Anda di halaman 1dari 3

Kerajaan Aceh

Pada sekitar abad ke-16 dan ke-17,


Aceh menjadi wilayah strategis dan
pangkalan
dagang
utama
para
pedagang Islam di Asia Tenggara.

Masa Pertumbuhan Aceh


Meurah Pupok adalah salah satu anak dari Sultan Iskandar Muda, makamnya terletak di salah satu makam di dalam kawasan petak, Meurah Pupok dijatuhkan hukuman hudud oleh ayahnya
sendiri yaitu Sultan Iskandar Muda atas kesalahan berzina dengan isteri salah seorang pengawal istana. Berbagai hukuman cadangan diberikan agar Baginda meringankan hukuman ke
atasMeurah Pupokmemandangkan ia anak seorang Sultan, namun Iskandar Muda menolak semua cadangan itu demi memastikan Syariat Islam tertegak ke atas sesiapa sahaja.
Suatu contoh teladan yang patut diikuti oleh pemimpin kita saat ini, sikap patriot yang sangat tegas dari seorang pemimpin yang tidak kenal perbedaan dalam menegakkan sebuah aturan.
sikap yang sudah hampir tidak mungkin kita dapati lagi pada pemerintahan di masa kebangkrutan moral seperti saat ini.

Meurah Pupok adalah anak dari isterinya yang bergelarPutri Gayoyaitu yang berasal dari suku Gayo salah satu suku di Aceh Tengah.
isteri Iskandar Muda yang lain adalahPutri Saniyang berasal dari Ribee, Pidie, Aceh. Dari Putri Sani, lahirlah anak yang akhirnya menjadi salah seorang Sultanah Aceh iaitu Sultanah Sri Ratu
Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675). Ratu Safituddin ini berkahwin dengan anak kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang, Malaysia yang akhirnya menjadi Sultan ke-13 selepas Sultan Iskandar Muda.
Beliau adalah Sultan Iskandar Thani (II) (1636-1641). Selepas zamannya, maka bermulalah Aceh diperintah oleh para Sultanah dengan dimulai oleh Sultanah Safiatuddin.

Isteri Sultan Iskandar Muda yang terkenal adalahPutroe Phang (Puteri Pahang). Namanya adalahPuteri Kamaliah. Ia merupakan puteri dari Kesultanan Pahang setelah Pahang ditakluk oleh Aceh
pada tahun 1617. Ada yang mengatakan bahawa Putroe Phang ini adik kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang pada masa itu. Namun, hasil perkahwinan antara Iskandar Muda dengan Putroe
Phang tidak melahirkan anak.

Anak Iskandar Muda yang bergelar Meurah Pupok ini adalah hasil perkahwinan Baginda dengan Putri Gayo. Kalimah Meurah adalah gelaran bagi Raja-Raja Aceh sebelum kedatangan Islam.
Contohnya adalahMeurah Siluiaitu orang yang awal mendirikanKerajaan Islam Samudera Pasai (sekarang Aceh Timur).Kerajaan Samudera Pasai bermula pada tahun 1042 sehingga 1427
Masihi. Meurah Silu di Islamkan sekitar tahun 1270-1275 Masihi oleh seorang ulama dari Mekah iaituSheikh Ismail.Akhirnya nama beliau bertukar menjadiSultan Malikus Saleh.Kerajaan ini
dimulai dengan Islam dizaman pemerintahannya iaitu tahun 1261-1289 Masihi. Dalam bahasa Gayo, kalimah Meurah disebut sebagai Marah.

Kini, makam Meurah Pupok iaitu anak Sultan Iskandar Muda ini dikelilingi oleh lebih 2000 makam tentera Belanda yang berjaya dibunuh oleh para Mujahid Aceh sekitar tahun 18. Di makam
Meurah Pupok, tercatat kata-kata yang sangat masyhur dari Sultan Iskandar Muda saat menjatuhkan hukuman hudud ke atas anaknya itu yaituMate Aneuk Meupat Jirat, Gadoh Adat Pat
Tamita. Perkataan yang diucapkan oleh baginda di dalam bahasa Aceh ini bermaksud Mati Anak Boleh Dicari Kuburnya, Tetapi Mati Adat Dimana Lagi Mahu Dicari.Maksud adat didalam
ayat ini adalah adat-adat yang Islami yang dihidupkan di bumi Aceh Darussalam pada masa itu.
Dalam sejarah Kerajaan Islam Aceh Darussalam di era Kesultanan Aceh (1514-1903), tercatat bahawa adalah seorang lagi sultan yang sangat tegas melaksanakan perintah Allah walaupun
terhadap anggota keluarganya sendiri iaituSultan Alauddin Riayat Syah II Al-Qahhar (Sultan Alauddin Riayat Syah Sayyid Al-Mukammil), sultan Aceh yang ke-10 yang memerintah pada tahun
1588-1604. Ini diakui olehTeungku Hasanuddin Yusuf Adan(Ketua Dewan Dakwah Islamiah Indonesia-Cabang Aceh (DDII) / pensyarah Fakultas Syariah IAIN Ar-Raniry)dalam tulisan beliau,
Syariat Islam di Aceh: Antara Implementasi dan Diskriminasi, menyatakan bahawa:

sebagai contoh konkrit tentang pelaksanaan Syariat Islam yang berkenaan dengan hukum hudud dalam kerajaan Aceh Darussalam adalah apa yang terjadi pada masa Sultan Alauddin Riayat
Syah II Al-Qahhar yang telah melakukan hukuman bunuh ( qishas ) terhadap puteranya sendiri, Abangta yang ditangkap kerana zalim, membunuh orang lain dan melawan hukum serta adat
yang berlaku dalam kerajaan.

Malangnya, ada buku-buku sejarah yang menulis bahawa, Aceh berada di bawah pemerintahan yang kejam dan keras iaitu zaman Iskandar Muda. Sekarang barulah kita mengetahui, yang
dimaksudkan dengan kejam dan keras itu adalah kerana beliau melaksanakan Syariat Allah dalam pemerintahannya. Inilah sejarah yang ditulis oleh para orientalis dan anak didik mereka