Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM KBK (KAWAN BANTU

KAWAN) MATEMATIK 2011


1.0 PENDAHULUAN
Pencapaian prestasi Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam didapati masih rendah di
peringkat sekolah dan di peringkat negeri Melaka. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti, Panitia
Matematik memperkenalkan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) kepada semua pelajar tingkatan
1,2,3,4 dan 5 bagi 3 kelas yang pertama setiap tingkatan.
Seperti yang diketahui mempelajari matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Untuk menguasai
matematik, pelajar perlu banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap
pelajar dapat menguasai sesuatu topik. Oleh kerana itu ,program ini diperkenalkan bagi membantu
pelajar lemah menjadi pelajar cemerlang supaya setiap pelajar dapat berkongsi belajar bagi
meningkatkan peratus lulus dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dalaman dan awam.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kualiti dan kuantiti peratus lulus mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman
dan awam.
(Sila rujuk Lampiran A)
3.0 OBJEKTIF
Bagi membantu pelajar yang sederhana dan lemah pencapaiannya dalam Matematik untuk:
Mendapat keputusan gred cemerlang A+ atau A.
Meningkatkan motivasi pelajar sederhana dan lemah supaya dapat bersaing dengan prestasi pelajar
cemerlang.
Mencapai target cemerlang (> 50% ) di peringkat PMR dan SPM.
4.0 SASARAN
Guru matematik (mata pelajaran), 3 kelas pertama setiap tingkatan - Menengah Rendah (Kelas Ixora,
Alamanda, Jasmine), Menengah Atas (Kelas SN, SSI, PA)
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh: 14 Februari 2011 hingga Peperiksaan PMR dan SPM 2011


Dilaksanakan waktu persekolahan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dan di luar waktu
persekolahan.
6.0 TEMPAT

Kelas masing-masing dan di luar kelas

7.0 PENGANJUR
Panitia Matematik, SMK Tun Mutahir, Melaka

8.0 SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN

PCG Matematik ( Sila rujuk lampiran B )

9.0 INPUT

Latih-tubi dengan mengamalkan Kaedah Belajar Berkumpulan.

10.0 JAWATANKUASA

Sila rujuk lampiran C1 ,CII, D1 dan DII

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran E

12.0 PENILAIAN PROGRAM

Tugasan yang diberikan oleh guru (2 minggu sekali)


Ujian dan Peperiksaan

Kuiz
Lain-lain
13.0 PENUTUP
Dengan sokongan padu serta pelbagai kepakaran dan pengalaman guru-guru Matematik, program ini
diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman
dan awam setiap tahun.

Menerusi pelaksanaan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) ini juga Panitia Matematik dapat melahirkan
seramai mungkin pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Semoga program ini juga
berjaya mencapai matlamat serta objektif visi dan misi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai