatasi sebahagian besar
masalah dan kelemahan pengajaran konventional dan pengajaran tradisional. Guru bukan
sahaja menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar malah turut menjadi pendorong
kepada kejayaan pelajar. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu
alat untuk menyampaikan isi kandungan mata pelajaran, bukannya alat yang mengantikan
peranan guru dalam mendidik pelajar. Anggapan bahawa penggunaan teknologi dalam
bidang pendidikan mengurangkan peranan dan bilangan guru kerana teknologi berupaya
menyediakan sesi PdP yang lebih canggih dan menarik adalah salah. Proses pembelajaran
memerlukan interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong, dan
pemberi motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. Namun dalam zaman ledakan ICT
guru tidak boleh mengenepikan ICT dalam PdP mereka.
Secara kesimpulannya, penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara
spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran.
Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara
guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh
murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja
berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia
sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam
pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi
mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan konsep
Pembelajaran Abad ke-21 yang ingin dicapai. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting
semestinya melakukan inovasi drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi
yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh hal yang
demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang berkaitan
dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan tuntutan terhadap tugas
sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan dengan persoalan adakah mereka
mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam pengajaran mereka di samping
membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.