Anda di halaman 1dari 28

TIPS BELAJAR SEJARAH

Disediakan oleh:
Musjahida bt Mustafa
KP Sejarah
SMK Setia Alam

BEST KE BELAJAR SEJARAH


NI???
SEJAK akhir-akhir ini ada pelajar yang mengatakan
belajar mata pelajaran sejarah susah. Antara
alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta,
malas nak hafal isi penting, tidak berminat dan
macam-macam lagi alasan yang diberikan.
JIKA anda tidak belajar sejarah macam mana anda
hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan
jika anda tidak kenal dengan negara anda sendiri.
Adalah satu penipuan yang besar juga anda
mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa
saya katakan penipuan yang besar?

PERTAMA, anda bercakap tentang sejarah


setiap hari. Buktinya saya tidak dapat
menyiapkan kerja sekolah kelmarin.
Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan
peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda
bercakap tentang sejarah.
KEDUA, anda menerangkan tentang keluarga
anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan
bapa, nama tempat tinggal dan bila anda
dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu
juga sejarah.

KETIGA, anda belajar mata pelajaran yang lain .


Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh
dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah
walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa
saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam
matematik dan bandingkan dengan Sejarah
tingkatan empat juga ada terkandung teori yang
dikemukakan oleh ilmuan Islam.
KEEMPAT, anda menonton permainan bola sepak
malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda.
Itu juga sejarah.

KELIMA, anda kata pelajaran sejarah susah.


Ada caranya untuk kita permudahkan.
Nanti saya tunjukkan.
KEENAM, anda masuk jurusan apapun di
universiti anda tidak akan terlepas
daripada sejarah. Tak percaya masuklah
mana-mana universiti dulu.

KAEDAH 1- GUNA
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung
FORMULA
Tanah Arab, China dan India. (bab: 7 ting 4)
A

Negara
A= Arab
C= China
I= India

Tokoh
J= John Crawford
E= Emanuel Gadinho Eredia
S= Snouck Hurgronje

** Pelajar hafal formula ACI dan JES


Ayat penuh:
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini
dikemukakan oleh John Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang
dari China. Teori ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia.
Manakala teori yang ketiga pula ialah Islam datang dari india. Teori ini
dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui
kaedah ini?.

KAEDAH 2: MELUKIS
Di dalam kelas sesetengah pelajar ada
bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi
bolehlah melukis apabila sampai ke tajuk
yang bersesuaian. Tidak salah di dalam
nota pelajar diletakkan satu lukisan
supaya mudah mengingati fakta. Dengan
lain perkataan satu kali baca boleh ingat
dalam jangka masa yang panjang.
Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap
( sejarah ting 4 bab 3)

Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan
penanaman padi sawah yang penting. Selain
daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur
kerana mendapan lumpur pada musim kemarau.
Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber
protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan
perkataan dalam lukisan)
Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting
ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa
menjawab soalan esei jangan pula dilukis gambar
tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota sahaja.

KAEDAH 3: PERSEKITARAN
PELAJAR

Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa


yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk
tetentu yang boleh gunakan persekitaran
pelajar untuk menjelaskan lagi tajuk
berkenaan. Malah bukan itu sahaja kaedah
ini boleh meningkatkan daya ingatan
pelajar untuk jangka masa yang lama,
sebab setiap hari pelajar lihat persekitaran
mereka.

Saya membandingkan persekitaran pelajar


dengan bandar terancang tamadun Indus.

Jalan- setiap hari gunakan jalan itu.


Masjid- sembahyang di masjid.
Sistem kumbahan- hari-hari buang sudah
tentu boleh ingat.
Sungai- setiap hari lihat sungai,
memancing, mandi dsb.
Ini merupakan satu lagi cara mudah untuk ingati
fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan
dengan persekitaran atau tempat tinggal kita
sahaja. Mudah bukan.

KAEDAH 4: MENGUASAI FAKTA MELALUI


KAEDAH RAKAN FAKTA
Aktiviti 1:
Pelajar menjawab soalan objektif yang sama
seperti di aktiviti satu dan mencatat ayat buku
teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu
tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka
surat berdasarkan buku teks yang dirujuk. Semua
catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang yang
telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar
memperolehi jawapan tepat dan fakta yang akan
diingati oleh pelajar. Pelajar juga akan membuat
pembetulan jawapan semasa aktiviiti dua ini.

Aktiviti 2:
Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca
dan Terlihat semasa mencari ayat jawapan
bagi soalan dan tajuk berkenaan.
Contohnya tokoh,peristiwa, gambar, peta
dan istilah penting. Semua catatan
tersebut dipindahkan ke dalam buku nota.

Aktiviti 3:
Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka
surat yang diperolehi dari buku teks.
Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh
guru
Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar
penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C Menguasai ekonomi negeri-negeri Melayu
D Mengawal penduduk di kawasan yang

1.2 Tugas pelajar


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mencari jawapan dalam buku teks


Menulis jawapan A, B, C atau D
Menulis ayat dalam buku teks
Menulis muka surat
Mencatat peristiwa, gambar, tokoh atau apa
saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
Pelajar bertukar-tukar maklumat

KAEDAH 5: BUAT LATIHAN BANYAK-BANYAK


Lakukan banyak latihan... biasanya soalan
SPM objektif akan berulang.. cuma
ayatnya yang berbeza.. aspek kemahiran
yang ditanya berbeza tapi maksud soalan
sama... Untuk F4 dan F5, kena cuba
banyak soalan dan latihan.. kalau anda
malas berlatih skill menulis, hmm..
susahlah..

KAEDAH 6: TENGOK VIDEO


Cuba belajar daripada filem, tengoklah Youtube,
film... anda akan ingat dengan lebih lama sebab
ada bunyian dan gambar (visual) yang
menjadikan otak kita dapat menyimpan
maklumat dalam kotak ingatan jangka masa
panjang.
Kalau tiada film atau u tube yang berkaitan,
visualkan dalam kepala anda.. supaya lebih lama
dapat mengingati sesuatu perkara..kalau anda
boleh bayangkan buku "harry potter" dalam
kepala anda, tidaklah sesukar mana
membayangkan cerita sejarahkan??

KAEDAH 7: TEKNIK MENGINGAT


BERCERITA)
(WAWASAN 2020)

PAK ABU PADU


BRAHIM-BEBAS
DATANG- DEMOKRATIK
MEMINANG-MORAL
LIMAH-LIBERAL
SEMALAM- SAINTIFIK
PAK-PENYAYANG
ABU- ADIL
MENOLAK- MAKMUR

(KAEDAH

KAEDAH 8: SUKA CIKGU SEJARAH


Yang lebih penting, kalau anda kurang suka
sejarah, perlulah 'cinta' sejarah supaya lebih
mudah belajar sejarah.. bukankah lebih mudah
menyayangi sesuatu atau seseorang jika anda
'suka' atau 'cinta'?? Kalau anda tidak suka guru
sekalipun, cubalah untuk 'sukakan' dia... sebab
anda akan mendapat balik apa yang sering
anda berikan...

1. Jadilah Pendengar yang baik...Memahami


peristiwa yang biasanya mengandungi ciri/
faktor /kesan dengan baik.Ketika guru
menerangkan sesuatu peristiwa dalam kelas,
dengar dengan teliti.. Anda jangan jadikan diri
anda pekak...
2. Jadikan pandangan mata anda tajam...
sentiasa memandang sejarah sebagai peristiwa
yang sentiasa memandu anda menilai masa
depan... contohnya mengkaji mengapa Kerajaan
Empayar Rom / Yunani jatuh tersungkur padahal
empayar mereka gagah berdiri dan
teguh...belajar daripada filem : " apa yang anda
lihat akan diframekan dalam lingkungan otak
jangka panjang lebih baik daripada nota / teks
biasa"

3.Jadikan media siber sebagai bahan


pembelajaran secara interaktif : baca bahan
internet - lihat peta, gambar, peta minda yang
disediakan.
4.Jadikan diri anda seorang yang tidak segan
bertanya... tanyalah guru anda jika kurang faham
mengenai sesuatu perkara... memahami sub tajuk
asas utama memahami sesuatu tajuk...Contoh:
dengan memahami konsep asas Malayan Union,
anda akan memahami mengapa MU ditolak oleh
orang Melayu? Dan mengapa hanya orang Melayu
yang terlibat?

4.Jadikan diri anda seorang yang tidak segan


bertanya... tanyalah guru anda jika kurang faham
mengenai sesuatu perkara... memahami sub
tajuk asas utama memahami sesuatu
tajuk...Contoh: dengan memahami konsep asas
Malayan Union, anda akan memahami mengapa
MU ditolak oleh orang Melayu? Dan mengapa
hanya orang Melayu yang terlibat?

5. Tahukah anda sejarah merupakan pelajaran


tertua di dunia? Sejarah membolehkan anda
pengembara melintasi masa dan benua...