Anda di halaman 1dari 43

Zulnaidi Yaacob

2010

Diterbit Oleh
MUST READ SDN BHD
35, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.

Hak cipta Zulnaidi Yaacob 2010


Cetakan Pertama 2010
Hakcipta terpelihara tidak dibenarkan
mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
Must Read Sdn. Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan


Zulnaidi Yaacob
Teknik urus wang individu berkesan / Zulnaidi Yaacob.
ISBN 978-967-5426-34-6
1. Finance, Personal. I. Judul.
332.024

Penerbit sedaya upaya memastikan buku


yang diterbit ini berautoriti dari segi topik yang
dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak
boleh menganggap memberikan khidmat
perundangan, atau khidmat profesional yang
lain kepada pembaca. Sekiranya memerlukan
khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat
bertauliah dan berkelayakan.

Muka Taip Teks : Verdana


Saiz Taip Teks : 10/14

Tel: 03-4142 0611


Fax: 03-4142 0612
www.mustread.com.my
Penerbit Eksekutif
Mohd. Sharudin Dawam
Editor Urusan
Abdul Kahar Abdul Hamid
Editor
Ainun Najah Ali
Reka Letak/ Kulit
Fadhlan Rahim
Penulis
Zulnaidi Yaacob
Diedar Oleh
MUST READ SDN. BHD
35, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4142 0611
Fax : 03-4142 0612
www.mustread.com.my
Dicetak Oleh
Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Lot 18 & 20, Jln 4/10B,
Spring Crest Industrial Park
Batu Caves, Kuala Lumpur.

ISI KANDUNGAN
PRAKATA
PENDAHULUAN

v
vii

BAB 1

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

BAB 2

TEKNIK PIRAMID

35

BAB 3

TEKNIK WAU BULAN

51

BAB 4

TEKNIK BATERI KOMPUTER

75

BAB 5

TEKNIK DIET

91

BAB 6

TEKNIK NILAI HOBI

103

BAB 7

TEKNIK BAWAH ARAS

113

PENUTUP

127

PRAKATA

Terima Kasih,
Paling utama saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT
yang telah memberikan saya nikmat yang terlalu banyak untuk
dirakamkan. Tidak lupa salawat dan salam ke atas junjungan besar
Rasulullah SAW yang begitu agung dalam sejarah ketamadunan
manusia. Sebagai hamba yang kerdil, idea tentang teknik urus wang
yang ditulis dalam buku ini adalah kurniaan yang diberikan melalui
pengamatan ke atas peristiwa yang berlaku di sepanjang kehidupan
saya, yang RAHSIA untuk setiap kejadian dan peristiwa itu, hanya
DIA yang tahu.
Tidak lupa rakaman kekaguman saya pada AYAH dan MEK
yang telah mendidik anak-anaknya hingga berjaya menjadi insan
yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. Walaupun tidak
mempunyai wang yang bergunung, mereka telah menghadiahkan
anak-anaknya dengan satu kehidupan yang penuh terisi. Sekadar
seorang pengayuh beca dan suri rumah, mereka telah menterjemahkan
hidup ini kepada anak-anak dengan begitu sempurna termasuk
dalam aspek pengurusan wang.

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Untuk guru-guru, rakaman terima kasih kepada semua mahaguru


saya tanpa mengira di mana anda berada. Segala tunjuk ajar kalian
sama ada mengajar saya menulis, membaca, mengarang atau
mengira telah menjadi harta berguna untuk saya melahirkan buku
ini. Melalui buku ini, saya juga berharap untuk menjadi guru yang
bererti kepada banyak kehidupan.
Untuk seluruh ahli keluarga dan teman-teman yang mewarnai
perjalanan hidup saya, buku ini juga mustahil terhasil tanpa
sokongan yang diberikan oleh kalian. Walau hanya sekadar berkata
aku akan baca buku kau , itu sudah menjadi perangsang yang hebat
untuk saya menyiapkan buku ini terutama ketika tuntutan lain kian
bertambah.
Untuk semua pembaca, terima kasih atas sokongan yang
diberikan. Semoga anda akan mempelajari sesuatu yang bermanfaat
melalui buku ini.
Ucapan terima kasih istimewa untuk sahabat lama EDLEE BLACK
yang sudi berkongsi petikan lensa beliau untuk menjadi sebahagian
catatan penting buku ini.
Sekian
Terima Kasih
Zulnaidi Yaacob, PhD
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

vi

PENDAHULUAN

Saya menulis buku bertajuk TEKNIK URUS WANG INDIVIDU


BERKESAN untuk pembaca yang masih tercari-cari akan teknikteknik terbaik yang boleh digunakan untuk mengurus wang masingmasing. Tidak kira sama ada anda memiliki wang yang sedikit atau
wang yang banyak, kesemuanya perlu diuruskan. Sebut sahaja
fasal wang, tidak ada sesiapapun yang tidak inginkan wang atau
tidak tahu menggunakan wang. Namun hanya sedikit yang tahu
menguruskannya. Bagaimana pentingnya untuk kita mengurus
waktu yang terbatas dan usia yang terlalu bernilai, wang juga perlu
diurus kerana bagaimana wang itu diperoleh, diurus dan akhirnya ke
mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan, semuanya merupakan
amanah yang akan diperhitungkan di hari kemudian.
Ada orang yang setiap kali bila sampai sahaja pertengahan bulan,
wang gaji yang diperoleh sudah habis dibelanjakan. Maka terpaksalah
pula mereka menagih simpati dari orang lain, itu pun kalau ada yang
bersimpati. Ada juga orang yang menjadi tetamu setia setiap kali
pesta membeli belah diadakan, tapi akhirnya kad kredit yang ada
sudah tidak bernyawa lagi. Itu gambaran tentang mereka yang

vii

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

gagal menguruskan wang dengan baik sehingga perbelanjaan yang


dilakukan akhirnya melebihi pendapatan yang diperoleh.
Sebaliknya ada juga orang yang memberi kemewahan melampau
kepada anak-anak sehingga anak-anak mereka mendapat lebih dari
apa yang diperlukan. Tidak kurang juga orang yang menggunakan
wang untuk mempengaruhi orang lain supaya bertindak secara tidak
beretika dengan menghulurkan rasuah atau suapan. Ini pula kisah
tentang mereka yang ada wang tapi tidak menggunakannya secara
terurus. Jadi apabila saya menyentuh tentang urus wang, saya
bukan sahaja menulis untuk mereka yang kekurangan wang tapi
juga untuk mereka yang salah menguruskan wang. Namun buku ini
langsung tidak menyentuh tentang bagaimana si kaya boleh terus
menambahkan kekayaan!
Jika anda menyelongkar statistik tentang jumlah mereka
yang muflis, menanggung hutang kad kredit, disenaraihitamkan
atau hartanah mereka dilelong, angka yang dipamerkan cukup
menggerunkan. Ianya adalah gambaran tentang adanya sesuatu
yang tidak kena tentang pengurusan wang yang sedang berlaku
dalam kalangan masyarakat kita. Anda lupakan seketika tentang
soal polisi kerajaan, keadaan ekonomi, kejatuhan industri dan
ketidaktentuan pasaran saham. Saya bukan menulis tentang itu,
tapi melalui buku ini saya menulis tentang tanggungjawab sendiri ke
atas diri kita. Soal poket kita, biar kita yang uruskan!
Sebenarnya isu tentang pengurusan wang bukan melibatkan
antara seorang individu dan wang itu sahaja, tapi ia akan berangkai
pula dengan masalah lain termasuk masalah peribadi, kesihatan,
kekeluargaan, kerjaya dan masalah sosial lain. Memang benar
kata orang bahawa wang bukan segala-galanya tapi hampir segala
keperluan kehidupan ini memerlukan wang. Buku ini dihasilkan bukan
sekadar untuk menambah koleksi bacaan anda tapi sebagai penulis,
saya mempunyai impian mega melalui penulisan buku ini. Saya
berharap agar idea yang terkandung dalam buku ini akan sampai ke
hati dan minda sebanyak mungkin rakyat Malaysia terutama sekali
rakyat yang sederhana sahaja pendapatannya. Idea kerdil yang
terakam dalam buku ini bukanlah jaminan bahawa anda akan bebas

viii

PENDAHULUAN

dari belenggu kewangan tapi saya sekadar berusaha membantu anda


mencari penawar untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.
Walaupun soal pengurusan wang penting untuk semua orang, namun
tatkala saya menulis buku ini, isu yang dikupas lebih menyentuh
sisi hidup mereka yang berpendapatan sederhana dan bukannya
golongan jutawan. Buku ini juga dapat memberi manfaat kepada
golongan yang baru bekerja iaitu mereka yang sedang tercari-cari
langkah terbaik untuk merancang kewangan masing-masing.
Walaupun anda mungkin akan menemui buku lain tentang
pengurusan wang ketika anda mengunjungi toko-toko buku, buku
ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan menggunakan
bahasa yang ringkas, saya berharap objektif buku ini akan dapat
sampai ke hati setiap yang membaca. Walaupun buku ini ada
mencadangkan strategi atau teknik tertentu yang perlu diambil, anda
perlu menyesuaikan setiap teknik tersebut dengan latar kehidupan
masing-masing kerana bukan orang lain dan bukan juga saya, tapi
anda yang lebih arif tentang matlamat hidup anda.
Melalui buku ini, saya ingin mengajak anda memahami bahawa
wang lebih dari sekadar alat untuk berbelanja. Saya berharap buku
ini akan memberikan anda info tentang bagaimana wang bertingkah
laku. Hanya apabila anda memahami tentang tingkah laku wang,
maka barulah wang boleh diuruskan. Apakah tingkah laku wang
yang cuba saya gambarkan melalui buku ini? Ada orang mengatakan
bahawa wang itu menggoda! Tak kurang juga yang menyamakan
wang itu dengan hantu! Malah bukan sedikit yang menyatakan
wang itu perosak hubungan kekeluargaan! Bagaimana pula dengan
mereka yang menyatakan wang itu pemutus persahabatan! Anda
boleh menggambarkan apa sahaja yang anda mahu tentang wang.
Namun hakikatnya, baik atau buruk wang bukan kerana wang itu
sendiri tapi kerana manusia yang menjadi tuan punya wang itu. Maka
wang secara sendirian tidak boleh bertingkah laku. Yang menentukan
tingkah laku wang ialah manusia. Kalau anda menggunakan wang
untuk membantu orang yang sedang dilanda musibah, maka baiklah
wang itu jadinya. Sebaliknya, jika anda menggunakan wang untuk
membayar upah orang lain melakukan kejahatan, maka wang itu

ix

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

akan menjadi alat pemusnah pula.


Pada ketika ini, saya hanya mahukan anda menyedari bahawa
wang adalah alat yang boleh diurus. Dengan adanya wang, kita
boleh memilih sama ada untuk menggunakannya ke jalan yang baik
atau jalan yang buruk. Untuk mencapai objektif agar wang dapat
digunakan untuk kebaikan, maka wang perlu diurus dengan bijak.

BAB 1

Pengenalan teknik urus wang


Wah! rupanya mengurus wang juga mempunyai pelbagai teknik.
Mungkin itulah reaksi pertama anda sebaik sahaja memandang dan
membaca tajuk buku ini. Selama ini anda mungkin berfikir bahawa
mengurus wang itu merupakan satu urusan yang sangat senang iaitu
bila ada wang maka boleh berbelanja dan jika ada lebihan wang,
maka bolehlah menabung atau melabur. Sebenarnya pengurusan
wang individu tidak semudah itu kerana setiap individu mempunyai
gaya hidup yang berbeza. Maka setiap orang perlu menggunakan
teknik urus wang yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan
peribadi masing-masing.
Buku sebegini sudah berlambak di pasaran tapi tidak pun boleh
membantu sesiapa menjadi kaya dengan membaca buku. Mungkin
ini pula reaksi kedua tatkala anda mula mendekati buku ini. Anda
silap kalau beranggapan bahawa buku ini sama dengan buku-buku
lain yang sedia ada di pasaran. Sebenarnya strategi yang diutarakan
dalam buku ini adalah strategi yang merujuk pada persekitaran

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

kehidupan yang saya lalui. Jika ada persamaan dengan mana-mana


buku yang pernah ditulis, ianya sekadar mengambarkan bahawa
persoalan pengurusan wang adalah persoalan yang bukan baru dan
unik. Strategi-strategi yang dikemukakan dalam buku ini kesemuanya
berdasarkan latar belakang akademik saya dalam bidang perakaunan,
pengalaman kerja saya sama ada sebagai pegawai akaun, pegawai
pemasaran atau pensyarah. Yang lebih menarik, strategi yang
dijelaskan dalam buku ini juga berdasarkan pengalaman hidup saya
serta individu-individu yang mewarnai kehidupan saya. Sebagai
buku yang unik dan berbeza, tidak rugi sekiranya ia menjadi antara
menu santapan minda dan jiwa anda. Jika anda merasakan buku ini
bermanfaat, kongsilah ilmunya dengan orang-orang yang berada di
sekeliling anda.
Apa yang dijanjikan oleh buku ini? Sudah tentu buku ini
tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya seperti buku-buku
yang mengajak anda menjadi jutawan. Sebaliknya buku ini akan
mendedahkan tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk
menguruskan kewangan anda dengan pelbagai cara. Sejauh mana
setiap teknik ini berkesan pula terletak pada komitmen berterusan
anda untuk melaksanakan teknik-teknik yang dicadangkan.
Walaupun buku ini mendedahkan enam teknik untuk urus wang,
anda tidak perlu memilih untuk mengamalkan satu teknik sahaja
atau mengamalkan kesemua teknik sekali gus. Sebaliknya anda
boleh memilih kombinasi teknik-teknik yang sesuai dengan matlamat
dan gaya hidup masing-masing.
Kenapa saya memilih untuk menulis buku ini? Saya ingin berikan
sesuatu yang bermakna kepada bangsa saya. Walaupun sumbangan
ini kecil, saya berharap ia dapat membantu sebahagian dari anda
untuk mengurus wang dengan lebih baik. Saya tidak mahu menjadi
begitu emosional untuk menyatakan bahawa banyak masalah sosial
yang menimpa masyarakat pada hari ini, sebahagiannya adalah
bertitik tolak dari masalah kewangan individu. Memang benar bahawa
wang tidak boleh membeli kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.
Namun, kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa isu tentang
wang merupakan isu kehidupan yang begitu signifikan. Persoalan
kegembiraan, keseronokan, keterujaan, kedukaan dan kesedihan

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

sebuah kehidupan adakalanya mempunyai hubungan yang sangat


rapat dengan persoalan pengurusan wang. Apabila merenung
persekitaran kehidupan ini terutama tentang kuasa ekonomi bangsa
saya, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan.
Pengurusan wang setiap individu tidak boleh dipandang remeh
kerana cabaran hidup masa depan semakin sukar. Ianya bukan
andaian fantasi tetapi merupakan fakta kehidupan yang realiti tanpa
perlu berhujah bermati-matian untuk membuktikannya lagi. Lihat
sahaja perbezaan dalam persekitaran kehidupan anda antara 5 tahun
lampau dengan tahun semasa. Apakah yang dapat anda saksikan
dan lalui? Sudah pasti, anda mendapati bahawa kos sara hidup
sentiasa meningkat. Subsidi dari kerajaan untuk menampung hidup
rakyat semakin kempis ekoran tuntutan yang semakin pelbagai. Kos
pendidikan masa depan anak-anak kian mencabar dengan bilangan
biasiswa yang ada semakin kompetitif. Hubungan kekeluargaan
menjadi semakin tipis ekoran kedua-dua ibu bapa perlu keluar
bekerja untuk menampung sara hidup. Semua ini adalah gambaran
bahawa betapa banyak kemelut sosial yang melanda masyarakat,
tidak boleh dinafikan, sama ada sedikit atau banyak sememangnya
berkaitan juga dengan keutuhan kewangan individu. Saya akui,
saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membantu semua
orang yang kesempitan dan kelemasan akibat pengurusan wang
yang lemah. Namun saya perlu melakukan sesuatu untuk bangsa
saya. Maka itu lahirlah buku ini sebagai satu hadiah kecil untuk
bangsa saya, agar nanti akan menjadi bangsa yang bijak dalam
aspek pengurusan wang. Kebijaksanaan bangsa kita bukan tidak
ada, malah hal yang saya kongsikan dalam buku ini sebahagiannya
adalah amalan generasi terdahulu.
Apakah teknik-teknik dalam buku ini merupakan teknik yang
realistik? Sudah tentu kesemua teknik ini dicadangkan kerana
ianya boleh dilaksanakan dan hanya teknik yang bersifat realistik
dan praktikal sahaja akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan
seharian. Namun demikian, seperti juga bila anda menerima sesuatu
rawatan pasti ada pantang larang yang perlu anda patuhi. Anggap
sahaja teknik-teknik yang ditulis dalam buku ini sebagai teknik untuk
membantu anda berubah dari gaya pengurusan kewangan lama

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

yang kurang bijak pada gaya pengurusan kewangan baru. Jadi sudah
tentu ada pantang larang atau penyesuaian dalam gaya hidup yang
perlu anda lakukan. Jika anda benar-benar mahu mengurus wang
dengan lebih bijak, maka anda perlu bersedia untuk berubah.
Kalau anda pernah mengambil pil-pil tertentu, ada kalanya
diberitahu bahawa akan terdapat beberapa kesan sampingan pada
peringkat awal seperti sukar tidur, berpeluh, keletihan dan pelbagai
lagi sebagai tanda bahawa sistem tubuh anda sedang bertindak
balas dengan rawatan yang sedang diikuti. Begitu juga, apabila
anda memilih untuk melaksanakan mana-mana teknik urus wang
yang dikemukakan dalam buku ini. Anda akan berhadapan dengan
beberapa reaksi tindak balas dari orang di sekeliling anda. Itu sudah
adat dan lumrah apabila anda inginkan melakukan perubahan. Jika
tindak balas yang diterima itu merupakan tindak balas yang kurang
menyeronokkan seperti sindiran, penyisihan, pertanyaan bodoh dan
hasutan, maka anggap sahaja semua tindakbalas itu sebagai satu
cubaan. Macam skrip filem klasik cubaan, cubaan, cubaan. Kalau
reaksi yang anda terima adalah reaksi yang sihat dan positif seperti
kata-kata perangsang, dorongan, pengorbanan, sokongan dan
bantuan, maka peluang untuk anda berjaya menjadi pengurus wang
sendiri dengan baik akan lebih senang dicapai. InsyaAllah. Apa pun
reaksi yang bakal anda terima, bila sahaja anda mula melaksanakan
mana-mana strategi pengurusan wang yang ditulis dalam buku
ini, ia menuntut perubahan pada gaya hidup anda. Ia sekali gus
mengundang pelbagai reaksi yang berbeza dari individu-individu
dalam kehidupan anda.
Apakah teknik urus wang yang ditulis dalam buku ini merupakan
teknik urus wang yang sama dengan isi kandungan buku-buku
pengurusan kewangan yang lain? Sudah tentu ianya berbeza
walaupun mungkin ada sedikit persamaan. Buku ini terhasil dari
pengalaman saya yang terlatih dalam bidang perakaunan tetapi
mempunyai pengalaman kerja merangkumi bidang perakaunan,
pengauditan, pembinaan, pemasaran, pentadbiran dan pengajian
tinggi. Saya juga gemar menulis tentang strategi pengurusan
kos yang berkaitan dengan operasi sesebuah firma. Namun saya
sedar bahawa firma mempunyai banyak pilihan untuk menguasai

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

pengurusan kewangan termasuk melantik perunding profesional.


Sebaliknya, sumber rujukan untuk membantu individu mengurus
wang dengan cekap masih terbatas. Maka lahirlah buku ini yang
sarat dengan idea berguna untuk membantu anda mengurus wang
dengan lebih bijak!

Mereka yang mempunyai masalah kewangan ibarat mereka


yang hidup terpenjara dari menikmati kebebasan kehidupan.

Sebelum anda membaca teknik-teknik urus wang yang ditulis


dalam buku ini, ada eloknya juga anda membina dahulu kepercayaan
dan keyakinan bahawa urus wang adalah sesuatu amalan yang
kritikal, baik, cemerlang, amanah, unggul dan hebat. Kenapa
saya menulis begini? Kalau diperhatikan kehidupan di sekeliling
anda, anda akan berjumpa dengan orang yang membina halangan
pemikiran terhadap urus wang. Mereka menyamakan urus wang
sebagai kedekut, haji bakhil, tangkai jering, keduniaan, duniawi,
materialistik, berkira-kira dan bermacam lagi istilah yang negatif.
Jika anda mempunyai pemikiran sebegini, maka prasyarat pertama
sebelum anda terus membaca buku ini ialah BUANG SEJAUH
MUNGKIN SEMUA PEMIKIRAN NEGATIF tersebut. Jika tidak, saya
tidak mempunyai nasihat lain yang terbaik selain menasihatkan
anda berhenti membaca di sini kerana ianya hanya akan membuang
masa anda yang sangat berharga.
Sebenarnya bila anda terfikir untuk mengurus wang, anda
bukanlah menjadi hamba pada wang. Sebaliknya, anda sedang
bercita-cita untuk menjadi manusia yang lebih amanah terhadap

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebanyak mana pun wang
seseorang akan ada batasnya. Tapi sebaliknya keinginan manusia
hampir tidak terbatas. Kalau air laut dijadikan dakwat untuk menulis
senarai kehendak seorang manusia, nescaya tujuh lautan sekalipun
masih tidak akan mencukupi. Oleh kerana itulah, maka setiap
individu perlu menguruskan wang yang ada supaya rezeki yang
dikurniakan oleh Maha Pencipta dapat digunakan dengan sebaik
mungkin untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba.
Jika anda tidak mengurus wang dengan bijak, maka saya bimbang
anda akan menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan amanah
sebagai hamba di muka bumi ini. Bagi orang yang bijak mengurus
wang, mereka tidak akan kedekut untuk bersedekah. Mereka juga
tidak akan merasai kerugian untuk menunaikan zakat. Jika mereka
mempunyai sumber rezeki yang sedikit sekalipun, mereka tetap
bersyukur serta melakukan perbelanjaan dengan cara yang paling
berhemah. Semasa zaman kanak-kanak dahulu, keghairahan saya
dan rakan-rakan mengumpul duit raya menjadi nostalgia indah
untuk saya kongsikan dengan anda. Antara pemilik rumah banglo
mewah dan penghuni rumah kampung yang tidak berpagar, siapakah
agaknya yang menjadi keutamaan kami? Saya biarkan anda dengan
gambaran dan jawapan anda yang tersendiri.
Sebelum kita mengurus sesuatu, sangat penting untuk kita
memahami sifat perkara yang akan diurus itu. Memandangkan
buku ini memerihalkan tentang wang, maka perlu untuk anda
mengetahui sifat-sifat wang. Apakah sifat-sifat wang? Sebelum saya
menulis dengan lebih lanjut tentang wang dan sebelum anda dibawa
meneroka cabaran mengurus wang, biar saya betulkan dahulu
kefahaman sesetengah pembaca yang mungkin sudah terbabas pada
ketika ini. Wang yang dibincangkan dalam buku ini bukan sahaja
merujuk pada wang fiat tetapi turut merujuk pada harta-harta yang
kita miliki dan mempunyai nilai kewangan. Maksudnya, wang yang
dibincangkan dalam buku ini bermaksud tunai, simpanan di bank,
hartanah, perniagaan, amanah saham, keahlian kelab dan takaful.
Opppsss!! Ada pula yang berkata, anak saya adalah harta saya
yang terbaik. Saya tak nafikan kata-kata sebegitu, tetapi harta yang
sedang dibicarakan dalam buku ini ialah harta yang mempunyai nilai
wang. Anak anda ada harga ke?

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Ada pula orang kata dengan adanya wang, semua boleh jadi.
Siapa kata? Walaupun wang penting dalam hidup, tapi wang tidak
menjamin hidup yang bahagia. Mengapa saya menulis begini seolaholah wang itu tidak penting. Jika tidak penting, kenapa pula perlu
menyusahkan diri membaca buku tentang pengurusan wang seperti
ini. Sekali lagi, anda jangan salah faham. Saya menulis sebegini kerana
saya mahu anda tahu bahawa wang bukan segala-galanya. Jika anda
dapat menerima hakikat bahawa wang bukanlah segala-galanya,
barulah wang boleh diuruskan. Jika anda mabuk berpandangan
bahawa wang adalah segala-galanya, maka saya bimbang anda
akan menjadi hamba pada wang. Seperti juga mereka yang taksub
bercinta, mereka akan menjadi mabuk dan hamba pada cinta. Ketika
itu, banyak hal yang tidak rasional akan cuba dirasionalkan. Kalau
sudah mabuk, mana mungkin wang akan dapat diuruskan. Jadi pada
saat ini, anda perlu betulkan tanggapan anda, dan sedarlah bahawa
wang sebenarnya bukan segala-galanya. Sebaliknya, kita yang perlu
mengurus wang untuk menentukan cara wang dapat berbakti pada
kita. Kita adalah tuan, wang adalah hamba!
Ada juga orang berkata, wang boleh menjadikan kita dihormati.
Siapa kata? Wang tidak mempunyai kuasa untuk menjadikan kita
dihormati. Tak percaya? Cuba anda imbas kembali tentang orangorang yang sangat anda hormati. Adakah anda menghormati
mereka hanya semata-mata kerana mereka mempunyai wang?
Saya rasa tidak, melainkanlah anda meletakkan wang di tempat
yang tertinggi dalam hierarki nilai kehidupan dan kemanusiaan.
Sebagai Muslim, kita tidak menyanjung tinggi orang yang berwang
tetapi kita mengagumi mereka yang berwang dan pemurah terhadap
perjuangan agama, kebajikan ummah dan kesejahteraan alam. Kita
tidak mengurus wang kerana kita ingin dilihat berwang. Sebaliknya
kita ingin mengurus wang kerana wang hanyalah instrumen yang
diperlukan dalam kehidupan. Apabila anda belajar menguasai teknik
mengurus wang, jangan pula seluruh kehidupan anda ditumpukan
untuk mengurus wang. Anda ada macam-macam dalam hidup ini,
bukan? Jadi sudah tentu tidak berbaloi untuk anda gunakan 24 jam
sehari hanya untuk berfikir tentang wang. Sebaliknya, kita urus wang
kerana kita ingin tidur nyenyak untuk 8 jam sehari. Dengan masalah
kewangan yang parah, bukan sahaja kenyenyakan dan waktu tidur

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

terjejas tetapi tempat tidur juga berpindah randah. Ramai orang


yang berpindah randah bukan kerana mencari tanah subur seperti
zaman dahulu kala, tapi berpindah randah kerana dikejar along!
Ada juga orang berkata wang boleh menyebabkan manusia
menjadi jahat iaitu merompak, mencuri, rasuah, bergaduh, berebut
pusaka dan sebagainya. Siapa kata? Sebenarnya bukan wang
yang menjadikan manusia rakus dan tidak berperikemanusiaan,
tetapi manusia yang memuja wang. Manusia yang tidak berwang
tidak perlulah memilih untuk mencuri atau merompak. Sebaliknya,
wang patut menjadi motivasi untuk seseorang manusia bekerja dan
berusaha dengan lebih gigih. Pernahkah kita mengajar anak kita,
Kalau hang nak kaya, hang pi mencuri? Itu nasihat yang merosakkan
namanya. Sebaliknya kita akan menasihati anak kita Kalau hang nak
berjaya dalam hidup, serta bergaji baik maka belajarlah bersungguhsungguh. Jadi wang sebenarnya patut menjadi perangsang motivasi
kepada manusia untuk mengejar kebaikan dan kecemerlangan.
Hanya mereka yang sememangnya rosak hati, akal dan iman
sahaja yang akan terdorong ke arah melakukan kejahatan hanya
kerana tergila-gilakan wang. Mereka menjadi jahat bukan kerana
wang yang menjadikan mereka begitu, tapi mereka menjadi jahat
kerana mereka dungu tentang hakikat bahawa wang boleh dicari
dan diusahakan melalui banyak jalan yang terpuji. Andai kata
mereka tahu, sedar dan faham bahawa teknik urus wang dapat
mengajar mereka tentang cara mengurus wang sudah tentu mereka
tidak akan memilih jalan pintas ke neraka dengan melakukan
kejahatan seperti menyamun, merompak, mencuri, mengkhianati,
rasuah, pecah amanah dan pelbagai macam lagi. Dunia ini sudah
penuh dengan kejahatan yang menjengkelkan dan tidak perlu lagi
ditambah! Jadi sebenarnya, mempelajari teknik urus wang bukan
sahaja dapat membantu anda untuk hidup lebih terancang tetapi
juga dapat mencegah anda dari terjerumus ke dalam aktiviti yang
hina. Menarik bukan? Jadi teruskanlah membaca buku ini.
Ada juga orang berkata bila aku banyak wang, aku akan
melaburlah. Benarkah begitu? Kalau anda sememangnya sudah
banyak wang, maka tidak perlulah anda bersusah payah lagi untuk

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

melabur. Tahukah anda bahawa mereka yang melabur adalah mereka


yang inginkan keuntungan? Dalam kata lain, mereka inginkan wang.
Kalau mereka inginkan wang lagi, bukankah itu bererti bahawa
mereka belum banyak wang! Jadi kalau anda berfikir untuk melabur
hanya bila anda ada banyak wang, maka lupakanlah sahaja kerana
saat dan detik itu tidak akan pernah tiba. Sebaliknya jika anda ingin
melabur, anda mesti mula melabur dari sekarang iaitu dari saat
anda belum ada banyak wang. Untuk mula melabur, anda tidak
perlu membeli hartanah yang bernilai jutaan ringgit. Untuk mula
melabur juga, anda tidak perlu memulakannya di pasaran saham.
Banyak pilihan yang ada untuk anda mula melabur dan anda akan
mengetahui jika anda terus membaca buku ini. Ketika buku ini mula
berada di pasaran, saya sebenarnya sedang menyiapkan manuskrip
buku yang bertajuk Pilihan Pelaburan Untuk Individu Bijak. Semoga
buku ini juga akan menjadi sebahagian koleksi anda pada masa
akan datang.

Merekod pendapatan dan perbelanjaan adalah asas pada


pengurusan kewangan yang baik. Tanpa rekod, yang baik, sukar
untuk anda melakukan .perancangan kewangan.

Ada juga orang yang berkata susahlah nak melabur, aku tak
pandai bahasa Inggeris. Kenapalah mereka jadi begitu? Mereka
masih dijajah agaknya ataupun mereka hidup di zaman penjajahan.
Tak ada mana-mana cerdik pandai pun yang pernah mengemukakan
teori bahawa kemahiran bahasa dapat menjamin pelabur menikmati
untung. Pokoknya bukan bahasa tetapi ilmu tentang hal yang anda

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

lakukan dengan wang anda. Tidak kiralah dalam bahasa apa pun,
yang penting anda arif tentang pengurusan wang yang anda lakukan.
Kalau anda dapati banyak sumber dalam bahasa asing dan anda
tidak dapat menguasainya, anda jangan sesekali rasa terkebelakang.
Banyak buku tentang pengurusan wang yang ditulis dalam bahasa
ibunda. Malah jangan sesekali anda beranggapan bahawa semua
buku yang ditulis dalam bahasa asing itu hebat, bagus dan baik. Ada
kalanya apa yang ditulis itu jauh dari realiti kehidupan masyarakat
kita!
Kalau anda mempunyai kawan yang sedang tercari-cari sumber
bacaan tentang pengurusan wang dalam bahasa ibunda, jangan
lupa cadangkan buku ini kepada mereka. Kalaupun anda masih ingin
mendalami sesuatu aspek tentang pengurusan wang dalam bahasa
asing, itu sudah cukup bagus. Sekurang-kurangnya kerana ingin
menguasai wang, anda dapat menguasai satu lagi bahasa. Teruskan
usaha anda kerana lagi banyak kemahiran bahasa yang anda kuasai,
maka semakin besar potensi untuk anda mengurus wang. Sekurangkurangnya anda tahu bahawa hanya kita yang memanggil wang itu
sebagai wang atau RM atau duit atau pitis tetapi di tempat lain,
berbeza pula panggilan mereka.
Tidak kurang juga ada orang berkata Gaji hang banyak,
bolehlah pakai kereta mewah. Sesetengah orang sering mengaitkan
bahawa pendapatan adalah untuk dibelanjakan. Hanya segelintir
orang yang apabila mereka membincangkan tentang pendapatan,
mereka akan membincangkan pula tentang pelaburan. Kalaupun
mereka membincangkan tentang pelaburan, mereka tidak terlepas
mengaitkannya dengan perbelanjaan. Misalnya, mungkin ada kawan
anda yang berkata Banyaknya kau melabur, nanti dapat dividen
bolehlah tukar rim kereta baru. Mereka jarang sekali mengaitkan
pendapatan dengan penjanaan pendapatan. Dalam kata lain,
membelanjakan wang lebih kerap dibincangkan dan dipraktikkan
berbanding dengan usaha mendapatkan wang yang lebih banyak
diangan-angankan. Dalam bahasa yang mudah, banyak orang
berangan untuk jadi kaya tapi tidak melakukan sesuatu serta hidup
seperti orang yang mahu jadi kaya. Sedang pada masa yang sama,
banyak orang berangan untuk memiliki sesuatu yang mahal atau

10

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

mewah dan terus pula berbelanja bila sahaja poket terasa tebal.
Mereka kadang-kadang langsung tidak menyebut tentang
bagaimana untung pelaburan harus dilaburkan kembali untuk
menjana keuntungan baru. Saya tidak mahu memperkecil dan
merendah-rendahkan corak pemikiran pengurusan kewangan
yang sedemikian, namun itulah agaknya yang membezakan corak
pemikiran pengurusan kewangan antara seorang yang makan gaji
dan seorang usahawan.
Bagi seorang yang makan gaji, pendapatan seolah-olah sesuatu
yang hampir pasti pada mereka terutama kepada kakitangan sektor
awam. Pada mereka jika sudah kehabisan duit, hujung bulan mereka
akan mendapatnya lagi. Maka itu corak pemikiran pengurusan
kewangan mereka tidak terlalu serius serta tidak mengambil kira
akan kemungkinan berlakunya peristiwa di luar jangkaan. Mereka
seolah-olah selesa bahawa pendapatan mereka akan sentiasa
berterusan. Saya pernah membaca satu luahan oleh seorang
kakitangan yang menyalahkan pihak majikan kerana membayar gaji
kepada mereka pada tarikh lebih awal sempena sambutan perayaan.
Mengikut luahan yang disiarkan di sebuah akhbar perdana itu, beliau
telah kehabisan wang gaji dan terpaksa menanggung perit untuk
menunggu gaji bulan seterusnya. Sebagai reaksi terhadap luahan
itu, ada pembaca lain yang menyatakan bahawa luahan sedemikian
adalah sangat mendukacitakan. Sememangnya seorang dewasa
perlu berbelanja mengikut keperluan dan bukannya berbelanja
mengikut pujukan nafsu. Walaupun wang gaji dibayar lebih awal,
wajarkah ia dihabiskan lebih awal?
Kisah-kisah kehidupan ahli masyarakat seperti ini memberikan
saya dorongan yang bukan sedikit untuk menghasilkan karya
tentang perlunya pengurusan kewangan. Memang kudrat dan ilmu
yang ada sangat terbatas untuk saya mengetuk pintu hati setiap
rakyat Malaysia, tapi sekurang-kurangnya buku ini dapat menjadi
medium penting untuk saya berkongsi pandangan dan ilmu yang
sangat sedikit ini. Kalau ilmu yang saya kuasai diibarat sebagai air di
dalam gelas, ia pasti tidak kelihatan dengan pandangan mata tetapi
akan terasa basah juga buat tekak yang kehausan.

11

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Berbeza dengan golongan pekerja yang bergaji tetap, pengurusan


kewangan seseorang usahawan tidak boleh dicorakkan berdasarkan
pendapatan yang pasti. Bagi sesebuah perniagaan, prestasi
keuntungan sememangnya ada waktu pasang dan surut. Sekali gus,
pendapatan usahawan juga ada naik dan turunnya. Malah cita-cita
seorang usahawan ialah sentiasa mahu mengembangkan empayar
perniagaan sebesar mungkin dan untuk mencapai cita-cita ini,
seorang usahawan memerlukan modal. Salah satu sumber modal
ialah keuntungan yang dijana sama ada keuntungan sekarang
atau rezab keuntungan masa lepas yang belum digunakan. Dalam
perkataan lain, tidak semua keuntungan yang dinikmati oleh
seseorang usahawan itu boleh dibelanjakan untuk kepentingan
peribadi. Sebaliknya mereka perlu memikirkan tentang penggunaan
dana yang ada untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan yang
dikendalikan.
Namun demikian, tidak semua individu yang makan gaji
mempunyai tingkahlaku belanja gaji sampai habis. Saya tidak
berniat memandang rendah pada keupayaan golongan yang makan
gaji. Kata kunci yang cuba saya kongsikan di sini ialah corak pemikiran
dan tingkah laku anda boleh mempengaruhi corak perbelanjaan
yang akan dilakukan. Corak pemikiran pula bukan sahaja bergantung
pada jenis pekerjaan masing-masing. Sememangnya corak
pemikiran dipengaruhi oleh banyak faktor lain seperti rakan-rakan,
pengalaman, pendidikan, persekitaran dan matlamat hidup. Maka
tidak hairanlah jika ada orang yang mempercayai bahawa untuk
nampak berjaya dalam hidup, mereka perlu mempunyai gaya hidup
yang bercita rasa mewah dan mahal. Terdapat pula mereka yang
berwang melimpah ruah tapi masih memilih untuk menghirup kopi
bersama ubi rebus sebagai santapan hujung minggu, ketika orang
lain pula memenuhi kedai kopi gaya urban sambil meleret kad kredit
yang sudah hampir mencecah paras kredit! Isu pokoknya di sini,
anda boleh sahaja memilih gaya hidup yang anda gemari (jangan
salah faham, saya tidak menentang pilihan anda). Cuma buku ini
sedang mengajak anda mengurus wang dan mengurus kehidupan.
Selagi kehidupan dan wang anda terurus, tidak ada salahnya sesekali
menikmati sisi hidup yang berbeza.

12

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Seterusnya anda lihat pula fungsi wang dalam kehidupan


mengikut fasa kehidupan yang berbeza. Ketika masih kecil, kita
tidak memerlukan wang. Pada ketika itu, kanak-kanak kecil hanya
melihat wang sama seperti kertas atau alat permainan lain. Jika diberi
wang, ada kalanya anak kecil memasukkan sahaja wang ke dalam
mulut. Bukan kerana wang tidak bernilai, tapi kerana anak kecil tidak
mengetahui dan memahami nilai wang. Bila kanak-kanak sudah tahu
berkehendakkan sesuatu, mereka juga tidak mahukan wang. Jika
mereka menunjukkan kepada anda bahawa mereka berkehendakkan
sesuatu alat permainan, maka itu yang mereka mahukan. Jika pun
anda menggantikan alat permainan tersebut dengan wang yang
berganda, anak kecil tetap mahukan alat permainan yang disukai
berbanding dengan wang. Kenapa begitu?
Ini bukan kerana wang tidak bernilai, malah mereka sudah
mengetahui bahawa wang itu bernilai untuk membeli barang yang
diminati. Tapi pada ketika ini, mereka hanya melihat wang untuk
membeli barang yang diminati dan bukan barang lain, sebab itu
mereka tidak memerlukan wang yang berlebihan. Mereka hanya
perlukan wang bilamana mereka mempunyai sesuatu hajat yang
ingin dipenuhi. Sebaliknya, mereka tidak berhajat hanya kerana
memiliki wang. Sifat kanak-kanak ini sudah tentu berbeza dengan
sifat sebahagian dari kita yang dewasa. Pada sesetengah orang,
dengan wang semua boleh jadi. Mereka berbelanja bukan kerana
mereka perlu berbelanja tapi mereka berbelanja kerana mereka ada
wang. Apa signifikannya untuk kita bandingkan antara wang pada
kaca mata anak kecil dan wang pada kaca mata orang dewasa? Sudah
tentu moral yang disampaikan di sini ialah hal yang meletakkan wang
itu bernilai adalah manusia dan bukannya wang itu sendiri. Dalam
kata lain, ini menunjukkan bahawa wang sememangnya berada di
bawah jajah takluk manusia untuk mengawalnya.
Kita lihat pula wang pada pandangan mereka yang bergelar
remaja. Kepada remaja, mereka mempunyai banyak minat. Maka
mereka menggunakan wang untuk memenuhi kehendak mereka.
Pada ketika itu, mereka tidak berfikir pun untuk melabur atau membeli
aset kerana pada mereka setelah berpenat lelah dan berhempas pulas
mencari wang, maka kenapa perlu berkira untuk berbelanja. Begitu

13

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

juga dengan kebanyakan remaja yang baru bekerja, simpanan pada


mereka bukanlah menjadi satu keutamaan. Pada ketika baru bekerja,
memang sukar untuk menyimpan wang. Pada masa inilah mereka
berasa seronok kerana dapat berbelanja dengan menggunakan wang
sendiri dan memegang kad kredit. Pada mereka, mereka telah lama
berkira-kira untuk menukar fesyen atau berbelanja dengan sedikit
mewah pada zaman bergelar seorang pelajar kerana sumber wang
yang dimiliki pada masa itu adalah sangat terhad. Maka, apabila
mereka mula bekerja, mereka tidak memberi perhatian serius untuk
melabur. Kalaupun ada simpanan pada ketika ini, simpanan hanyalah
dalam bentuk caruman KWSP dan simpanan di bank. Keadaan akan
mula beransur berubah bilamana usia meningkat belia. Mereka akan
mula berfikir untuk menabung dan melabur dengan lebih serius.
Tidak kiralah sama ada mereka berkeluarga atau belum, kewangan
mula menjadi agenda hidup yang serius pada kebanyakan individu
yang meningkat belia. Kenapa hal ini berlaku?
Mungkin inilah masa ketika mereka mula berfikir secara serius
tentang aspek pengurusan kewangan. Selepas tiga hingga lima tahun
mereka membayar ansuran kereta, baru mereka menyedari bahawa
membeli kereta bukanlah satu pelaburan tapi merupakan satu
perbelanjaan. Walaupun ianya merupakan aset tetapi nilainya akan
menjadi skrap selepas sekian tahun, paling lama pun 15 tahun. Aset
yang berlaku susut nilai bukan sahaja melibatkan kereta tetapi juga
meliputi aset lain seperti kelengkapan rumah, peralatan komputer,
peralatan elektronik dan segala aksesori yang anda miliki seperti
telefon dan pakaian. Kadar susut nilainya berbeza antara satu sama
lain. Ada barangan yang terus susut nilainya sebaik sahaja barangan
itu dibeli.
Saya mempunyai seorang kawan yang amat teruja untuk memiliki
kereta baru. Kali pertama melawat bilik pameran kereta, semua
kereta nampak cantik di mata beliau. Tanpa berfikir panjang, beliau
terus bersetuju untuk membeli kereta berwarna kuning. Dengan
penuh kegembiraan, kawan saya pun pulang ke rumah. Beliau tidak
memberi tahu mana-mana ahli keluarga tentang pembelian kereta
tersebut kerana kononnya beliau mahu menjadikan peristiwa membeli
kereta sebagai satu pengumuman yang mengejutkan. Akhirnya

14

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

apabila sampai masa kereta itu dibawa pulang, memang perkara


yang mengejutkan berlaku. Apa yang berlaku? Tidak ada seorang
pun ahli keluarga yang menyukai pilihan warna kuning yang dibuat
dan ini telah mengecewakan kawan saya. Beliau pun bercadang
untuk menukar kereta tersebut dengan warna lain pada hari yang
sama. Apa yang berlaku? Apa kos yang terpaksa ditanggung?
Sudah tentu menukar kereta itu tidak semudah menukar alas
kaki. Sudah tentu juga, kawan saya terpaksa menanggung kerugian
kerana harganya sudah jatuh dan tidak dianggap lagi sebagai kereta
baru tapi sudah terekod sebagai kereta terpakai. Tidak kiralah berapa
jam, hari, minggu atau bulan kereta itu sudah dipakai, ia tetap
bernama kereta terpakai. Jadi nasihat saya kepada anda, berhatihatilah ketika anda membuat keputusan untuk membeli terutama
keputusan pembelian yang melibatkan barangan yang bernilai tinggi
serta barangan yang mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.
Begitu juga, jika anda ingin membeli sesuatu barangan, anda
jangan sekadar berpuas hati dan gelap mata dengan model yang
dipamerkan. Anda perlu meneliti spesifikasi produk yang ingin
dibeli kerana lazimnya penjual telah menambah aksesori tertentu
supaya model produk yang dipamerkan itu kelihatan mengujakan
anda. Bukan sedikit dari kalangan kita yang tersilau memandang
model, tetapi apabila mendapat produk yang sebenar terpaksa pula
menangis tak berlagu! Selalunya keadaan ini menimpa mereka yang
membeli rumah, kereta atau produk-produk besar lain termasuklah
pakej pelancongan. Tidak salah teruja untuk memiliki sesuatu yang
baru, tapi jangan sampai keterujaan itu memenatkan kewangan
anda di kemudian hari.
Setiap kali anda ingin membuat keputusan untuk pembelian
barangan yang bernilai tinggi, ada baiknya anda mendapatkan
dahulu panduan dari mereka yang arif dan melakukan sembahyang
istikharah sebagai bekalan untuk mendapat panduan. Jika anda
berhadapan dengan jurujual, maka anda tarik nafas dalam-dalam
dan lepas, ulang tarik-lepas nafas ini untuk tiga kali sebelum anda
membuat keputusan. Jangan cepat melatah dengan cerita dogeng
penjual yang mengatakan, ini sudah stok yang terakhir! Kalau anda

15

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

ingin mengetahui sama ada betul atau tidak bahawa stok yang
ditawarkan itu memang stok yang terakhir, cuba anda memberitahu
jurujual itu sebegini, Ada satu sahaja?, saya bercadang nak beli dua,
satu untuk hadiah pada ibu saya, kalau satu saja yang ada, maka
sukarlah untuk saya membuat keputusan! Cuba anda perhatikan
reaksi yang ditunjukkan oleh jurujual itu. Selalunya peniaga
yang bijak, tidak akan sama sekali mengatakan barangan sudah
habis kalau ada pelanggan yang mahu membeli. Yang selalunya
memberitahu anda bahawa stok yang ingin dibeli sudah kehabisan
adalah pekerja!
Ramai juga orang yang mula terfikir tentang pengurusan
wang setelah sekian lama menyewa rumah. Mereka akan mula
terfikir bahawa daripada mereka membayar sewa rumah setiap
bulan kepada tuan rumah, ada baiknya jika memiliki rumah dan
membayar ansuran pada bank. Namun, saya ingin berkongsi dengan
anda bahawa isu membeli atau menyewa rumah bukan setakat isu
tentang bayar sewa atau bayar pinjaman. Sebaliknya ia melibatkan
banyak lagi persoalan yang perlu anda fikirkan seperti berikut :
Adakah anda sudah mendapat rumah di lokasi yang
sesuai?
Adakah anda mampu menyediakan bayaran deposit
yang diperlukan?
Adakah anda mampu membayar ansuran pinjaman
setiap bulan?
Adakah kadar sewa yang anda tanggung
membebankan?
Adakah anda mempunyai wang yang mencukupi untuk
membayar kos guaman dan kos pemprosesan lain?
Adakah pemaju menawarkan apa-apa insentif
penjimatan kos?
Apakah alternatif pinjaman perumahan yang anda miliki,
pinjaman melalui bank atau pinjaman melalui majikan?

16

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Apakah Akaun 2 simpanan KWSP anda cukup untuk


menanggung kos awal pembelian rumah?
Adakah rumah yang disewa akan dinaikkan kadarnya?
Apakah umur anda sekarang menjadikan anda mesti
membeli rumah dengan segera?
Apakah anda mempunyai perancangan untuk bertukar
kerja?
Apakah kadar pertumbuhan nilai hartanah di lokasi yang
ingin dibeli?
Apakah pilihan jenis perumahan yang paling sesuai
dengan matlamat pemilikan rumah anda?

Memiliki kediaman sendiri tanpa mengira harga dan jenis


merupakan idaman kebanyakan orang. Kediaman adalah asas
untuk sebuah kehidupan yang perlu dipenuhi

Sebenarnya topik tentang pemilikan hartanah ini adalah satu


topik yang menarik kerana saya berpandangan bahawa banyak
dari kalangan pembaca buku ini sama ada telah atau akan memiliki
sekurang-kurangnya sebuah rumah. Tapi saya tidak bercadang
untuk membincangkan soal ini secara mendalam dalam buku ini
kerana tujuan buku ini bukan secara khusus membicarakan topik
ini sahaja. Jika banyak permintaan di luar sana untuk saya menulis
buku tentang hal ini, mungkin anda boleh sama-sama mengharap

17

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

dan menanti saya melahirkan pula buku Tip Membeli Hartanah.

Segala persoalan-persoalan di atas, bukan sekadar persoalanpersoalan yang perlu difikirkan ketika anda membeli rumah. Selain
persoalan di atas, banyak lagi persoalan yang tidak boleh dipinggirkan
meliputi aspek profil pemaju, bank pembiaya, maklumat projek,
daya maju lokasi, kejiranan, harga yang ditawarkan, pakej yang
disediakan dan bermacam-macam lagi. Namun untuk buku ini,
saya akan menyentuh beberapa persoalan yang mempunyai kaitan
langsung dengan aspek pengurusan wang bila anda membuat
keputusan untuk membeli rumah.

Pertama
Isu pertama tentang pembelian rumah ialah sama ada ianya
melibatkan pembelian rumah baru dari pemaju atau rumah sedia ada
dari tuan rumah atau ejen. Bagi rumah baru, kos pemilikan (tidak
termasuk harga rumah) yang bakal anda tanggung adalah berbezabeza antara pemaju. Ada pemaju yang tidak menawarkan sebarang
insentif untuk pembeli. Ini bermakna anda perlu membayar 10%
deposit serta menanggung kos guaman untuk perjanjian jual beli
dan juga kos-kos pinjaman yang lain. Ada pemaju yang menawarkan
diskaun 5% deposit sahaja. Tawaran yang lebih menarik ialah jika anda
diberi kombinasi tawaran yang meliputi bayaran deposit sebanyak
5%, semua kos guaman dan pindah milik ditanggung oleh pemaju
serta anda diberikan pinjaman pada kadar 0% semasa rumah dalam
pembinaan. Ini bermaksud anda hanya perlu menyediakan 5% dan
akan mula membayar ansuran pinjaman selepas rumah itu siap atau
selepas 12 hingga 14 bulan daripada masa wang dibayar oleh pihak
bank kepada pemaju pada pertama kali. Bagi pembeli bumiputera
pula, anda biasanya berhak mendapat diskaun 5% berbanding harga
yang diiklankan. Malahan untuk rumah yang bernilai tinggi, pemaju
mungkin memberikan anda diskaun sehingga 7%. Jadi jumlah wang
yang anda perlukan pada peringkat awal urusan jual beli rumah
adalah bergantung pada faktor-faktor di atas.

18

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Sering kali, terdapat banyak dalam kalangan kita yang berhasrat


untuk membeli rumah tetapi malangnya tidak mempunyai tabungan
yang mencukupi untuk membayar deposit sebanyak 10% tersebut.
Apa yang boleh anda lakukan jika situasi ini yang sedang melanda
anda? Jika wang yang anda miliki tidak mencukupi untuk membayar
deposit sebanyak 10% yang dikenakan, maka bolehlah wang
deposit tersebut dikeluarkan dari simpanan dalam Akaun 2 di KWSP.
Walaupun simpanan dalam Akaun 2 di KWSP boleh digunakan
untuk membayar deposit pembelian rumah, tapi saya menasihati
anda jangan mengganggu duit simpanan di KWSP melainkan anda
langsung tidak mempunyai alternatif lain.
Jika anda tidak mempunyai wang simpanan sendiri, manakala
wang dalam Akaun 2 di simpanan KWSP juga tidak mencukupi,
saya cadangkan supaya anda meminjam dari saudara-mara atau
rakan-rakan untuk tempoh yang sekejap. Hal ini penting kerana
keputusan untuk membeli dan pembayaran deposit untuk memiliki
kediaman yang baik dari segi lokasi, kualiti dan harga biasanya perlu
dibuat segera ekoran penawaran kediaman yang mempunyai ciri-ciri
sedemikian di pasaran mungkin sangat terhad. Dengan permintaan
yang tinggi terhadap kediaman yang mempunyai kualiti sebegini,
maka anda tidak boleh menunggu lama untuk mengambil keputusan
membeli. Selain itu pilihan lain yang ada termasuklah membuat
gadaian emas di kedai pajak gadai Islam. Berapakah kos gadaian
yang perlu anda tanggung? Mengapa pilihan untuk gadaian itu lebih
baik dari pinjaman peribadi?

Pengeluaran wang dari Akaun 2 KWSP


Syarat pengeluaran wang dari Akaun 2 di KWSP untuk
membeli rumah
Syarat permohonan :
1. Membeli sebuah rumah kediaman atau rumah kedai
dengan unit kediaman.
2. Pembiayaan pembelian rumah melalui.

19

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah


BAFIA 1989.
- Kerajaan pusat /negeri atau lain-lain agensi
kewangan kerajaan.
- Majikan ahli.
- Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen.
- Syarikat insurans berlesen yang diluluskan oleh
Bank Negara Malaysia.
- Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP
ATAU
3. Pembelian secara tunai.
4. Surat Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani dalam
tempoh tidak melebihi 3 tahun pada tarikh permohonan
diterima oleh KWSP.
5. Anda tidak pernah membuat pengeluaran perumahan.
6. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara
sewa beli daripada bank yang dibenarkan oleh KWSP.
7. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya
serentak (tarikh perjanjian beli tanah dan tarikh
perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6
bulan)
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (www.kwsp.gov.my) Diakses pada 3 Jun 2010

Pengeluaran Wang dari Akaun 2 KWSP


Anda tidak layak memohon pengeluaran wang dari Akaun 2
KWSP untuk pembelian rumah sekiranya :
-
-
-
-
-

20

Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.


Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerjakerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
Mengambil pinjaman berbentuk overdraf.
Membeli rumah ketiga.

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Membeli rumah di luar negara.

Amaun yang boleh dikeluarkan ialah sama ada :


1. Amaun perbezaan antara harga rumah dengan jumlah
pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
atau SEMUA simpanan dalam Akaun 2 mengikut mana
yang lebih rendah tidak kurang dari RM500
2. 10% dari harga rumah atau SEMUA simpanan dalam
Akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang
dari RM500 (pinjaman perumahan 100%)
3. Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga
rumah atau SEMUA simpanan dalam Akaun 2 mengikut
mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM500 (jika
pembelian rumah secara tunai)
(tertakluk pada syarat-syarat tertentu, sila rujuk KWSP
untuk maklumat lanjut)
Bayaran akan dikredit terus ke dalam akaun ahli tertakluk
pada syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (www.kwsp.gov.my) Diakses pada 3 Jun 2010

Berikut adalah maklumat tentang gadaian secara Islam yang


diperoleh daripada laman sesawang yang berkaitan.
Perkhidmatan Gadaian oleh Permodalan Kelantan Berhad.
Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua
pemastautin yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Nilai gadaian diberi sehingga 60% daripada nilai barang
gadaian (Marhun).
Hanya barang kemas yang diterima sebagai barang
gadaian.

21

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Gadaian dikira sah dan sempurna setelah penggadai dan


pemegang gadaian serta saksi menandatangani surat
gadaian sebagai tanda setuju dengan terma-terma yang
dikenakan.
Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan. Kedua-dua
pihak dengan persetujuan bersama boleh melanjutkan
tempoh sehingga 6 bulan lagi.
Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :
Nilai marhun

Kadar upah bulanan untuk


setiap RM100

RM1 hingga RM400

RM0.60

RM401 hingga RM2000

RM0.85

RM2001 ke atas

RM0.95

Sumber: Sistem Gadaian Islam Ar-rahnu (www.pkb.net.my). Diakses pada 3 Jun 2010

Perkhidmatan gadaian oleh Agro Bank.


Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua
warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Penggadai mestilah waras, tidak muflis dan mempunyai
dokumen pengenalan yang sah.
Penggadai yang menjalankan perniagaan gadaian /
kedai emas tidak dibenarkan membuat gadaian.
Gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh masa 3 bulan
(lanjutan 1) dan 2 bulan (lanjutan 2) tertakluk pada
syarat tertentu.
Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :

22

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Margin pinjaman

Kadar upah simpan

50% ke bawah

RM0.50/100

50.1% hingga 60%

RM0.60/100

60.1% hingga 70%

RM0.75/100

Petikan sebahagian maklumat di www.agrobank.com.my/ar-rahnu. Tarikh akses ialah 3 Jun 2010

Perkhidmatan gadaian oleh Bank Rakyat.


Perkhidmatan gadaian terbuka kepada semua
warganegara dan bukan warganegara yang berumur 18
tahun dan ke atas.
Gadaian mestilah emas 18K hingga 24K.
Penggadai mestilah tidak muflis.
Margin pinjaman ialah 70% sahaja dari nilai barang
gadaian (Marhun)
Gadaian tidak boleh melebihi RM10,000 sehari atau
tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul.
Tempoh gadaian ialah 6 bulan dan lanjutan 6 bulan
tertakluk pada pada syarat tertentu.
Kadar upah gadaian adalah seperti berikut :
Jenis skim- Ar-rahnu
Margin pinjaman

Kadar upah simpan

RM100 hingga RM1,000

RM0.65

RM1,001 hingga RM10,000

RM0.75

Jenis skim Az-Zahab


RM10,001 hingga RM100,000

RM0.75

Petikan sebahagian maklumat di www.bankrakyat.com.my/ar-rahnu. Tarikh akses ialah 3 Jun 2010

23

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Saya tidak menentang (inikan hak dan pilihan masing-masing!)


jika anda memutuskan untuk membuat pinjaman peribadi bagi
menanggung bayaran deposit sebanyak 10% untuk membeli
kediaman. Cuba anda renung dan amati dengan jujur kemampuan
kewangan anda. Kos faedah yang dikenakan untuk pinjaman peribadi
agak membebankan. Namun demikian, jika anda mempunyai
simpanan yang kurang cair dan anda perlukan wang yang cepat untuk
membayar deposit, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan
untuk membuat pinjaman peribadi. Setelah simpanan atau harta
anda yang kurang cair itu sudah ditukar ke bentuk tunai maka
segeralah menjelaskan pinjaman peribadi. Antara aset yang kurang
cair yang anda miliki mungkin merupakan tanah, rumah sedia ada,
kenderaan atau saham. Tapi pinjaman peribadi jarang dilakukan
oleh mereka yang dapat mengurus kewangan dengan baik! Jika
anda tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa membuat pinjaman
peribadi, itu sudah menggambarkan ada sesuatu yang perlu disemak
dan dilakukan terhadap pengurusan kewangan anda.
Nasihat saya kepada anda, jika anda belum mempunyai sebarang
sumber dana termasuk aset kurang cair, anda jangan sesekali pula
mengambil pinjaman dari along atau mengeluarkan tunai dengan
menggunakan kad kredit untuk membayar deposit bagi membeli
rumah kediaman. Tapi kadangkala, lubuk emas datang tak siapa
yang tahu. Jika anda ditawarkan rumah yang mempunyai nilai
pasaran RM1 juta pada harga RM500,000 maka bolehlah anda
mempertimbangkan untuk berhutang membayar deposit 10%
yang pertama. Jika tidak, nasihat saya ialah sematkan dalam hati
bahawa anda ingin membeli rumah dalam masa yang tertentu dari
sekarang. Jadi anda perlu mula menyimpan dengan penuh disiplin
untuk mendapatkan jumlah terkumpul 10% tersebut. Namun perlu
diingat bahawa kos permulaan sebenar untuk membeli kediaman
baru adalah melebihi 10%. Untuk keselesaan, anda perlu mempunyai
tabungan sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah yang
ingin dibeli.
Selain itu jika anda membeli rumah siap sedia ada, sama ada dari
pemilik rumah atau ejen, anda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan
sehingga 10% bayaran deposit. Namun demikian, berbanding dengan

24

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

membeli rumah baru dari pemaju, membeli rumah sedia ada dari
pemilik atau ejen tidak berdaftar mempunyai risiko yang lebih besar
untuk anda ditipu. Maka anda perlu berhati-hati ketika berurusan
untuk membeli rumah sedia ada. Walaupun anda berkehendakkan
sesuatu rumah, jangan sesekali anda menunjukkan anda berada
dalam posisi terdesak. Jika sikap sebegini tertonjol, ia akan
mendorong penjual untuk menekan anda supaya bersetuju dengan
harga dan syarat yang dikenakan. Anda perlu sentiasa bertenang
semasa melakukan urusan pembelian rumah. Jangan terlalu gopoh
kerana sikap gopoh hanya akan membawa lebih banyak keburukan
berbanding kebaikan. Sebenarnya tidak mudah untuk seseorang
pemilik mendapatkan pembeli. Jadi kalau ada penjual atau ejen
memberitahu anda bahawa sudah banyak orang yang datang
melihat rumah dan menunjukkan minat, anda lupakan sahaja hal
itu. Ianya tidak lebih dari sekadar tindakan untuk mempengaruhi
emosi dan psikologi anda serta cara halus yang dilakukan oleh tuan
rumah atau ejen ke arah mendesak anda supaya bersetuju untuk
membeli rumah.
Jika anda ingin membeli rumah sedia ada, cuba elakkan
membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kecuali
anda mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Sebagai contoh, ada
orang sanggup membayar hartanah berkali ganda lebih tinggi dari
harga pasaran kerana nilai nostalgia seperti di rumah itulah tempat
kelahirannya atau rumah itu asalnya milik keluarga yang terpaksa
dijual pada suatu ketika dulu. Namun dalam keadaan biasa, anda
wajar memastikan bahawa rumah yang dibeli mestilah pada harga
yang sama dengan nilai pasaran. Malah lebih baik sekiranya anda
dapat membeli rumah yang harganya di bawah harga pasaran.
Selalunya memang terdapat banyak rumah yang dijual dalam kadar
1% hingga 5% lebih rendah dari pasaran. Jika harganya terlalu
rendah dari pasaran pula, anda perlu berhati-hati kerana mungkin
ada sesuatu yang tidak kena dengan hartanah tersebut. Anda boleh
juga mempertimbangkan untuk membeli hartanah secara lelongan
kerana harga yang ditawarkan biasanya adalah lebih menarik. Namun
demikian, harga bukanlah faktor tunggal yang perlu dipertimbangkan
ketika anda membuat keputusan untuk membeli kediaman.

25

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang nilai


pasaran sesebuah hartanah yang ingin dibeli? Anda tidak perlu
membayar untuk mendapatkan maklumat ini (walaupun anda boleh
membayar jika mahu!). Anda boleh mendapatkan nilai pasaran
sesebuah hartanah dengan mengunjungi mana-mana bank. Dengan
menyatakan minat anda untuk membeli sesuatu hartanah dengan
pembiayaan dari bank tersebut, anda bertanyalah kepada eksekutif
pinjaman di bank berkenaan bahawa anda ingin mengetahui tentang
jumlah pinjaman yang boleh diluluskan. Eksekutif bank seterusnya
akan meminta maklumat seperti alamat rumah, status tanah, jenis
binaan rumah, pengubahsuaian rumah dan keadaan rumah secara
umum. Pihak bank kemudian akan memberitahu anda tentang nilai
rumah tersebut dan berapa jumlah pinjaman yang boleh diluluskan.
Jika anda mendapat tawaran yang menarik seperti harga yang
lebih rendah dari pasaran, anda mungkin tidak perlu mengeluarkan
duit dari poket anda untuk membayar deposit sekiranya nilai rumah
tersebut kurang 90% daripada harga pasaran. Ini kerana pinjaman
yang diberikan oleh bank kepada anda, secara umumnya adalah
sehingga 90% dari nilai rumah.

Kedua
Bilakah umur yang paling sesuai untuk memiliki kediaman? Patutkah
anda membeli kediaman sebaik sahaja anda mula berkerjaya?
Soalan-soalan ini merupakan antara soalan yang kerap ditanya
oleh rakan-rakan atau merupakan soalan yang sering bermain
di minda kebanyakan pembeli rumah pada pertama kali. Saya
nasihatkan kepada anda jangan tergesa-gesa membeli kediaman
(nasihat ini dengan andaian anda baru tamat universiti dan mula
bekerja pada umur 23 tahun). Jika anda ingin membeli kediaman,
ada baiknya jika anda mengambil masa untuk menyelidiki pasaran.
Melalui pendekatan ini, sekurang-kurangnya anda akan mendapat
maklumat tentang perkara-perkara asas seperti siapa pemaju yang
ada dalam pasaran, bagaimana harga hartanah di lokasi tertentu,
apa keperluan untuk memohon pinjaman, apa prosedur yang perlu
untuk urusan jual beli rumah dan apa kos-kos yang perlu ditanggung

26

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

untuk membeli rumah. Sekiranya anda telah mendapat kerja yang


diidamkan dan langsung tidak terfikir untuk bertukar kerjaya pada
masa hadapan (tidak ramai orang yang memiliki peluang sebegini!),
maka saya cadangkan kepada anda agar berusaha memastikan
simpanan yang ada adalah sekurang-kurangnya berjumlah 20%
daripada nilai rumah yang ingin dibeli.
Anda jangan terlalu bimbang tentang harga hartanah yang
sentiasa meningkat. Di sesetengah lokasi yang strategik seperti di
beberapa kawasan elit di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, harga
hartanah boleh meningkat sehingga melebihi 10% dalam masa
setahun atau dua tahun. Seperti yang saya tulis di beberapa
bahagian dalam buku ini, saya tidak menulis untuk mengajar anda
mengurus ekonomi makro seperti turun naik pasaran hartanah, tapi
saya sedang menulis bagaimana untuk anda menguruskan poket
anda. Jadi, keputusan untuk membeli kediaman harus berdasarkan
kemampuan poket anda dan bukannya dorongan yang disebabkan
oleh harga pasaran yang kian meningkat. Kalau anda membuat
keputusan kewangan kerana tarikan pasaran, anda akan kelemasan.
Sememangnya kemampuan kita adalah sangat terbatas untuk
mengikut arus pasaran.
Contoh mudah, anda lihat sahaja apabila kerajaan mengumumkan
akan berlaku kenaikan harga petrol atau bahan asas lain, maka
berduyun-duyunlah orang menuju ke stesen petrol atau kedai
untuk mendapatkan bekalan. Persoalannya, perlukah anda berbuat
demikian? Kadang-kadang saya sedikit emosi bila mengetahui ada
orang yang terpaksa membatalkan temu janji semata-mata kerana
mahu beratur di stesen petrol. Begitu juga ada orang yang membeli
tepung atau gula berkilo-kilo semata-mata kerana diberitahu harga
akan naik. Yang peliknya, bila semua sudah dibayar, baru mereka
tersedar bahawa mereka tidak pernah pandai pun menggunakan
tepung untuk dibuat kuih! Inilah antara kisah riwayat pak pandir
yang wajar anda elakkan dalam aspek pengurusan wang.
Berbalik pada faktor umur untuk pembelian hartanah,
sememangnya ada perbezaan jika anda membeli rumah pada usia
20 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan seterusnya. Biasanya jumlah

27

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

pinjaman perumahan yang diberi pada seseorang peminjam tertakluk


pada pendapatan bulanan, simpanan yang ada dan juga faktor
umur. Faktor umur berkait rapat dengan jumlah pinjaman yang akan
diberikan kerana biasanya tempoh pinjaman yang maksimum ialah
sehingga 30 hingga 35 tahun (kadang-kadang ada sampai lajak
sehingga 40 tahun) atau pun sehingga umur peminjam sudah sampai
60 (kadang-kadang anda boleh memohon untuk membuat pinjaman
sehingga melebihi umur 60 tahun). Dalam kata lain, semakin tinggi
usia anda semasa anda membuat pinjaman perumahan, maka
semakin pendek tempoh pinjaman yang boleh diluluskan. Dengan
tempoh pinjaman yang semakin pendek, ini bermakna anda perlu
membayar ansuran bulanan untuk pinjaman pada amaun yang
lebih tinggi. Dari sudut positif, menjelaskan pinjaman dalam tempoh
masa yang lebih singkat akan membolehkan anda menjimatkan
banyak bayaran faedah yang perlu dilakukan. Selain pinjaman, usia
juga menjadi faktor penting ketika menentukan premium insuran
perumahan yang perlu anda tanggung. Semakin tinggi usia anda,
maka anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi juga.

Ketiga
Apa pula jenis kediaman yang paling sesuai untuk dimiliki?
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kediaman yang boleh dimiliki.
Secara umum ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama
iaitu kediaman atas tanah atau kediaman dalam bangunan. Biasanya
penghuni di kawasan bandar lebih cenderung memilih untuk tinggal
di kediaman dalam bangunan seperti kondominium atau apartmen
kerana beberapa sebab seperti keselamatan, lokasi dan harga
yang lebih rendah berbanding dengan kediaman atas tanah. Ada
juga yang memilih kediaman dalam bangunan hanya kerana mahu
disesuaikan dengan gaya hidup urban. Biasanya kediaman atas
bangunan mempunyai permintaan yang lebih tinggi untuk sewaan
disebabkan lokasi dan keselamatan. Namun dari segi apresiasi
modal, kediaman atas tanah mempunyai apresiasi modal yang
lebih tinggi berbanding kediaman dalam bangunan. Namun jangan
sesekali anda lupa bahawa kata kunci yang utama dalam penentuan

28

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

apresiasi modal sesuatu hartanah ialah lokasi. Jika anda membeli


kediaman dalam bangunan, anda juga perlu mempunyai peruntukan
untuk membayar yuran penyelenggaraan. Yuran penyelenggaraan
ini berbeza antara satu apartmen dengan apartmen lain bergantung
pada nilai hartanah, kemudahan yang disediakan, bilangan unit
rumah dan kos penyelenggaraan keseluruhan. Secara lazim kos
penyelenggaraan boleh mencecah amaun sehingga RM400 sebulan.
Bayaran ini hanyalah untuk menampung kos seperti penyelenggaran
lif, taman, paip utama dan cat bangunan. Kos-kos penyelenggaraan
dalaman untuk setiap unit kediaman masih perlu ditanggung oleh
pemilik unit tersebut. Jika anda membeli kediaman atas tanah pula,
segala kos penyelenggaraan seperti paip bocor, bumbung rosak,
keretakan struktur dan sebagainya adalah di bawah tanggungan
anda sendiri. Namun semua kos ini (terutama yang berkaitan dengan
struktur binaan) hanya perlu ditanggung sekiranya kerosakan dan
kecacatan tersebut berlaku setelah tamat tempoh jaminan dari
pemaju.
Selepas anda didedahkan secara ringkas tentang isu pelaburan
hartanah, kita lihat pula tentang isu-isu lain yang berkaitan pengurusan
wang. Ketika seseorang individu mula serius memikirkan tentang
tabungan dan pelaburan, maka buku-buku seperti buku yang sedang
anda baca ini akan menjadi pilihan untuk mendapatkan idea, mencari
ilham, memahami isu kewangan dan merencana cara terbaik untuk
menguruskan wang. Namun, daripada pelbagai jenis buku yang ada
di pasaran, masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri.
Jika anda membaca buku yang ditulis oleh penulis dari Barat, maka
ada kemungkinan ia merujuk pada persekitaran kewangan dan
budaya hidup di sana. Sebenarnya wang di negara kita dan di negara
mereka sama sahaja. Namun dari aspek pengurusan wang, kita
tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil idea dari barat tanpa
melihat kesesuaian dengan gaya hidup, budaya dan anutan yang
kita amalkan. Bukan saya menghalang anda dari menelaah buku
dari Barat, saya sekadar menasihati anda bahawa wang perlu diurus
dengan mengambil kira tujuan hidup kita yang sebenar.
Ketika golongan dewasa mula berjinak-jinak untuk menabung
dan melabur, ada juga yang terjerumus ke gaung-gaung yang

29

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

penuh muslihat. Tanpa memahami baik buruk akan pelaburan yang


dilakukan, mereka terus melabur. Semuanya gara-gara mereka
ditawarkan pulangan yang sangat menakjubkan. Jangan tunggu
lama, nanti peluang ini terlepas dan peluang sebegitu hanya datang
sekali sahaja, itu kata mereka! Maka individu yang ingin memilih jalan
singkat untuk menggandakan kekayaan adalah lubuk terbaik untuk
mereka yang ingin menipu. Itu kes individu yang mula berjinak-jinak
menabung dan melabur tetapi mengharapkan pulangan segera yang
berganda setelah sekian lama asyik melayan gaya hidup.
Ada juga individu yang secara berterusan melayan kehendak
gaya hidup dan terus berbelanja, sehinggalah mereka sampai ke
satu masa bilamana kad kredit mereka sudah disekat lantaran
hutang yang tidak dijelaskan, wang di akaun bank pula sudah sikit
berbaki, manakala hutang kawan-kawan juga keliling pinggang.
Mereka yang terjerat di dalam situasi ini akan mencari jalan pintas
untuk penyelesaian. Sebenarnya jalan pintas yang mereka cari
itu tidak akan menjadikan kondisi kewangan mereka lebih baik,
sebaliknya lebih teruk. Mereka akan cuba membuat permohonan
pinjaman peribadi dari bank. Jika tak diluluskan, mereka akan mula
meminjam dari along tidak berlesen. Dengan tindakan along yang
tidak berperikemanusiaan kelak, selesaikah masalah mereka? Sudah
tentu tidak, ia hanya sekadar gali lubang tutup lubang. Lubang baru
yang digali akan bertambah besar, sebab lubang yang perlu ditutup
juga bertambah besar. Akhirnya lubang tidak mampu lagi ditutup dan
mereka akan jatuh tertimbus di dalam lubang yang digali sendiri!
Itu kes individu yang gagal dalam mengurus wang masingmasing. Bila mereka sudah terperangkap dengan pelbagai bentuk
bebanan kewangan, maka barulah mereka sedar bahawa pengurusan
kewangan itu adalah sesuatu amalan yang penting. Ketika itu,
untuk tidur pun sukar sekali. Apakah anda akan menunggu saat itu,
baru anda akan belajar tentang teknik urus wang? Di mana anda
sekarang? Jika anda tergolong dalam kalangan mereka yang sedang
berhadapan dengan masalah kewangan, anda jangan berputus asa.
Tahniah kerana anda memilih untuk membaca buku ini. Harapan saya
semoga buku ini akan memberi anda idea atau membuka minda
anda untuk meneroka ilham-ilham yang akan dapat membantu anda

30

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

keluar dari belenggu yang sedang anda hadapi. Jika anda belum
terjerumus ke kancah kewangan, teruskanlah sifat bijak wang yang
anda miliki. Semoga anda akan terus konsisten mengamalkan teknik
pengurusan wang yang baik.
Ada juga orang bertanya, Apakah mungkin kita boleh hidup
tanpa perlu berhutang? Jawapan saya ialah hampir tiada urusan
hidup yang mustahil. Sebelum berfikir tentang bolehkah kita hidup
tanpa hutang, maka terlebih dahulu kenalah bertanya, kenapa
kita berhutang? Kalau sebab yang mendorong anda berhutang itu
merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, maksudnya ia wajib
dilakukan maka agak sukarlah untuk mengelak dari berhutang.
Contohnya anda mungkin berhutang untuk rawatan penyakit yang
kritikal. Tapi kalau anda berhutang hanya untuk membeli set karaoke
yang baru, sudah tentu hal ini boleh dielakkan. Kalau ia boleh
dielakkan bukankah itu bermakna hutang juga boleh dielakkan.
Memang tidak dinafikan bahawa di luar sana terdapat banyak orang
yang berhutang kerana perlu melengkapkan keperluan asas agar
kehidupan berlangsung dengan sempurna seperti berhutang kerana
membeli kenderaan dan tempat tinggal. Tapi cuba anda teliti dan
selami dengan jujur dalam diri anda, apakah semua hutang anda
pada masa sekarang ini adalah untuk manampung keperluan asas
kehidupan semata-mata ataupun anda telah terikut-ikut dengan
gaya hidup yang berlebihan

Mengukur tahap kesihatan kewangan


Terdapat sebelas soalan yang dapat digunakan untuk mengukur
tahap kesihatan kewangan anda. Soalan-soalan ini dipetik daripada
laman sesawang AKPK (http://www.akpk.org.my). Anda boleh
melawat laman sesawang tersebut untuk menjawab soalan-soalan
berkaitan secara atas talian.
1. Adakah anda menggunakan bajet untuk mengurus
perbelanjaan bulanan isi rumah?
2. Adakah anda membuat perbandingan harga dari

31

TEKNIK URUS WANG INDIVIDU BERKESAN

beberapa kedai sebelum merancang pembelian


barangan utama?
3. Jika ada perbelanjaan besar terhadap pembaikian
pekakas rumah, kereta atau rumah, apakah sumber
wang yang anda akan gunakan?
4. Berapa kerap anda membayar kad kredit anda lebih dari
bayaran minima atau sepenuhnya untuk mengurangkan
atau mengelakkan bayaran faedahnya.
5. Adakah pembayaran kad kredit dan ansuran pinjaman
kereta melebihi 20% dari gaji bersih anda.
6. Berapa kerap masalah kewangan menjadi punca
pertikaian dalam keluarga anda.
7. Bila anda memikirkan keupayaan untuk memenuhi
tanggugjawab kewangan masa depan (seperti pelajaran,
pembelian utama dan sebagainya), anda merasakan
selesa, agak risau atau sangat risau.
8. Pelan perlindungan insurans anda cukup untuk
menampung pendapatan anda atau keluarga anda
sekiranya berlaku hilang upaya, kematian atau dalam
apa-apa keadaan yang tidak dijangkakan?
9. Adakah anda memiliki akaun pelaburan peribadi untuk
persaraan (seperti KWSP) atau lain-lain dana persaraan
yang boleh digunakan untuk menjaga keperluan
kewangan masa depan anda?
10. Bila anda mengkaji semula pelan persaraan anda dan
menilai keupayaan anda untuk memenuhi tanggugjawab
kewangan masa depan serta keperluan untuk
menyelenggara cara hidup yang selesa ketika bersara,
anda merasakan cukup selesa, agak risau atau sangat
risau.
11. Adakah anda memiliki wasiat?

32

PENGENALAN TEKNIK URUS WANG

Kerisauan yang melampau terhadap kedudukan kewangan


boleh menghakis ketenangan dan keharmonian hidup.

33

Anda mungkin juga menyukai