Anda di halaman 1dari 1

Yayasan Peneraju perlu memilih saya untuk menerima pembiayaan pendidikan Peneraju

Tunas Potensi kerana saya merupakan seorang yang berkebolehan dalam melakukan pelbagai
kerja sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.Saya seorang yang aktif dalam
bidang sukan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang sukan. Saya juga mempunyai
kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian
yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.Selain itu,saya juga mampu bekerja secara
berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang
seterusnya mampu meningkatkan produktiviti kami.Saya juga mampu menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi dan mampu menjalankan tugas dengan baik,dan tepat pada masa yang
ditentukan.Saya pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan betul.Saya juga tidak
kisah jika perlu bekerjasama dengan seseorang yang berlainan jantina dan agama.Akhir sekali
saya seorang pelajar yang berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diberikan serta akan
memastikan kerja tersebut disiapkan tepat pada masa yang ditentukan.Saya juga mempunyai
keinginan yang membara untuk mencapai visi dan cita-cita saya.Jesteru itu, saya pasti
merupakan calon terbaik untuk menerima biasiswa yang ditawarkan ini.

Anda mungkin juga menyukai