Anda di halaman 1dari 20

Novel Di Sebalik Dinara

Sinopsis
BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan
sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada
di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan
secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal terbang
ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh
Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya.
Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi
apabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner.
Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang
bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke
apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan
menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang
sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman
Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri
sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young,
Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada
pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha
berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau
hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi
dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan
keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran
Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna
perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat
menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram.
Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk
dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding
untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram.
Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa
dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi

peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa


dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman
kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada
mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu
untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi
peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara
yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram
di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang
kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga.
Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih
termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram
juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan
lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data.
Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang
bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan
Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir
berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab
untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida
juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan
mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida,
sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga
Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia
sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan
yang diatur untuk Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida
dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan
taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft
Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada
Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan
teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah
diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang
ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5
dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua

kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu


bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di
Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang
telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian
awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat
memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti
tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan
dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan
cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang
hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar
menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft
Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu
untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha
mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah
sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan
tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan
dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl
meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara.
Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl,
Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha
sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan
perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama
Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini
diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat
Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh
Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami
sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas
pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada
di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat
beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa
beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan
piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas
kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan
malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak

Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu
bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami
sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah,
dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha
tidak dapat melelapkan mata.
BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah
sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa
ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut
Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada
pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan.
Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan
diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi
ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu
menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat
berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip
yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan
Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di
hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti
tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu
bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila
Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat
satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan
itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid
dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran
Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana
WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari
maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang
enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna
merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan.
Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi
ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam
badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji
untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya
supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia

mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu


Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat
Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang
penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke
Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan
ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa
yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini
tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya
memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan
otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar
dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya
sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin
berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana
perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat
sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya
menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat
daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu
kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak
peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar
dan yang lebih hebat daripada lelaki itu. Manakala Shida tetap
murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam
tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah
menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap
meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap,
makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang
ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan
penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai
menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi
adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan
beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha.
Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi
dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari
hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang
dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi

untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat


berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya
Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan
diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan
manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan
Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha.
Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida.
Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar
ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang
telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga
menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi
cacat.
BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban
membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha
dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan
mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat
itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan
meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan
antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan
ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri
selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan
yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada
Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah
dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu
alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan.
Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana.
Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu
oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu.
Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa
perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat
mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil
peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak
perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi
dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat
mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas
suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah.

Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan


pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada
itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu
oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat
merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis
alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau
menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus
menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual
dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.
Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah
gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha
telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang
pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha
dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya
sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan
sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya
Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha.
Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga
mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap
seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak
berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan
akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada
ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris
mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakapcakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah
seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke
Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa

yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram
sangat yakin itu ialah Karl.

Tema
Persaingan dalam dunia sains.
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan
teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya
Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu
penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia
menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn
tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus
ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu
Dinara.

Persoalan

Kecanggihan teknologi
pada masa hadapan

- Rumah Farisha dilengkapkan alat


keselamatan yang canggih seperti retinal
scannerdan interkom.
-Karl telah mengorbankan ramai manusia
dan menjadikan mereka sebagai bahan
kajian utk membuktikan kehebatannya
dalam ciptaan sains

Ketaksuban
sesetengah golongan
manusia mengejar
kemajuan sains dan
teknologi
sehingga mengabaikan
nilai kemanusiaan.
Kasih sayang sesama
Azraai sangat menyayangi adik angkatnya,
ahli keluarga
Farisha dan sentiasa memastikan
keselamatan adiknya dalam keadaan yang
terbaik.
Kepincangan keluarga Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila
yang berlaku dalam
enggan mengikut Karl meninggalkan agama
kalangan masyarakat
dan hidup sebagai ateis.

Watak dan perwatakan

Farisha (watak
utama)

Shida

Azraai

Rosman

-berusia dalam lingkungan umur 26 tahun


-Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
-seorang gadis yang genius dan pakar dalam
penggodaman IT
Contoh: Farisha diminta oleh Dr Maxi menggodam
sistem Dinara yang dibuat oleh
Karl kerana dia pernah berjaya melepasi sistem
keselamatan Bank Sapurba
dahulu.
-Berhati-hati dalam membuat keputusan
Contoh: Farisha tidak tergesa-gesa menerima
tawaran Aqram untuk projek mini
bernilai tinggi sebaliknya meminta pandangan
abangnya yang lebih berpengalaman
dalam perniagaan
-Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan.
Contoh:Pakaiannya disusun mengikut kategori dan
warna. Semua benda akan
disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan
pelbagai peraturan yang
diciptanya sendiri.
-Kawan serumah dengan Farisha
- Rajin membaca
-Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi
memilih untuk menjadi penulis
- Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi
Dinara
-Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan
Karl secara bawah sedar
- Abang angkat Farisha
-Sangat mengambil berat dan sayang akan adik
angkatnya, Farisha
-Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat
keputusan
- Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi
daripada pengetahuan Farisha
- Menghidapi penyakit jantung
-Rakan kongsi Farisha

Aqram

Alia

Karl

Medina@Marilyn

Nilai

1. Kesyukuran

-Bersikap materialistik dan mementingkan wang


-Mengambil berat masalah Farisha
-Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan
Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
-Seorang yang tampan, kemas dan sangat
sempurna penampilannya.
-Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang
menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama
Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah
seorang lelaki OKU.
-Seorang pekerja senior di Soft Lab
-Perawakan wajah yang cantik
- Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan
tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina.
Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana
wanita yang rapat dengan Karl
- Sangat menyayangi Karl.
-Kurang sabar dan cemburu.
-Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai
teknologi
-Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi
dengan Marilyn@Medina
-Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana
persaingan dunia sains
-Bapa kandung Farisha
-Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik
khas dalam rumah agamnya di Puchong.
-Wanita keturunan Portugal
-Cantik, putih dan berambut keriting
-Bijak dan hebat dalam bidang sains
- Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan
Karl
- Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia
sains

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar


dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia
membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl

2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara
Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal
keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang retinal scanner
dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah
terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat.
Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya
genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.

4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai
orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan
ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya.
Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan
kepada keluarga angkat.

5. Kepatuhan kepada ketua


Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu
Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga
sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan
Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan
syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama
untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk


mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka
selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.


Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya,
dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan
memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan
keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat
rujukan adiknya untuk banyak perkara.

2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan


manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga
hampir mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah
ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya
genius tanpa diberikan ubat bius.

Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya.


Contohnya, untuk menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan
Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya
iaitu Rusmina dan Akeem.

3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.


Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab
untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta
pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita

Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak


seharusnya bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga
mengganggu orang lain di sekitarnya.

5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita


dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl
iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk
menyelamatkan masa depan Dinara.

LATAR

Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba
membuka pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal.
Dia menekan interkom minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk
membuka pintu.

Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk


makan malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua
berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan
kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.

Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida


berbincang di pejabatnya Secured Shell untuk meneliti dokumen
undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit
kepala.

Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang
terlibat dalam projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung,
manakala Medina menangis teresak-esak.

2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk
mengambilnya. Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di
Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi.
Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.

Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan
Rosman bertemu Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan
projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat
e-mel Aqram.

Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku
pada waktu pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala
Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada
waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu
yang pelik pada wajah Alia.

3. Petang

Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit
Farisha yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja.

Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik
Farisha untuk mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada
masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul
farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang
peribadi Farisha.

Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B,
tempat Farisha mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana
membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab.
Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap.
Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari
esok.

Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid


dan Amin menyusup masuk ke dalam wad Farisha dan cuba
menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti di pelipis kiri
Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.

Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan
projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan
daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi
dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai touch
screen.

Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan
saintis yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah
sedar yang dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi.
Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.

Lapangan Terbang Senai


Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia
menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di
telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.

Monorel Stesen kereta api ke Puchong


Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha
dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang
getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia
berbual-bual ringkas dengan wanita itu.

Rumah agam Karl di Puchong


Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi
bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku
melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut
dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat
yang membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus
tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan
jururawat.

Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak
menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada
abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan
kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling
mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain.
Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.

2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara
yang kuat. Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya
sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri


Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan
kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak
dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl
telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.

4. Masyarakat yang celik ICT


Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh
masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu

mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer.


Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di
rumahnya dan apartmen Farisha.

5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji


Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl
untuk mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga
Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian
kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.

6. Masyarakat yang bijak


Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja
mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia
telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun belum
memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan
Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara.

Plot
Binaan Plot
1. Permulaan Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas
menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk
kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke
Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia
berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa
semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance.
Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft
Lab.

2. Perkembangan Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan


di Soft Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr
Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji
projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan
Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai
maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa
kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.

3. Konflik Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila


mengetahui yang dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang
malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di
pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan
dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar
dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi
mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

4. Klimaks Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil


alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl.
Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan
dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka.
Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang
tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk
menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr
Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang
hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi
sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak.


Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl.
Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina
menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda
dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7
malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.

Teknik Plot

1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya
menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang
berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan
Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan
membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan
kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan
di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang
membongkar kisah silam Khairul Anwar.

3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi
bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membantingbanting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha
dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana
bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi
diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan
Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan
mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha
melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan
berlaku kepada Shida.

4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya
Muhammad Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi
jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi
makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya.
Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.

Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya apabila kau dah sihat nanti.
Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?

Bahasa Inggeris
Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.

Istilah teknologi maklumat

Anda mungkin juga menyukai