Anda di halaman 1dari 4

SHARANIAUDHAYAKUMAR

5/25/2016

Penghasilan tekanan udara

6.1Tekanan Udara

1. Kewujudan tekanan udara boleh diterangkan dengan


menggunakan Teori Kinetik Jirim.
2. Teori ini menyatakan bahawa zarah-zarah di dalam
sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggaran
antara satu dengan yang lain.

Rajah Perlanggaran zarah-zarah gas pada dinding


bekas menghasilkan tekanan gas.

3. Udara merupakan jirim yang terdiri daripada zarahzarah yang bergerak secara rawak ke semua arah.
4. Zarah-zarah yang sentiasa bergerak ini berlanggar
semua objek yang berada di ruang udara dan
menghasilkan tekanan ke atas objek-objek itu.
5. Apabila udara terkandung di dalam sesuatu objek,
zarah-zarah ini memberi tekanan ke atas permukaan
dalam bekas itu.
6. Tekanan yang dihasilkan oleh perlanggaran zarahzarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan
dalam sesuatu objek ini dikenali sebagai tekanan
udara.

7. Tekanan udara bertindak ke semua arah.


8. Tekanan udara berkurangan mengikut ketinggian dari
permukaan bumi.
9. Tekanan udara di puncak gunung lebih rendah daripada
tekanan udara di kaki gunung.

Tekanan
udara
rendah

Tekanan
udara
tinggi

10. Keadaan ini berlaku kerana bilangan zarah udara


berkurangan di tempat yang tinggi.

SHARANIAUDHAYAKUMAR

5/25/2016

11. Tekanan udara pada atas laut adalah tinggi kerana


setiap lapisan udara di atasnya menekan ke bawah.
12. Kejadian ini boleh dianalogikan dengan keadaan
selimut di bahagian paling bawah yang terasa sangat
berat Hal ini disebabkan lapisan-lapisan selimut di atas
menekan ke bawah.

SHARANIAUDHAYAKUMAR

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara


1. Tekanan udara di dalam sebuah bekas tertutup
dipengaruhi oleh isi padu dan suhu udara.
2. Jika udara dimampatkan dengan mengurangkan isi
padu bekas, zarah-zarah udara akan melanggar dinding
bekas dengan lebih kerap. Hal ini menyebabkan
tekanan udara bertambah.
3. Tekanan udara juga akan bertambah apabila udara di
dalam bekas dipanaskan.
4. Hal ini berlaku kerana zarah-zarah udara memperoleh
lebih banyak tenaga dan melanggar dinding bekas
dengan lebih kuat dan kerap.

5/25/2016

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara


1. Tekanan udara di dalam sebuah bekas tertutup
dipengaruhi oleh isi padu dan suhu udara.
2. Jika udara dimampatkan dengan mengurangkan isi
padu bekas, zarah-zarah udara akan melanggar
dinding bekas dengan lebih kerap.
3. Hal ini menyebabkan tekanan udara bertambah.
4. Tekanan udara juga akan bertambah apabila udara di
dalam bekas dipanaskan.
5. Hal ini berlaku kerana zarah-zarah udara memperoleh
lebih banyak tenaga dan melanggar dinding bekas
dengan lebih kuat dan kerap.

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara dalam Kehidupan Harian


(a) Picagari

6.2
AplikasiPrinsipTekananUdara
dalamKehidupanHarian

1. Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan tekanan


rendah terbentuk di dalam picagari.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke dalam picagari.

Tekanan
udara
tinggi

Tekanan
udara
rendah

SHARANIAUDHAYAKUMAR

(b) Sifon

5/25/2016

(c) Penyedut minuman

1. Apabila air mengalir keluar dari hujung bawah salur,


kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk
ke dalam sifon.
Tekanan
udara
tinggi

Tekanan
udara
rendah

1. Apabila udara disedut, kawasan tekanan rendah


terbentuk di dalam penyedut minuman.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke dalam penyedut minuman.
Tekanan udara tinggi

Tekanan udara rendah

(d) Pam penyembur


1. Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara
dipancut keluar dengan laju.
2. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling
muncung silinder.
3. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih
tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke
dalam tiub logam.
4. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisantitisan kecil oleh udara yang di pancut keluar dengan
laju dari silinder.

Tekanan udara
tinggi

Tekanan udara
rendah