Anda di halaman 1dari 6

Dapatkan BH PLUS. Langgan Sekarang.

Apa itu BH PLUS? (/bhplus/tentangbhplus)

Rabu, 25 November 2015 - 1:29PM


Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 5:32

Subuh - 5:42

Syuruk - 7:03

Zohor - 1:03

Asar - 4:25

Maghrib - 7:00

Log Masuk

Isyak - 8:13

(/)
Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM20 sebulan.
LANGGANISEKARANG(HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA)

(https://adclick.g.doubleclick.net/pcs/click?
xai=AKAOjsuE_ty6EaXVDGUvJeymUD4UPCSwmzSbHYtkVhpi6PYvos1n5MYsjYb6P6gYW6gvj5MRBy7Sbn4KiF6zel7zvnl_2WURKJzbT0K
BSgAtBwAALQcAAAIAAACKYD4CdSYKAAAAAQBVU0QAVVNEANgCWgAVdAAAL_sAAgMAAQAAAKAAeBC9wAAAAA./cnd%3D%2521fAaFOQiCwKIFEIrBREY9cwoIAQ./referrer%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.bharian.com.my%252Fnode%252F87841/clickenc%3Dhttp://www.shell.com.m
services/motorists/offers-and-contests/shell-v-power-lego-collection.html%2523vanityaHR0cDovL3d3dy5zaGVsbC5jb20ubXkvbGVnbw%253Futm_source%253DXaxis%2526utm_medium%253Dbanner%2526utm_term%253D

KOLUMNIS

SABTU, 10 OKTOBER 2015 @ 7:15 AM

Kerajaan ambil kira keresahan rakyat isu


TPPA (/node/87841)
Oleh Dr Ismail Sualman
ismail952@salam.edu.my (mailto:ismail952@salam.edu.my)

Tweet
Like

Share

672
UTAMA (/)

SEMASA (/SEMASA)

(mailto:)

Kebimbangan dan sensitiviti rakyat terhadap Rundingan Perjanjian Perkongsian TransPasik (TPPA) mempunyai asas tersendiri. Namun, Malaysia bukannya mengabaikan
setiap keresahan dan ketakutan terhadap TPPA. Malah setiap pandangan dan juga
buah kiran rakyat, akan dipertimbangkan dan dibahas di Parlimen sebelum sebarang
persetujuan ditandatangani.

Kedengaran persepsi dan salah tanggapan mengatakan bahawa dengan menyertai


TPPA, Malaysia akan menjadi boneka Amerika Syarikat (AS). Beberapa isu juga
ditimbulkan kerana TPPA sebahagian agenda kuasai dunia seolah-olah akan wujud
agenda kuasa besar atau New World Orde untuk memaksa negara lain menerima
sistem 'satu dunia, satu kerajaan'.
Tohmahan juga terus diasak dengan mengatakan TPPA adalah agenda AS untuk
mengurangkan pengaruh China di Asia. Malah menurut pandangan ini, sekiranya
Malaysia menandatangani TPPA, hubungan dua hala Malaysia-China akan terjejas.
TPPA juga dianggap sebagai perdagangan yang tertakluk kepada semua jenis
peraturan, malah risiko disaman di mahkamah antarabangsa serta menjejaskan
pegangan moral dan agama. Keresahan terhadap TPPA juga berkait rapat isu
pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan Bumiputera.
Apabila penulis mendengar sesi dialog baru-baru ini, beberapa rasionalisasi perlu
dipertimbangkan dan Malaysia perlu terus bersaing untuk berdepan corak ekonomi
dunia yang melaksanakan dasar keterbukaan. Dakwaan harga ubat akan naik
mendadak sekiranya Malaysia menandatangani TPPA telah pun dijelaskan oleh
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang memberi jaminan tiada bebanan
membabitkan bayaran ubat dikenakan ke atas pesakit.
Begitu juga dakwaan kontrak untuk Bumiputera dan program vendor PETRONAS yang
mungkin terjejas, sudah terjawab. Hakikatnya, kerajaan sudah memasukkan isu
pengecualian atau 'carve out' dalam proses rundingan TPPA bagi melindungi
kepentingan kontraktor Melayu dan Bumiputera.
Rundingan TPPA terdiri daripada AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico,
New Zealand, Peru, Singapura, Malaysia dan Vietnam. TPPA bermula sebagai Pacic-4
(P4) pada tahun 2005 dengan penyertaan Brunei, Chile, Singapura dan New Zealand.
Pada tahun 2008 AS, Australia, Peru dan Vietnam menyertainya diikuti Malaysia pada
tahun 2010. Pada tahun 2012 Mexico dan Kanada ikut serta dan dikuatkan lagi dengan
penyertaan Jepun pada 2013.
Dua belas negara yang terbabit dalam rundingan ini mempunyai 800 juta penduduk
dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5 trilion. Satu
perjanjian komprehensif mencakupi elemen baharu seperti buruh, alam sekitar, syarikat
milik kerajaan, perolehan kerajaan dan hak harta intelek diperhalusi.
Melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), setiap ahli kepada perjanjian itu memberi
layanan yang lebih baik kepada negara masing-masing berbanding negara bukan ahli.
Contohnya, perjanjian di antara Malaysia dan Australia pada Januari 2013, Australia
memansuhkan 100 peratus tarif import ke atas barangan Malaysia. Begitu juga FTA di
antara Malaysia - Turki 2015 menguntungkan kita apabila Turki mengurangkan duti
import 30 peratus ke atas minyak sawit mentah dan produk sawit Malaysia.
Dalam usaha mendalami rundingan ini, sudah tentu Malaysia tidak akan memihak
kepada perjanjian yang tidak mengikut Perlembagaan negara atau yang menjejaskan
dasar teras yang dimulakan kerajaan untuk rakyat. Isu hak harta intelek misalnya,
Malaysia tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada
ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang mampu milik. Pada masa sama,
memastikan insentif yang perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubatubatan baharu.
Mengenai akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana FTA, Malaysia merumuskan
rundingan dengan semua pihak, duti import bagi hampir semua produk akan
dihapuskan. Pada dasarnya, hasil TPPA akan menyediakan peluang akses pasaran
yang lebih besar bagi syarikat Malaysia, terutama di pasaran seperti AS, Kanada,
Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA.
Kelebihan daya saing
Pengeksport Malaysia mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau
dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan
minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil dan juga bahagian dan komponen
automotif. Semua ini adalah eksport utama bagi Malaysia dan menjana sejumlah besar
pendapatan bagi ekonomi negara.

Ternyata Malaysia membuat transformasi ekonomi dalam era persaingan global masa
kini. Jika Malaysia menyertai TPPA, duti import lebih rendah. Pasaran tanpa duti import
di empat negara di mana Malaysia masih belum mempunyai FTA iaitu Kanada, Mexico,
Peru dan Amerika Syarikat. Pada masa sama, Malaysia mengukuhkan kedudukan
sebagai 'high value added manufacturing' dan destini pelaburan berkualiti.
Seandainya Malaysia tidak menyertai TPPA, Malaysia tidak akan dapat turut sama
dalam merangka perjanjian itu, terutama dalam menjaga dan mengambil kira
kepentingan dan kebimbangan negara kita khususnya berkaitan dengan kepentingan
penduduknya. Malah, lebih teruk lagi sekiranya Malaysia hanya menyertai kemudian,
kita terpaksa menerima segala kandungan perjanjian yang telah ditetapkan tanpa ada
hak bersuara dan hak untuk diperjuangkan.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti
Teknologi MARA

DISYORKAN

(http://www.bharian.com.my/node/36503)

Datinditangkap
khalwatdalamkereta
bersamalelaki'warak'

MasAnizanbukan
madusayaLynn
Alkhaired

(http://www.bharian.com.my/node/42935?As3)
(http://www.bharian.com.my/node/99793)
(http://www.bharian.com.my/node/99707)

Kerajaankomited
perangikeganasan
terhadapwanita
Rohani

PartipecatKetua
WanitaUMNOGopeng
Recommendedby

DISYORKAN

PesawatpejuangRussiatidakancamTurki
Putin
(http://www.bharian.com.my/node/99732)
FarahdhiyaserlahbakatdalamGegarVaganza
2(http://www.bharian.com.my/node/99058)
Cari
Kata Kunci
Bayern,Barcelonalebihawallayak
(http://www.bharian.com.my/node/99788)
BasbawapengawalPresidenTunisiadibom,
11maut
(http://www.bharian.com.my/node/99784)
Neelofatakhalangkakakbercintadengan
Sharnaaz
(http://www.bharian.com.my/node/80997)

DARISELURUHLAMANWEB

Top3Billionaires
(http://sesameads.com/base.php?
c=14&key=6879ac31a07b37c2669a488c6392ecfc&article=top
3
AsidetoSingaporethatyou'veneverseen
billionaires&content_id=19&source=Outbrain&geo=MY&keyword=547940&
before
{geo}@@DELETE_ME@@{country})
(http://www.tripadvisor.com.au/SingaporeLiveLikeALocal?
(Infowat)
c=1m=33784)(TripAdvisorAustralia)
KedaiNasiLemak50Sen
(http://www.hungrygowhere.my/dining
guide/triedandtested/50sennasilemakat
warongkaklongcheras*aid7b7a3101/?
3BestAsamPedasJohorinParitJawa,Muar
utm_source=outbrain&utm_medium=content&utm_campaign=hgymy
HungryGoWhere
m)(DiningGuide)
(http://www.hungrygowhere.my/dining
guide/bestofmalaysia/3bestasampedas
Singapore'sstreetfoodhiddengems
johorinparitjawamuar*aide96f3101/?
(http://www.tripadvisor.com.au/SingaporeLiveLikeALocal?
utm_source=outbrain&utm_medium=content&utm_campaign=hgymy
c=2m=33784)(TripAdvisorAustralia)
rss)(HungryGoWhere)
Recommendedby

(https://adclick.g.doubleclick.net/pcs/click?
xai=AKAOjss4DttM04iqEcbT_cemupcQv90KS2UwhNoa1z6tNpYguasjCQmEvspSmTaUqhB1SNHZbzqmQ9
gAVdAAAVfoAAgMAAQAAAKAAkCACTgAAAAA./cnd%3D%2521egZ1OQiCwKIFEIjBREY9swoIAM./referrer%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.bharian.com.my%252Fnode%252F87841/clicken
services/motorists/offers-andcontests/shell-v-power-legocollection.html%2523vanityaHR0cDovL3d3dy5zaGVsbC5jb20ubXkvbGVnbw%253Futm_source%253DXaxis%2526utm_medium%253D

(http://www.abpbh.com.my)

(http://www.nib.com.my)

Berita

Capaian

Multimedia

Media Sosial

Interaktif

Langgan

Perkhidmatan

Semasa

Laman Web (/)

Foto (/foto)

Facebook

BH TV (/bhtv)

Akhbar Digital

Iklan Web (/iklan)

(/semasa)

Mobile (/?m=1)

Video (/bhtv)

(https://www.facebook.com/bhonline)
Rakan BH

Dunia (/dunia)

RSS Feed

Sudoku

Twitter

Bisnes (/bisnes)

(/terkini.xml)

(/sudoku)

(http://twitter.com/bharianmy)

(http://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?
News Image

YouTube

testata=berberita&id=berberita)
Bank (NIB)

Politik (/politik)
Hiburan
(/hiburan)
Jenayah
(/jenayah)
Politik (/politik)
Rencana

Unit Iklan
Pertanyaan
(mailto:online_sales@mediaprima.com.my)

(http://digital.nstp.com.my/bh/)
1Klassified

(http://rakanbh.bharian.com.my/index.html)
Akhbar BH
(http://www.1k.com.my)

(http://www.youtube.com/user/BHOnlineTV)SMS Alert
Instagram
(http://instagram.com/beritaharian)

Maklumat
(http://www.mediaprimadigital.com.my/ratecard.pdf)

(/smsalert)

Hubungi Kami
(http://www.nib.com.my)
(/hubungi)
Sejarah (/sejarah)
Redaksi (/redaksi)
Disclaimer (/disclaimer)
Notis Perlindungan
Data Peribadi (/privasi)

(/rencana)
Kolumnis
(/kolumnis)
Sukan (/sukan)
BH@IT (/bhit)