Anda di halaman 1dari 2

Dalam pengobatan tradisional China, pengobatan tradisional etnik Han bersejarah paling

lama dan pengalaman realistik dan teorinya paling kaya.


Perubatan tradisional China berasal dari kawasan pengairan Sungai Kuning, sejarah
sistem keilmuannya sangat lama. Dalam proses perkembangan yang bersejarah lama,
terdapat ramai dokter yang terkenal dan banyak dokumen yang penting pada pelbagai
zaman dinasti.
Pada lebih 3000 tahun yang lalu, China sudah mempunyai catatan tentang rawatan
terhadap belasan jenis penyakit. Pada zaman DinastiZhou, dokter China sudah mahir 4
cara diagnosis, iaitu mamandang, mencium, bertanya dan memeriksa nadi serta cara
rawatan seperti ubat-ubatan, akupuntur dan operasi. Pada zaman DinastiQin dan Han,
China sudah mempunyai karya sistem teori perubatan seperti Huandineijing, buku
tersebut merupakan karya teori perubatan tradisional China terkenal yang paling awal di
China. Buku Teori Febril dan Penyakit Sulit yang Lain yang disunting oleh Zhang
Zhongjing telah merumuskan cara diagnosis dan rawatan atas pelbagai penyakit sulit dan
telah meletakkan dasar terhadap ilum perubatan klinikal akan zaman kemudian. Pada
zaman DinastiHan, ilmu pembedahan sudah mempunyai taraf yang tinggi. Berdasarkan
buku Sejarah Tiga Kerajaan Chen Shou DinastiJin Barat, dokter yang terkenal Hua Tuo
sudah mahir menggunakan Mafeisan, iaitu ubat bius seluruh badan untuk mengadakan
operasi pembedahan.
Pada zaman DinastiWei, Jin dan Kerajaan Selatan-Utara(220 Masihi 589 Masihi)
hingga zaman DinastiSui, Tang dan Wudai(581 Masihi960 Masihi), cara diagnosis
memeriksa nadi telah mencapai kemajuan. Karya Rumusan Nadi yang disunting oleh
dokter terkenal Dinasti Jin, Wang Shu telah menghuraikan 24 jenis gejala nadi. Buku itu
bukan sahaja memainkan peranan yang penting dalam ilmu perubatan tradisional China,
tetapi juga diedarkan ke negara lain. Pada zaman itu, pelbagai bahagian yang profesional
dalam ilmu perubatan telah diasingkan. Karya akupuntur yang tekenal ialah Karya Jiayi
Akupuntur, Baobuzi dan Zhouhoufang tentang mengeluarkan until ubat-ubatan,
Teori Leigongpailiao tentang pembuatan ubat-ubatan, Liujuanziguiyifang tentang
pembedahan, Teori Punca Pelbagai Penyakit tentang punca penyakit, Rumusan
Lulutentang penyakit kanak-kanak, Bencao Pindaan Baru yang merupakan kamus
ubat-ubatan yang pertama di dunia, Yinhaijingwei tentang penyakit mata dan lain-lain.
Pada zaman Dinasti Song(960 Masihi1279 Masihi), pengajaran ilmu akupuntur telah
mencapai kemajuan yang besar. Wang Weiyi telah menerbitkan buku Rumusan Nadi
Akupuntur Patung Manusia Tembaga, beliau kemudian telah reka bentuk dan membuat
2 buah patung manusia temgaga yang sama sainz badan manusia, untuk pelajar melatih
akupuntur dalam pengajaran. Ciptaan beliau tersebut telah memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan ilmu akupuntur.
Pada zaman Dinasti Ming(1368 Masihi1644 Masihi), dokter China telah mengasingkan
penyakit Febril, pestilens dan wabak bermusim. Pada zaman Dinasti Qing, ilmu penyakit
wabak bermusim telah lebih matang dan telah dikemukakan karaya-karya khusus seperti
Teori Wabak Bermusim.
Bermula pada zaman Dinasti Ming, ilmu perubatan barat telah diperkenalkan ke China,
ramai dokter telah menganjurkan menggabungkan teori perubatan tradisional China dan
perubatan barat.

Anda mungkin juga menyukai