Anda di halaman 1dari 28

BMS 3022 : KARYA AGUNG MELAYU

KUMPULAN B

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK: NOVEL INTERLOK

NAMA AHLI :
BI
L
1.
2.
3.
4.
5

NAMA

NO. MATRIK

MOHD SHOLAHUDDIN BIN SULONG


SAKIRIN BIN AB GHANI
ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN
MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDUL GHANI
MOHD HELMI BIN ZOLKEPLE

D20121058011
D20121058012
D20121058025
D20121058029
D20121058033

PENSYARAH:
DR. SERI LANANG JAYA HJI. ROHANI

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 SINOPSIS NOVEL INTERLOK

3.0 PEMIKIRAN DALAM NOVEL

4.0 ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN DALAM NOVEL

4.1 Pengalaman Pengarang

4.2 Unsur Estetika

4.3 Seni Bahasa

5.0 NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP DALAM NOVEL

5.1 Nilai Budaya

5.2 Pandangan Hidup

12

6.0 FALSAFAH DALAM NOVEL

15

6.1 Falsafah Sejarah

15

6.2 Falsafah Sosial

16

6.3 Falsafah Ekonomi

18

7.0 NILAI ILMU DALAM NOVEL

20

7.1 Konsep

20

7.2 Nilai Ilmu

22

8.0 KESIMPULAN

25

RUJUKAN

26

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), karya bermaksud buatan atau ciptaan sesuatu
manakala agung membawa maksud paling besar, tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka
dapatlah diertikan karya agung merupakan ciptaan yang terkemuka yang dapat meninggalkan
kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam ingatan pembaca. Novel Interlok
adalah hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1971 oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan satu usaha untuk membangkitkan nilai perpaduan,
kekitaan antara kaum Melayu, Cina dan India. Menurut Cambridge Advance Learners
Dictionary (2003), interlock membawa maksud to fit together firmly untuk melihat adanya
rangkaian kemas antara kaum-kaum di Malaysia.

2.0 SINOPSIS NOVEL INTERLOK


i.

Buku Satu Keluarga Seman

Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa
dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana
tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak
Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia
sebelum sempat menceritakan perkara sebenar.
Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan
bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa
yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan
surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana
semua harta bukan miliknya lagi.
ii.

Buku Dua Keluarga Cing Huat

Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan
Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau
1

mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat
tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka.
Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut
dan di Pulau Pinang.
Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Lock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka
maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di
negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka.
Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat
dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah
ayahnya.
iii.

Buku Tiga Keluarga Maniam

Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu
petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak
menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan
hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di
Cangkat Lima.
Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh
Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat
tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah
mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru
sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan
menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas
tindakannya terhadap Maniam.
iv.

Buku Empat Interlok

Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha
membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya.
Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah

keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya
yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.
Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah
Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba
berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa
yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian
membawa Poh Eng kepada emaknya.
Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia
ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang
Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang)
menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim
telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu
diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang
penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula
berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama
dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

3.0 PEMIKIRAN DALAM NOVEL INTERLOK


3.1 Masyarakat yang Mementingkan Sikap Kerajinan
Penulis menekankan aspek pemikiran masyarakat yang lebih mementingkan sikap kerajinan
sehingga berupaya mengubah kehidupan. Contohnya, kehidupan Maniam beralih daripada
kehidupan yang susah dan menghadapi berbagai ujian akhirnya hidup senang bersama anaknya
yang berjawatan sebagai Inspektor Polis. Mereka akhirnya tinggal di Kuala Lumpur kerana
Ramakrisynan telah bertugas di sana. Kehidupan Maniam juga meningkat daripada mendatar ke
arah menegak iaitu bermula sebagai petani sewaktu di Kerala dan dianggap berkasta rendah.
Nasib anaknya amat baik, walaupun dia dibesarkan oleh datuknya Perumal setelah ibunya
meninggal dunia, dia menerima persekolahan yang baik seperti petikan berikut:
3

Malah cucu Perumal, Ramakrisynan, ditolongnya sampai ke sekolah Inggeris.Sekarang


Rama sudah menjadi pegawai polis
(Interlok,Halaman 353).
Menurut Ghulam-Sarwar Yousof (2011), pada zaman tersebut, sekiranya seorang anak
buruh estet dapat bersekolah Inggeris pada zaman itu amat disanjung tinggi dan akan dipandang
tinggi oleh masyarakat setempat. Inilah kelebihan Perumal, sebagai tandil yang baik dia
disayangi oleh pengurus ladang berbangsa Inggeris dan sanggup menghantar Ramakrisynan ke
sekolah Inggeris menyebabkan status dan kehidupannya menjadi lebih baik dan dihormati oleh
masyarakat sekeliling.
3.2 Saling Bantu Membantu
Selain daripada itu juga, kekuatan yang terdapat didalam novel Interlok ialah pemikiran
masyarakat yang saling bantu-membantu dalam urusan seharian seterusnya bekerjasama untuk
mewujudkan masyarakat Malaya yang hidup bersatu padu, aman dan harmoni (Anwar dan Zakir,
2014). Perkara ini dapat dibuktikan apabila Seman, Cing Huat dan Yew Hock hidup saling bantumembantu. Orang Melayu meminjam wang daripada orang Cina dan orang Cina pula
menggunakan orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu. Sebagai contohnya, Cina
Panjang (Cing Huat) memberikan wang iaitu dengan meminjamkannya kepada Musa dan
sebaliknya Cing Huat menggunakan Musa untuk membeli tanah orang Melayu. Musa pula telah
menyelamatkan Maniam daripada 4 dipukul dengan teruk dan Maniam membalas jasa Musa
dengan memberikan bantuan kepada anaknya iaitu Seman untuk mendapatkan kerja di ladang di
tempat Maniam bekerja sebagai tandil.
Kehidupan pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India itu
berlangsung dengan aman, saling bergantungan dan tiada persengketaan yang boleh mencetuskan
ketegangan kaum. Mereka berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni
serta menjadikan negara ini negara yang merdeka dan berdaulat.

3.3 Masyrakat yang Suka Bersaing Secara Positif


Menurut Azizah dan Hashim (2010), pemikiran yang dapat dicungkil dalam novel ini juga ialah
pegangan hidup masyarakat yang suka bersaing secara positif. Sikap ini ditonjolkan oleh watak
Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu letih dan kalah tidak mahu
bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi persaingan dengan orang lain (rujuk
halaman 176). Cing Huat dikatakan berani mengisi kedainya itu dengan pelbagai barang dan
dengan cara ini, pelanggan akan datang ke kedainya untuk membeli barang yang tidak ada di
kedai lain. Walaupun baru berusia 17 tahun, dia sudah berani memikul tanggungjawab untuk
menjaga kedai dan mempunyai sikap bersaing dengan peniaga-peniaga lain.

4.0 TEKNIK KEPENGARANGAN DAN ESTETIKA DALAM NOVEL INTERLOK


4.1 Pengalaman Pengarang
Pernah berkhidmat dengan pasukan Fujiwara di Sumatera, ditahan oleh pemerintah Belanda di
Medan, dibebaskan oleh Jepun dan dibawa ke Acheh untuk berkhidmat sebagai penjaga stor
dalam perusahaan lombong bijih timah di Pahang pada tahun 1939. Pengalaman berinteraksi
beliau dengan pemerintah Jepun, Inggeris, golongan pekerja dari Cina dan India di lombong dan
ladang-ladang memberikan sumber idea atau maklumat tentang kedatangan awal para buruh
kasar dari Cina dan India yang bekerja di Semenanjung Tanah Melayu. Segala maklumat tersebut
dicernakan dengan sempurna ke dalam karyanya iaitu Interlok menerusi keluarga Cing Huat dan
keluarga Maniam serta kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.
4.2 Unsur Estetika
4.2.1 Kehidupan alam flora dan fauna
Matahari telah mulai tinggi. Panas sudah mulai menyucuk ke dalam kulit. Di langit biru awan
berarak dari timur ke barat. Di dalam sawah di kiri kanan batas ban itu, rumput sudah mulai
menghijau. Kerbau dan lembu yang dilepas, berkumpul di sana sini bagai pulau-pulau kecil, di
tengah-tengah lautan gap dan terbang di sekitar kumpulan lembu dan kerbau itu. Seekor burung
5

gagak terbang dengan bunyi yang riang arah ke selatan. Memadankan nama tempat dengan nama
pokok seperti Changkat Janggus, Nyior Condong. Nama-nama gelaran watak juga seperti
Mamat Labu, Din Jongang, Mat Ranggi, dan Bedah Ranggi. Selain itu, latar tempat yang
menarik seperti keadaan dan suasana dalam ladang, kebun, sawah dan perkampungan.

4.2.2 Teknik Plot


Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap
penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. Bersifat kronologi iaitu
peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam novel mengikut urutan waktu. Bermula dari kisah Seman
iaitu penduduk asal Tanah Melayu, kisah penghijrahan Kim Lock dan anaknya, Cing Huat serta
kisah penghijrahan Maniam ke Tanah Melayu. Setiap kisah dari Bab 1 hingga Bab 3 mempunyai
kaitan yang amat menarik dan akhirnya ketiga-tiga watak ini bertaut dalam Bab 4 iaitu Interlok.

a) Teknik Suspens
Suspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya
atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Sewaktu Pak Musa meninggal dunia dan tidak sempat untuk memberitahu perkara sebenar
kepada Seman tentang harta miliknya. Dia mahu berpesan kepada Seman sebelum dia mati dan
pesannya itu malangnya

baru setengah sahaja yang disampaikan olehnya. Pesan yang

setengahnya lagi mestilah dicari sendiri oleh Seman. Di mana akan dicarinya, kepada siapa dia
akan bertanya. Dia tahu ibunya sendiri tidak tahu. Seman ditinggalkan dengan teka-teki.
b)

Teknik Dialog

Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog
antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau

fikiran

yang berkaitan dengan

tema. Dalam karya Interlok ini terdapat dialog antara Mamat Labu dengan Seman.

eh, kenapa kau diam? Mamat Labu berasa gusar melihat Seman diam serupa itu. Mata
Mamat yang riang itu masih bertanya.
Aku mau ke rumah Lebai Man, jawab Seman dengan lambat-lambat.
4.3 Seni Bahasa
Perkataan seni berasal daripada kata sani yang bermaksud ketulusan hati atau jiwa yang luhur
dan indah. Bagi Plato, seni merupakan karya yang berasal daripada peniruan bentuk alam. Secara
jelasnya, seni berbahasa merujuk seni penulisan, terutama dalam membentuk kerangka gagasan
keilmuan yang dilahirkan dalam bentuk yang kreatif dan imaginatif.

a)

Pengaruh Bahasa Asing dalam Novel Interlok

Pengaruh Bahasa Arab.


Anak Lebai Man bukan tak alim orangnya. Kalau kau mahu yang alim, mengaji Quran
dah berapa kali khatam.
Pengaruh Bahasa Inggeris
perkarangan tanah yang luas, cukup untuk padang basketball.
Pengaruh Bahasa Cina
Sejurus kemudian mereka pun keluar dari tong fang dan sekali lagi memberi hormat
kepada orang-orang tua dengan membuat kowtow dan
Pengaruh Bahasa India
Maniam sangat suka melihat penari-penari Khathakali yang memakai topeng.

b)

Simile

Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak
(tidak boleh dihitung). Dalam Interlok terdapat gaya bahasa simile iaitu:
Tangan Mak Limah yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus
menghentak-hentak..
c)

Sinkof.

Sinkof ini bermaksud penyingkatan perkataan. Dalam karya moden Interlok ini tulis dengan
menggunakan gaya bahasa sinkof. Antara contohnya ialah:
Makmu sudah pergi? Nah, kau dengar ni. Kalau aku mati, kau bawalah makmu keluar
dari rumah ini
d)

Disfemisme.

Disfemisme adalah gaya bahasa yang digunakan untuk mengasarkan kata, frasa, klausa atau
kalimat dengan tujuan tertentu. Contoh dalam Interlok ini ialah:
Dia orang betina, tak perlu tahu kerja orang jantan.
e)

Repitisi.

Repitisi ialah pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang
dikehendaki. Gaya ini terdapat dalam karya Interlok iaitu:
Orang yang mati itu, tidak mati, orang yang hidup itulah mati, kata hati Seman
f)

Personafikasi

Personafikasi ini membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada
dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau
hal-hal yang abstrak. Dalam Interlok ini terdapat gaya ini iaitu:
Paman Kok Leng mengangguk-anggukkan kepalanya yang bulan itu dan tocangnya
melambai-lambai macam ekor kuda.
8

g)

Anafora

Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Tujuan adalah untuk menimbulkan kesan
penegasan atau menimbulkan keindahan irama. Antara contoh dalam karya Interlok seperti
berikut:
Rasanya bapanya sudah hampir benar akan mati. Rasanya habis sahaja batuknya itu,
nyawanya pun melayang sama.
h)

Peribahasa

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran,
sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difaham. Terdapat peribahasa yang telah
dimasukkan dalam karya Interlok ini, iaitu:
Mereka itu tahu Seman seorang yang rajin, tidak banyak cakap dan ringan tulang.
i)

Hiperbola

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya. Contoh dalam karya Interlok adalah:
Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahanbahan kering untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan.

5.0 NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP DALAM NOVEL INTERLOK


5.1. Nilai Budaya
Penghasilan novel banyak memaparkan nilai budaya, khususnya dalam novel Interlok yang tulis
oleh Abdullah Hussain. Nilai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) dalam Mohd Rashid
Md Idris et. al bermaksud darjat, kualiti, mutu dan taraf. Menurutnya lagi, nilai dan etika
masyarakat Melayu mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap mempunyai nilai
yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Berdasarkan novel yang dikaji,

terdapat banyak nilai budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum yang berbeza misalnya Melayu,
Cina dan India yang hidup secara bermuafakat.
5.1.1 Memuliakan tetamu
Islam amat mementingkan persaudaraan, oleh itu para tetamu juga harus diberi layanan yang
baik seperti mana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ertinya, daripada Abu bin Umar r.a.
Nabi S.A.W Seorang Muslim adalah saudara kepada saudara seorang yang lain, ia tidak
menzaliminya dan tidak menghinanya. Berikut merupakan contoh petikan memuliakan tetamu
dalam novel Interlok.
Marilah makan dulu Seman. Nasi banyak ni, Pak Utih mempelawa Seman.
(Interlok: halaman 20)
Lebai Man terkenal alimnya di kampung itu seperti Pak Utih yang terkenal tentang
ubatnya, Walaupun dia datang dari Sumatera, tetapi orang-orang kampung itu tidak
pernah menganggapnya orang asing. Dia diterima sebagai orang kampung itu sendiri.
(Interlok: halaman 32)
5.1.2 Kasih sayang
Hubungan anak dan ibu bapa ibarat carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
Berdasarkan novel Interlok, pengarang turut menggambarkan kasih sayang antara anak dan ayah
yang sanggup hidup bersama walaupun pelbagai halangan yang menimpa. Hal ini dibuktikan
apabila Kim Lock tetap tegas dengan pendiriannya untuk melindungi anaknya. Sebaliknya tidak
akan menjual anaknya walaupun dia diberi tawaran yang istimewa. Bukan itu sahaja, sebagai
anak yang taat Cing Huat selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka tidak kira walau di
mana jua berada.contoh petikan yang menggambarkan nilai ini adalah seperti berikut:
Kim Lock tidak beberapa memerhatikan percakapan kedua-dua orang itu, dia
memandang pada anaknya yang sedang mengangkat cawan kopi kosong ke belakang.
Kemudian anaknya membalas pandangannya dengan senyuman riang. Kim Lock besar
hatinya. Dia tidak mahu menjual anaknya itu.

10

(Interlok: halaman 152)


Cing Huat sudah berdoa. Setiap pagi dia bangun daripada tidur sebelum matahari terbit,
dia membongkok kepada gambar Kwan Yin, meminta doa supaya dewi perempuan itu
menyelamatkan bapanya, menyelamatkan ibunya dan juga menyelamatkan dia dan
kedainya.
(Interlok: halaman 206)
5.1.3 Saling bekerjasama
Perpaduan dan kerjasama dalam kalangan kaum, bangsa dan warna kulit yang berbeza amat
penting dalam melahirkan masyarakat majmuk. Berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim,
Asalkan saudara se-Islam, maka hendaklah mereka bersatu padu dan bantu-membantu. Apabila
terdapat mana-mana bahagian dalam kalangan umat Islam yang ditimpa musibah, maka
hendaklah orang Islam yang lain turut merasakan musibah tersebut dan memberikan pertolongan
kepadanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa semangat bersatu padu amat dititikberatkan
dalam sesebuah komuniti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Petikan berikut
merupakan contoh semangat kerjasama yang digambarkan dalam novel Interlok.
Beberapa orang lain sedang mengupas kelapa, memasang tungku. Orang-orang
perempuan menyiang ayam di tepi perigi sambil bercakap-cakap sesama sendiri.
(Interlok: halaman 55)
5.1.4 Tolong-menolong
Budaya tolong-menolong merupakan aspek utama untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.
Berdasarkan novel ini juga, pengarang ada menyelitkan semangat tolong-menolong yang
melibatkan golongan lemah dan ditindas oleh pihak atasan. Namun, akhirnya mereka bangkit
semula dengan semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan
gelora.
Waktu dia dalam kesusahan yang tidak tentu arah, KimSui datang menunjukkan jalan
kepadanya. Kalau tidak kerana Kim Sui tentulah dia masih lagi menjadi kuli mengangkat

11

najis di Singapura. Sekarang ini ketika dia sudah putus asa Kim Sui pula datang
memberi jalan.

(Interlok: halaman 192)

5.2 Pandangan Hidup


5.2.1 Masyarakat yang Hidup dalam Keadaan Serba Kekurangan
Kehidupan masyarakat yang digambarkan dalam novel ini adalah masyarakat yang miskin dan
perlu menyara diri dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hal yang demikian,
kerana kebanyakan penduduknya adalah petani kecil yang tidak memberi banyak keuntungan
dan hanya cukup sekadar menyara diri dan keluarga. Hal yang demikian dijelaskan seperti
berikut:
Bau tanah dan rumput amat menyegarkan perasaan Seman, tetapi entah berapa lama
pula dia akan datang menghidu kembali bau tanah dan rumput itu. Dia akan berpindah
kelapangan baru dalam hidupnya. Daripada anak tani dia akan menjadi kuli kebun
getah, daripada hidup seperti ayam kais pagi makan pagi dia akan hidup seperti buruh,
terima gaji tiap-tiap bulan. Mereka terus berjalan dengan tidak berhenti-henti sehingga
matahari terbit.
(Interlok: halaman 365)
Namun demikian, bukan semua penduduknya miskin masih terdapat penduduk yang
mempunyai taraf ekonomi yang baik. Bagi penduduk yang miskin, mereka perlu melalui
kesusahan dan kepayahan tersebut dalam menyara kehidupan bagi memastikan kelangsungan
hidup.
5.2.2 Taraf Kehidupan Seseorang
Taraf kehidupan seseorang amat dipentingkan oleh masyarakat untuk menilai kedudukannya
sama ada seorang yang miskin mahupun berada dalam kelompok orang yang kaya. Hal yang
demikian, dijelaskan dalam watak Mat Ranggi dan Bedah Ranggi yang tidak bersetuju untuk
mengahwini anaknya, iaitu Gayah dengan Seman kerana Seman berasal daripada keluarga yang
miskin dan tidak setaraf dengan keluarga Mat Ranggi yang mempunyai taraf kehidupan yang
lebih baik daripada keluarga Seman. Hal yang demikian, dapat diertikan sebagai pipit sama pipit,
12

enggang sama enggang yang tidak sama tarafnya antara pipit dan enggang. Sikap tersebut masih
berlaku dalam masyarakat pada hari ini, di mana pangkat dan kedudukan lebih dipandang
daripada aspek lain, seperti sahsiahnya. Pandangan masyarakat tersebut jelas ditunjukkan dalam
novel ini, iaitu:
Ceh! mendesis Mat Ranggi kepada isterinya yang sedang mengumpul cawan bekas
minuman tetamu tadi. Seman? Seman yang mau meminang anak kita. Sudah gilakah
Lebai Man tu? Ke mana sudah ilmunya aku pun tak tahu? Kankah Seman itu macam
pipit. Pipit dengan enggang manakan nak sama.
Tak ada seorang pun yang berjenis, yang masuk meminang anak kita ni, ujar isterinya
sambil bangun untuk ke dapur. Sekurang-kurangnya biarlah ada sedikit harta, kalau
tak harta pun biarlah ada nama, jadilah juga?
(Interlok: halaman 382)
Dalam novel ini, menjelaskan bahawa taraf kehidupan seseorang menjadi ukuran dalam
menentukan kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan tersebut berbanding penilaian terhadap
nilai budi pekerti yang ditunjukkan oleh seseorang.
5.2.3 Mengekalkan Adat dan Warisan Melayu
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan
segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun mengikut musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada
suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat
dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu
sudah menjadi suatu budaya. Oleh yang demikian, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang
mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Dalam novel ini, pengarang cuba memperlihatkan kehidupan masyarakat yang masih
berpegang kepada adat dan budaya Melayu dalam kehidupan harian. Hal yang demikian, dapat
dilihat melalui watak Mak Limah yang gemar makan sirih. Sirih merupakan sejenis makanan
atau ulaman yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana memberi pelbagai khasiat
untuk tubuh badan malah turut digunakan dalam upacara perkahwinan, dimana sirih junjung
13

merupakan pelengkap utama semasa proses bertunang atau pernikahan dijalankan. Contohnya
seperti berikut:
Baik orang India tu, Seman, kata Mak Limah ketika dia mulai menggobek sirihnya.
(Interlok: halaman 366)
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu
dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah
dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa
peringkat penting, iaitu merisik, meminang, bertunang, akad nikah, adat berinai, dan akhir sekali
adalah majlis perkahwinan.
Berdasarkan pengkajian dalam novel ini, memperlihatkan di mana adat resam
perkahwinan itu diamalkan. Hal yang demikian, dapat dilihat melalui watak Seman yang
berhasrat untuk memperisterikan gayah, namun demikian terdapat beberapa proses yang perlu
dilaluinya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung. Oleh yang demikian, Seman bertindak
dengan merisik terlebih dahulu sebelum keputusan seterusnya dibuat. Misalnya, dapat dilihat
seperti berikut:
Lazim telah memberitahukan ibu dan bapanya apabila Seman telah bersetuju untuk
membuat risikan lebih dahulu, kalau-kalau belum ada orang yang masuk lagi dan kalaukalau Seman mahu diterima sebagai menantunya apabila belum ada orang yang masuk
meminang.
(Interlok: halaman 380)
Tindakan Seman tersebut, amat menepati nilai adat dan budaya dalam masyarakat Melayu,
khususnya adat resam perkahwinan. Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan masyarakat
dalam novel ini, amat menitikberatkan soal adat dan budaya dalam kehidupan harian mereka.

14

6.0 FALSAFAH DALAM NOVEL INTERLOK


Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani iaitu philosophia, iaitu philo ertinya cinta dan
sophia ertinya hikmat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah bermaksud
pengetahuan tentang pengertian yang dianggap ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada
ilmu-ilmu yang lain. Hashim Awang dalam Mohd Rashid Md Idris, Abd Rahman Napiah dan
Lanang Jaya Rohani (2014) menyatakan bahawa falsafah sebagai kajian secara renungan dan
spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati
bagi seluruh bidang pengetahuan manusia.
Setiap novel mempunyai keistimewaan dan ianya terletak di sebalik penciptaan novel,
kekuatan bahasa dan juga daya imaginasi pengarangnya. Abdullah Hussain merupakan seorang
penulis yang hebat dan beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996. Novel
terkenal yang pernah dikarang oleh beliau iaitu Interlok merupakan sebuah novel yang kaya
dengan unsur falsafah dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.
6.1 Falsafah Sejarah
Kekuatan aspek falsafah yang diterapkan dalam novel Interlok ialah falsafah sejarah. Pengarang
membentangkan sejarah awal dalam era moden di Tanah Melayu dengan kemasukan kaum Cina
dan India yang mempunyai faktor penolak di negara asal mereka dan faktor penarik di bumi baru
yang didiami iaitu Tanah Melayu seawal tahun 1910-an.
Dalam bulan Julai 1910, di dalam sebuah kapal penumpang yang belayar meninggalkan
pelabuhan Nagapatam menuju ke Pulau Pinang, terdapat seorang penumpang bangsa
Tamil dari sebuah desa yang terletak di dekat Tricur, Kerala, sebuah negeri di pantai
barat India Selatan. Sudah dua hari sejak dia meninggalkan kampungnya, dengan
menumpang berbagai-bagai jenis kenderaan, akhirnya dia sampai ke Madras. Dari situ
dia menumpang bas ke Nagapatam, kota pelabuhan yang akan menghubunginya dengan
Negara Emas.
(Interlok: halaman 215)
Berdasarkan petikan tersebut, kemasukan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu
menggunakan pelbagai kenderaan untuk sampai ke destinasi. Kaum Cina dan India ke Tanah
15

Melayu untuk mengubah nasib keluarga yang hidup dalam kesusahan.Pengarang juga
menceritakan zaman penjajahan Jepun, zaman darurat, dan pembentukan Malayan Union.
Pengakhiran novel ini mengambil latar masa 1957 iaitu ketika menyambut kemerdekaan negara
yang memaparkan orang Melayu, Cina dan India yang masing-masing sudah membina rupa
bangsa Malaysia berdasarkan kepada kisah silam masing-masing.
Penduduk Kampung Nyiur Condong menjadi gempar. Beberapa orang kampung yang
baru pulang dari pekan Simpang Empat mengkhabarkan bahawa tentera Jepun telah
masuk ke negeri Kedah dari Siam.
(Interlok: halaman 323)
Tiba-tiba keadaan politik berubah, orang Melayu bangun menentang Malayan Union
yang mahu disugukan oleh kerajaan Inggeris. Mereka menganggap perlembagaan
baharu itu sebagai satu penghinaan. Lazim menjadi ketua di daerah itu, dia bergerak
cergas memimpin orang-orang kampung itu ikut serta dalam menentang Malayan Union.
(Interlok: halaman 388)
Berdasarkan petikan tersebut, pengarang menggambarkan suasana yang dialami oleh masyarakat
pada zaman penjajahan Jepun, zaman darurat, pembentukan Malayan Union dan sambutan
perayaan kemerdekaan negara. Pelbagai halangan, cabaran, dugaan dan kesukaran yang dihadapi
oleh mereka untuk mencapai kemerdekaan dan keharmonian sejagat.

6.2 Falsafah Sosial


Selain itu, pengarang juga memaparkan falsafah sosial iaitu mencerita realiti kehidupan
masyarakat pada tahun 1910 sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam
buku pertama iaitu Keluarga Seman, Seman mewakili watak bangsa peribumi Melayu daripada
golongan bawahan yang menetap di kampung.
Seman sedang mengasah perang di telaga di depan rumahnya. Dia mahu memotong
daun mengkuang di tepi jalan di pinggir kampung, ibunya mahu membuat tikar. Entah
bagaimanapun dia teringat mahu memenuhi suruhan ibunya. Lepas minum dia pun turun
16

ke tanah dan mengambil parang. Mata parang itu mulai berkarat kerana sudah lama
tidak digunakan. Mata parang itu amat tajam, besinya baik dan Seman bangga selalu
dengan parang itu.
(Interlok: halaman 87)
Dalam buku kedua pula iaitu Keluarga Cing Huat, Cing Huat muncul sebagai wakil
golongan pekerja yang ditarik datang ke Tanah Melayu yang ditawarkan oleh sektor ekonomi
Perindustrian British. Kehidupan miskin keluarga Chin Huat telah menarik bapanya untuk keluar
dari China dan mencuba nasib di Tanah Melayu.
Berapa bulan lamanya Kim Lock menetap di Pulau Pinang, tetapi dia tidak sesuai
dengan pulau itu yang tidak ubah seperti Singapura. Dia tidak akan mencapai citacitanya kalau hanya makan gaji dan menjadi kuli orang lain.
(Interlok: halaman 165-166)
Dalam buku Keluarga Maniam, Maniam dikategorikan dalam kasta paria iaitu golongan
yang tersisih akibat sistem kasta yang diamalkan di India. Hal ini menyebabkan keluarga
Maniam sering ditindas oleh golongan atasan dan mencari peluang pekerjaan di Tanah Melayu.
Dia berasa senang hidup di negeri ini, kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia
berasa bebas bercampur gaul dengan orang lain. Di sini dia tidak saja bebas bercampur
gaul dengan orang lain sebangsanya, malah dia tidak takut dengan pantang larang yang
biasa timbul di negerinya apabila ia seorang Tamil dari kasta rendah menyentuh orang
dari kasta tinggi. Dia tidak saja dimaki hamun dengan kata-kata yang kotor, malah
disisihkan dari masyarakat sehingga dirinya diri orang-orang yang sekasta dengan
menjadi lebih hina daripada binatang.
(Interlok: halaman 224)

17

6.3 Falsafah Ekonomi


Falsafah ekonomi juga turut dikesan dalam novel ini. Pengarang menggarapkan falsafah
ekonomi ini melalui pekerjaan yang dilakukan oleh watak dalam novel Interlok ini iaitu melalui
watak Seman, Pak Musa, Lee Kim Lock, Cing Huat, Maniam dan Ramakrisynan. Melalui watak
Seman, pada permulaan kehidupan Seman, keluarga Seman merupakan keluarga yang agak
senang kerana ayahnya iaitu Pak Musa mempunyai harta yang banyak. Namun, segalanya
berubah apabila Pak Musa meninggal dunia. Harta tersebut merupakan harta Tauke Cing Huat.
Hal ini menyebabkan Seman dan ibunya diusir dari rumah tersebut. Namun, pengakhiran novel
ini, Seman bekerja di ladang getah dan menjadi petani. Status ekonomi Seman pada pengakhiran
novel ini selesa dan berkemampuan.
Makmu tak tahu, ujar bapanya kemudian. Matanya masih pejam. Aku tidak pernah
memberitahunya. Dia menyangka kita ni kaya. Dia tidak pernah bertanya bagaimana
dan di mana aku mendapat duit membeli tanah, membeli bendang, dan membeli binatang
ternakan.
(Interlok: halaman 12)
Maniam tidak terperanjat, malah anak matanya bersinar-sinar memandang muka Seman
yang duduk di hadapannya. Seman hairan. Dia menyangka Maniam akan marah. Setelah
bapanya meninggal, di kebun yang jauh dari kampungnya itu dia menemui seorang
bangsa asing yang dapat dianggapnya sebagai bapanya.
(Interlok: halaman 321)
Melalui watak Kim Lock dan Cing Huat, mereka merupakan kaum pendatang dari negara
China. Kim Lock bekerja sebagai kuli mengangkat barang di pelabuhan dan penarik lanca.
Sementara Cing Huat bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dengan gaji lima sen sehari.
Kemudian, mereka bekerja di lombong bijih dan akhirnya mereka membuka kedai runcit di
Simpang Empat. Hal ini menunjukkan status ekonomi keluarga Cing Huat berubah daripada
bekerja sebagai kuli meningkat naik menjadi pengusaha kedai runcit yang kaya.
Lee Kim Lock pulang ke rumah pada petang itu dalam keadaan letih lesu, mukanya kotor
dengan abu batang padi, bajunya basah. Dia terus merebahkan badan di atas pangkin
18

dekat pintu dengan tidak berdaya. Baju dan seluarnya yang compang-camping itu telah
basah bagai dia baru datang dari dalam hujan yang lebat.
(Interlok: halaman 108)
Lombong itu belum pun dibuka, dan merekalah kuli pertama datang ke sana. Mereka
mula-mula mendirikan rumah kongsi, menebang kayu untuk tiang, mencari atap di pekan
Lukut, kira-kira satu jam berjalan kaki.
(Interlok: halaman 158)
Dua hari kemudian Cing Huat dibawa oleh Paman Kok Leng ke sebuah kedai kopi. Dia
dapat menjadi pelayan di kedai kopi itu dengan gaji lima sen satu hari, makan dan
minum ditanggung. Cing Huat terpaksa tinggal di kedai itu. Itulah pertama kali dia
berpisah dengan bapanya, tetapi tiap-tiap malam bapanya datang berjumpanya sebelum
tidur.
(Interlok: halaman 130)
Cing Huat juga menolong membuat kerja kuli, dia mendapat setengah bayaran daripada
bayaran yang diberikan kepada orang dewasa, boleh sedikit-sedikit bercakap dengan
orang Melayu, tetapi dia lebih senang memanggil mereka Huan Na atau Malai kuai saja.
(Interlok: halaman 158-159)
Melalui watak Manian pula, Maniam merupakan masyarakat India yang tinggal di Tricur,
Kerala. Maniam bekerja sebagai petani dan dianggap berkasta rendah. Kemudian, Manian
berhijrah ke Pulau Pinang sebagai buruh pelabuhan mengangkat barang-barang yang berlabuh
untuk di simpan di gudang. Manian juga pernah bekerja di ladang getah dan menjadi tandil di
Cangkat Lima. Pengakhiran novel ini menggambarkan Maniam merupakan ayah kepada seorang
Inspektor Polis iaitu watak Ramakrisynan hasil perkahwinan antara Maniam dan Malini. Hal ini
menunjukkan status ekonomi keluarga Maniam berubah daripada bekerja sebagai petani yang
berkasta rendah meningkat naik menjadi ayah kepada seorang Inspektor Polis.
Keadaan penghidupan di desanya itu amat sukar. Mereka tidak punya tanah. Setiap
tahun orang bertambah. Penduduk sudah padat dan Maniam berasa sudah terlalu sempit
19

baginya untuk mencari makan. Dia mengambil upah mengerjakan tanah orang lain,
upahnya dengan beras, tetapi hanya cukup untuk makan beberapa bulan. Lepas itu dia
terpaksa mencari kerja lain. Salah seekor lembu jantan yang digunakan untuk membajak
sawah telah tua dan tidak dapat digunakan lagi.
(Interlok: halaman 219-220)
Berbulan-bulan Maniam merayu dari satu kebun ke satu kebun, dan akhirnya dia
terserempak di sebuah kebun orang putih di Cangkat Lima. Kebun ini baru dibuka dan
amat luas. Maniam mendapat kerja di bahagian kebun kelapa.
(Interlok: halaman 228)
Tiba-tiba pintu di belakangnya terbuka, inspektor India itu masuk, diiringi oleh seorang
Melayu dan seorang India lagi. Daripada percakapan mereka, Maniam tahu mereka
berasal dari Kerala kampungnya.
(Interlok: halaman 361-362)
7.0 NILAI ILMU DALAM NOVEL INTERLOK
Di dalam karya agung Melayu terdapatnya nilai ilmu yang dibicarakan. Antaranya ialah ilmu
firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih, maklumat tentang strata sosial masyarakat
dan adat istiadat. Orang melayu pada zaman dahulu mempunyai banyak ilmu. Kedatangan Islam
dan pengaruh Barat menambahkan lagi kerencaman ilmu yang bermanfaat dalam masyarakat
Melayu. Kesemua nilai ilmu digambarkan dengan jelas dalam banyak karya agung Melayu.
7.1
a.

KONSEP
Konsep nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti,
mutu dan taraf. Mohd Rashid Md Idris (2016), mendefinisikan nilai kepada tiga konteks utama
iaitu sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar
harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran piawai kepada sesuatu
kelakuan manusia. Dalam bahasa arab nilai ialah al-qimah yang bermaksud harga yang
20

ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga mempunyai hubung kait dengan falsafah dan
bersifat aksiologi. Nilai membolehkan manusia untuk membezakan antara baik atau jahat dan
betul atau salah. Nilai juga menjadi dasar atau asas bagi seseorang manusia untuk menerima
atau menolak sesuatu perlakuan manusia yang lain. Perlakuan tersebut sama ada baik atau jahat
dan salah atau betul.
Masyarakat melayu tidak akan terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi
berdasarkan kesepakatan masyarakat. Pemupukan nilai dalam diri seseorang membolehkan
seseorang itu diterima sebagai sebahagian dalam masyarakat Melayu. Nilai amat penting dan
ditekankan dalam masyarakat melayu kerana aspek nilai ini akan menjamin kesejahteraan
masyarakat dan nilai yang disampaikan bersikap beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan
yang murni. Nilai dalam masyarakat melayu dapatdipupuk melalui dua cara iaitu secara formal
dimana dipupuk melalui pendidikan formal di institusi pendidikan dan secara tidak normal iaitu
mellaui persekitaran bermula daripada keluarga, rakan dan seterusnya masyarakat itu sendiri.
Nilai dan etika masyarakat melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat dengan
perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan
keindahan. Nilai-nilai ini cukup sinonim dengan agama islam yang sangat berpengaruh dalam
masyarakat melayu seluruh nusantara. Berdasrkan pengaruh agama islam, ketinggian dan
kesucian nilan dan etika memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu ia
kekal pada masyarakat hari ini.
b.

Konsep Ilmu

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara
dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Ilmu merupakan hal yang berkaitan kerana pemerolehan
ilmu itu dan usaha kita untuk menyebarkan kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat.
Terdapat beberapa fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan iaitu untuk menambahkan ilmu
pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan lainlain. Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji berdasarkan karya agung merupakan ilmu
pendukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih dan sebagainya.
Kekuatan novel Interlok adalah nilai ilmu yang diigarapkan oleh penulis amat memberi
impak kepada kehidupan masyarakat pada masa itu. Menurut Hashim, Hamzah dan Mohamad
21

Saleeh (2011), antara ciri-ciri pemilihan novel yang terbaik ialah memiliki pemikiran yang
tinggi, mencabar taakulan, menyisipkan gagasan dan ideologi yang besar dan mempunyai nilai
ilmu yang bersifat sejagat. Perkara ini disokong oleh Illias Zaidi (2010) yang menyatakan
bahawa novel Interlok merupakan sebuah karya yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan mampu
memberikan nilai moral kepada masyarakat sekelilingnya.
7.2 NILAI ILMU
1.

Ilmu Agama

Nilai ilmu banyak di garapkan oleh penulis didalam Novel ini. Ilmu dapat mempengaruhi
masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dibuktikan apabila dalam buku 1, penulis menggambarkan
realiti kehidupan orang Melayu pada zaman sebelum merdeka yang kurang menitikberatkan
mengenai ilmu. Bilangan orang Melayu yang boleh menulis dan membaca sangat kurang. Bagi
mereka tiada gunanya anak-anak mereka belajar kerana akhirnya akan menjadi seorang petani
juga. Tetapi, ada juga yang menghantar anak-anak untuk mengaji, asalkan anak-anak tahu
membaca Al-Quran dan solat, itu sudah cukup bagi mereka. Disebabkan oleh kurangnya
pengamalan ilmu agama dalam diri tidak mantap, amalan dan kepercayaan karut seperti
penggunaan tengkorak serta mentera-mentera yang bercanggah dengan agama Islam untuk
tujuan perubatan masih diamalkan (Syed Mohd Zakir, 2011).
Walaubagaimanapun, penulis turut menekankan kepentingan ilmu. Hal ini terbukti
apabila guru bertanggungjawab supaya masyarakat pada masa itu diwajibkan bersekolah.
Contohnya, Guru Besar Sekolah Menengah Simpang Empat dan beberapa orang guru lain
sedang berkeliaran untuk mengajar pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah. Dengan
pembinaan sekolah dan kepentingan menguasai ilmu, akhirnya anak Maniam iaitu Ramakrishnan
telah berjaya menjadi seorang inspektor polis.
2.

Ilmu Perdukunan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa dukun membawa maksud
orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan
membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh, pawang. Manakala perdukunan pula
membawa maksud yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau
22

tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat
permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan itu mereka menganggap bendabenda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau
penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenomena
lain. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau
bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya.
Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang
terutama yang liar dan bisa. Mereka tahu akan kelemahan binatang-binatang tersebut dengan
jampi. Kadang-kadang seseorang bomoh itu pakar dalam satu bidang sahaja seperti bomoh ular,
gajah dan sebagainya. Contoh yang dapat dilihat dalam novel Interlok ialah apabila bapa Seman,
Pak Musa batuk tidak berhenti, emaknya telah menyuruh Seman memanggil dukun iaitu Pak
Utih. Pak Utih adalah dukun yang terkenal di kampung itu. Pak Utih telah menggunakan
kemenyan dan beberapa lagi benda lain seperti sirih dan tangkai. Ini menunjukkan bahawa pada
masa itu, masyarakat melayu masih lagi menggunakan khidmat dukun. Pak Utih sempat berbual
bersama Seman dan memberitahu bahawa untuk menjadi dukun bukannya satu perkara yang
senang. Dukun perlu melalui dan mempelajari banyak perkara. Pak Utih memberitahu Seman
bahawa dia boleh bercakap dengan tengkorak. Ini menunjukkan satu kepercayaan animism yang
terdapat dalam kalangan masyarakat tersebut.
3.

Ilmu Perniagaan

Dalam buku kedua, penulis menerapkan tentang kepentingan nilai ilmu dalam diri golongan
Cina yang rajin dalam pekerjaan dan mencari ilmu. Penulis mula menceritakan tentang asal usul
kaum Cina di Malaya yang digambarkan bahawa kehidupan yang sukar di negara China akibat
daripada kerap kali berlakunya bencana alam sehingga menyukarkan kehidupan rakyat di sana.
Sawah yang diusahakan musnah sekelip mata sama ada akibat dari kemarau, banjir atau serangan
belalang. Disebabkan kesempitan hidup, ramai orang Cina dari pelbagai puak sanggup merantau
ke Rantau Selatan (Malaya dan sekitarnya) untuk mencari rezeki. Penulis turut menceritakan
terdapat rasa tidak puas hati di antara puak Hakka dan Hokkien namun perasaan tersebut
semakin lama semakin padam kerana mereka sama-sama beradu nasib di negeri orang. Apabila
masyarakat Cina sudah ramai di Malaya, timbul kesedaran tentang kepentingan ilmu
pengetahuan untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Cing Huat berusaha dengan cara
23

sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak
kaum cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.
Dalam buku tiga, masyarakat India turut menekankan aspek ilmu dalam kehidupan
apabila golongan India meminta pihak penjajah Inggeris untuk mendirikan sebuah sekolah Tamil
bagi memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk belajar. Menurut S. Fatimah Said (2011),
persoalan akan kepentingan ilmu, kasih sayang dan bekerjasama turut menyokong penuh tema
yang dibawa oleh penulis di dalam buku ini dan menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan
pengarang ketika menghasilkan novel ini. Menurut Misran, Mawar dan Che Abdullah (2011),
Keluarga Cing Huat amat menekankan aspek ilmu perniagaan dan alam kehidupan agar dapat
mengubah kehidupan yang lebih baik. Hal ini terbukti apabila Cing Huat dan ayahnya Kim Lock
pernah bekerja sebagai kuli mengangkat barang di pelabuhan, kemudian bertukar menjadi
penarik lanca, bekerja sebagai pelombong dan dengan wang simpanan, mereka berjaya membuka
kedai runcit. Akhirnya, kedai runcit mereka di Simpang Empat menjadi bertambah besar dan
maju kerana menjadi tumpuan para petani dan pekerja estet di daerah tersebut.

24

8.0 KESIMPULAN
Karya agung Melayu karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang berjudul Interlok
mempunyai kekuatan yang tersendiri. Novel ini mengandungi empat buku (bab) yang
menekankan integrasi tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India yang
terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas
dan bermaruah. Pengarang menggunakan teknik mosaik dalam penceritaannya yang
mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah tetapi menjurus kepada
pertemuan penyatuan bangsa seperti dalam buku (bab) terakhir novel dengan jalinan plot yang
kemas dan rapi. Kekayaan novel ini terbukti apabila pengarang menyelitkan pelbagai kekuatan
seperti falsafah sejarah, falsafah sosial dan falsafah ekonomi yang menjadi rencah dalam
penulisan beliau. Keberanian penulis terbukti apabila beliau dengan berani memasukkan
beberapa kosa kata yang sensitif dan telah menjadi isu bagi sesetengah kaum. Sebagai
masyarakat yang berfikiran merdeka dan rasional, kita haruslah menerima hakikat dan harus
berpijak di dunia realiti tanpa menidakkan perkara yang benar. Selain itu, masyarakat juga boleh
menghayati dengan baik erti persefahaman antara kaum yang mula terjalin yang disampaikan
oleh pengarang dalam novel ini. Hal ini kerana novel ini merupakan realiti masyarakat berbilang
kaum pada peringkat awal kemerdekaan negara. Secara rasionalnya, novel Interlok ini
mempunyai banyak mutiara penyatuan kaum dan falsafah budaya yang boleh dijadikan
penyatuan, persefahaman dan mengenali sejarah budaya masyarakat Malaysia.

25

RUJUKAN
Abdullah Hussain (2005). Interlok Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang. Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan dan M. Zakir (2014). Karya dan Kekuasaan Pengarang: Pemikiran dan Gaya
Naratif Mutakhir . UKM. Jurnal Melayu.
Azizah Hamzah dan Hashim Yaacob (2010). Malaysian National Institute Of Translation.
Asiatics.Volume 5.Number 1.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman Napiah & Seri Lanang Jaya Rohani (2016). Karya Agung
Melayu. Tanjung Malim : Emeritus Publications.
Syed Mohd Zakir (2011). Interlock Form A Multiculturalism Perspertive Malay Literature.
Volume 24. Number 2.

26