Anda di halaman 1dari 21

PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH ( PBJJ )

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KURSUS SKSJ 2093 ANALISIS PILIHAN RAYA

SEMESTER 2 2009/2010

KONSEP PILIHAN RAYA, SISTEM PILIHAN RAYA


DAN
JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MAT SUDIN B ZAINAL B SANUSI ROZIHAN B ABD.


TAUPEK RAHMAN
NO.
MATRIK GB 00743 GB 00762 GB 00760

NO.
TELEFON 013 275 3064 017 379 1538 017 224 1354

EMAIL dinkelam@gmail.com javas622@yahoo.com zihan_wnz@yahoo.com

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. MOHAMMAD AGUS YUSSOF

TARIKH HANTAR : 28 MAC 2010

Page 1 of 21
1.0 PENDAHULUAN

Sistem Raja Berperlembagaan ( constitutional monarchy ), yang diwarisi oleh


negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah menggariskan satu-satunya
ciri utama dalam sistem pemerintahan Malaysia, iaitu pucuk pimpinan negara hendaklah
dibentuk berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh rakyat. Sebagai sebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pucuk pimpinan dan
pemerintahan, artikel 114 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukan agar diadakan
pilihan raya sekali dalam tempoh lima tahun. Justeru, dengan kata-kata lain rakyat diberi
mandat melalui pembuangan undi untuk memilih peminpin yang membentuk kerajaan
dan bakal memerintah negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin
( 2009 ), oleh kerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat
”, maka pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam negara yang
mendakwa mengamalkan sistem demokrasi. Melalui pilihan raya, rakyat berpeluang
menyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti yang bertanding. Selain daripada
itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau parti lain
yang diangggap lebih sesuai.

2.0 KONSEP PILIHAN RAYA

Menurut laman web http://m.s..wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya, pilihan raya


adalah satu proses demokrasi yang menggunakan undi untuk memilih calon yang sesuai
sebagai mewakili rakyat di parlimen. Laman web ini turut menjelaskan bahawa ia
merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai bagi memenuhi
jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan
tempatan. Sehubungan dengan itu, untuk memenuhi tuntutan sistem demokrasi, sesebuah
kerajaan dipilih melalui pilihan raya. Melalui pilihan raya ini, rakyat diberi hak untuk
memilih kerajaan yang diingini. Justeru, ini bermakna sesebuah kerajaan yang dipilih
akan memerintah mengikut kehendak rakyat yang memilihnya. Dalam sesuatu pilihan
raya, terdapat dua objek yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilih.
Menurut A. Rashid ( 1994 ), ia berkaitan dengan politik untuk memilih orang atau orang-

Page 2 of 21
orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah
bidang kuasa organisasi di mana orang atau orang-orang berkenaan dipilih untuk bertugas.
Justeru itu, orang atau orang-orang yang akan mendapat jumlah undi terbanyak
bakal terpilih mewakili kawasannya menjadi ahli parlimen bagi peringkat persekutuan
atau ahli Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Memandangkan sesebuah
kerajaan demokrasi menggunakan pilihan raya untuk menentukan kuasa pemerintah,
maka amat wajar dan penting ia diakan secara sistematik dan telus. Pilihan raya yang
tidak telus dan mengandungi perkara-perkara yang tidak diingini serupalah seperti
memperolehi pemerintahan dengan cara menipu dan tidak menyenangkan hati rakyat
( Mohd Afandi Salleh, Mohamed Mustafa Ishak, Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah
2007 ). Keadaan ini sudah pasti akan mengundang situasi yang tidak tenteram, timbul
perbalahan dan pemberontakan di kalangan rakyat. Sehubungan dengan itu, Salleh Abas (
1997 ) telah menggariskan beberapa unsur untuk menjadikan pilihan raya itu bersih dan
bebas. Antaranya ialah :-

2.1 Pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang jujur
dan boleh dipercayai oleh rakyat;
2.2 Undang-undang pilihan raya itu mestilah berasaskan keadilan dan
mencegah perkara yang tidak elok;
2.3 Segala pertelingkahan tentang pilihan raya mestilah diselesaikan
dengan segera oleh mahkamah khas.

Untuk itu, beberapa undang-undang telah diwujudkan demi memastikan perjalanan


sesuatu pilihan raya itu lancar dan para pengundi dapat keluar menjalankan tanggung
jawab masing-masing tanpa rasa takut serta gentar. Antara undang-undang tersebut ialah
Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1970, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 dan sebagainya. Walaupun terdapat kritikan mendakwa undang-undang
tersebut telah disalahgunakan oleh parti memerintah untuk mengekalkan kuasa, namun
apa yang jelas ia merupakan satu langkah untuk menjadikan pilihan raya yang diadakan
itu selaras dengan tuntutan demokrasi.

Page 3 of 21
Dalam sistem kerajaan demokrasi akan mengamalkan konsep pilihan raya bagi
membentuk sesuatu kerajaan yang baru. Jarak masa di antara satu pilihan raya adalah
berbeza di antara sebuah negara dengan yang lain. Bagi Malaysia, Britain dan India
pilihan raya dewan perundangan hendaklah diadakan setiap lima tahun sekali, walaupun
dewan boleh dibubarkan dan pilihan raya diadakan lebih awal daripada itu. Mekanisme
pilihan raya juga diwujudkan bagi mengekalkan corak pemerintahan demokrasi. Melalui
proses ini, kerajaan demokrasi dapat dibentuk. Demokrasi yang merujuk kepada konsep
majoriti dan sokongan rakyat dapat membuktikan bahawa Malaysia menggunakan proses
pilihan raya sebagai mekanisme yang dapat mengekalkan corak pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Melalui proses pilihan raya ini, parti-parti politik akan terbentuk bagi bertanding
dalam pilihan raya. Parti-parti politik yang membawa ucapan manifesto masing-masing
akan cuba mempengaruhi rakyat melalui kempen pilihan raya yang dijalankan bagi
mendapat sokongan daripada rakyat untuk mengundinya ketika di hari pengundian. Wakil
yang bertanding dalam pilihan raya akan cuba mempengaruhi rakyat untuk mendapat
sokongan. Dengan ini, rakyat dapat menilai bakal-bakal wakil yang dipilih untuk mewakili
mereka bagi menyampaikan hasrat mereka di dewan Parlimen kelak. Dalam proses pilihan
raya, calon akan menggunakan ‘janji-janji manis’ atau lebih dikenali dengan manifesto
bagi menpengaruhi rakyat. Rakyat akan terpengaruh dengan manifesto yang disampaikan
oleh calon-calon yang bertanding dan ini akan memudahkan calon yang bertanding untuk
meraih sokongan daripada rakyat.
Proses pemilihan pilihan raya dikatakan sebagai mekanisme bagi mengekalkan
corak pemerintahan demokrasi berparlimen kerana konsep ini dapat mengelakan daripada
berlakunya amalan pemilikan kuasa sepenuhnya oleh sesetengah pihak atau lebih dikenali
dengan "autoriti". Hal ini kerana apabila proses plihan raya dijalankan, para pengundi
dapat menentukan calon yang ingin diundi dan dapat mengelakkan daripada manipulasi
kuasa berlaku serta dapat mengekalkan konsep demokrasi itu sendiri. Oleh itu, sekiranya
pilihan raya diwujudkan, konsep demokrasi dapat diwujudkan kerana mengikut konsep
ini, rakyat akan memilih calon-calon yang bertanding mengikut parti politik bagi
membentuk kerajaan. Parti politik yang mendapat sokongan rakyat 2/3 akan membentuk
kerajaan dan bertindak sebagai badan kerajaan serta merupakan anggota penyokong
manakala parti politik yang tidak berjaya mendapat sokongan rakyat 2/3 akan bertindak
sebagai anggota pembangkang.

Page 4 of 21
Dengan adanya penyokong dan pembangkang, sebarang pemanipulasian kuasa
dapat dielakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Fungsi pembangkang adalah
untuk mengelakkan pihak kerajaan menyalahgunakan kuasa dalam bidang pentadbiran dan
dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang penyelewengan kewangan negara.
Kesimpulannya, proses pilihan raya merupakan mekanisme yang diwujudkan bagi
mengekalkan corak pemerintahan demokrasi kerana konsep ini memerlukan sokongan
daripada rakyat bagi membentuk kerajaan demokrasi. Kerajaan demokrasi pula merujuk
kepada konsep tiada badan yang memerintah atau bertindak sebagai satu kuasa penuh
dalam pentadbiran atau dapat dijelaskan dengan adanya kewujudan kerajaan yang
bertindak sebagai anggota penyokong, dan pembangkang yang berfungsi sebagai anggota
pembangkang yang bertindak untuk memastikan kerajaan tidak melakukan
penyelewengan dalam pentadbiran.

3.0 SISTEM PILIHAN RAYA

Tujuan pilihan raya adalah membolehkan rakyat dalam negara demokrasi memilih
wakil mereka ke dewan perundangan atau pemimpin yang akan menjalankan
pemerintahan unutk tempoh tertentu. Timbul persoalan bagaimana caranya pemenang
ditentukan? Adakah cara tersebut dapat menggambarkan kehendak dan pilihan rakyat
secara keseluruhannya. Ada bermacam-macam cara bagaimana pemenang ditentukan.
Diantara sistem pilihan raya bagi menentukan kemenangan boleh dikategorikan kepada
dua jenis iaitu sistem satu kawasan satu wakil ( single-member-district system) atau lebih
dikenali sebagai sistem SMDP dan sistem banyak wakil mengikut nisbah (multi-member-
proportional sistem ) atau lebih dikenali sebagai PR. Berikut huraian perbezaan bagi
kedua-dua jenis sistem tersebut berfungsi dan dilaksanakan.

Page 5 of 21
3.1 Sistem satu kawasan satu wakil (SMDP)
Dalam sistem ini, dalam satu kawasan atau pertandingan dalam pilihan
raya,hanya seorang calon sahaja yang diistiharkan sebagai pemenang atau yang
mewakili kawasan berkenanan. Terdapat dua kaedah atau sistem bagaimana
pemenang ditentukan dalam sistem SMDP iaitu ;

(i) sistem undi terbanyak atau majoriti mudah (simple majority)


(ii) sistem undi majoriti.

3.1.1 Sistem undi terbanyak.

Sistem Majoriti atau juga dikenali majoriti mudah, pemenang ambil semua,
pengundian plural dan di United Kingdom dipanggil sistem pengundian pertama
melepasi garisan penamat (first-past-the-post electoral system). Dalam sains politik
, dikenali sebagai Ahli Parlimen Satu Wakil atau "Single-Member District
Plurality" (SMDP). Sistem ini digunakan di United Kingdom dan kini diamalkan
disebahagian besar bekas koloni British.

Terma "sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat" merujuk


kepada analogi lumba kuda, di mana pemenangnya adalah yang pertama melepasi
garisan penamat, manakala kuda-kuda lain secara automatik akan dianggap sebagai
tewas ("pemenang mengambil semua").

Kaedahnya

Setiap pengundi diberikan daerah mengundi tertentu untuk memilih calon. Semua
undian dikira dan calon yang menerima undi paling banyak akan diisythiharkan sebagai
pemenang bagi kawasan pilihan raya tersebut.

Contoh Mudah

Contohnya pilihan raya untuk memilih Presiden majlis wakil pelajar.

Terdapat tiga calon, Ali, Tan dan Muthu. Setiap pelajar diberi kertas calonan,
dengan nama ketiga-tiga calon dan parti yang mereka wakili. Setiap pelajar mesti
memangkah "X" pada nama calon yang dipilih.

Selepas pilihan raya tamat, kertas calonan akan disusun kepada tiga bahagian. Satu
bahagian mengandungi semua "X" bagi Ali (iaitu undian untuk Ali). Manakala yang
selainnya untuk Tan dan Muthu.
Page 6 of 21
Bahagian yang terbesar adalah pemenangnya. Misalnya, jika Ali ada 11 undian,
Tan ada 16 undian, dan Muthu ada 13 undian, maka pemenangnya adalah Tan. Syabas!

Perhatikan jumlah undi adalah 11 + 16 + 13 = 40 undi, tetapi pemenangnya hanya


mendapat 16 calonan - iaitu 40%. Dalam sistem majoriti mudah, Tan boleh menang
walaupun dia mempunyai satu undi lebih daripada Muthu.

Negara-negara yang menggunakan sistem ini untuk memilih wakil rakyat termasuklah:

Amerika Syarikat (kecuali Louisiana), Bahamas, Bangladesh,


Barbados,Belize
,Botswana,Canada ,Dominica ,Gambia ,Grenada ,India ,Jamaika ,Malaysia ,Micronesia,
Nepal ,Papua New Guinea ,Saint Kitts dan Nevis ,Saint Lucia ,Saint Vincent dan the
Grenadines ,Samoa ,Kepulauan Solomon ,Trinidad dan Tobago ,United,Kingdom
(Parlimen dan kerajaan tempatan sahaja) ,Zambia

3.1.2 Sistem undi majoriti.

Memang terdapat kemungkinan dalam sistem undi terbanyak calon yang menang
tidak disokong oleh sebahagian besar pengundi. Kalau dilihat semula kemenangan Tan
hanya 16 undi iaitu 40%. Ini menunjukan sebahagian besar pengundi tidak memilih Tan
tetapi dia menang kerana mengikut majoriti kecil, calon tersebut mendapat undi paling
banyak dan dengan itu diistiharkan pemenang. Kaedah ini dianggap oleh sesetengah
pihak sebagai bertentangan dengan prinsip demokrasi yang mengutamakan suara majoriti.
Untuk mengatasi kelemahan ini dan mempastikan yang menang mendapat sokongan
sebahagian besar atau majoriti pengundi , dua kaedah lain telah diperkenalkan. Kaedah-
kaedah tersebut ialah :

(a) pilihan raya ulangan.

(b) Pengundian mengikut keutamaan.

Page 7 of 21
3.1.2a Pilihanraya ulangan ( run-off-elections).

Pilihan raya ulangan bertujuan untuk memastikan yang menang mendapat


sebahagian besar majoriti undi (50%+1). Apabila diadakan pilihan raya dan tidak ada
calon yang mendapat sebahagian besar undi atau majoriti, maka calon yang mendapat undi
terbanyak dan kedua banyak akan dipertandingkan sekali lagi dalam pusingan kedua
pilihan raya. Calon-calon lain yang mendapat tempat ketiga dan seterusnya tidak terlibat
dalam pilihan raya ulangan ini. Dalam pilihan raya ulangan yang melibatkan 2 calon, salah
seorang daaripada mereka akan mendapat majoriti undi dan ia diisytiharkan sebagai
pemenang. Pilihan raya ulangan ini diamalkan di antaranya dalam pilihan raya Presiden
Indonesia dan Perancis.

3.1.2b. Pengundian mengikut keutamaan.

Selain daripada pilihan raya ulangan, terdapat kaedah lain bagi menentukan yang
menang mendapat sebahagian besar atau majoriti undi. Sistem ini dikenal sebagai
pengundi mengikut keutamaan. Mengikut sistem ini, pengundi dikehendaki menandakan
1, 2, 3, 4 dan seterusnya pada senarai calon mengikut keutamaan pilihan mereka. Misalnya
kita lihat contoh di bawah.

Jadual 1

Contoh Pemilihan Pengundi dalam sistem

Pengundian mengikut keutamaan.

Calon Pilihan pengundi mengikut keutamaan

A 4
B 1
C 3
D 2
E 5

Page 8 of 21
Selepas pengundian, kertas undi pun dikira.Sekiranya ada calon yang mendapat
sebahagian besar atau majoriti undi sebagai pilihan pertama, maka calon tersebut
diisytiharkan sebagai pemenang. Misalnya, katakanlah ada 10,000 undi dan jumlah pilihan
pertama setiap calon seperti berikut:

Jadual 2

Contoh Pemilihan Pengundi dalam sistem

Pengudian mengikut keutamaan.

Calon Pilihan pengundi mengikut keutamaan

A 2,000

B 800

C 500

D 5,500

E 1,200

Jumlah 10,00

Sekiranya keputusannya seperti di atas, maka calon D diisytiharkan sebagai


pemenang kerana sebahagian besar pengundi telah memilih calon D sebagai pilihan
pertama mereka. Sekiranya tiada calon yang mendapat sebahagian besar undi sebagai
pilihan pertama, maka calon yang mendapat undi pilihan pertama paling sedikit akan
digugurkan dan undinya akan diberikan kepada pilihan kedua dalam kertas undinya. Lihat
contoh dalam jadual di bawah:

Page 9 of 21
Jadual 3

Contoh Pemilihan Pengundi dalam sistem

Pengundian mengikut keutamaan.

Calon Pilihan pengundi mengikut keutamaan

A 1,000

B 4,800

C 1,200

D 1,300

E 1,700

Dalam contoh di atas, tidak ada calon yang mendapat sebahagian besar undi
sebagai pilihan pertama ( iaitu sekurang-kurangnya 5,001 undi atau 50%+1).Oleh itu,
calon yang mendapat pilihan pertama paling sedikit iaitu calon A akan digugurkan. Perlu
diingat bahawa dalam 1,000 kertas undi yang memilih calon A sebagai pilihan pertama,
terdapat juga pilihan kedua dan seterusnya.

Jadual 4
Contoh Pemilihan Pengundi dalam sistem
Pengudian mengikut keutamaan.

Calon Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan


Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5
A 1,000 - - - -

B - 300 240 450 270

C 400 160 50 380

D 220 230 270 210

E 80 370 230 140

Jumlah 1,000 1,000 1,000 1,000 1,000

Undi pilihan kedua diberikan kepada calon berkenaan.Lihat apabila jadual 3 dan jadual 4
disatukan.

Jadual 5
Page 10 of 21
Contoh Pemilihan Pengundi dalam sistem
Pengudian mengikut keutamaan.

Calon JumlahPilihan Jumlah Pilihan Kedua Jumlah


Pertama
(pada kertas undi calon A)

A 1,000 -

B 4,800 300 5,100

C 1,200 400 1,600

D 1,300 220 1,520

E 1,700 80 1,780

Oleh itu, calon B diisytiharkan sebagai pemenang kerana memperolehi sebahagian


besar undi iaitu 5,100 yang merupakan hasil campuran 4,800 ( pilihan pertama) dan 300
( pilihan kedua). Sekiranya setelah digugurkan seorang calon dan undi pilihan kedua
diagihkan kepada calon berkenaan tetapi masih tidak ada sesiapa pun m,endapat majoriti
calon, maka calon berikut yang mendapat pilihan pertama paling sedikit akan digugurkan.
Undi pilihan kedua pada kertas undinya diagihkan kepada calon berkenaan. Dalam contoh
di atas, calon yang akan digurkan seterusnya ialah calon C yang mendapat 1,200 undi
sekiranya masih tidak ada pemenang setelah calon A digugurkan.

3.2 Sistem banyak wakil mengikut nisbah/ perwakailan berkadar (multi-member-


proportional sistem ) atau lebih dikenali sebagai PR.
Page 11 of 21
Merupakan suatu sistem pengundian atau pilihan raya di mana keputusan akhir
pilihan raya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti.
Misalnya, jika parti A menang 30% undi keseluruhan pilihan raya, 30% kerusi di parlimen
akan diberi kepada parti tersebut. Ini bermakna setiap undian adalah bernilai. Manakala
dalam sistem pengundian majoriti mudah (simple majority), peratusan ini tidak penting.

Terdapat tiga sistem yang berasaskan pengundian cara perwakilan berkadar:

 Sistem Senarai Parti (Party List System)

 Sistem Campuran Ahli (Mixed Member System)

 Undi Pemindahan Tunggal (Single Transferable Vote)

3.2.1 Sistem Senarai Parti

Sistem ini merupakan sistem yang paling popular berbanding dengan


kaedah lain dalam sistem perwakilan berkadar. Semua parti akan menyenaraikan
nama calon-calon yang mewakili parti masing-masing. Semua nama ini akan
dicetak ke atas kertas undi. Sewaktu pilihan raya, para pengundi akan memilih
parti dan bukannya calon individu. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan
di Parlimen mencerminkan agihan undi yang diraih oleh setiap parti dalam pilihan
raya.

Negara-negara yang mengamalkan sistem pengundian ini adalah: Afrika


Selatan, Algeria, Angola, Argentina, Austria, Belanda, Belgium, Benin, Bosnia
dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi, Cape Verde, Chile,
Colombia, Costa Rica, Cyprus, Denmark, Republik Dominican, El Salvador,
Eritrea, Estonia, Finland, Greece, Guinea-Bissau, Guinea Khatulistiwa, Guyana,
Iceland, Indonesia, Israel, Kemboja, Latvia, Liberia, Liechtenstein, Luxembourg,
Moldova, Montenegro, Mozambique, Namibia, Nicaragua, Norway, Paraguay,
Peru, Poland, Portugal, Republik Czech, Republik Dominican, Romania, San
Marino, São Tomé dan Príncipe, Sepanyol, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sri Lanka,
Surinam, Sweden, Switzerland, Turki, Uruguay.

Page 12 of 21
3.2.2 Sistem Campuran Ahli

Suatu sistem yang menggabungkan sistem majoriti dan perwakilan


berkadar. Pada mulanya, setiap negeri akan memilih perwakilan menggunakan
sistem pengundian majoriti. Selepas itu, baki kerusi di Parlimen akan dipenuhi
oleh perwakilan berdasarkan kepada kadar peratusan undi yang dimenangi oleh
setiap parti yang bertanding. Kebaikan sistem tersebut ialah ia 100% seimbang dan
juga mengambil kira penyertaan wakil dari setiap negeri. Negara-negara yang
menggunakan sistem ini termasuklah Bolivia, Jerman, Hungary, Itali, Lesotho,
Mexico, New Zealand, dan Venezuela.

3.2.3 Undi Pemindahan Tunggal

Undi Pemindahan Tunggal atau Pengundian secara Keutamaan (Preference


Voting) adalah satu sistem yang unik kerana di samping menggunakan sistem
perwakilan berkadar ia juga membenarkan rakyat mengundi calon individu. Di
dalam sistem ini, pengundi akan menyenaraikan calon-calon mengikut
keutamaannya. "1" mewakili keutamaannya yang pertama, "2" kedua, dan
seterusnya. Semua keutamaan pertama akan dikira dahulu. Sesiapa yang mencapai
kuota yang ditetapkan akan dipilih sebagai wakil. Kuota ini adalah berdasarkan
jumlah kerusi di Parlimen dan jumlah buangan undi. Bergantung kepada sistem
yang digunakan, kawasan yang diwakili tiga ahli parlimen, akan mempunyai kuota
antara 25% dan 33% jumlah keseluruhan undi. Sekiranya tiada calon mencapai
kuota dalam pengiraan pertama, calon yang menerima undian keutamaan pertama
yang paling rendah akan disingkirkan. Kertas undiannya akan diambil di mana
keutamaan keduanya pula akan dikira. Sesiapa yang mencapai kuota akan
dianggap sebagai pemenang. Jika masih terdapat kerusi yang belum dipenuhi calon
keutamaan terakhir akan disingkirkan dan kertas undiannya akan diberi kepada
keutamaan sebelumnya. Proses ini akan berterusan sehingga semua kerusi di
Parlimen diisikan. Antara ketiga-tiga sistem perwakilan berkadar, sistem inilah
yang paling rumit dan hanya beberapa negara yang menggunakannya seperti
Australia, Ireland dan Malta.

4.0 JENIS-JENIS PILIHAN RAYA


Page 13 of 21
Seperti yang telah dinyatakan bahawa pilihan raya adalah alat atau kaedah bagi
memilih wakil rakyat. Sekiranya dilaksanakan dengan adil dan bebas ( free and fair ) ia
akan menjadi bukti betapa suburnya amalan demokrasi di sesebuah negara itu.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa jenis pilihan raya yang diadakan dania
bolehlah dianggap sebagai salah satu alat ( mengukur ) demokrasi. Antaranya ialah :-

4.1 Pilihan raya Umum ( General Election )

Dalam konteks negara Malaysia, ia akan diadakan setiap 5 tahun sekali


apabila tempoh matang telah dicapai. Walau bagaimanapun peraturan
membenarkan ia diadakan lebih awal daripada itu bergantung kepada budi bicara
Yang Dipertuan Agong setelah mendapatkan nasihat Perdana Menteri. Sebagai
contoh Pilihan raya umum ( PRU ) edisi ke-12 ( sejak kali pertama pada tahun
1959 ) telah diadakan pada 8 Mac 2008 iaitu kira-kira 4 tahun selepas PRU ke-11
yang telah dilangsungkan pada 21 Mac 2004.

4.2 Pilihan raya Kecil ( by-election )

Pilihan raya kecil( PRK ) berbeza dengan Pilihan rayaUmum ( PRU )


kerana ia tidak berjadual dan tidak mempunyai jarak masa yang tertentu. Ini
adalah disebabkan ia bergantung kepada kekosongan kerusi wakil rakyat sama ada
di peringkat Dewan Undangan Negeri ( DUN ) atau Parlimen. Kekosongan ini
terjadi mungkin disebabkan oleh kematian wakil rakyat ( sebab paling lazim ) atau
wakil rakyat meletak jawatan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, ia hanya
boleh diadakan jika PRU yang berikutnya masih jauh iaitu dalam tempoh 60 hari
di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak, dari tarikh
kekosongan. Contohnya, PRK DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang yang
diadakan pada 25 Ogos 2009 diadakan disebabkan kematian Ahli Dewan
Undangan Negeri Datuk Hamdan Abd Rahman dari Parti Islam se-Malaysia ( PAS
) pada 31 Julai 2009. Selain daripada itu, kekosongan juga boleh disebabkan oleh
undang-undang melalui keputusan mahkamah apabila wakil rakyat melanggar
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal hilang kelayakan
menjadi ahli parlimen. Antaranya ialah :-

Page 14 of 21
 Didapati tidak sempurna akal
 Diisytiharkan muflis
 Memegang sesuatu jawatan berpendapatan
 Tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya
 Disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman
penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM 2,000
 Mendapatkan kewarganegaraan asing

4.3 Pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat paling rendah dalam


sesuatu sistem kerajaan di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang
terhad seperti cukai pintu. Selain daripada itu, agensi kerajaan ini boleh
menguatkuasakan undang-undang kecil ( by-laws ) kepada penduduk yang berada
di dalam kawasan pentadbiran mereka. Menurut Ahamd Atory Hussain ( 2001 )
kerajaan tempatan merupakan satu institusi yang wujud berunsurkan politik
bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan meningkatkan penglibatan
rakyat dalam pentadbiran. Dari segi fungsi ia bertanggungjawab dalam menjaga
dan mentadbir hal-ehwal kebajikan penduduk tempatan serta menjalankan aktiviti
pembangunan sosio-ekonomi ( Ahamd Atory Hussain : 2001 )
Pilihan raya peringakat Kerajaan Tempatan diadakan untuk memberi
peluang kepada penduduk di dalam sesuatu perbandaran memilih wakil mereka
untuk memberi perhatian kepada masalah kawasan mereka melalui mesyuarat
Kerajaan Tempatan. Sungguhpun kuasa bagi `Kerajaan Tempatan` terhad
berbanding dengan kuasa ADUN dan Ahli Parlimen, tapi melalui pemecahan
kuasa kepada `Kerajaan Tempatan` yang kecil kawasannya, rakyat dapat berurusan
langsung dengan pihak pentadbiran dan sebaliknya tanpa perlu terus kepada pihak
negeri. Secara tidak langsung ini mendekatkan rakyat dengan pihak berkuasa
tempatan dan menjadikan mereka terlibat sama dengan pihak berkuasa seterusnya
memudahkan mereka menyampaikan permohonan dan berurusan. Ini tidak bererti
berkurangnya kuasa negeri terhadap Kerajaan Tempatan kerana negeri tetap
mempunyai kuasa terhadap Kerajaan Tempatan memandangkan pemecahan kuasa
tersebut lebih kepada memudahkan urusan pentadbiran.

Page 15 of 21
Pilihan raya peringkat Kerajaan Tempatan pernah diadakan pada tahun
1951 di Pulau Pinang, di Kuala Lumpur ( 1952 ) dan diikuti dengan pilihan raya
seperti di Johor Bahru, Muar, Melaka dan di perbandaran-perbandaran lain.
Senario pilihan raya peringkat Kerajaan Tempatan ini diwujudkan sehingga ke
zaman merdeka dan diteruskan hingga tahun 1965. Walau bagaimanapun amalan
mengadakan pilihan raya di peringkat Kerajaan Tempatan yang kelihatan begitu
ideal telah terbantut atas alasan kebanyakan yang terpilih tidak effisen, berlaku
salah guna kuasa, tidak dapat memenuhi kehendak yang diharapkan menjadi
saluran bagi rakyat menyalurkan kepentingan mereka, bahkan dikatakan tidak
menjalankan tugas langsung. Kenyataan ini terkandung di dalam laporan
Suruhanjaya Mengkaji Pilihan raya Kerajaan Tempatan yang dilantik pada tahun
1963. Seterusnya pada tahun 1963, Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Senator
Athi Nahapan itu telah mencadangkan kepada kerajaan menarik balik pilihan raya
`` Kerajaan Tempatan `` dan menghapuskannya langsung di bawah Seksyen 15
Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Namun begitu, suara-suara yang menyeru supaya diadakan semula pilihan
raya Kerajaan Tempatan kembali lantang terutama di kalangan parti-parti politik
dari Pakatan Rakyat. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu
bersungguh-sungguh ke arah itu sehingga bercadang membawa perkara tersebut
kepada Perdana Menteri untuk perbincangan lanjut. Sementara Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula sedang mengkaji kemungkinan untuk
mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang itu. Antara hujah-hujah mereka ialah
untuk meletakkan tanggungjawab ke atas pegawai tertinggi Pihak Berkuasa
Tempatan ( PBT ) yang selama ini adalah kakitangan awam kerajaan negeri yang
tidak dilantik oleh penduduk setempat, selain memilih barisan ahli majlis melalui
pengundian yang akan mencerminkan perwakilan secara seimbang di kalangan
penduduk di kawasan tersebut.

Page 16 of 21
4.4 Pilihan raya Presiden

Pilihanraya Presiden adalah merupakan satu proses pemilihan yang dibuka


kepada rakyat yang layak untuk mengundi dalam sesebuah negara bagi melantik
Presiden yang baru bagi sesebuah negara yang mewakili parti-parti politik.
Amerika Syarikat (AS) dan Perancis adalah merupakan dua buah negara yang
mengamalkan sistem Pilihanraya Presiden bagi melantik Presiden di negara
tersebut. Namun, tidak semua negara mengamalkan sistem ini bagi melantik
Presiden ataupun Ketua Negara.

Di rantau Asia Tenggara, hanya negara Indonesia sahaja yang


mengamalkan sistem ini. Malah, di Asia selain daripada Indonesia hanya Korea
Selatan dan China sahaja yang melantik Presiden melalui sistem pilihanraya.
Negara-negara Amerika Selatan kesemuanya mengamalkan sistem pilihanraya ini
seperti Brazil, Bolivia, Chile dan Colombia. Begitu juga dengan negara di Eropah
seperti England, Perancis dan Scotland yang turut mengamalkan sistem pilihanraya
untuk melantik Presiden sesebuah negara.

Pilihanraya Presiden dijalankan pada waktu yang berbeza dengan


pilihanraya umum. Sebagai contohnya, AS mengadakan pilihanraya umum yang
melibatkan dua parti politik iaitu Demokrat dan Republikan pada tahun 2006 di
mana kemenangan telah berpihak kepada parti Demokrat sedangkan Presiden AS
ketika itu dan sehinggalah Pilihanraya Presiden diadakan pada 4 November 2008
adalah George Bush daripada parti Republikan.

Page 17 of 21
5.0 PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam
peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian,
penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihanraya.

5.i Pengeluaran Writ

Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau


terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa
untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama
satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah
untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan
dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.

5.ii PenamaanCalon

Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga
10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari
calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan
tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga
menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5
untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan
Undangan Negeri. Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem.
Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10.00
pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak
iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan. Apabila selesai urusan
tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak
bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan
mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

5.iii Kempen PilihanRaya

Page 18 of 21
Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya
bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster,
ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti
kempen ini perlu dihentikan pada jam12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen
sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya
Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar
sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon
mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.

5.iv Pengundian

Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya


ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang
telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah
antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada
juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan
kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Setiap pusat
mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai
oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang
pembantu.
Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara
pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan.
Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat
Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.

5.v Penjumlahan Rasmi Undi

Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan


membuat pengiran kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan
kedalam borang 14. Semua borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus
untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak
Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang
ramaisatu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula

Page 19 of 21
dengan Borang13 – PenyataKertasUndi. Apabila semua keputusan Borang 14 -
Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian
Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan
menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

5.vi. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya

Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi


sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi
majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan
raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak
yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di
Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihanraya.

6.0 KESIMPULAN

Apa yang jelas, proses pilihan raya adalah merupakan mekanisme yang
diwujudkan untuk mengekalkan corak pemeritahan demokrasi berparlimen kerana konsep
ini telah meletakkan rakyat sebagai penentu kerajaan mana yang akan memerintah negara.
Sebuah kerajaan demokrasi pula merujuk kepada konsep tiada badan yang memerintah
atau bertindak sebagai satu kuasa penuh dalam pentadbiran negara. Ini dapat dijelaskan
dengan wujudnya elemen penyokong kerajaan dan kumpulan pembangkang yang
menjalankan fungsi sebagai `` check and balance`` untuk menentukan tiada sebarang
unsur penyelewengan berlaku dalam pentadbiran negara.

SENARAI RUJUKAN

Page 20 of 21
Ahmad Atory Hussain. 2001. Penghantar Pentadbiran Awam Paradigma Baru. Kuala
Lumpur. Utusan Publicatioans.

A.Rashid.1994. Perjalanan Pilihan raya. Kuala Lumpur. Berita Publishing

Prof. Madya Ghazali Mayudi, Prof. Madya Saliha Hassan, Dr. Junaidi. 2009. Penghantar
Sains Politik. Bangi. Pusat Kembangan Pendidikan UKM

Mohd Affendi Salleh, Mohamad Mustafa Ishak, Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah.
2007. Perlembagaan Malaysia. Sintok. PACE UUM.

Tun Mohd Salleh Abbas. 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

http://m.s..wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya ( 16.3.2010 )

http://barusegar.blogspot.com/2009/09/konsep-pilihan-raya.html(16.3.2010)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia ( 16.3.2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_majoriti ( 15.3.2010 )
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perwakilan_berkadar (15.3.2010 )
http://minda-kembara.com ( 27.3.2009 )
ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_pihak_berkuasa_tempatan ( 27.3.2010 )

Page 21 of 21

Anda mungkin juga menyukai