Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Perang Vietnam II

Perkembangan politik antarabangsa yang berlaku di rantau Asia sejak akhir tahun 1940an adalah mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan. Ini bermakna di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku saling berkait.
Hubungan yang rapat berlaku diantara kemenangan Mao Tse Tung dalam Perang Saudara
China 1949, Perang Vietnam I (1946-1954), Perang Korea 1950-1953 dan Perang
Vietnam II 1964-1975.1
Perang Vietnam II yang bermula pada sekitar tahun 1964 adalah gerakan bersungguhsungguh Vietnam Utara bagi menggabungkan seluruh Vietnam di bawah kuasa komunis.
Walaupun Amerika Syarikat telah membelanjakan kewangan yang cukup besar dan
menempatkan bilangan tentera yang ramai bagi mempertahankan Vietnam Selatan, tetapi
akhirnya Amerika Syarikat pada bulan April 1975 adalah satu tamparan kepada perluasan
perngaruh Amerika Syarikat di Tanah Besar Asia. Pihak Amerika Syarikat telah
mengundurkan diri daripada tanah besar Asia, dan menguatkan kedudukannya di
bahagian kepulauan (kecuali di Thailand) iaitu Filipina, Taiwan, Okinawa serta sentiasa
mengawasi kedudukan politik di negara-negara kapitalis Asia Tenggara. 2 Kebangkitan
gerakan komunis di Vietnam Utara yang mahukan penyatuan seluruh Vietnam di bawah
pentadbiran komunis yang telah membawa kepada bermulanya Perang Vietnam II pada
tahun-tahun awal 1960-an. Ini mempengaruhi perjuangan parti-parti komunis di negaranegara Asia Tenggara yang lain.
Kedatangan Perancis ke Vietnam memiliki kepentingan dan tujuan yang berbeza dari apa
yang diharapkan oleh rakyat Vietnam. Pada awalnya, Perancis berkeinginan untuk
menjadikan Vietnam sebagai negara Federasi IndoChina dan menjadi sebahagian
daripada Uni Perancis. Bercanggah dengan keinginan Perancis tersebut, pemimpin Viet
Minh, seperti Ho Chi Minh mengharapkan kekuasaan penuh atas penggabungan seluruh
Vietnam di bahagian utara mahupun selatan. Beliau beranggapan bahawa terdapatnya
faktor tertentu yang menjadi dasar penolakan para pemerintah tertinggi Viet Minh
1

Mohd Noor Yazid, 2013, Asia Tenggara dan Struktur Bipolar, Hubungan Antarabangsa : Analisis Sistemik dan
Domestik, hal. 35.
2
Ibid, hal. 40.

mengenai pengangkatan dan penggabungan wilayah tersebut. 3 Sejak tahun 1946


pertikaian bersenjata antara Viet Minh dan Perancis sukar dibendung, Masalah ya1ng
terjadi diantara Viet Minh dan Perancis berkembang dan menjadi semakin tegang setelah
negara-negara lain melakukan intervensi di dalam masalah tersebut. Sejak 1950-an
Amerika Syarikat, Soviet Union dan RRC mulai memerhatikan serta memulakan usaha
untuk melihat dan menghadam permasalahan yang berlaku di Vietnam. Mereka
merupakan negara-negara yang berkuasa besar dan tergolong dalam negara-negara Blok
ketika Perang Dingin.4
Berakhirnya Perang Vietnam I dalam tahun 1954 membawa kepada perancangan Amerika
Syarikat yang lebih teliti dalam usaha membendung perluasan pengaruh ideologi
komunis di Asia Tenggara. Pihak Amerika Syarikat percaya bahawa gerakan komunis
yang telah memenangi Peperangan Vietnam Utara tidak akan berakhir pada garisan 17
darjah pada tahun 1954 itu sahaja.
Tafsiran Perang Vietnam II
Kemenangan Perang Vietnam yang perolehi tepat pada waktunya di mana apabila
Perancis mengundur diri dan mengalah, fasa baru IndoChina dan Geneva Konferens pun
bermula. Perjanjian Geneva pada tahun 1954. Vietminh dan penyokongnya berhimpun
semula di bahagian Utara manakala Perancis pula mengumpul penyokongnya dibahagian
Selatan. Perjanjian tersebut dimetrai bukan atas sebab politik tetapi disebabkan perkara
yang berkaitan mengenai kawasan (territory) sepertimana yang telah dipersetujui pada
pilihanraya perkumpulan (national reunification) pada 1956. Pihak Amerika Syarikat juga
telah meningkatkan pertahanannya di Vietnam Selatan dengan menambahkan bilangan
tentera yang begitu besar dalam masa yang singkat bagi mempertahankan Vietnam
Selatan dan seluruh bahagian Asia Tenggara yang lain daripada terus jatuh ke tangan
puak komunis. Mengikut Perjanjian Geneva 1954 satu pilihanraya umum akan diadakan
seluruh Vietnam bagi menentukan masa depan Vietnam dalam tempoh masa dua tahun.5
3

Agun Cahyadi, 2015, Pendahuluan : Latar Belakang Masalah Penelitian, Keterlibatan Australia Dalam Perang
Vietnam 1962-1975, hal 2.
4
Ibid. Hal. 3
5
Mohd Noor Yazid, 2013, Asia Tenggara dan Struktur Bipolar, Hubungan Antarabangsa : Analisis Sistemik dan
Domestik, hal. 36-37.

Pihak Amerika percaya bahawa sekiranya diadakan pilihanraya dan menggabungkan


seluruh Vietnam sebagai negara komuni. Walaupun pihak Amerika Syarikat mengelak
daripada mengadakan pilihanraya umum seluruh Vietnam sebagai negara komunis oleh
pimpinan Ho Chi Minh akan terus berlaku bagi menggabungkan seluruh Vietnam dengan
bantuan dan sokongan Republik Rakyat China dan Soviet Union.6

Ibid. Hal. 37.