Anda di halaman 1dari 5

BIRO

: PENGANGKUTAN

KETUA KUMPULAN

: SHARVNI A/P ARUMUGAM

LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V


TARIKH

: 02 FEBRUARI 2016

MASA

: 9.15 10.00 PAGI

TEMPAT

BKBP 1, IPGK PERLIS

Pada 02 Februari 2016, satu sesi pengenalan kepada program BIG


FASA V telah berlangsung di BKBP 7 bersama mentor iaitu Puan Laila.
Antara agenda yang dibincangkan adalah pemilihan tempat pelaksanaan
program, perlantikan jawatankuasa Induk dan pelaksana dan tugasan dan
tanggungjawab setiap biro dan individu. Mesyuarat itu melibatkan semua ahli
jawatankuasa dan peserta BIG yang diketuai oleh Bonaventure Jong selaku
pengerusi program. Antara intipati yang dibincangkan adalah perkembangan
setiap biro berkenaan tugas masing-masing dan penukaran sekolah untuk
lawatan penanda aras. Pada mesyuarat yang pertama kami telah memilih
sebuah sekolah di Pulau Pinang namun pilihan kami ditolak disebabkan tiada
peruntukan

Dengan

persetujuan

daripada

semua

ahli,

mesyuarat

memutuskan untuk menjadikan SK Taman Rakyat, Alor Setar sebagai tempat


untuk BIG Fasa V. Kami memilih sekolah cluster tersebut untuk lawatan
penanda aras.
Saya sebagai AJK Pengangkutan telah diberi tanggungjawab untuk
menempah 1 bas IPG untuk pergi ke sekolah tersebut pada 21 Mac 2016.
Mesyuarat selesai pada jam 11 pagi.

LAPORAN SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V


TARIKH

: 21 Mac 2016

MASA

: 8.00 PAGI 6.30 PETANG

TEMPAT

: SK TAMAN RAKYAT, ALOR SETAR.

Pada pukul 7.50 pagi, semua peserta BIG Fasa V berkumpul di Astaka
IPGK Perlis untuk sesi taklimat sebelum bergerak ke SK Taman Rakyat.
Selepas taklimat, semua peserta diberi sarapan untuk dibawa di dalam bas
IPGK Perlis yang telah ditempah khas oleh biro pengangkutan untuk di bawa
ke SK Taman Rakyat. Pada pukul 8 pagi, semua peserta BIG berserta mentor
bertolak ke SK Taman Rakyat dengan menggunakan bas IPG dan tiba ke
tempat program pada jam 9.30 pagi. Kami diminta memakai blazer ketika
turun dari bas. Kami berasa amat gembira kerana diberi sambutan yang baik
oleh guru besar dan penolong-penolong kanan sekolah tersebut. Kami
mengadakan sesi bergambar dengan semua pegawai pentadbir serta peserta
BIG sebelum memulakan program. Kami juga diberitahu makanan telah
disediakan untuk peserta BIG.
Kami dibawa ke satu bilik mesyuarat yang telah disusun untuk kami. Setiap
meja telah dibekalkan dengan pamphlet dan air mineral. Kami berasa
tersentuh kerana kedatangan kami memang dialu-dialukan. Pihak sekolah
juga telah memudahkan tugasan yang diberikan untuk kami dengan
menyediakan satu persembahan PowerPoint yang mengandungi kesemua
maklumat yang setiap peserta perlu mendapatkannya. Kumpulan saya harus
mencari maklumat mengenai organisasi sekolah. Penyediaan dan pemberian
maklumat yang disediakan oleh mereka telah memudahkan kerja kami.
Selepas itu, kami diberi rehat pada jam 11am. Kami dipelawa untuk
menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Pada pukul
11.30, taklimat diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
yang memberi banyak pengetahuan dan maklumat mengenai subjek bahasa
Inggeris. Beliau juga mengadakan sesi memberi Speak Only English Badge
kepada murid tahun 1. Kami diberi peluang untuk bergaul dan bercakap
dengan murid-murid tersebut.

Kemudian, para peserta diberikan masa selama sejam untuk


menikmati makan tengah hari serta menunaikan solat Zuhur bagi pelajar yang
beragama Islam. Pada jam 2 petang, kami diberi lawatan keliling sekolah.
Kami boleh melawat mana-mana kawasan sekolah dan bertanya apa-apa
soalan yang berpatutan.
Pada jam 4 petang, kami menjalankan majlis penutupan dengan memberi
cenderamata kepada para pihak pentadbir sekolah tersebut. Pengerusi kami,
Bonaventure Jong telah memberi sepatah dua mengucapkan ribuan terima
kasih kerana sudi menerima kami sekelas dan memberi layanan yang cukup
baik.
Seterusnya, para peserta diingatkan supaya tidak mengotorkan tempat
program dengan membuang bekas-bekas dan plastic makanan dan minuman
di tong sampah yang telah disediakan.

Selepas itu, peserta BIG Fasa V

bersama mentor bertolak balik ke IPGK Perlis pada jam 5 petang dengan
menaiki bas IPGK Perlis. Setibanya peserta ke IPGK Perlis, para peserta
berkumpul di hadapan astaka untuk sesi refleksi. Setelah itu, para peserta
berkumpul untuk menikmati juadah makan petang yang disediakan oleh biro
makanan.

LAPORAN SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V


TARIKH

: 21 Mac 2016

MASA

: 5.15 PETANG

TEMPAT

: SK TAMAN RAKYAT

Semasa perjalanan pulang ke IPGK Perlis, saya sebagai ketua biro


pengangkutan telah menjalankan tugas saya dengan memastikan bas IPG
Perlis tiba untuk kami bertolak ke IPG Kampus Perlis pada masa yang
ditetapkan. Tugasan

ini

telah

dijalankan

dengan

bantuan

ahli

biro

pengangkutan yang lain dengan mengingati saya untuk menghubungi


pemandu bas. Setibanya kami di IPGK Perlis sekitar jam 6.15 petang, kami
sampai di IPGK Perlis.

RUMUSAN LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU DI SK TAMAN


RAKYAT, ALOR SETAR
Pada 21 Mac 2016, seramai 22 pelajar PISMP TESL Semester 5 telah
menjayakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa V iaitu lawatan penanda aras di SK Taman
Rakyat, Alor Setar. Program ini telah juga telah disertai oleh seorang pensyarah
merangkap mentor kelas TESL, Pn Laila.
Program BIG ini banyak memberi faedah kepada kami sendiri yang
memegang jawatan sebagai ahli biro pengangkutan di dalam menjayakan sesuatu
program. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Kami telah
mendapat gambaran bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti lawatan dan
cara menguruskannya. Pengalaman ini dapat dipraktikkan ketika kami menjadi
seorang guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi guru pembimbing aktiviti dan
sebagainya.
Sebelum dapat menjayakan program ini, pelbagai perkara perlu diambil kira,
seperti matlamat yang ingin dicapai, organisasi yang mantap, perancangan yang
rapi, dan persiapan yang sempurna. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada ahli
biro yang lain, biro pengangkutan dapat menjalankan tugas dengan jayanya pada
masa yang telah ditetapkan. Untuk mencapai semua perkara di atas, kerjasama dan
kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu
Secara keseluruhannya, biro pengangkutan tidak mengalami sebarang
masalah di dalam menjayakan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V iaitu

lawatan penanda aras di SK Taman Rakyat, Alor Setar. Segalanya berjalan


dengan lancar. Kerjasama dari semua AJK sangat baik dan membuatkan segala
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Perubahan tarikh dan masa pada
saat-saat akhir akibat masalah lokasi juga dapat diatasi dengan kerjasama dari pihak
majlis tertinggi BIG dan pensyarah pengiring.
.

Anda mungkin juga menyukai