Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Saya berasa bersyukur kerana saya dapat menyiapkan Kajian Sejarah Tempatan 2010
dalam tempoh masa yang ditetapkan . Ketika menjalankan kajjian ini , banyak
pengalaman , pengajaran , dan nilai yang berguna telah saya peroleh dan dapat dijadikan
iktibar pada masa akan datang.
Perayaan Tahun Baru Cina yang saya kaji mempunyai daya tarikannya yang
tersendiri . Keunikan Tarian Singa semasa perayaan ini diadakan dapat menaik perhatian
pelancong . Walaupun perayaan ini terdapat di China dan Singapura tetapi keunikan dan
keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malaysia .
Oleh itu , sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya berbangga dan bersyukur kerana
negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik perhatian pelancong
tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekaligus dapat
mempromosikan keunikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai
ini.
Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya . Rakyat
kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan . Apabila tiba
musim perayaan , rakyat pasti akan menyambutnya tidak kira perayaan apa sekalipun
kerana semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat .Walaupun menganut
agama dan menjalani kehidupan yang berbeza amalan budaya , namun masih ada sikap
tolak ansur dan semangat muhibah yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai