Anda di halaman 1dari 27

BAB 2

HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN

2.1

SITUASI

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa perpaduan di Negara Malaysia.
Bahasa Melayu juga adalah bahasa pengantar di semua sekolah rendah kebangsaan
dan sekolah menengah di negara ini. Para pelajar di Malaysia samaada SK atau SJK
perlu mampu menggunakan bahasa melayu dengan betul supaya dapat memahami
pelajaran yang diajar di sekolah dengan baik. Bahasa Inggeris pula adalah bahasa
perantaraan antarabangsa dan bahasa ilmu antarabangsa yang memberi banyak
kelebihan kepada pelajar yang mampu menguasainya.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia
mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran
akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan
sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan
sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah
diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat
dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa
kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar
semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara
merdeka serta identiti rakyat.
Bagi

merealisasikan

keunikan

Bahasa

Melayu

yang

menjadi

bahasa

kebangsaan, dasar MBMMBI telah diperkenalkan. Dasar MBMMBI ini, memberi


kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu yang melambangkan negara dan
identiti kita dan pada masa yang sama bahasa Inggeris juga harus diperakui
kepentingannya dalam memastikan generasi kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju dunia.

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan


berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud
meletakkan

Bahasa

Melayu

pada

tempat

yang

sepatutnya,

sesuai

dengan

kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara


152, Perlembagaan Malaysia.
Di sekolah sekolah SJKT subjek Bahasa melayu didapati salah satu faktor
utama penurunan GPS sekolah. Bagi mengatasi masalah ini dan sekali gus
memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT, sekolah penandaarasan saya telah
memperkenalkan satu projek yang bernama Projek

Pendeta Muda. Projek ini

diperkenal dan mula diamalkan pada tahun 2014. Sekolah ini berpendapat keberanian
untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia perlu disemai sejak kecil agar murid-murid
lebih berani menyuarakan pendapat pada masa akan datang. Projek Pendeta Muda ini
melibatkan murid tahun 3 hingga tahun 6.

Memandangkan Projek Pendeta Muda di SJKT Jerantut

sangat efektif dan

pernah menyumbang kejayaan dalam syarahan di peringkat daerah dan peningkatan


GPMP

kepada sekolah, maka sangat wajarlah saya memilih projek ini

untuk

menjalankan penambahbaikan di sekolah saya untuk program sandaran selama dua


bulan pada masa akan datang.

2.1 SITUASI
Projek Pendeta Muda telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh mantan guru besar
Pn.Kalai Chelvi. Objektif program ini ialah melahirkan generasi yang mahir berbahasa
Melayu dan berusaha meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Melayu di
kalangan

murid-murid

SJKT

Jerantut.

Bagi

menanamkan

kesedaran

tentang

kepentingan Bahasa Malaysia pihak sekolah telah berganding bahu membawa


perubahan drastik dalam komunikasi murid dan peningkatan prestasi mata pelajaran.

Menurut GPK Pentadbiran, sebagai persiapan awal sebelum menjalankan


program ini,mesyuarat panitia telah diadakan bagi mengenal pasti peratus kelulusan
Bahasa Malaysia dan mencari

penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi

menjurus kepada memartabatkan Bahasa Malaysia. Pada awalnya, pelbagai program


telah diperkenalkan bagi memartabatkan Bahasa Malysia. Namun, hasilnya tidak begitu
memberangsangkan. Contohnya, Program

sinar pagi diperkenalkan. Murid murid

telah menjalani projek pembacaan pagi pada pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi. Apabila
kehadiran murid merosot projek ini telah menemui kegagalan.

Pada ketika itu,

tercetusnya idea baharu di minda guru besar Pn.Kalaichelvi untuk mengaplikasikan


Program Pendeta Muda dalam setiap kali perhimpunan pagi. Guru besar sebagai
penaung, GPK Pentadbiran sebagai penasihat dan Ketua panitia BM sebagai
setiausaha berjaya merangka aktiviti program yang dirancang. Semua murid tahun 2
hingga tahun 6 akan terlibat secara langsung dalam program ini.
( Lampiran B 1 )
Program ini memberi penekanan kepada cara komunikasi murid dalam bahasa
Melayu tanpa rasa takut atau cemas. Kebanyakkan murid sekolah SJK mengalami
masalah

penuturan

dalam

Bahasa

Malaysia.

Ini

adalah

kerana

penguasan

perbendaharaan kata yang cetek. Kerana takut salahitulah jawapan yang sering
dikeluarkan oleh murid SJKT jika diberi peluang bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Sikap rendah diri dan malu bercakap menjadi cabaran utama dalam usaha menjayakan
program ini. Inilah fenomena yang sering mengganggu keberkesanan sesuatu program
di sekolah tersebut. Ekoran itu, pihak sekolah telah membuat keputusan dengan
mewajibkan setiap murid yang terlibat dalam program ini untuk berkomunikasi dalam
BM dengan sifat keyakinan dalam diri sendiri. Melentur buluh biarlah dari rebungnya ,
bah kata pepatah sifat yakin dan berani berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia perlu
ditanam sejak kecil.
Program Pendeta muda dikendalikan sebagai salah satu agenda panitia Bahasa
Malaysia. Banyak program dijalankan di bawah panitia ini .

Setiap kali perhimpunan, guru bertugas akan mengendalikan pelaksanaan program ini.
Guru bertugas akan memberikan sebuah tajuk yang ringkas semasa perhimpunan pagi
hari Isnin. Tajuk akan disediakan oleh ketua Panitia BM mengikut tahap murid. Muridmurid diberi masa selama seminggu untuk membuat persediaan. Pada minggu
seterusnya, nama murid akan dipilih secara undian. Murid yang dipanggil itu akan
berucap mengenai tajuk yang diberikan tanpa merujuk sebarang bahan rujukan. Muridmurid bercakap secara spontan mengenai tajuk tersebut. Sebarang pembetulan akan
dibuat serta merta oleh para guru bagi memastikan murid-murid lain dapat
memperbetulkan kesalahan yang dibuat.murid-murid yang berjaya berucap tanpa
cemas dan takut
penganugerahan

serta membentangkan ayat-ayat yang betul akan diberi


pada

masa

yang

sama.

Peneguhan

positif

ini

turut

memberangsangkan para murid untuk lebih menonjol.

lampiran
Aktiviti ini akan dijalankan sepanjang minggu tersebut oleh guru-guru bahasa
Malaysia semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid murid yang tidak
dipilih secara undian, akan membentangkannya di kelas pada waktu BM. Murid-murid
juga perlu merekodkan tajuk mengikut minggu dan ayat atau nota kecil yang
menunjukkan bukti mereka mencuba melaksanakannya. Tujuannya ialah, menerapkan
sikap rajin dan sekali gus menyingkirkan rasa takut dalam diri mereka. Guru
matapelajaran juga menandatangani buku-buku tersebut dengan buktinya adanya
pemantauan dilakukan bagi memastikan kelicinan program Pendeta Muda ini.
Kesedaran mengenai program ini sering kali diberi melalui aktiviti panitia dan setiap kali
perhimpunan pagi. Bagi mengelakkan keciciran, tajuk bagi setiap minggu turut ditulis
pada papan hitam sekitar dewan sekolah. Ini membantu murid untuk mendapatkan
tajuk tersebut walaupun terlupa tajuk atau tidak hadir pada hari Isnin. Ini membuktikan,
tidak kira dalam apa jua keadaan murid memberi alasan tidak tahu.

Lampiran

Program ini telah membantu sekolah menyerlah dalam pertandingan syarahan


Bahasa Malaysia di peringkat daerah dan negeri. Pada tahun 2015, seorang murid
telah berjaya memenangi johan di peringkat daerah gabungan Jerantut dan Maran.
Kejohanan ini merupakan mercu tanda dalam kejayaan sekolah selepas lebih satu
dekad. Ini menjadi satu kejayaan yang terbesar dalam pencapaian sekolah tersebut.

Gambar

Selain daripada itu, panitia Bm dalam aspirasi memartabatkan Bahasa Malaysia


mengadakan pelbagai aktiviti yang membawa manfaat kepada murid-murid.
Pertandingan Bina Ayat dijalankan setiap 3 bulan sekali . murid akan diberi sebuah
gambar tunggal dan tempoh masa selama 10 minit untuk membina ayat yang lengkap
mengikut tahap. Murid tahun 3 akan membina ayat dalam lingkungan 3 perkataan .
manakala murid tahap 2 pula perlu membina ayat dengan sekurang kurangnya 8 patah
perkataan.
Sekolah ini juga mempunyai peraturan khas dengan mewajibkan murid
berkomunikasi dalam bahasa Malaysia pada setiap hari Khamis. Murid perlu bercakap
dalam Bahasa Malaysia dengan para guru, staf sokongan dan rakan rakan sekalian.
Boleh dikatakan seluruh warga sekolah termasuk pengusaha kantin turut berkomunikasi
dalam BM pada hari tersebut.
Sebuah pondok Bacaan khas untuk Bahasa Malaysia telah siap dibina sebagai
tempat bersantai sambil membaca bagi warga sekolah.pondok tersebut dilengkapi
dengan bahan bacaan, kad-kad suku kata, cerita pendek dan gambar-gambar yang
berwarna warni bagi menarik minat murid-murid.

Aktiviti didik hibur seperti berpantun, berteka teki, menyanyi, dikir barat, gurau
senda, simulasi, permainan Sahiba dan permainan kecil dikendalikan sepenuhnya
dalam Bahasa Malaysia semasa aktiviti persatuan. Murid-murid bebas melakukan
aktiviti-aktiviti yang mereka minat dengan syarat bercakap dalam Bahasa Malaysia. Ini
adalah untuk melahirkan rasa cinta terhadap bahasa ini dalam merealisasikan aspirasi
Negara memartabatkan Bahasa Malaysia.

Minggu panitia dijalankan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Antaranya


penghasilan perkataan baharu daripada satu perkataan yang diberi. Dengan ini murid
membina banyak perkataan baharu dengan mengetahui maksudnya sekali. Daripada
perkaatn tersebut murid membina ayat secara lisan dan bertulis. Aktiviti susulan
dijalankan dengan mengimbas kembali perkataan tersebut sebelum PdP dijalankan.
Pemenangpemenang minggu panitia diberi hadiah pada perhimpunan pagi sebagai
dorongan.

2.2 Peluang dan cabaran pelaksanaan projek


Sekolah ini mempunyai 16 orang guru dan 157 orang pejar. Menurut GPK Pentadbiran,
bekas guru besar Pn.Kalai Chelvi merupakan seorang pemimpin yang bermisi dan
berkaliber serta bijak mengurus pentadbiran sekolah dengan sistematik. Kini, di bawah
kepimpinan En Kumarasamy, sekolah ini turut membangun dengan pesat dari semua
aspek. Tiada penyingkiran yang dibuatnya. Malah, banyak penambahbaikan yang
dibuat bagi memantapkan lagi pengurusan sekolah. Beliau menyatakan, dirinya hanya
perlu memantau dan berfikiran inovasi untuk membaikpulih apa yang sedia ada. Hasrat
beliau ialah pihak sekolah dan komuniti luar berganding bahu melaksanakan sesuatu
projek

dengan lebih efektif. Kesukaran murid untuk berkomunikasi dalam BM,

penulisan yang masih dalam dikategorikan dalam kumpulan lemah, penuruan GPS dan
usaha memartabatkan MBM merupakan

pemangkin kepada tercetusnya idea

pelaksanaan program ini.


Walaupun

berbilang

bangsa,

guru-guru

sekolah

ini

bersifat

kolaboratif

menjayakan sesuatu projek tidak kira apa dan siapa mengetuainya. Mereka saling

membantu dan berfikiran kreatif dan inovatif bagi melengkapkan diri ke era
pembelajaran dan pengajaran keabad 21. Semangat berpasukan menjadi kunci utama
kejayaan sesuatu program di sekolah ini. Ketua Panitia BM merupakan seorang guru
yang penyayang dan sentiasa memikirkan kebaikan para palajar.
Sokongan daripada ibu bapa tidak pernah menjadi halangan kepada
peningkatan seklah.PIBG sentiasa bersedia menghulurkan bantuan bagi semua aktiviti
sekolah bukan sahaja dari segi kewangan malah sumber tenaga dan idea idea yang
bernas.

Manakala

sokongan

daripada

murid-murid

juga

tidak

pernah

kurang

sambutannya. Oleh kerana, sekolah ini sekolah bandar maka pendedahan murid
terhadap media elektronik amat besar. Kebanyakan murid mempunyai ipad, galaxy
note dan telefon pintar. Ini membuka peluang kepada para pelajar untuk mengakses
dunia luar tanpa sempadan. Pembangunan pesat sains dan teknologi mencungkil minat
dan bakat pelajar bagi meneroka sendiri pelbagai idea baharu. Guru-guru mendapatkan
idea bagi menjalankan aktiviti baharu melalui pelajar.

Betapa canggihnya sesuatu projek, masih lagi mengharungi cabaran dan


rintangannya. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
pembelajaran anak-anak mereka. Buku kerja murid tidak pernah disemak oleh ibu
bapa. Ini menjadikan murid membawa hasil kerja yang tidak lengkap. Tetapi ini tidak
menjadi penghalang utama bagi menjayakan program ini.
Secara keseluruhannya, projek ini membawa perubahan positif dalam diri para
guru, murid-murid mahupun komuniti luar. Pihak sekolah mendapati muridmurid
sendiri cenderung bertutur dalam Bahasa Malaysia tanpa diarah . Inilah kejayaan yang
sebenar projek tersebut.

2.3 Penglibatan kepimpinan sekolah

Seorang pemimpin yang mesra, bermisi, berpotensi, menerima pandangan,memberi


pendapat yang rasioanal pastinya menjadi

suri teladan bagi warga sekolah.

Keterampilan yang unggul dalam menjana idea baharu sangat disenangi oleh para
guru. Kedua-dua gurubesar SJKT Jerantut mempuyai kebolehan yang dinamik. Sifat
menerima pandangan, memberi peluang kepada warga sekolah bagi bersuara semasa
sesuatu keputusan yang diambil amat menyokong kejayaan sekolah ini. Hubungan
yang mesra seperti keluarga terjalin di sini.
7
Guru merupakan satu kerjaya yang perlukan pembelajaran sepanjang hayat bagi
melengkapkan diri dengan cabaran dunia luar. Idea idea baharu perlu dicetuskan . Di
sekolah ini,bukan sahaja guru BM malah guru-guru lain juga turut berganding bahu
memberi pandangan, idea dan turun ke padang untuk melaksanakan program itu. guruguru diberi peluang untuk mengambil keputusan yang bernas dengan memberitahunya
kepada guru besar sebelum diaplikasikan. Pandangan guru juga diterima dalam
pengambilan keputusan. Ini menjadi salah satu faktor mewujudkan sikap menghormati
satu sama lain.
Pengorbanan seoarang guru tidak dapat ditandingi. Kini, bebanan dan tugasan
guru melampai batasan. Banyak tekanan mental diberi kepada para guru. Apatah lagi
dalam pengurusan keluarga.apabila mencampuradukan masalah keluarga dan masalah
kerja, tekanan yang dialami oleh seorang guru tidak dapat diluahkan melalui perkataan.
Dalam isu ini, bekas guru besar dan guru besar kini, mewujudkan suatu suasana kerja
yang harmoni. Semangat kekitaan dan semangat berpasukan menjadi moto utama
suasana harmoni sekolah ini. Penghargaan berbentuk pujian, hadiah, makan malam
sentiasa membuka peluang kepada para guru untuk berbicara dan ini dinampak jelas
dengan komitmen yang diberi semasa projek dijalankan. Pendapat Lussier dan Achua
(2001), dalam kerja berpasukan menjelaskan hal ini sebagai berikut:
sesebuah pasukan kerja yang berkesan, ia memerlukan ahlinya memiliki ciri-ciri
untuk menjayakan matlamatnya iaitu mencapai sinergi, saling menolong antara
ahli dan penilaian sebaya, berinovasi dan mencapai kemajuan yang berterusan,
kepuasan ahli yang tinggi serta mematuhi kehendak ahli dari segi psikologi.

Penjelasan ini menjawab persoalan yang perlu ada bagi memenuhi ciri-ciri kerja
berpasukan.

Pemimpin yang bijak akan berjaya mengawal semua sumber tenaganya dengan
cekap. Bekas gurubesar Pn.Kalaichelvi,bijakmengagihkan tugas mengikut kepakaran
guru supaya tugas itu tidak menjadi bebanan kepada dirinya. Jika guru-guru rasa
tertekan dan beban, minat dan cenderung terhadap projek ini akan kurang. Ini pastinya
membawa projek ini ke jalan buntu. Oleh itu, guru besar amat prihatin dan cekap
semasa mengagihkan tugas. Apabila wujudnya, sebuah pasukan yang bersifat
kolaboratif maka keberkesanan program tersebut dapat dilihat dengan jelasnya.

2.4 Stail pengurusan dan kepimpinan sekolah


Keterampilan yang dinamik, pengetahuan yang bermisi dan visi, pengurusan yang
cekap merupakan tunjang kejayaan program ini. Guru besar Pn.Kalaichelvi telah
berkhidmat di sekolah ini selama

18 tahun. Beliau memperkenalkan dan

mengaplikasikan program ini. En.Kumarasamy guru besar baharu yang berkhidmat di


sekolah ini selama 4 bulan meneruskan program ini tanpa memberi alasan perubahan
pucuk kepimpinan.
Menurut Lussier, 2002 kepimpinan adalah proses pengaruh-mempengaruhi
antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui objektif
organisasi memalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan.
Seorang pemimpin yang dinamik sangat komited terhadap kerjaya,prihatin dan
ambil berat kebajikan guru-gurunya,akan menjadi suri teladan kepada warga sekolah
dan komuniti luar, menjadi pakar rujuk dan menerima perubahan serta mempunyai misi
dan visi yang terancang dan sistematik. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap
kebolehpercayaan. Ini akan menggerakkan jentera sekolah ke arah kecemerlangan.

Bekas guru besar SJKT Jerantut merupakan seorang pemimpin yang


demokratik. Beliau tidak pernah mengarah membuat sesuatu kerja. Malah,
mencadangkan melaksanakan sesuatu projek.beliau tidak pernah melayan gurugurunya sebagai orang bawahan. Segala keputusan diambil melalui perbincangan
bersama bagi kepentingan bersama. Ini melahirkan diri mereka diiktiraf dan pandangan
diterima. Dengan ini para guru lebih komited dengan urusan kerja bagi mendapatkan
hasil yang cemerlang.
Manakala, guru besar terkini En. Kumarasamy pula berpendapat bahawa
demokratik perlu diamalkan. Tetapi kepimpinan autokratik juga perlu diamalkan dalam
sesuatu keadaan. Beliau berpendapat bahawa sesuatu isu boleh dibincang bersama
tetapi keputusan adalah di tangan guru besar.
Kebebasan itu ada hadnya. Melalui amalan gaya kepimpinan laissez faire
warga seklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam membuat keputusan. Walaupun
cara ini mempunyai kelebihan namun tidak banyak diamalkan oleh para pemimpin. Ini
adalah kerana gaya kepimpinan ini sesuai diamalkan orang yang lebih matang dan
berkemahiran tinggi. Oleh itu, hanya GPK Pentadbiran diturunkan kuasa untuk
membuat keputusan semasa ketiadaan guru besar. Ia perlu diberitahu melaui pesanan
atau panggilan telefon pada hari tersebut juga.
Perubahan perlu diterima mengikut perkembangan semasa. Sekolah harus
bersedia untuk menerima perubahan dan mengharungi cabaran kearah abad ke 21.
Bagi merelisasikannya, kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar
En.Kumara samy lebih sesuai diaplikasikan. Menurut R.J.Starratt(1999), menekankan
pembinaan bersama dengan cara membuang semangat mementingkan diri sendiri, dan
seterusnya membina nilai dan kepercayaan baru. Semangat kekitaan melalui semangat
berpasukan melakukan aktiviti dengan lebih cekap dan cepat serta menjana banyak
idea.
Setiap projek disediakan dengan senarai tugasan mengikut kecenderungan dan
minat para guru. Kemahiran seseorang guru diguna secara optimum untuk
menghasilkan sesebuah produk yang berkualiti dan menyaingi pasaran global. Bagi

melicinkan projek tersebut senarai tugas berserta tapik topik yang perlu diberi telah
diagihkan kepada semua guru.
Menurut McNulty et at.(2005) menegaskan bahawa tugas guru besar di sekolah
tidak terhad hanya kepada tugas ruitn pentadbiran sahaja malah mereka perlu
menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insane di bawah pentadbirannya
terutamanya guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan
efektif. Kepimpinan sekolah merekod semua aktiviti yang guru-guru laksanakan melalui
kaedah pemerhatian dan soal selidik.
Bagi menilai keberkesanan Program itu, Pn.kalkichelvi melalukan pemantauan
dari semasa ke semasa secara rasmi dan tidak rasmi. Manakala En.Kumarasamy pula
menilai melalui pertuturan bersama murid-murid di sepanjang waktu persekolahan.
Cadangan penambahbaikan dan masalah yang menjadi penghalang akan sentiasa
dibincang bersama guru-guru. Maklum balas daripada ibu bapa dan murid-murid juga
diberi perhatian. En.Kumarasamy telah membuat sedikit penambahbaikan dengan,
tajuk akan diberi pada waktu perhimpunan. Murid-murid dikendaki bercakap secara
spontan. Tajuk tajuk yang dipilih ialah daripada tajuk-tajuk yang lepas. Guru-guru juga
tidak perlu membetulkan kesilapan yang dibuat serta merta. Beliau berpendapat
bahawa ia akan menbantutkan percakapan murid dan mewujudkan rasa rendah diri.
Kemimpinan sekolah merancang tugasan yang perlu diagihkan kepada semua guru
secara sama rata. Draf yang beliau dirancang tersebut di bagi kepada pentadbir untuk
membuat salinan.
Seorang pemimpin yang berpentahuan luas pastinya menjadi pakar rujuk
pelbagai pihak. Guru besar En, Kumarasamy sedang membuat PhD di KuiTho dalam
bidang pengurusan pendidikan. Ekoran itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas
dalam bidang pengurusan. Beliau merangsang para guru dengan memberi motivasi,
penanugerahan dan pengiktirafan dalam menjayakan sesuatu program.

2.5 Pengiktirafan

Guru akan merasa dihargai sekiranya mereka diberikan anugerah, kenaikan pangkat,
sijil dan hadiah Ganjaran merupakan balasan kepada perkhidmatan yang telah
diberikan (Martocchio 2006) dan bukan dalam bentuk material sahaja. Penghargaan diri
adalah lebih penting kepada individu apabila keperluan asas telah dipenuhi dan ini
selaras dengan teori Maslow.Pemimpin yang menghargai guru-guru dengan pelbagai
kaedah akan meningkatkan komitmen dan motivasi guru.
Guru Besar SJKT Jerantut Pn.Kalai Chelvi merupakan pemimpin yang berjiwa
rakyat. Beliau sentiasa mengambil berat tentang kebajikan guru. Guru-guru smemberi
komitmen penuh dengan segala aktiviti sekolah. Sebagai seorang pemimpin, bukan
sahaja prestasi sekolah malah kesukaan dan kedukaan guru-guru turut dikongsi
bersama. Ini menjalinkan satu hubungan yang mesra di mana pujian dan teguran
diterima sepenuh hati.
Kejayaan yang cemerlang yang pernah disandang oleh pihak sekolah ialah
mendapat tempat pertama Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Jerantut dan
Maran dan seterusnya melangkah masuk ke peringkat Negeri Pahang.
Peningkatan peratus kelulusan Bahasa Malaysia turut dapat dilihat sebagai hasil
kejayaan Program ini. Dahulunya, murid takut dan cemas jika diberi peluang untuk
mengemukakan idea walaupun di kelas. Tetapi kini, program Pendeta Muda menjadi
pemangkin untuk murid lebih berani bercakap dalam Bahasa Malaysia. Tiada istilah
takut salah digunakan lagi.
Setiap program memerlukan penambahbaikan. Mahu pun bekas guru besar dan
guru besar sekarang kedua-duanya mengamalkan sistem post mortem selepas sesuatu
program. Dalam pemantauan saya selama dua minggu , saya dapati guru besar En.
Kumarasamy sangat mengambil berat dalam aktiviti post mortem. Menurutnya, belajar
daripada kesilapan adalah faktor utama kejayaan sesebuah sekolah. Kesilapan dan
kesalahan yang dilakukan dibincang bersama untuk memastikan ianya tidak diulangi
dan tidak menjejaskan kelicinan program tersebut. Ianya bukanlah untuk menuding jari
pada golongan yang membuat kesalahan atau mempertikaikan kewibawaan seseorang.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah termasuk staf

sokongan atas kejayaan sesuatu program. Ini secara langsungnya, memotivasikan


warga sekolah dan mewujudkan semangat kekitaan dengan slogan Sekolahku
keluargaku . Ini selaras dengan dapatan Huq& Martin (2000), individu yang komited
akan mengambil bahagian dan memberi output tanpa had namun ini perlu seiring
dengan budaya organisasi

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah rahsia kepimpinan guru besar
En.Kumarasamy. apabila sesuatu kejayaaan diperoleh guru besar akan mengadakan
satu perjumpaan berserta jamuan makan bersama

guru-guru. Manakala bekas

gurubesar pula, akan memberi hadiah kepada stafnya serta belanja makan di kantin
sekolah. Kadang-kala ibu bapa turut berserta memriahkan lagi suasana.
Segala aktiviti dan kejayaan aktiviti sekolah dimuatnaik dalam facebook dan watsup
PIBG . Ini membantu para ibu bapa untuk mengikuti perkembangan sekolah dari masa
ke semasa.

2.5.1 Tindak ikut

Program Pendeta Muda telah membawa perubahan positif dalam penggunaan Bahasa
Malaysia di kalangan pelajar India di SJKT. Persepsi segelintir ibu bapa yang
berpendapat anak-anak mereka tidak fasih bertutur Bahasa Malysia jika dihantar ke
sekolah SJKT kini telah berubah konsepnya. Ibu bapa sendiri menghulurkan bantuan
berbentuk hadiah bagi memberangsangkan murid bergiat dalam program Pendeta
Muda.
Apabila pencapaian sekolah turut meningkat , ini melahirkan ramai lagi komuniti
luar menghulurkan bantuan tanpa ditanya.
Selama dua minggu di sekolah ini, saya dapati semua murid boleh bertutur
bahasa Malaysia walaupun kurang perbendaharaan kata. Murid meluangkan masa di

pondok bacaan khas dengan membaca kad-kad yang disediakan. Murid lebih berani
bercakap walaupun salah. Program ini memberi impak yang dalam sehingga muridmurid mengamalkan budaya bercakap BM di sekitar sekolah.
Walaupun telah memberi impak positif namun masih ada sedikit cabaran yang
terpaksa dihadapi. Murid-murid kategori lemah masih tidak bersedia sepenuhnya. Ini
adalah kerana, kesedaran tentang kepentingan bahasa malysia di kalangan muridmurid dan ibubapa itu sendiri. Jika ditanya pelbagai alasan akan diberi. Malah ibu bapa
pula enggan ke sekolah jika dipanggil untuk berbincang mengenai pembelajaran anakanak mereka. Oleh yang demikian, guruguru diminta untuk membimbing murid-murid
yang dikenal pasti pada waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat. Ini adalah
hasil penambahbaikan guru besar En.Kumarasamy.
Selain daripada itu, satu penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di sekolah
ini adalah mempelbagai aktiviti-aktiviti dengan melibatkan ibu bapa. Salah satu aktiviti
yang baru disyorkan ialah permainan kecil seperti teka silang kata, mencari perkataan
dan syarahan spontan ibu bapa bersama anak-anak mereka. Ini bertujuan untuk
menanamkan kepentingan berbahasa Malaysia.
Warga sekolah, kini berasa puas dengan hasil pencapaian murit dalam Bahasa
Malaysia secara lisan mahu pun bertulis. Walaupun banyak kekangan yang menjadi
penghadang pada awalnya. Program Pendeta Muda ini, memberi kesan positif dalam
diri para guru dan murid murid sekolah dan ibu bapa tentang kepentingan bahasa
Malaysia. Guru besar berharap bahawa penambahbaikan dan pelbagai aktiviti lain akan
terus menjelma dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia.
Kesimpulannya kepentingan bahasa ibunda tidak dipertikaikan. Tetapi, kita perlu
akur bahawa bahasa Malaysia mempunyai kepentingannya terdiri. Tidak kira di mana
jua kita berada, segala urusan rasmi atau tidak rasmi hampir 90% melibatkan bahasa
Malysia sebagai bahasa komunikasi. Apa lagi kita sebagai masyarakat majmuk yang
berbilang bangsa. Alat perpaduan berbilang kaum iaitu Bahasa Malaysia perlu
dimartabatkan si semua sekolah.

BAB 3
REFLEKSI
3.1

Faktor-faktor yang didapati kritikal dan penting dalam kejayaan.

Selama dua minggu saya menjalankan program penandaarasan di SJK(T) Jerantut.


Saya berpeluang untuk mengetahui pengurusan sekolah yang lebih sistematik. Hasil
daripada

profil sekolah, data statistik asas dan keberhasilan sekolah membolehkan

saya menganalisis kelemahan

dan kekuatan yang ada pada sekolah ini. Ianya

memberi keyakinan pada saya untuk memimpin sesebuah organisasi dengan lebih
berkesan dan

efisyen pada masa akan datang. Saya mendapat peluang

untuk

mengkaji lebih mendalam mengenai stail kepimpinan, amalan-amalan kepimpinan dan


cara pengurusan yang dipraktikan oleh Guru besar sekolah tersebut. Saya juga
mengenalpasti SJK(T) Jerantut mengamalkan budaya Cekap, Cemerlang dan Cepat
dalam segala aktiviti yang dilaksanakan dalam sekolah tersebut. Saya mempelajari
bagaimana Guru besar dan guru penolong kanan memimpin, berkomunikasi,
memotivasi, memberi ganjaran dan menangani masalah dalaman ke arah pembentukan
budaya kecemerlangan dalam organisasi.
Daripada dapatan yang saya perolehi daripada pemerhatian, tinjauan, semakan
dokumentasi, sesi temu bual dan sesi perbincangan bersama-sama dengan Guru besar
dan barisan pemimpin pertengahan, dapat dikenalpasti beberapa faktor yang kritikal
dan penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan Projek Pendeta Muda.
Antara faktor kritikal dan penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan projek
pendeta Muda ialah:
i)
ii)
iii)
iv)

Kecemerlangan Kepimpinan dan Pengurusan


Kecemerlangan Fungsi Pengurusan
Kebertanggungjawab dan kesungguhan
Fungsi Dorongan

Kecemerlangan kepimpinan di sekolah ini merujuk kepada keupayaan Guru besar


SJK(T) Jerantut dalam mempengaruhi warga sekolah ke arah mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan. Beliau dapat membina Perancangan Strategik untuk
setahun dan dapat menjelaskan kepada semua warga sekolah. Beliau memimpin
halatuju sekolah dan budaya kerja yang positif. Saya dapat melihat kebolehan Guru
besar

memimpin warga sekolah dengan tabah dan tegas. Beliau

memang mahir

dalam mengurus organisasi dengan mengawal ahli,aktiviti, projek, sumber di samping


mengekalkan kualiti secara keseluruhan untuk mencapai visi dan misi sekolah. Guru

besar telah berjaya mempengaruhi warga SJK(T) Jerantut yang dipimpinnya supaya
mengubah tingkahlaku dan sikap agar warga sekolah dapat sepakat dalam menjayakan
segala program sekolah. Beliau juga dapat mengenalpasti arah tuju organisasi supaya
menyokong strategik yang digubal.
Tugas Guru Besar sebagai seorang pengurus sekolah beliau dapat menyerlah
dengan rancangan yang drastik dan memastikan rancangan yang dibina itu membawa
hasil pulangan yang sangat baik kepada semua warga sekolah. Mak Soon Sang (2011)
telah menghuraikan Integrasi Kepimpinan dan Pengurusan
bahawa kepimpinan merupakan satu elemen yang penting

dengan menerangkan
dalam

pengurusan

organisasi. Kesimpulannya bekas Guru besar SJK(T) Jerantut cekap mengurus


organisasi dan guru besar kini pula berinovasi dalam pelaksanaan projek ini. Ia
menunjukkan kewibawaan beliau untuk mempengaruhi warga sekolah mengubah sikap
dan memberi kerjasama dan komitmen demi mencapai matlamat sekolah.
Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi disebabkan oleh Guru
besar dengan mencetuskan idea-idea baharu untuk kebaikan bersama. Dalam
organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam
mewujudkan keberkesanan organisasi. Guru besar merancang, memimpin dan
mengawal proses pelaksanaan projek ini dengan penuh teliti. Jika dilihat teliti, guru
besar En,Kumarasamy berhak untuk memansuhkan pelaksanan projek tersebut.
Tetapi beliau tidak berbuat demikian. Beliau berasa ia satu program yang bagus dan
patut diamalkan dengan sedikit penambahbaikan.
Guru besar mengenalpasti penyusunan aktiviti berlaku secara sistematik dengan
menentukan cara pelaksanaan aktiviti berkenaan, penetapan dan pengagihan tugas
kepada guru-guru dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah untuk memastikan
projek berkenaan memberi impak yang tinggi dan cekap.
Tugas Guru Besar sebagai seorang pengurus sekolah beliau dapat menyerlah
dengan rancangan yang drastik dan memastikan rancangan yang dibina itu
membawa hasil pulangan yang sangat baik kepada semua warga sekolah. Mak
Soon Sang (2011) telah menghuraikan Integrasi Kepimpinan dan Pengurusan

dengan menerangkan bahawa kepimpinan merupakan satu elemen yang penting


dalam

pengurusan organisasi. Kesimpulannya Guru besar SJK(T) Jerantut

memimpin dalam pengurusan organisasi dan pelaksanaan projek ini menunjukkan


kewibawaan beliau untuk mempengaruhi warga sekolah mengubah sikap dan
memberi kerjasama dan komitmen demi mencapai matlamat sekolah.
Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi disebabkan oleh Guru
besar yang mencetuskan idea-idea baharu untuk kebaikan bersama. Dalam
organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan perkara yang penting dalam
mewujudkan keberkesanan organisasi. Guru besar merancang, memimpin dan
mengawal proses pelaksanaan projek ini dengan penuh teliti. Dalam pelaksanaan
projek ini, Guru besar telah mengadakan bengkel kepada semua warga sekolah
untuk menerangkan tujuan dan proses pelaksanaan dalam organisasi. Setiap warga
sekolah memberi jaminan untuk menjayakan projek dengan jayanya. Dengan katakata positif daripada mereka membolehkan Guru besar membawa perubahanperubahan yang baik pada masa depan.
Guru besar mengenalpasti penyusunan aktiviti berlaku secara sistematik dengan
menentukan cara pelaksanaan aktiviti berkenaan, penetapan dan pengagihan tugas
kepada guru-guru dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah untuk memastikan
projek berkenaan dijalankan dengan berimpak tinggi dan cekap. Guru besar
menunjukkan amalan kepimpinan yang berkualiti seperti menetapkan hala tuju,
berkomunikasi dengan berkesan dan memberi motivasi kepada guru sepanjang
pelaksanaan projek ini. Beliau jugak membuat penilaian dan pemantauan terhadap
tugasan yang diberikan. Guru besar mendapati anak buah beliau sanggup
melaksanakan tugasan tidak mengikut masa. Saya sendiri melihat Guru besar
membelikan kuih-muih kepada guru-guru yang menjalankan tugasan pada sebelah
petang. Tindakan

beliau memberi semangat dan secara tidak langsung

memotivasikan guru serta membuktikan keprihatinan seorang pemimpin. Dengan


ini, terbuktilah pemimpin ini melayan para guru sebagai anggota keluarga dan
sekolahnya sebagai institusi keluarga yang perlu dibina dan dipupuk dengan sikap
kasih sayang, prihatin dan ceria selalu.

Saya berpendapat, ketika menjamu selera para guru dan pemimpin beramah
mesra dengan mengeluarkan tekanan emosi dan mental yang dihadapi bukan
sahaja di sekolah malah di luar. Kajian mendapati Guru besar membuat penilaian
terhadap projek 3C dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Tujuan penilaian
dibuat ialah untuk mengukur sejauhmanakah projek 3C ini dilaksanakan mengikut
perancangan dan mencatat keberhasilan tugasan tersebut.
Kebertanggungjawaban dan kesungguhan Guru besar, barisan guru penolong
kanan, murid-murid dan staf sokongan yang lain merupakan salah satu asset
sekolah yang menyumbang ke arah kejayaan projek 3C. Sikap tanggungjawab
sangat penting kepada semua guru untuk meningkatkan semangat bagi menangani
perubahan yang menuntut jangkaan yang tinggi dalam bidang keguruan. Sepanjang
pelaksanaan

program

3C

untuk

tempoh

bulan

pertama

rasa

kebertanggungjawaban dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua guru adalah


yang terbaik menyebabkan projek ini dapat diselesaikan pada masa yang
ditetapkan. Semua guru yang

terlibat dalam menceriakan bilik-bilik khas

mengeluarkan duit sendiri juga untuk membeli alatan dan bahan tambahan. Guruguru bertekad untuk menyelesaikan tugasan sebelum atau pada tarikh yang
ditetapkan oleh mereka sendiri. Selepas menyiapkan tugasan memberitahu
pemimpin dan memimpin akan memantau hasil tugasan serta menandatangan pada
buku projek 3C dengan menggunakan pen dakwat hitam. Jikalau, guru yang tidak
menyiapkan tugasan pada tarikh yang ditetapkan, pemimpin akan memantau dan
menandatangan pada buku projek 3C dengan menggunakan pen dakwat merah.
Hasil temubual dengan beberapa guru, didapati mereka tidak mahu ditandatangani
dengan pen merah. Ini kerana mereka beranggapan, mencerminkan kreadibiliti dan
tanggungjawab seseorang guru serta pemimpin kurang percaya terhadap guru
tersebut.
Keupayaan Guru besar memberi dorongan dan ganjaran merupakan salah satu
kunci yang mendatangkan kejayaan kepada projek 3C. Menurut Khairiyah (2012)
motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat
seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk

mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana


keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. Dorongan merupakan kuasa yang
besar untuk mendekati dengan warga sekolah untuk mengekalkan kelakuan
manusia. Kebolehan Guru besar memahami perangai warga sekolah yang terlibat
dalam projek ini membuktikan beliau dapat mempengaruhi, menggerakkan dan
memimpin mereka dalam mencapai kegemilangan sekolah selaras dengan misi dan
visi sekolah. Pendorong berperanan sebagai pemberi perangsang.
Sepanjang menjalani Program Penandaarasan di SJK(T) Jerantut selama dua
minggu, saya mendapat peluang mengadakan diskusi dan perbincangan dengan
Guru besar dan guru-guru penolong kanan. Antara perkara yang dibincangkan
adalah amalan kepimpinan dan penguusan di sekolah, perkongsian pengalaman,
bimbingan dan kaunseling dan pemimpin yang berkesan dan berjaya. Beliau adalah
pemimpin dan pengurus yang menguruskan aktiviti sekolah malahan seorang
pembimbing, pemudahcara dan penyelesai masalah secara aman.

3.2

Hubungan antara teori-teori yang dipelajari dengan amalan pengurusan

dan

kepimpinan
Daripada pemerhatian saya, didapati amalan kepimpinan dan pengurusan Guru
besar mempunyai korelasi yang tinggi . Di dapati Guru besar mengamalkan
pendekatan autokratik untuk mengawal guru-guru semasa melibatkan pematuhan
kepada dasar-dasar kerajaan, peraturan kewangan, peraturan dalam Perintah Am
dan elemen-elemen yang berisiko tinggi. Beliau jugak menggunakan pendekatan
Laissez faire untuk memberi peluang yang untuk guru memaksimumkan bakat dan
keupayaan mereka. Guru besar juga tidak lupa akan kebajikan guru-guru sekolah
SJK(T) Jerantut. Guru-guru yang menghadapi masalah kesihatan dinasihatkan

berjumpa dengan pakar perubatan, keluarga guru-guru diberi keutamaan dan hak
asasi manusia dijaga dengan penuh dedikasi.
Konsep teori Transformasi adalah perubahan. Pemimpin SJK(T) Jerantut
berperanan sebagai memberi arah tuju dan melaksana perubahan yang penting
bagi memastikan organisasi sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang
ketidaktentuan. Saya sendiri melihat kesan Kepimpinan Transformasi melalui tindak
guru-guru sekolah tersebut. Mereka seiring dengan Guru besar untuk mencapai
matlamat sekolah. Guru-guru menaruh harapan yang tinggi terhadap Guru besar
dan menghargai sumbangan pemimpin kepada mereka. Teori Transformasi ini
diasaskan oleh J.M Burns (1978) dalam buku leadership. Menurut J.M Burns,
Kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik apabila para pengikut rela menerima
pengaruh pemimpin. Guru besar SJK(T) Jerantut telah pun menawan hati para guru
melalui mereka sentiasa bersedia menerima pengaruh pemimpin.
Guru besar SJK(T) Jerantut mengamalkan jenis Kepimpinan Autentik dimana
para guru boleh mempercayai beliau seratus peratus. Para guru sudi berkongsi
masalah keluarga dan masalah peribadi dengan pemimpin mereka dengan harapan
boleh dipercayai. Beliau juga bertindak sedemikian dengan tidak hebohkan atau
mengungkitkan perkara tersebut pada sebarang situasi. Beliau juga menjadi teladan
kepada warga sekolah dengan mengikut peraturan-peraturan sekolah. Beliau
sampai sekolah lebih awal, berpakaian kemas, menghadiri kelas mengikut masa,
melayan ibu bapa dengan mesra dan menunjukkan kesungguhan dalam semua
aktiviti yang disertai. Kepimpinan Guru besar dijadikan role model oleh subordinat.
3.3

Kesesuaian projek di sekolah sandaran


Amalan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru besar SJK(T) Jerantut
merupakan kepimpinan yang baik berdasarkan teori-teori kepimpinan dan
pengurusan yang berkesan. Dengan ini amalan pengurusan dan pemimpin yang
ditunjukkan oleh bekas Guru besar adalah amalan yang baik dan memberi inspirasi
dan dorongan kepada saya untuk membantu Guru besar

SJK(T) Kuala Lipis

merancang satu program Pendeta Muda dalam membantu kecemerlangan sekolah.

Program ini akan memberi impak yang positif kepada perkembangan dan
pembangunan SJK(T) Kuala Lipis dalam jangka masa panjang dan pendek. Projek
ini sesuai untuk diamalkan di sekolah saya sendiri untuk membawa perubahan yang
mencetuskan kebaikan bersama. Jadi saya berharap mendapat sokongan penuh
untuk melaksanakan projek ini daripada Guru besar dan barisan guru-guru penolong
kanan.
Projek Pendeta Muda akan memberi impak yang positif kepada kemenjadian
murid dalam Bahasa Malaysia. Disebabkan Bahasa Malaysia menjadi subjek kritikal
di SJK saya memilih program ini dijalankan di sekolah saya . Saya akan membuat
beberapa

penambahbaikan

terhadap

projek

Pendeta

Muda

sebelum

melaksanakannya. Pada mulanya, saya akan menyediakan kertas kerja tentang


projek ini. Kertas kerja ini merupakan satu perincian kepada guru-guru dibuat
dengan teliti supaya mereka yang terlibat memahami konsep pelaksanaan dan
mengetahui tanggungjawab masing-masing. Penerangan tanggungjawab ini perlu
untuk melicinkan urusan tadbir sepanjang projek ini dilaksanakan.
Di sekolah sandaran saya, semangat berpasukan kurang di aplikasikan. Masingmasing mempunyai rengutan, tugasan dan bebanan tersendiri. Banyak alasan yang
akan diberi jika diberi masa untuk menyiapkan tugasan yang diwajibkan. Saya
berasa semangat pasukan ini perlu diterapkan dalam diri warga SJKT Kuala Lipis.
3.4

Cadangan penambahbaikan projek di Sekolah Sandaran


setiap projek memerlukan penambahbaikan untuk memastikan kesesuaian
projek mengikut masa. Saya akan melakukan beberapa aktiviti pemulihan yang
sesuai dengan keaadaan sekolah saya. Saya akan memperkenalkan Projek
Pendeta Muda ini dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris menjurus kepada
aspirasi Negara dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan
Bahasa Inggeris.

Ini kerana mata pelajaran Bahasa Inggeris turut menjadi

masalah kepada para pelajar kerana kurangnya perbendaharaan kata. Oleh itu
tajuk dalam bahasa Malaysia dan Inggeris akan diberi selang seli dalam sebulan.
Ketua panitia bahasa Inggeris akan bertanggungjawab menyediakan tajuk. Dan

pemimpin akan memantau keberkesanan projek Pendeta Muda ini. Saya akan
mencadangkan aktiviti ini diteruskan bukan sahaja di perhimpunan

tetapi di

mana jua di sekitar sekolah sepanjang minggu itu. sijil penghargaan akan diberi
kepada murid yang berkomunikasi sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan
bercakap secara spontan tanpa rasa takut. Saya juga akan mengubah nama
projek kepada Semarak berbahasa. Satu semangat yang membara akan saya
tanamkan pada warga sekolah nanti.

3.5

Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan


Keupayaan pengurusan

dan kepimpinan Guru besar SJK(T) Jerantut telah

memberi satu pengajaran yang amat berguna kepada saya untuk meningkatkan
kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan pada masa akan datang. Antara
pengajaran yang dapat perolehi adalah seperti berikut:
i)

Beliau memiliki keiltizaman yang tinggi dan ciri-ciri pemimpin pendidikan


yang

berkesan.

Beliau

bersungguh-sungguh

dan

mempamerkan

penglibatan

bertanggungjawab

dalam

diri

secara

pelaksanaan

tugasnya sebagai Guru besar. Sebagai contoh, beliau turut hadir bersama
menyaksikan latihan hoki pada sebelah petang untuk mengetahui
ii)

perkembangan murid dengan sendiri.


Beliau merupakan seorang yang berfikiran jauh dan

berpandangan

global. Beliau bertanggapan pendidikan bukan terhad dalam Negara


sahaja

tetapi

pendidikan

globalisasi

bertaraf

dunia.

Sentiasa

mengingatkan guru-guru supaya menghasilkan murid yang dapat bersaing


iii)

di peringkat dunia.
Beliau seorang pemimpin yang mempunyai wawasan dan jelas dengan
visi dan misi yang ditentukan terutamanya yang berkaitan dengan
perkembangan dan pembangunan organisasi pimpinannya. Beliau
sentiasa mengingatkan para guru dan murid-murid bekerjasama dan
mencapai matlamat sekolah.

iv)

Beliau seorang yang berpengetahuan dan berfleksibel sebagai pemimpin


sekolah berkenaan. Beliau memberi kepentingan kepada inovasi dalam
perhubungan sosial dengan warga sekolah di bawah pemimpinannya.
Beliau

mempunyai

kesedaran

yang

tinggi

terhadap

persekitaran

organisasi. Beliau mengamalkan sikap toleransi semasa berhubung


v)

dengan warga sekolah dalam kebanyakkan situasi.


Sebagai pemimpin beliau berorientasikan maklumat. Beliau berkongsi
maklumat-maklumat yang baru kepada para guru supaya semua warga
sekolah peka akan isu-isu semasa. Ini menunjukkan beliau serasi dengan
media

ICT yang

membolehkan

beliau

menonjolkan

diri

sebagai

berpengetahuan. Beliau menggalakkan para guru menggunakan ICT


dalam pengajaran dan pembelajaran dan berhasrat semua guru celik IT.
Guru besar menyediakan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi
supaya pembelajaran
vi)

maya dilaksanakan bagi menarik minat murid-

murid.
Beliau seorang yang berpandangan positif semasa mentafsir reformasi
atau inovasi pendidikan alaf abad ke-21 terutamanya menyediakan
tahun1 hingga tahun 3 sebuah bilik darjah yang kondusif dengan berhawa
dingin. Dapat ditafsir bahawa beliau merupakan seorang yang peka
kepada

perubahan, sedar tentang keperluan dasar Negara, bersikap

positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.

BAB 4
RUMUSAN
4.1 Impak projek penandaarasan kepada kecemerlangan sekolah
Pemimpin sekolah mesti mempunyai sikap berani, dinamik, pemikiran kreatif untuk
membawa tranformasi yang berterusan dengan perancangan dan pemantauan secara
sistematik supaya penghasilan generasi akan datang cemerlang, berakhlak mulia dan

gemilang serta bersaing di peringkat global. Sistem organisasi yang baik dan dipimpin
oleh seorang Guru besar yang cemerlang dan warga sekolah yang berkaliber serta
pemikiran terbuka untuk menerima perubahan yang menjurus kepada kecemerlangan
sesebuah organisasi.
Kepimpinan merupakan satu perkara utama dalam pengurusan organisasi.
Sebagai pemimpin sekolah Guru besar SJK(T) Jerantut dapat mempengaruhi warga
sekolah dengan melibatkan semua guru dalam semua aktiviti sekolah bermotifkan
mencapai misi dan visi sekolah. Setiap keputusan yang diambil oleh Guru besar dapat
sambutan dari warga sekolah serta PIBG ekoran beliau memiliki kemahiran-kemahiran
pemimpin yang terunggul. Warga sekolah dan PIBG mempercayai dengan Guru besar
berkebolehan untuk membawa sekolah bersaing sihat dengan sekolah lain di Malaysia.
4.2 Impak projek penandaarasan kepada peserta
Sepanjang tempoh penandaarasan, banyak input yang saya dapati menerusinya.
Guru besar En.Kumarasamy berkongsi dengan saya beberapa perancangan strategik
yang dirancang yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Pada pendapat saya, guru
besar ini mempunyai visi, misidan motto yang tersendiri dalam mengidentititkan sekolah
sebagai sebuah sekolah yang cemerlang, terbilang dan gemilang. suatu hari nanti
SJK(T) Jerantut akan dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Keharmonian dan
semangat berpasukan di bawah satu bumbung sangat dititikberatkan dalam membawa
kejayaan sekolah. Nama sekolah akan diwar-warkan dengan pencapaian akademik
mahupun kokurikulum selaras dengan pelan strategik yang dihasilkan oleh Guru besar
dan dimanupulasi oleh setiap guru berperanan memastikan kemenjadian murid.
Projek Pendeta muda akan menjadi projek sandaran untuk dilaksanakan di
SJK(T) Kuala Lipis dengan sedikit perubahan berdasarkan hala tuju, matlamat
pencapaian dan analisa persekitaran sekolah saya. Saya meletakkan harapan yang
besar agar projek Pendeta Muda akan menjadi salah satu faktor utama peningkatan
prestasi BM di sekolah saya. Saya akan menggunakan projek ini dalam bidang
kurikulum untuk membolehkan saya merancang dan mengelola susunan rangka
pelaksanaan projek ini.

Saya mempelajari kemampuan Guru besar yang sentiasa berfikir secara kreatif
dan inovatif dalam membuat perancangan untuk kebaikan sekolah. Saya juga bertekad
akan berfikir cara sedemikian untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang saya. Saya
akan memastikan hubungan dengan PIBG dan ibu bapa dieratkan lagi supaya mereka
turut membantu mencapai matlamat sekolah. Demi kepentingan anak murid saya perlu
pastikan hubungan ini dipupuk dan diraih supaya dapat melakukan pelbagai aktiviti
bersama-sama. Ibu bapa di sekolah penndaarasan memberi komitmen yang tinggi
kepada pihak sekolah. Contohnya perbelanjaan untuk menjadikan kelas tahun 1 hingga
tahun 3 sebagai kelas abad ke-21 ditanggung oleh mereka sepenuhnnya. Bahkan,Guru
besar sebagai memberi idea dan cara pelaksanaan kelas abad ke-21.
Guru besar mengaplikasikan pelbagai gaya kepimpinan dalam memimpin
oraganisasi sekolah. Antaranya adalah kepimpinan situasi, kepimpinan transformasi,
kepimpinan instruksional dan kepimpinan demokrasi. Gaya-gaya kepimpinan inilah
menjadi intipati utama untuk menggerakkan semua guru menjalankan tugasan dalam
suasana harmoni dan tenteram. Guru-guru juga merasa seronok bekerja di sekolah dan
memberi kerjasama tidak terhingga kepada Guru besar. Saya juga akan mengamalkan
gaya kepimpinan seperti mana Guru besar ini mempraktikkan supaya saya menjadi
pemimpin yang berjaya dan disanjungi oleh semua orang.
4.3 Rumusan keseluruhan
Seorang pemimpin sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi
memastikan pembelajaran berterusan dalam kalangan guru-guru untuk merealisasikan
sekolah sebagai organisasi pembelajaran selain individu dan suasana persekitaran
sekolah. Organisasi pembelajaran dapat meningkatkan profesionalisme guru terutama
guru

novis

secara

berterusan

dan

menyeluruh

dengan

kos

yang

lebih

rendah.Pelaksanaan organisasi pembelajaran memerlukan pemimpin yang berwibawa


dengan sikap terbuka, telus, mesra dan peka terhadap tindakannya dalam mewujudkan
suasana pembelajaran berterusan warga organisasinya. Sokongan pemimpin sekolah
dalam menyediakan pelbagai program memartabatkan Bahasa Malaysia mampu
meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran tersebut
kecemerlangan sekolah.

dalam melestarikan

saya mendapati Guru besar berwawasan tinggi dan sangat kompeten dalam
mengurus dan memimpin sekolah ke arah kecemerlangan dengan dikongsikan
bersama seluruh warga sekolah. Guru besar dapat mengabungjalinkan segala bidang
pengurusan yang terdapat dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia yang diperkenalkan oleh Institut Aminudin Baki. Beliau mencetuskan banyak
idea yang akan mendatangkan kebaikan dan membantu kecemerlangan sekolah. Saya
belajar cara menangani masalah yang timbul dalam keluarga dengan mengambil kira
masalah guru tersebut dan memberi kaunseling serta nasihat untuk memastikan
keharmonian antara guru-guru dijaga. Gabungan amalan pengurusan dan kualiti
peribadi boleh melahirkan pendidikan yang berkualiti dan berkesan.
Seorang pemimpin sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi
memastikan pembelajaran berterusan dalam kalangan guru-guru untuk merealisasikan
sekolah sebagai organisasi pembelajaran selain individu dan suasana persekitaran
sekolah. Organisasi pembelajaran dapat meningkatkan profesionalisme guru terutama
guru

novis

secara

berterusan

dan

menyeluruh

dengan

kos

yang

lebih

rendah.Pelaksanaan organisasi pembelajaran memerlukan pemimpin yang berwibawa


dengan sikap terbuka, telus, mesra dan peka terhadap tindakannya dalam mewujudkan
suasana pembelajaran berterusan warga organisasinya. Sokongan pemimpin sekolah
dalam menyediakan pelbagai program memartabatkan Bahasa Malaysia mampu
meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran tersebut

dalam melestarikan

kecemerlangan sekolah.
Daripada projek penandaarasan ini, pelbagai gaya kepimpinan saya dapati
daripada seorang pemimpin dalam pelbagai situasi. Secara keseluruhannya, projek ini
memantapkan diri saya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber , dinamik, rasional
dan prihatin terhadap kebajikan guru. Kini, saya dapati banyak perubahan dapat saya
rasai dengan menjadi seorang guru biasa, GPK Pentadbiran dan pemimpin yang
memandu jentera sekolah. Saya berpendapat bahawa Kepimpinan instruksional lebih
sesuai saya praktikan pada masa akan datang. Ada masanya pemimpin bersifat
penyayang dan ada masanya bertidak tegas. Segala-galanya terserlah pada situasi.