Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERASMI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015

SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM SATU Malaysia


TUAN GURU BESAR SK METH(ACS) SITIAWAN (EN ISMAIL BIN NAYAN)

YANG DIPERTUA PIBG(MR TAN PENG HOOI)


PENOLONG-PENOLONG KANAN, PARA IBU BAPA , GURU-GURU DAN MURIDMURID .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana


menjemput saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SK METHODIST(ACS)
SITIAWAN, bagi tahun 2015. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program
tahunan di sekolah ini demi kepentingan murid-murid. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Murid-murid bukan sahaja datang ke sekolah untuk
belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang
berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar
dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti
pendidikan negara.
Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut
amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.
Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anakanak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan
zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh
melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat
menyumbang kepada kejayaan anak-anak.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kepimpinan sekolah pula perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Bagi menghasilkan
pendidikan yang bermutu, guru-guru perlu melakukan anjakan paradigma dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan murid

untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Kita perlu berganjak daripada
pendekatan model kilang penghasilan pendidikan (factory model of producing
education) kepada model penciptaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberangsangkan minda, yang menguji daya kreativiti dan inovasi, yang
mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasah ketajaman
penaakulan (reasoning) murid. Ertinya, orientasi pengajaran dan pembelajaran
mesti berganjak daripada pembelajaran berbentuk hafalan (rote learning) kepada
pembelajaran yang memberangsangkan akal (mind stimulating learning).
Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari
dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka
dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini
tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa
hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang
menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan
berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Kepada murid-murid yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi
ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita
harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian,
Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai
hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan
sentiasa menyokong antara satu sama lain
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan
syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Cemerlang tahun ini. Dengan ini, saya MERASMIKAN, Majlis Anugerah Cemerlang
SK METHODIST(ACS)SITIAWAN, tahun 2015.
Sekian. Terima kasih dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai