Anda di halaman 1dari 6

BAB 7 : REFLEKSI

7.0

Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu perkara utama dalam pengurusan organisasi. Sebagai


pemimpin seorang pemimpin seseorang harus mempengaruhi warga sekolah dengan
melibatkan semua guru dalam semua aktiviti sekolah bermotifkan mencapai misi dan
visi sekolah. Pemimpin sekolah mesti mempunyai sikap berani, dinamik, pemikiran
kreatif untuk membawa tranformasi yang berterusan dengan perancangan dan
pemantauan secara sistematik supaya penghasilan generasi akan datang cemerlang,
berakhlak mulia dan gemilang serta bersaing di peringkat global. Sistem organisasi
yang baik dan dipimpin oleh seorang Guru besar yang cemerlang dan warga sekolah
yang berkaliber serta pemikiran terbuka untuk menerima perubahan yang menjurus
kepada kecemerlangan sesebuah organisasi.

Refleksi dalam kajian program ini adalah perbincangan mengenai maklumat


yang dapat dipelajari dan diteladani sebagai seorang pemimpin di sekolah.
Perbincangan akan ditumpukan ke atas faktor-faktor kejayaan projek, hubungan di
antara aspek teori yang dipelajari dengan amalan pengurusan dan kepemimpinan yang
dipamerkan, kekuatan dan ruang-ruang untuk penambahbaikan.

7.1

Aspek kepimpinan dan pengurusan

Aspek kepemimpinan yang dipamerkan daripada sepanjang program merupakan


amalan gaya kepimpinan instruksional pemimpin sekolah. Secara tradisinya, amalan
kepimpinan instruksional seseorang pemimpin sekolah termasuklah menyatakan
harapan-harapan tingginya terhadap prestasi guru-guru dan pelajar-pelajar, menyelia
proses pengajaran, memantau proses penilaian dan perkembangan pelajar, menyelaras

kurikulum sekolah, serta mewujudkan iklim pembelajaran dan suasana kerja yang baik
di sekolah.

Namun, Guru Besar Puan Fong Swee Mum mengamalkan Gaya Kepimpinan
Instruksional Hubungan(Relational Instructional Leadership) dengan berasaskan
perspektif hubungan manusia yang melihat organisasi yang dipimpinnya sebagai
sebuah keluarga besar. Sebagai pemimpin di dalam keluarga besar, kepemimpinan
sekolah akan berusaha memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar di bawahnya
sentiasa berada dalam keadaan terbaik dengan perkara-perkara yang mereka lakukan
supaya mereka dapat gigih berusaha serta berbangga dengan segala usaha mereka.
Melalui gaya kepimpinan ini, peningkatan prestasi keputusan peperiksaan tidaklah
diperolehi melalui amalan kepimpinan instruksional biasa secara langsung, tetapi
peningkatan prestasi berlaku hasil daripada hubungan baik yang dibina antara
kepemimpinan sekolah dengan para guru dan pelajar-pelajarnya. Gaya Kepimpinan
Instruksional Hubungan ini didapati sesuai digunakan pada peringkat permulaan muridmurid tahun 4 tahun sesi persekolahan tahap 2 berbanding daripada murid-murid tahun
6 yang hampir menghadapi peperiksaan UPSR.

Dengan itu, pihak kepimpinan sekolah sentiasa memberi semangat, motivasi


serta pengiktirafan dan peghargaan kepada subordinat yang menjadi tenaga kerja
yang sangat penting bagi menjayakan program ini. Pihak kepimpinannya juga boleh
diteladani dari aspek komunikasi serta interaksi yang berkesan dengan warga kerja
agar kelancaran program tidak tergendala. Sikap bertanggungjawab serta komitmen
yang tinggi juga dipamerkan oleh pihak pengurusan sekolah di sepanjang program.
Puan Fong fokus peranannya daripada hanya menjadi " seorang penilai kecekapan
guru" kepada berperanan sebagai "fasilitator perkembangan profesion guru", iaitu
dengan mengadakan perbincangan-perbincangan profesional bersama guru-gurunya,
mewujudkan peluang guru-guru melakukan refleksi dan perkembangan profesional
mereka, serta mengembangkan komuniti pembelajaran profesional (PLC) di sekolah.

7.2

Kekuatan Projek

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kekuatan dan kejayaan pelaksanaan
Program My Beezy English Week. Di antara faktor krtikal dan terpenting adalah seperti
berikut:
Faktor paling penting adalah faktor kepemimpinan sekolah. Didapati
bahawa Guru Besar dapat menjalankan 4 fungsi utama pengurusan iaitu
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal (POLC) dengan amat
berkesan menyebabkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Faktor kejayaan yang kedua adalah komitmen guru yang tinggi. Semua
guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pin Hwa 1 terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semangat
kerja berpasukan (team work) yang tinggi menyebabkan mereka dapat
menjiwai program ini dan ini secara tidak langsung melancarkan
perjalanan program mengikut seperti yang dirancangkan oleh kepimpinan
sekolah.
Faktor kejayaan yang seterusnya adalah peranan panitia dan guru kelas
yang sentiasa menjalankan bekerja kuat untuk menjayakan program ini.
Mereka sentiasa diingatkan tentang peranan mereka sebagai seorang
pelajar dan berazam untuk mengerakkan kumpulan pelajar galus di mata
pelajaran Bahasa Inggeris ini. Kesediaan guru-guru ini memberi perhatian
kepada kelemahan murid dan berusaha membaikinya menjadikan
program ini lebih berkesan.
Faktor kejayaan yang

seterusnya adalah pengurusan persekitaran

sekolah yang kondusif. Persekitaran dan suasana sekolah yang harmoni,

disiplin murid yang tinggi, komitnen guru dan murid yang mantap
membantu menjayakan Program My Beezy English Week ini.
Stail kepemimpinan yang digunakan oleh pihak pentadbiran ialah autokratik dan
demokrasi terpimpin. Kedua-dua stail kepemimpinan ini mempunyai kelebihan dan
kelemahan tersendiri dan yang

pastinya

pihak kepemimpinan

sekolah

lebih

mengutamakan stail demokrasi terpimpin. Lantaran itu, dikaitkana juga dengan istilah
`Assertive dan `Responsive dalam gaya pelaksanaan Program My Beezy English
Week. Guru Besar Puan Fong Swee Mum dikatakan seorang pemimpin yang
`Assertive kerana tingkah lakunya yang bersungguh-sungguh, tegas dan bersikap
terbuka mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. Pada masa yang
sama Guru Besar juga dianggap pemimpin yang `Responsive kerana seorang yang
sering mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak serta tidak memulakan
sesuatu sebaliknya memberi reaksi ke atas sesuatu. Faktor utama kejayaan projek
adalah terletak kepada pengurusan dan kepemimpinan sekolah yang efektif dan
ditambah lagi dengan komitmen guru-guru yang sangat tinggi. Di samping itu
perancangan program ini dibuat dengan begitu teliti dengan menyepadukan idea guruguru untuk dijadikan projek kepunyaan bersama. Hasilnya, semua yang terlibat samasama menyedari bahawa program ini sangat penting dan dilaksanakan dengan
berkesan.

7.3

Kelemahan Projek

Walaupun program ini dirancang dengan baik dan teliti, namun masih terdapat
beberapa kelemahan atau kekurangan seperti di bawah:
Kelemahan paling ketara adalah dari segi aktiviti pengawalan dalam
proses pengurusan. Pengawalan boleh didefinisikan sebagai satu proses

untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan terarah kepada


pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Antara lain proses yang melibatkan pengawalan program adalah:
1) Membuat pemerhatian dan pencerapan
2) Membuat penilaian
3) Membuat laporan mengenai kemajuan program

7.4

Cadangan penambahbaikan
Beberapa penambahbaikan program yang boleh dilakukan ialah:
Pemantauan perlu dilaksanakan dengan lebih teliti supaya mereka benarbenar memahami hasrat pihak sekolah melalui program ini.
Sebagai motivasi/pengiktirafan kepada warga kerja dan para pelajar
didapati daya pujuk atau pemberian penghargaan masih di tahap agak
berkurangan. Maka ia perlu ditambah misalnya dengan memohon
sumbangan dan dana untuk program motivasi murid.
Dalam merancang projek ini, tenaga PIBG boleh digunakan. Terutama
dalam usaha memberi nasihat dan galakan kepada ibu bapa supaya
sama-sama mengambil berat perkembangan pelajaran anak-anak mereka
di rumah.

Secara amnya kajian ini mendapati bahawa tahap kualiti sikap Guru
Besar sebagai penasihat terhadap pengurusan dan kepemimpinan Program My
Beezy English Week yang mendorong kepada kejayaannya. Program yang dikaji
telah mengaplikasi konsep dan teori asas pengurusan di mana aspek yang
paling penting ialah penglibatan kepemimpinan sekolah. Kualiti kepemimpinan

adalah salah satu faktor penting bagi menentukan kejayaan dan kewujudan
kumpulan dan organisai. Oleh itu, usaha dan pendekatan perlu diambil bagi
mengekal dan meningkatkan lagi tahap kualiti ini agar dapat disedari oleh pihak
kepemimpinan sekolah betapa pentingnya peranan mereka dalam memastikan
pengurusan kerja dan kepemimpinan organisasi dapat dilaksanakan dengan
cemerlang. Keperluan kepemimpinan yang berkesan sentiasa ada dan amat
dihargai. Akhir sekali dapatlah dirumuskan bahawa sekolah yang cemerlang lahir
daripada pengurusan dan kepemimpinan Guru Besar yang gemilang