Anda di halaman 1dari 10

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA ( BIL.

13)
Minit Mesyuarat Pengurusan KPKK Bilangan14/2010

YANG SALAH
pra tonton

YANG BETUL
pratonton

CATATAN
Awalan asing pra tidak
boleh berdiri sendiri dan
dieja sebagai satu
perkataan.
Contoh:
prabayar
prasekolah
prapenerbitan
pratonton

Jendela klasik

Jendela Klasik

Kata nama khas, dgn


demikian konsonan k
dieja dgn huruf besar.

Gotong royong

Gotong-royong

Kata berganda, dieja dgn


tanda sempang.

Sosio politik

sosiopolitik

Awalan asing sosio tidak


boleh berdiri sendiri dan
dieja sebagai satu
perkataan.
Contoh:
sosioekonomi
sosiobudaya
sosiopolitik
sosiodrama

Y.B

YB

Tidak perlu tanda noktah.

dari 250 unit kepada


300 unit

daripada 250 unit


kepada 300 unit

Padanan yang tepat


Dari ke
Daripadakepada

Pasca Kabinet

Pasca-Kabinet,
pascakabinet

Awalan pasca tidak


boleh berdiri sendiri dan
dieja sebagai satu
perkataan apabila
bertemu kata umum,
manakala dieja dgn
tanda sempang apabila
bertemu kata nama khas.
Contoh kata umum:
Pascabayar
Pascapenerbitan
Pascakabinet
Contoh kata nama khas:
Pasca-Merdeka
Pasca-Kabinet

delegrasi

delegasi

Kesilapan menaip

bagi membuat
penerangan

untuk memberi
penerangan

Kita memberikan atau


menyampaikan
penerangan. Kita tidak
membuat penerangan.

Ke 4

Ke-4

Perlu ada tanda sempang


sebelum angka 4.
Contoh:
Ke-21
Ke-10
Dieja sebagai satu
perkataan apabila angka
itu diganti dengan abjad.
2

Contoh:
Ketiga
Kesepuluh
Keempat
mengambilkira

Mengambil kira

Kata majmuk dieja


terpisah.
Kata majmuk dieja
sebagai satu perkataan
apabila menerima
awalan dan akhiran.
Contoh:
Ambil alih
Mengambil alih
Pengambilan
Anak tiri
Beranak tiri
Menganaktirikan

7hb Jun 2010

7 Jun 2010

Perlu seragam, tidak perlu


hb.

Anggaran peruntukkan

Anggaran peruntukan

Akhiran an membentuk
Kata Nama (KN).
Akhiran kan membentuk
Kata Kerja (KK).
Kekeliruan timbul apabila
perkataan berakhir dgn
konsonan k.
Contoh:
Semak
Semak + an = semakan
(KN)
Semak + kan = semakkan
(KK)

Gosok
Gosok + an = gosokan
(KN)
Gosok + kan = gosokkan
(KK)
Y.Bhg

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah


selepas konsonan Y.

perlantikan

pelantikan

Pelantikan drpd proses


melantik.

Tempoh penyambungan Tempoh penyambungan Tidak perlu kata sendi dari


mulai dari Jun 2010
mulai Jun 2010 hingga
selepas mulai.
hingga Mei 2011.
Mei 2011.
inovasi diantara
Jabatan/Agensi

inovasi antara
Jabatan/Agensi.

Frasa sendi di antara


digunakan untuk
menunjukkan kedudukan
fizikal atau tempat.
Contohnya:

Anak itu duduk


diam di antara ibu
dengan bapanya.

Lif itu terhenti di


antara tingkat tiga
dengan tingkat
empat.

Tambak Johor
terletak di antara
Johor Bahru
dengan Singapura

NOTA: Padanan di
antara/ antara ialah
dengan bukan dan.

maklumbalas

maklum balas

Kata majmuk, dieja


terpisah.

Juru Perunding

juruperunding

Juru orang yang


mempunyai keahlian dlm
sesuatu perkara
(biasanya dipakai dlm
kata majmuk dan dieja
bersambung sbg satu
perkataan).
Contoh:
Juruacara
Juruanalisis
Juruaudit
Jurubahasa
Jurubina
Jurucerakin
Juruelektrik
Jurujual
Jurunikah

diperingkat

di peringkat

Kata sendi di, dieja


terpisah.

antara Bahagian
Acara KPKK dan
Bahagian Pengurusan
dan Analisis Maklumat

antara Bahagian
Acara KPKK dengan
Bahagian Pengurusan
dan Analisis Maklumat

Padanan antara ialah


dengan.
Dan hanya terpakai
apabila melibatkan lebih
drpd dua pihak.
Contoh:
Perjanjian antara
RTM dengan Media
Prima
Perjanjian antara
RTM, Media Prima
dan ASTRO

perlaksanaan

pelaksanaan

Pelaksanaan kerana drpd


proses melaksanakan.

di kaitkan dengan

dikaitkan dengan

Kait, KK. Dgn demikian


awalan di dieja sbg satu
perkataan.

Lawatan Kerja Yab


Perdana Menteri

Lawatan Kerja YAB


Perdana Menteri

Y A dan B, dieja
menggunakan huruf
besar.

Pasca Perkhidmatan

Pasca-Perkhidmatan

Sekiranya Perkhidmatan
dianggap kata nama
khas, perkataan tersebut
dieja dengan tanda
sempang.
Andainya perkhidmatan
itu kata umum, maka
perkataan tersebut dieja
sebagai satu perkata,
pascaperkhidmatan.

intisari

Inti sari

Kata majmuk, dieja


terpisah.

terdiri dari pelbagai

terdiri daripada
pelbagai

Kata sendi yg lebih tepat


ialah daripada.

sambutan
menggalakan dari
orang ramai

sambutan
menggalakkan
daripada orang ramai

Akhiran an membentuk
KN.
Akhiran kan membentuk
KK.
Kata sendi dari untuk
tempat dan masa.

Kata sendi daripada


untuk orang,
perbandingan dan asal
kejadian.

NAJIB TUN RAZAK MELAKAR TRANSFORMASI MALAYSIA


YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN
KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH

SEKAPUR SIRIH

Hukum Keselarasan
Vokal
Vokal i padanannya
vokal i

Golongan Cendikiawan

Golongan Cendekiawan

Kesalahan mengeja

Sinopsis NAJIB TUN


RAZAK
usaha Perana
Menteri

.usaha Perdana
Menteri

Kesilapan mengeja

Sekapur Sirih Menteri


KPKK
sireh

sirih

Hukum keselarasan vokal

menggembeling

Menggembleng

Kesilapan mengeja

Lain-lain dasar

Dasar-dasar lain

Hukum D M
Yang diterangkan
mendahului yang
menerangkan.
7

Dalam konteks ini, yang


diterangkan ialah dasar.
Contoh-contah lain:
pisang goreng
bukan
goreng pisang
hal-hal lain bukan
lain-lain hal
faktor-faktor lain
bukan
lain-lain faktor
jalan-jalan lain
bukan
lain-lain jalan
kedai kasut bukan
kasut kedai
tanahair

tanah air

Kata majmuk yang dieja


terpisah.
Kata Pengantar KSN

Penerbitan buku ini


adalah seiring

Penerbitan buku ini


seiring

Tidak perlu ada kata


pemeri adalah.
Sorotan Setahun
Pentadbiran

Hari Kemerdekaaan
Malaysia Ke 52

Hari Kemerdekaan
Malaysia Ke-52

Perlu ada tanda


sempang sebelum
angka 52.
Pengenalan Peneraju Era
Transformasi Negara

kerjasama erat antara


sektor awam dan
swasta

kerjasama erat antara


sektor awam dengan
swasta

Padanan antara dan di


antara ialah dengan.
Sekiranya melibatkan
lebih daripada dua
pihak, padanannya ialah
dan.
8

Gagasan 1Malaysia
Menjana Modal Insan
Gemilang
menyatu padukan
rakyat

menyatupadukan
rakyat

Kata majmuk dieja


sebagai satu perkataan
apabila menerima
awalan dan akhiran.

tahu membezakan
antara yang baik dan
buruk,...

tahu membezakan
antara baik dengan
buruk

Padanan yang tepat


adalah seperti yang
berikut:
antara dengan.

tahu membezakan
antara yang baik
dengan yang buruk

MBE Pemacu Ekonomi


Berprestasi Tinggi
asas di mana kesemua
rakyat Malaysia terus
bergerak

asas bagi kesemua


rakyat Malaysia terus
bergerak

Di mana ialah kata


tanya, dengan demikian
tidak boleh berfungsi
sebagai kata hubung.

kemampanan

kemapanan

Yang ada dalam Kamus


Dewan ialah mapan.
Kata mampan tidak ada
dalam Kamus Dewan
Edisi Ketiga tetapi
dimasukkan di dalam
Kamus Dewan Edisi
Kempat.
Mampan: mampu
mengekalkan
pencapaian atau
prestasi yang baik
( bkn ekonomi,
pembangunan dsb)

menyuburkan kembali
sektor swasta

menyuburkan sektor
swasta kembali

Kata kerja transitif (KKT)


mesti terus menerima
kata nama atau frasa
nama yg bertindak
sebagai objek.
Dalam konteks ini, KKT
ialah menyuburkan, dan
objeknya ialah sektor
swasta.

kerjasama erat antara


sektor awam dan swasta

kerjasama erat antara


sektor awam dengan
swasta

Rujuk penjelasan di atas.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan


bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat
saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh
dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat.
Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Samasamalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:


Dato Adilah binti Shek Omar
Pengarah IPPTAR
Tarikh: 25 Jun 2010
Dikemaskinikan pada 4 Mac 2011

10

Anda mungkin juga menyukai