Anda di halaman 1dari 4

1.06 Bagaimana caranya untuk menubuhkan dan mendaftarkan koperasi?

i.

Menghubungi SKM

Pemohon boleh menghubungi SKM Negeri/Wilayah untuk mendapatkan borang permohonan


penubuhan koperasi atau dimuat turun dari laman web SKM

ii. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja


Selepas mendapatkan kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai
sekurang-kurangnya 10 orang hendaklah dibentuk. Tempoh kebenaran penubuhan koperasi
ialah selama 3 bulan.
Antara tugas Jawatankuasa Penaja ialah:
a.
b.

c.
d.

e.

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota;


Menyediakan Undang-Undang kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang
kecil seragam yang disediakan oleh SKM;
Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi;
Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur,
nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing- masing. Jawatankuasa Penaja
hendaklah memastikan sekurang- kurangnya 50 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi
anggota sebelum Mesyuarat Agung Permulaan diadakan;
Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.
iii. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa Penaja menetapkan satu tarikh bagi mengadakan
Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh
kelulusan penubuhan koperasi.
iv. Menyerahkan dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Koperasi kepada Ketua
Pendaftar
Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:
a.

Borang pemohonan mendaftar koperasi yang ditandatangani oleh sepuluh (10) orang
Jawatankuasa Penaja;

b.

Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10) orang
Jawatankuasa Penaja;

c.

Minit Mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50) orang bakal


anggota yang hadir.

Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Negeri tidak lewat


daripada tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Agung Permulaan diadakan.

2. Mengenai Koperasi
2.01 Apakah itu koperasi?
Koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk
memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu
perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi
1993.

2.02 Apakah ciri-ciri koperasi?


i.

Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggotaanggotanya;

ii.

Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi


sebagai tempat berpolitik;

iii.

Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (TradeUnion) . Konsep koperasi ialah tolong


menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari
majikan;

iv.

Koperasi bukannya badan kebajikan;

v.

Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan


Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi;

vi.

Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan
koperasi;

vii.

Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa
depan koperasi;

viii.

Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yurannya sahaja;

ix.

Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu


daripada mencari keuntungan semata-mata.

2.03 Apakah prinsip-prinsip koperasi?


i.

Keanggotaan sukarela dan terbuka;

ii.

Kawalan secara demokratik oleh anggota;

iii.

Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;

iv.

Kebebasan autonomi;

v.

Pendidikan, latihan dan maklumat;

vi.

Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;

vii.

Prihatin terhadap komuniti.

2.04 Apakah faedah koperasi kepada anda?


i.

Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping
menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan ini
anggota berhad menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

ii.

Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada


anggota- anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan
yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan.

iii.

Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan


penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada
keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai
aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan
sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.

2.05 Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh koperasi?


Koperasi merupakan satu entiti yang berdaftar yang sama seperti entiti perniagaan yang lain. Ini
bermakna koperasi boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti yang dinyatakan di bawah:
i.

Perbankan dan Kredit;

ii.

Pertanian;

iii.

Perumahan;

iv.

Perindustrian;

v.

Pengguna;

vi.

Pembinaan;

vii.

Pengangkutan;

viii.

Perkhidmatan

Walau bagaimanapun, di bawah Pelan Tindakan Dasar Koperasi Negara (DKN), koperasi
digalakkan menceburi di dalam 5 bidang keberhasilan aktiviti ekonomi tinggi iaitu:
i.

Perkhidmatan Kewangan

ii.

Pemborongan dan Peruncitan

iii.

Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

iv.

Pertanian dan Industri Asas Tani

v.

Peladangan

Anda mungkin juga menyukai