Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
LATAR MASA
1. LEWAT MALAM , 3.00 PAGI
Haikal masih tidak dapat melelapkan mata
Haikal membaca manuskirp yang diterimanya.
LATAR MASYARAKAT
1. REMAJA
Haikal seorang remaja
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KASIH SAYANG
Haikal amat menyayangi ibunya
NILAI KEMASYARAKATAN
1.HORMAT- menghormati
Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya
sehingga dia tamat pengajian STPMnya
NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya
ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.
PENGAJARAN
1
KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH HATI.
Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya
kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.
2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA .
Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi
memintanya berbuat demikian sehingga dia dewasa.
setelah
ibunya
3
KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA
Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang
ayahnya.
RATNA
Rakan baik Haikal
Membantu ibu mengurus gerai keropok lekor
Rakan sekelas di Tingkatan Lima
PERWATAKAN
1. Prihatin
Prihatin akan masalah yang mengganggu Haikal.
2.Bercita-cita tinggi
Ingin memiliki sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu
3.Rajin
Rajin membantu mengurus gerai ibunya di tepi pantai.
ONG SWEE HWA
Gadis Cina yang mengirim manuskrip milik Abdullah Kayan kepada Haikal
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.PETANG , HUJAN RENYAI
2.DI TEPI PANTAI BATU BURUK DAN GERAI PERNIAGAAN IBU RATNA
Ratna sibuk melayan pelangan ketika Haikal tiba di gerainya.
Haikal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai
Haikal memberitahu Ratna bahawa dia teringat kepada ayahnya apabila
berdiri di tepi pantai itu.
Haikal teringat akan perpisahan ibu bapanya kerana berlainan budaya dan
latar hidup
Ratna bertanya Haikal punca perpisahan ibu dan bapanya,
Haikal memberitahu Ratna jawapannya hanya akan diketahui apabila dia
selesai membaca manuskrip yang baru diterimanya.
Haikal teringat hasratnya bertanya umi tetapi dibatalkan kerana tidak mahu
mengganggu emosi umi yang sudah bahagia dengan walid.
Haikal teringat yang dia telah menyimpan manuskrip itu dengan hati-hati di
dalam laci berkunci khuatir dijumpai oleh umi atau Mak Lijah , orang gaji
mereka.
Haikal memberitahu Ratna, pengirimnya bernama Ong Swee Hwa.
LATAR MASYARAKAT
Melayu dan Cina
Ratna dan Haikal berbangsa Melayu
Ong Swee Hwa berbangsa Cina
1.PENIAGA KECIL TEMPATAN
Ibu Ratna mengusaha gerai jualan makanan di tepi Pantai Batu Buruk
2.REMAJA
Haikal dan Ratna
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.PRIHATIN
Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia
hidup ibu dan ayahnya yang terpisah
2.KASIH SAYANG
Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh
kasih sayang
NILAI KEMASYARAKATAN
1.AMANAH
Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan
kepada Haikal
PENGAJARAN
1
KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI
KEGAGALAN.
Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna
mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan
akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.
2.
KITA
HENDAKLAH
SALING
NASIHAT-MENASIHATI
DALAM
PERSAHABATAN
Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan
SPMnya yang tidak begitu baik.
3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN
KELUARGA
Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana
khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi
bersama-sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.
4
KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB.
Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong
Swee Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.
ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di
kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta
baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku
berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.
Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima
tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering
membantunya ketika dia susah dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke
sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya
suatu hari nanti.
Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang
kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga
nama kampung menjadi popular.
iii
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut
hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D Purnama. Ketua
kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK
memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang
ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat
penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju
untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat
setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli
kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju
menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku
( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus
merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku
tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau
sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling
antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi
murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang
minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat
dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku
meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu.
Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku
meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.
Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi
PERSOALAN
1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI
Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil
menyeru nama Aiman pada suatu malam.
Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai
Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.
2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA
Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung
Seri
Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung
nanti.
3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT
Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan
sambutan program Malam Sekampung Puisi.
4.KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA
BANGSA SENDIRI
Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku
menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha
mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya
demi kejayaan program itu.
5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS
Akibat perpecahan Kumpulan Zapin DPurmana , tarian zapin jincat yang
menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.
6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN
KHAZANAH BANGSA
YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri
menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya
kepada Menteri Besar nanti.
7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT
PELAJAR
Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling
memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.
8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP ANAK MURID
Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan
Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.
9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA
Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh
abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke
bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.
10. KEGIGIHAN SEORANG
KELUARGA YANG SELESA
KETUA
KELUARGA
MEMBINA
KEHIDUPAN
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim
juga meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan.
11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK
Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan
hasil pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.
12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT
Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif,
Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula
Kumpulan Zapin DPurnama sehingga anak-anak muda kampung DPurnama
yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.
13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI
MASYARAKAT
Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri
Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk
kampung berlatih menari zapin.
14. PERASAAN BANGGA AKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang
goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.
WATAK DAN PERWATAKAN
1
AKU/CIKGU AMIRULNIZAM
Guru Bahasa Melayu di Sekolah Sri Purnama
Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman
Berpisah dengan isteri dan Aiman sejak Aiman berusia setahun
Banyak memendam perasaan/perahsia
Meminati bidang sastera Melayu
PERWATAKAN
PENYAYANG
Terlalu menyayangi Aiman dan sering menyebut-nyebut nama Aiman
BERTANGGUNGJAWAB
Membimbing Ai Ling belajar mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling berjaya
menjuarai pertandingan deklamasi pusi Tahap Satu di Sekolah Seri Purnama
SUKA MENOLONG
Aku membantu Tauke Lim membeli bateri keretanya yang rosak di pekan.
PERAHSIA
Tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang sakit yang dihidapi.
Sebaliknya hanya memakan ubat untuk sakit kepala yang menyucuk-nyucuk
yang dibekalkan oleh hospital.
TABAH
Menjalani hidup keseorangan tanpa anaknya Aiman selepas berpisah dengan
isterinya
Dia juga hidup sendiri selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia di rumah
PERWATAKAN
i.Rajin
Rajin berkerja menoreh getah di waktu pagi dan meraih hasil tanaman
penduduk kampung pada waktu petang
ii.Bertanggungjawab
Sangat menjaga tanggungjawab perbelanjaan persekolahan anaknya
sehingga tidak mahu menukar kereta baharu sedang kereta lamanya rosak
iii.Jimat
Membeli pakaian baharu hanya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Balik menziarahi ibu di Kuala Kangsar dengan menaiki bas sahaja.
iv.Peramah/gemar bergurau
Amat peramah dan mesra dengan orang-orang kampung walaupun berlainan
bangsa. Berbual tanpa segan silu dengan kawan-kawan Melayu di Warung
Abang Dolah.
Aku ketawa apabila Tauke Lim mengatakan orang boleh pengsan jika melihat
dia menari zapin kerana perutnya yang buncit.
v.Pemurah
Membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah bagi meraikan
kemenangan Ai Ling dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak sekolahnya
Menaja jamuan makan tetamu sempena lawatan YB Samsuri pada malam
persembahan zapin jincat.
vi.Sentiasa mengenang jasa
Tauke Lim sentiasa ingat akan kebaikan arwah ayah aku. Arwah ayah aku
sering membantu Tauke Lim sesama dia mula-mula sampai ke kampung
dahulu. Arwah ayah aku kadang kala tidak mengambil wang bahagiannya
daripada kerja menoreh getah yang dibuat oleh Tauke Lim.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
Kasih Sayang
Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu
akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.
2
Kegigihan
Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua
orang pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi
3
Belas kasihan
Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian
ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.
4
Keikhlasan
Aku dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak
5
Kesungguhan
Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh-
sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat
persembahan di hadapan YB Samsuri .
6
Ketabahan
Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan
anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang
sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.
Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.
NILAI KEMASYARAKATAN
1
Kerjasama
Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong
membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi.
Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan.
Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku
Tauke Lim menaja makanan tetamu
Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.
2. Keprihatinan
Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku
bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga
hingga lewat malam
Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang
kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku
3
Kesopanan
Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di
hadapan rumah aku sebelum naik ke rumah aku.
4
Tanggungjawab
Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam
yang lemah dalam subjek matematik.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
i. Ketaatan
Pada waktu malam aku sering melakukan solatt sunat sebelum tidur untuk
mendapatkan ketenangan daripada Allah.
Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit
(AJKKK)
PENGAJARAN
1
KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA
DENGAN PENUH DEDIKASI
Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar
Tahun Enam yang lemah dalam subjek Matematik.
2
KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI
Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha
LATAR
LATAR MASA
1
MALAM
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan DPurnama
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama
Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku
Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan
zapin di hadapan YB Samsuri
Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui
anaknya itu
2
PETANG
Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk
minum petang bersama-sama aku
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur
Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman
3. BULAN OGOS
Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan
kemerdekaan peringkat mukim
Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos
LATAR TEMPAT
1
LATAR MASYARAKAT
1
Pelajar
Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM
2
Golongan Pendidik
Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu
Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam
3
Penduduk Pelbagai Kaum
Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di
Kampung Sri Purnama
Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama
Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan
4
Golongan Petani/Usahawan Tani
Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit
Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan
5
Golongan Peniaga
Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama
PERSOALAN
1
RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN
KEPADA SEORANG ANAK
Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal
berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.
Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan
sama ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di
sebalik manuskrip yang dibacanya.
Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal. Haikal Ratna
sentiasa mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna
menasihati Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang
diterimanya. Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia
mampu menghadapi semuanya.
PENGAJARAN
1
KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN MASALAH ORANG DI SEKELILING
KITA.
Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati
untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang
tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah.
2
KITA MESTILAH JUJUR DALAM PERSAHABATAN
Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya
tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya
LATAR
LATAR MASA
1
Waktu malam
Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip
ayahnya yang baru selesai dibacanya
LATAR TEMPAT
1
RUMAH IBU HAIKAL
Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya
pada malam itu.
2
GERAI RATNA DI PANTAI BATU BURUK
Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan
seperti sejarah hidupnya sendiri.
LATAR MASYARAKAT
1
GOLONGAN PENIAGA
Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik
2
GOLONGAN PENCINTA SASTERA
Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi
pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daeah dan negeri.
BAB 5: RINDU
SINOPSIS
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia
ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-
beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang
yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang
tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal
mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal
mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang
kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan
alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal
amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan
punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap
jika bertanya hal itu kepada umi.
PERSOALAN
1
KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH
KANDUNG
Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga
membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama ,
kampung ayahnya
2
HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA
Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin
yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang
perniagaan yang diusahakan oleh uminya
Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang
langsung tidak diminatinya.
NILAI KEMANUSIAAN
KASIH SAYANG
Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip
ayahnya.
Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.
KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi
jenazah ayahnya tujuh tahun yang lalu
2. NILAI KEMASYARAKATAN
SIMPATI
Guru
pengawas
peperiksaan
UPSR
memujuk
Haikal
untuk
mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang
ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada
arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.
PENGAJARAN
1
KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN
TERPISAH
Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah
bersua sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.
2
KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI
Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang
memeliharanya sejak kecil
3
KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH
DEWASA
Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah
untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.
LATAR
LATAR MASA
1
MALAM
Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang
kisah yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya
Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa
terpanggil untuk ke sana
Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin
2
TUJUH TAHUN LALU
Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi
jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.
LATAR MASYARAKAT
1
GOLONGAN PENIAGA
Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang
2
GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU
Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat
seperti digambarkan dalam manuskripnya.
LATAR TEMPAT
1
DI RUMAH HAIKAL
Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke
kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang
diterimanya.
2
DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi
penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh
pengawas peperiksaan.
HAIKAL
TEGAS
Haikal bertegas untuk pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai rahsia di
sebalik manuskrip ayahnya walaupun uminya keras membantah
BERANI
Haikal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi
seperti ayahnya. Haikal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam
dirinya ialah darah ayahnya.
2. UMI
Ibu kandung Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
Isteri kepada walid
TEGAS
Umi seorang ibu yang tegas. Dia tidak membenarkan langsung Haikal pulang
ke kampung ayahnya.
KERAS HATI
Umi seorang ibu yang keras hati. Umi tidak mahu memberi perbelanjaan
kepada Haikal jika Haikal tetap mahu pulang ke kampung ayahnya
.
PERAHSIA
Umi tidak pernah bercerita kepada Haikal tentang kisah hidupnya dengan
ayah Haikal. Umi terkejut apabila Haikal mengungkit tentang tindakan umi
yang menentang keputusan ayahnya untuk pulang ke kampungnya kerana
tanggungjawabnya sebagai anak.
3
WALID
Suami umi
Ayah tiri Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
BERFIKIRAN TERBUKA
Walid memahami hasrat Haikal untuk mencari kisah hidup ayah kandungnya.
Walid merestui pemergian Haikal ke Johor
BERTANGGUNGJAWAB
Berjanji membekalkan wang perbelanjaan Haikal di Johor nanti.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
KETEGASAN
Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi
mencari memori hidup ayahnya.
Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke
kampung ayahnya
2
KEBERANIAN
Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke
kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
NILAI KEMASYARAKATAN
1
KETANGGUNGJAWABAN
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia
membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di
kampung ayahnya
NILAI KEAGAMAAN
1
KETAATAN
Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna
PENGAJARAN
1
KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA
MANUSIA
Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal
bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.
2
KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA
DEPAN
Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu
melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu
pulang ke kampung ayahnya.
3
KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN DENGAN
PERKARA YANG KITA BENCI
Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang
mengalir dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .
4
. KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI
KEBENARAN
Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya
walaupun ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup
sebenar ayahnya.
LATAR
1
LATAR MASA
WAKTU PETANG
Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung
arwah ayahnya.
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya
untuk pulang ke kampung ayahnya di Johor
LATAR TEMPAT
1.GERAI RATNA
Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam
esok .
Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di
Johor nanti.
Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung
arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.
2.RUMAH UMI/HAIKAL
Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup
ayah kandungnya.
Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir
dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.
LATAR MASYARAKAT
1.GOLONGAN PENIAGA
Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEBERANIAN
Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat
arwah ayahnya.
2.KECEKALAN
Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung
ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung
ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di
sana.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SETIAKAWAN
Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai
tugasnya di Johor.
2.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA
Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen
bas.
PENGAJARAN
1.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA
Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat
ayahnya.
Kita mesti setia dalam persahabatan
Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu
apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor.
Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri
Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum
berangkat ke stesen bas
LATAR
LATAR MASA
1.MALAM
Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor
LATAR TEMPAT
1.DI DALAM BAS EKSPRES
Haikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan
ayahnya entah sampai bila.
perbelanjaan
2.KEJUJURAN
Tauke Ong menjaga rumah pusaka Cikgu Abdullah dengan baik, bersih dan
kemas sebelum diserahkan kepada Haikal.
Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdullah dengan baik sebelum
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau stesen bas Batu Pahat
sebelum ke Kampung Seri Purnama.
PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH JUJUR DAN AMANAH APABILA DIBERI KEPERCAYAAN
Tauke Lim menjaga rumah arwah Cikgu Abdullah dengan baik, kemas dan
bersih seperti yang diminta oleh arwah dan segera menyerahkannya kepada
Haikal sebaik dia tiba di Kampung Seri Purnama.
Ong Swee Hwa, menyimpan manuskrip Cikgu Bdullah dengan baik dan
menyerahkannya kepada Haikal walaupun dia amat menyayangi manuskrip
itu.
2.KITA
HENDAKLAH
MEMBANTU
ORANG
YANG
MEMERLUKAN
PERTOLONGAN
Pak Cik Salleh membawa Haikal ke Kampung Seri Purnama dan
membantunya mencari rumah arwah ayahnya.
3. KITA JANGAN MENGABAIKAN SURUHAN AGAMA DI MANA-MANA
SAHAJA
Haikal tetap bersolat subuh berjemaah sebaik tiba di Batu Pahat sebelum
bergerak mencari rumah arwah ayahnya.
4. KITA HENDAKLAH RAJIN BERUSAHA UNTUK KESELESAAN KELUARGA
Pak Cik Salleh melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung
perbelanjaan anak-anaknya yang masih belajar. Dia memandu teksi dan
menukang rumah.
LATAR
LATAR TEMPAT
1
STESEN BAS BATU PAHAT
Haikal tiba di sstesen Batu Pahat
Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau di tingkat atas stesen bas.
Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi yang dipandu Pak Cik Salleh.
2
DI DALAM TEKSI PAK CIK BAKAR
Pak Cik Bakar berbual-bual dengan Haikal tentang diri dan keluarganya. Dia
seorang tukang rumah juga. Ada lima orang anak.
Haikal memberitahu Pak Cik Salleh dia sedang menunggu keputusan STPM
Haikal memberitahu Pak Cik Bakar dia mahu ke Kampung Seri Purnama tetapi
tidak tahu untuk ke sana kerana tidak pernah sampai ke situ.
Pak Cik Bakar menerangkan beberapa pembangunan yang berlaku di Batu
Pahat seperti kawasan perindustrian.
Pak Cik Salleh dengan ikhlas membantu Haikal mencari rumah arwah
ayahnya
3
WARUNG WAK MIN
Haikal bertanya penebar roti canai tentang rumah Cikgu Abdullah Kayan.
Haikal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min
Wak Min meminta Haikal makan roti cnai dahulu sementara menunggu Tauke
Ong datang untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya.
Beberapa orang pelanggan yang masuk ke Warung Wak Min memandang
Haikal dan berbisik-bisik sesama sendiri.
Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haikal dan berjanji akan
membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya.
3
RUMAH ABDULLAH KAYAN / ARWAH AYAH HAIKAL
Gambaran fizikal
Rumah papan separuh batu
Ada tujuh jendela
Bertangga darpada papan yang tebal
Halaman yang bersih
Ada sebuah meja kayu dan empat buah kerusi
Tauke Ong bertanya sama ada Haikal kenal akan Swee Hwa anaknya.
Haikal memberitahu Tauke Ong dia tidak mengenali Swee Hwa tetapi
memberitahu Tauke Ong, Swee Hwalah yang menghantar manuskrip
kepadanya.
Tauke Ong memberitahu Haikal manuskrip itu diserahkan kepada Swee Hwa
oleh arwah ayahnya dua hari sebelum dia meninggal dunia.
Tauke Ong memberitahu Haikal Swe Hwa amat sayang akan menuskrip itu
dan terlalu berat hati untuk melepaskannya.
Haikal melihat beberapa keping sijil yang dibingkaikan, Haikal mendapati
arwah ayahnya telah mencipta nama yang besar dalam dunia sastera dan
kebudayaan.
Haikal sebak apabila terkenang sikap uminya yang sanggup mematahkan
perjuangan ayah dan cita-cita arwah ayahnya.
Haikal memandang ke arah rumah batu sederhana besar berbumbng biru
milik Tauke Ong, matanya melilau mencari sesuatu.
LATAR MASA
1
WAKTU PAGI
Haikal sampai di stesen bas Batu Pahat
Haikal bersolat subuh berjemaah di tingkat atas stesen bas.
Haikal mengambil teksi untuk ke Kampung Seri Purnama
Haikal masuk ke warung Wak Min untuk bertanya arah ke rumah arwah
ayahnya
Haikal memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Abdullah Kayan
Haikal diperkenalkan kepada Tauke Ong
Tauke Ong membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya
Haikal melihat-lihat sijil-sijil penghargaan yang diterima oleh ayahnya
Haikal mendapati ayahnya seorang yang hebat dalam dunia sastera dan
kebudayaan
Haikal sebak mengenangkan sikap ibunya yang tidak menghargai cita-cita
dan perjuangan ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1
GOLONGAN PENIAGA
Wak Min dan isterinya Menah mengusahakan warung makanan di Kampung
Seri Purnama
2
GOLONGAN PETANI
Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berpakaian untuk
berkebun.
3.MASYARAKAT YANG RAJIN BERKERJA
Pak Cik Salleh menjalankan dua kerja bagi menambah perbelanjaan keluarga
tanggungannya. Dia berkerja membawa teksi dan menukang rumah.
3 MASYARAKAT BERBILANG KAUM YANG AKRAB/HARMONI/MESRA
Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berjabat tangan sebelum
memesan makanan
Tauke Ong sampai di warng Wak Min kelihatan amat mesra dengan
pelanggan-pelanggan yang lain. Tauke Ong ketawa terbaha-bahak apabila
diusik oleh seorang rakannya.
4
MASYARAKAT YANG AMANAH
Tauke Ong sangat amanah menjaga rumah arwah ayah Haikal sehingga
Haikal datang ke Kampung seri Purnama.
Dua hari sekali Swee Hwa mengemas rumah arwah ayah Haikal dengan
kakaknya.
Swee Hwa memegang amanah arwah ayah Haikal untuk menjaga
manuskripnya dan menyerahkannya kepada Haikal.
BAB 9: PERTEMUAN
SINOPSIS
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan
tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal
yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan
ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua
urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim
bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk
menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah
ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada
keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke
Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah
restoran mamak.
Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia
tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu
melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan
memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga
fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan
Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak
kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal
bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee
Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee
Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah
watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu.
Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka
meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus
menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa
bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin
manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa.
Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang
kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat
adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu
akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.
PERSOALAN
1.PENGORBANAN SEORANG ANAK DEMI MENCARI KEBENARAN TENTANG
ORANG YANG DISAYANGI
Haikal berkorban
meninggalkan adiknya Nurul Aisyah, Ratna
dan
keluarganya dan kembali ke Kampung Seri Purnama untuk mengesan kisah
hidup ayahnya, Cikgu Abdullah.
2. PERSOLAN TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN
Tauke Ong menjaga baruh, kelapa sawit kebun getah dan akaun buku bank
arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah malah telah bersedia
menyerahkannya kepada Haikal sebaik sahaja Haikal sampai di Kampung Seri
Purnama.
3.ASIMILASI BUDAYA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Swee Hwa gemar makan kari kepala ikan yang pedas, yang dijual di kedai
mamak di pekan
Swee Hwa gemar ikan haruan masak cili api yang dimasak Cikgu Abdullah
Swee Hwa fasih berbahasa Melayu
mamak itu. Swee Hwa ketawa apabila diusik olrh Rahman sambil tersenyum
2.BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
Rahman mengalu-alu kedatangan Haikal ke negeri Darul Takzim.
Rahman berharap Haikal sentiasa gembira di negeri darul takzim
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal turun ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan solat asar pada
petang itu..
2.KESYUKURAN/MENGENANG BUDI
Haikal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga harta
pusaka ayahnya dengan baik.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN SAHABAT
AGAR TIDAK PUTUS
Nurul Aisyah menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada abangnya
Haikal untuk bertanya khabar Haikal di Johor. Haikal membalas pesanan
adiknya dan dia mulai rasa rindu akan keluarganya di Terengganu.
2.KITA HENDKLAH MEMIKUL AMANAH DENGAN JUJUR APABILA DIBERI
KEPERCAYAAN
Tauke Ong mengurus kelapa sawit, kebun getah, tanah, di baruh, rumah dan
akaun bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah demi
kepercayaan yang dberi oleh arwah Cikgu Abdullah sebelum dia meninggal
dunia
3. KITA HENDAKLAH MENERIMA KEDATANGAN TETAMU DENGAN BAIK
DAN MESRA
Rahman mengucapkan selamat datang kepada Haikal sebaik sahaja Swee
Hwa mengenalkan diri Haikal kepadanya.
Swee Hwa membawa Haikal makan kari kepala ikan di restoraan mamak di
pekan dan membawanya membeli novel di sebuah kedai buku.
LATAR
LATAR MASA
1.11.30 PAGI
Tauke Ong menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan bersama-sama
Swee Hwa.
2. 5.00 PETANG
Haikal membacaSMSyang dihantar Nurul Aisyah adiknya, lantas terbayang
kesedihan adiknya.
Haikal terkenang kemanjaan adiknya, Nurul Aisyah akan mengadu kepadanya
jika ada masalah. Haikal merindui adiknya
Haikal ke bilik air untuk berwuduk dan mendirikan solat asar.
LATAR TEMPAT
1
DI DALAM KERETA TAUKE ONG
Tauke Ong memberitahu Haikal mereka akan makan nasi daun pisang di
pekan.
Haikal memberitahu Tauke Ong yang dia akan berada di Kampung Seri
Purnama sehingga keputusan STPM diumumkan.
Tauke Ong memberitahu Haikal dia akan menyerahkan harta arwah ayahnya
kepada Haikal setelah diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga kebun
kelapa sawit, kebun getah ,rumah dan akaun bank
Tauke Ong memberitahu Haikal ayahnya telah mengamanahkan harta-harta
itu untuk dijaga selepas kematiannya.
2
RESTORAN MAMAK
Swee Hwa memesan kari kepala ikan merah untuk makan tengah hari mereka
berdua
Swee Hwa memperkenal Haikal kepada Rahman, pelayan restoran mamakitu.
Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak ikan
haruan masak cili api
Haikal berasa Swee Hwa beruntung dapat mengisi kekosongan jiwa ayahnya.
Haikal ingin terus merapati Swee Hwa kerana yakin Swee Hwa banyak
menyimpan rahsia hidup arwah ayahnya.
3
KEDAI BUKU
Haikal mebeli beberapa buah majalah sastera dan bahasa.
Haikal memberitahu Swee Hwa mereka meminati penulis yang sama iaitu
Abdullah Hussain, Sahnon Ahmad dan A.Samad Said.
Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa Haikal mewarisi bakat arwah
ayahnya.
Haikal berasa seolah-olah dia mengenali Swee Hwa mungkin kerana
manuskrip yang dibacanya.
4
RUMAH HAIKAL
Haikal membaca SMS kiriman adiknya Nurul Aisyah yang menyatakan
kerinduan kepadanya.
Haikal teringat kemanjaan adiknya.
LATAR MASYARAKAT
1
MASYARAKAT YANG AMANAH
Tauke Ong seorang yang amanah kerana menjaga harta pusaka arwah ayah
Haikal sehingga Haikal pulang ke kampung itu
2
MASYARAKAT PELBAGAI KAUM YANG PRIHATIN
Tauke Ong amat mengambil berat tentang keselesaan Haikal di Kampung Seri
Purnama. Tauke Ong memastikan makan minum Haikal terurus sebaik sahaja
Haikal tinggal di rumah arwah ayahnya. Dia membawa Haikal makan di
restoran mamak di pekan
3
GOLONGAN MUDA YANG MEMINATI SASTERA TANAH AIR.
Swee Hwa dan Haikal meminati karya karyawan sastera negara seperti
Abdullah Hussain, A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.
BAB 10: PUSARA
SINOPSIS
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada
Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah
diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan
kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal
terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa
satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa.
Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar
seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di
sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama
Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan
ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus
menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal
bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang
beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun
dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi.
Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar
dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran
sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam
kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja
yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda
kampung.
Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang
yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang
yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar
amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal
seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah
ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih
terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak
Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada
Pak Cik Bakar.
Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenalkenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak
Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya
tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM
nanti. Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian
ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan
bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti
kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di
tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja
untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya.
Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang
bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke
kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu
sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia
memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan
Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan
orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.
Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah
masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil
bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli
kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang
muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar
lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak
menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak
Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau
tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia
termasuk ayahnya.
Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di
anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan
Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan
sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga
pukul 2 atau 3 pagi.
Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya
Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama
tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang.
Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan
itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah
ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah
ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu
penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal
menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu
tersenyum.
Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri
Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik
Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh
arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya
mengangguk-ngangguk tanda bersetuju.
Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat
gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan
itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali
tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama
jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan
STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di
Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong
sambil ketawa.
Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk
pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di
rumahnya jika ada kelapangan.
PERSOALAN
1.KERINDUAN ANAK TERHADAP KASIH SAYANG SEORANG AYAH
Haikal terlalu sayu, rindu dan sebak apabila menziarahi pusara ayahnya. Air
mata mengalir ketika membaca Yassin. Haikal berasa terlalu berat untuk
meninggalkan pusara ayahnya yang tidak pernah ditemui.
2
BUDAYA BANGSA YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa tarian zapin jincat yang popular di
Kampung Seri Purnama semakin dilupakan oleh generasi muda. Apabila
ramai ahli kumpulan zapin itu meninggal dunia enam atau tujuh tahun yang
lalu kumpulan zapin itu mulai sepi.Yang tinggal hanya ahli kumpulan yang
terlalu tua seperti Wak Arif dan Haji Salim.
3
SIKAP BERFOYA-FOYA GENERASI MUDA
Mak Menah risau melihat anak-anak muda Kampung Seri Purnama membazir
masa berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan
bersembang hingga larut malam tanpa matlamat.
4
TRADISI BUDAYA YANG MASIH UTUH .
SEMANGAT KEMASYARAKATAN
DALAM MASYARAKAT YANG SUDAH
MEMBANGUN
Haikal mendapati Kampung Seri Purnama sudah mengalami pembangunan.
Jalan raya sudah berturap, lampu jalan di sepanjang jalan. Lengkap dengan
sekolah, sebuah klinik, balai raya dan pusat komoditi pertanian. Tetapi
hubungan akrab dan mesra antara golongan muda dan tua masih kelihatan.
Anak -anak muda yang masuk ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak
Cik Bakar, Wak Arif dan semua orang di dalam warung itu. Mereka kelihatan
mesra.
5
PENDERITAAN
JIWA/KERINDUAN
SEORANG
AYAH
YANG
KEHILANGAN KASIH ZURIAT SENDIRI
Pak Cik Bakar menceritakan penderitaan arwah ayah Haikal kerana tidak
dapat hidup bersama-samanya. Arwah ayahnya membayangkan Haikal di
dalam diri Swee Hwa bagi mengubat kedukaan yang ditanggung.
6
KASIH SAYANG YANG ABADI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN
SEHINGGA AKHIR HAYAT
Pak Cik Bakar terlalu menyayangi arwah ayah Haikal. Dia menganggap ayah
Haikal seperti saudara kandungnya sendiri..
Pak Cik Haikal tidak dapat melupakan wajah arwah ayah Haikal walaupun
sudah enam atau tujuh tahun meninggal dunia.
Pak Cik Haikal berasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat
Haikal di warung Wak Nin.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK
1.HAIKAL
BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
Memberi salam kepada Pak Cik Bakar ketika bertemu di tepi parit tempat Pak
Cik Bakar memancing.
Haikal membalas lambaian anak-anak muda yang sedang memancing ikan di
tepi parit dengan senyuman.
BIJAK
3. KEGIGIHAN/KESUNGGUHAN
Haikal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar sehingga 2.00 pagi bagi
mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya.
4.KASIH SAYANG
Arwah ayah Haikal terlalu sayang akan Haikal sehingga menjadikan Swee
Hwa sebagai bayangan Haikal untuk melepaskan kekecewaannya tidak dapat
hidup bersama-sama Haikal.
PENGAJARAN
1
KITA PERLU MENGEKALKAN TRADISI BANGSA WALAUPUN SUDAH
MAJU
Anak-anak muda kampung yang datang ke warung Wak Min bersalaman
dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif , Hahi Salim , Haikal dan semua pelanggan
yang ada di dalam warung Wak Min.
2
KITA HENDAKLAH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERADA
DALAM PERSEKITARAN BARU
Haikal mengambil keputusan untuk bersolat jemaah di masjid kampung untuk
berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.
3
KITA BIJAK HENDAKLAH MEREBUT PELUANG YANG ADA UNTUK
KEJAYAAN MATLAMAT YANG DIIMPIKAN
Haikal menggunakan hubungan akrab arwah ayahnya dengan Pak Cik Haikal
untuk mengorek rahsia hidup ayahnya yang penuh rahsia, terutama
hubungan ayahnya dengan Swee Hwa.
Haikal berjaya mendapat tahu bahawa ayahnya meletakkan dirinya di dalam
diri Swee Hwa untuk mengubat luka hatinya daripada Pak Cik Bakar.
4
GOLONGAN MUDA PERLU MENGHORMATI GOLONGAN TUA DEMI
KEHARMONIAN MASYARAKAT.
Anak-anak muda kampung Seri Purnama amat menghormati golongan tua di
kampung itu. Mereka bersalaman dengan Wak Arif, Pik Cik Bakar dan Haji
Salim ketika masuk ke warung Wak Min. Mereka begitu mesra antara satu
sama lain.
5
KITA HENDAKLAH MENYAYANGI DARAH DAGING KITA SENDIRI
WALAUPUN TTERPISAH JAUH
Haikal berasa amat menyayangi arwah ayahnya. Haikal menangis dan sebak
ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haikal berdoa agar Tuhan
meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.
LATAR
LATAR MASA
1.PETANG
Tauke Ong meminjamkan motosikal untuk kegunaan Haikal semasa di
Haikal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di atas pusara ayahnya
Haikal berdoa agar tuhan meletakkan roh arwah ayhnya di sisi orang beriman
4
TEPI PARIT SEPAJANG JALAN
Haikal berkenalan dengan Pak Cik Bakar yang sedang memancing ikan.
Haikal dan Pak Cik Bakar tentang arwah ayah Haikal
5
MASJID KAMPUNG SERI PURNAMA
Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.
LATAR MASYARAKAT
1.MASYARAKAT VETERAN YANG TERLIBAT DENGAN KEBUDAYAAN
Pak Cik Bakar , Haji Salim dan Wak Arif ialah ahli kumpulan zapin kampung
itu.
2. MASYARAKAT PENIAGA
Mak Menah dan Wak Min berniaga di warung makanan di Kampung Seri
Purnama
3.MASYARAKAT YANG KAYA DENGAN ADAT SUSILA
Anak-anak muda bersalaman dengan semua pelanggan yang ada di warung
Wak Min sebelum duduk dan memesan makanan.
4. MASYARAKAT REMAJA YANG TIDAK BIJAK MENGURUS MASA
Mak Menah bimbang akan anak-anak muda yang tidak pandai mengurus
masa dengan berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan
bersembang-sembang hingga larut malam.
Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal.
Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang
remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran
Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu
petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu
keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di
kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa
menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail
ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta
daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung
untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi
pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah
diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam
minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak
keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek
Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi
antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan
Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga
berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual-bual
Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal
menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang
kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia
berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanakkanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik
gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah
berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya
meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya
menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia
menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya .
Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal
menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik
sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah
rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim
makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim
bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah
masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke
dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa
Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh
Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk
Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah
ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya
yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke
Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika
ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan
kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu
sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak
tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar
menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya.
Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung.
Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati
Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya.
BERTANGGUNGJAWAB
Haikal seorang anak yang bertanggungjawab. Sebaik sahaja Tauke Ong
menyerahkan kebun kelapa sawit kepadanya, Haikal terus berjumpa dengan
dua orang pekerja kebun itu , Abang Salleh dan Abang Bidin untuk meninjau
dan belajar cara mengurus kebun kelapa sawit.
2
LAZIM
Anak Haji Salim
Sebaya dengan Haikal
Sedang menunggu keputusan STPM
Hobi mengail ikan puyu
Pandai menari zapin
Anak murid kepada arwah ayah Haikal
Berkawan rapat dengan Haikal
RAJIN
Lazim rajin mengail ikan puyu pada masa lapang untuk menambah duit
poketnya.
SUKA MEMBANTU
Lazim berjanji untuk membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama
bagi mencari lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.
3
ABANG SALLEH DAN ABANG BIDIN
Pekerja yang mengambil upah menjaga kebun kelapa sawit Haikal
Askar pencen
BERDISPLIN
Menurut Tauke Ong, kedua-duanya sangat sistematik semasa menjaga kebun
kelapa sawit. Mereka menjaga kebun dengan baik sekali. Kebun di baruh
sangat bersih dan kemas. Pelepah-pelepah dipotong dan disusun dengan
kemas dan elok.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
KERAJINAN
Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit
kampung itu.
2
KETANGGUNGJAWABAN
Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima
tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke
Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut
mereka menyabit buah kelapa sawit.
Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah
Haikal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan
bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.
PENGAJARAN
1
LATAR
LATAR MASA
1
SEMINGGU
Haikal telah mewarisi semua harta arwah ayahnya iaitu kebun kelapa sawit,
kebun getah, rumah dan akaun bank.
Haikal mahu Tauke Ong terus mengurus harta pusaka arwah ayahnya tapi
ditolak oleh Tauke Ong
Tauke Ong meminta Haikal belajar mengurus sendiri dan mengekalkan
perkhidmatan Abang Salleh dan Abang Bidin
Haikal sudah berkenalan dengan beberapa orang remaja dan paling rapat
dengan Lazim
2
MALAM MINGGU
Lazim bemalam di rumah Haikal
Haikal menyediakan mi goreng yang dibeli di warung Wak Min untuk Lazim
Lazim memberitahu Haikal arwah ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa.
Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi
Haikal, Tauke Ong dan Swee Hwa bersarapan lontong Haji Halim yang paling
sedap di daerah Batu Pahat
Haikal bertanya tentang keakraban Swee Hwa dengan arwah ayahnya
Haikal mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana dapat
membahagiakan arwah ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1
MASYARAKAT PETANI/USAHAWAN TANI
Haikal segera mengurus kebun kelapa sawit yang diwarisi daripada arwah
ayahnya.
Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja mengambil upah menyabit kelapa
sawit, menanam semula dan membersihkan kebun kelapa sawi arwah ayah
Haikal
2
MASYARAKAT YANG JUJUR DAN AMANAH
Tauke Ong menyerahkan semua harta pusaka kepada Haikal seminggu
selepas Haikal pulang ke Kampung Seri Purnama.
3
MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN SUKA MEMBANTU
Lazim prihatin akan konflik antara Haikal dan uminya kerana minat ayahnya
di bidang sastera dan budaya lalu memberi semangat agar Haikal
meneruskan hasratnya
Lazim membantu Haikal untuk mencari maklumat tentang ayahnya di balai
raya Kampung Seri Purnama.
4
MASYARAKAT YANG TELAH MENGALAMI ASIMILASI BUDAYA
Tauke Ong sangat gemar makan lontong Haji Salim yang paling sedap di
daerah Batu Pahat.
SWEE HWA
RAJIN
Swee Hwa mengemas bilik bacaan di balai raya kampung Seri Purnama
setiap hujung minggu. Bilik itu kelihatan bersih dan kemas.
HAIKAL
BERCITA-CITA TINGGI
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat
di Kampung Seri Purnama. Dia terus
berjumpa Pak Cik Bakar untuk
berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjauninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.
AMAT MENGHARGAI DAN MENCINTAI DUNIA SASTERA DAN KEBUDAYAAN
Haikal amat mencintai dunia sastera dan kebudayaan. Dia amat menghargai
dan mengagumi pencapaian arwahnya dalam bidang penulisan dan tarian
zapin. Dia berhasrat menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri
Purnama.
4
RASIONAL
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal
menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di
Kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu
perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
KERAJINAN
Swee Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu. Bilik
bacaan tersebut bersih dan kemas.
KEJUJURAN
Swee Hwa seorang yang jujur dan amanah. Arwah ayah Haikal menyerah-kan
koleksi buku hasil penulisannya untuk dibaca dan disimpan oleh SweeHwa
dan Swee Hwa berjanji akan memberi Haikal membaca buku-buku
tersebut.
KESUNGGUHAN
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat
di Kampung Seri Purnama. Dia terus
berjumpa Pak Cik Bakar untuk
berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjauninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.
RASIONAL
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal
menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di
kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu
perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.
Haikal menarik nafas lega apabila Pak Cik Bakar memberitahunya kesediaan
Ketua Kampung iaitu Haji Jamil mengadakan pertemuan dengan JKKK dalam
masa terdekat. Haikal segera memaklumkannya kepada Swee Hwa ketika
bertemu Swee Hwa di rumah Tauke Ong pada petang itu. Haikal mengucapkan
terima kasih kepada Swee Hwa kerana meminjamkan buku-buku koleksi ayahnya
kepadanya. Bagi Swee Hwa itu merupakan amanah daripada arwah ayah Haikal.
Namum Haikal berasa ada sebab tertentu arwah ayahnya menjadi sangat
percaya akan Swee Hwa.
Bagi Swee Hwa arwah ayah Haikal terlalu baik sehingga ayah dan ibu Swee Hwa
berasa amat sedih dengan kematiannya. Mereka tidak tahu tentang penyakit
yang dihidapi oleh arwah ayah Haikal. Dia terlalu perahsia orangnya. Prinsip
hidupnya ialah biar dia bersusah untuk orang lain tetapi dia tidak mahu
menyusahkan orang lain. Swee Hwa sekeluarga amat terhutang budi dengan
arwah datuk dan arwah ayah Haikal. Swee Hwa meyakinkan Haikal bahawa
arwah ayahnya benar-benar sayang akan Haikal. Swee Hwa yakin doa arwah
ayahnya sudah termakbul dengan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama.
Swee Hwa berjanji untuk membantu Haikal merealisasikan cita-cita arwah
ayahnya sebagai memenuhi pesanan arwah ayah Haikal kepadanya.
Tauke Ong juga memuji usaha Haikal mahu menghidupkan tarian zapin di
kampung itu semula. Dia yakin Kampung Seri Purnama akan meriah kembali.
Namun begitu bagi Haikal dia hanya mencadangkan sahaja dan selebihnya akan
diusahakan oleh Pak Cik Bakar dan kawan-kawannya kerana Haikal tahu bukan
kerja yang mudah untuk menghidupkan kumpulan Zapin DPurnama semula.
Akan tetapi Tauke Ong yakin penduduk kampung akan memberi kerjasama.
Haikal bimbang kerana penari zapin tidak mencukupi namun Tauke Ong memberi
jaminan ada beberapa orang muda di kampung itu yang pandai menari zapin.
Tauke Ong memeberi keyakinan kepada Haikal dia akan boleh menari zapin
dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar nanti.
Suasana mesra keluarga Tauke Ong menjadikan Haikal tidak kekok untuk berada
di tengah-tengah keluarga itu. Haikal tidak berasa dirinya orang asing kerana
layanan mesra daripada keluarga itu. Haikal dengan senang meluahkan
konfliknya dengan uminya kepada Swee Hwa. Swee Hwa menasihatinya agar
sabar dan tabah menghadapinya. Swee Hwa mengingatkan Haikal, hubungannya
dengan uminya tidak mungkin akan putus. Suatu hari hati uminya akan lembut.
Begitu juga harapan Haikal. Hanya Haikal berasa mungkin uminya terkejut
dengan tindakan nekadnya sedangkan tindakan arwah ayahnya dulu masih
berbekas dalam diri umi. Bagi Haikal hanya penulis yang faham diri mereka
sendiri.
Swee Hwa meminta Haikal tidak menyia-siakan bakat menulis yang ada dalam
dirinya. Sambil mengingatkan Haikal pesanan arwah ayahnya yang menganggap
bakat yang ada jika disia-siakan seumpama mengkhianati anugerah tuhan.. Swee
Hwa berjanji akan menjadi orang pertama yang membaca hasil karya Haikal
nanti. Lantas Swee teringat setiap kali membaca manuskrip cerpen dan novel
kanak-kanak, Swee Hwa akan diminta memberi pendapat . Haikal mulai merasa
bibit kemesraan dan berharap ia hanyalah kemesraan antara sahabat.
Haikal akan menghabiskan masanya membaca novel karangan ayahnya jika tidak
ke baruh melihat Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja di kebun sawitnya.
SEMANGAT
KEMASYARAKATAN
PELBAGAI
KAUM
YANG
TINGGI
3
KUAT SEMANGAT , KEAZAMAN DAN CEKAL
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya seorang yang cekal, kuat
semangat dan azamnya sehingga pengaruhnya begitu kuat di Kampung Seri
Purnama. Kesungguhannya memartabatkan sastera dan kebudayaan
mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri.
4
AMAT PENYAYANG
Swee Hwa meyakinkan Haikal, arwah ayahnya terlalu sayang akan Haikal.
Swee Hwa meyakinkan Haikal, kepulangannya ke Kampung Seri Purnama
kerana doa arwah ayahnya yang telah makbul.
2
SWEE HWA
Orang yang menyimpan koleksi buku arwah ayah Haikal
Murid yang rapat dengan Cikgu Abdullah , arwah ayah Haikal
Banyak menyimpan rahsia hidup arwah ayah Haikal
Anak Tauke Ong dan Puan Khei
PERWATAKAN
MUDAH MESRA/PERAMAH
Baru sebulan berada di Kampung Seri Purnama , Swee Hwa berkawan baik
dengan Haikal tanpa rasa kekok. Haikal amat senang berbual-bual dengan
Swee Hwa pada suatu petang di rumah Tauke Ong. Haikal tanpa segan silu
meluahkan masalahnya tentang hubungannya yangan uminya yang tegang
kerana tindakannya pulang ke Kampung Seri Purnama.
BERKEYAKINAN TINGGI
Swee Hwa amat yakin umi Haikal akan lembut hatinya kerana hubungan anak
dengan ibu tidak akan putus. Swee Hwa yakin umi Haikal akan faham akan
perkara yang sedang dilakukan oleh Haikal.
BERBUDI BAHASA/ LEMAH LEMBUT
Haikal menganggap Swee Hwa seorang gadis yang berbudi bahasa. Apabila
Haikal mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan koleksi buku karya
arwah ayahnya sendiri kepadanya, Swee Hwa membertahu Haikal itu adalah
tanggungjawabnya mengotakan amanah arwah ayah Haikal dan akan
berdosa jika mmengengkarinya.
3
PUAN KHEI
Isteri Tauke Ong
Ibu Swee Hwa
Suri rumahtangga
PERAMAH
Puan Khei ramah melayan Haikal yang bertamu ke rumahnya petang itu. Dia
menyediakan Pisang Tanduk goreng untuk Haikal dan Swee Hwa.
PERIANG DAN CERIA
Puan Khei senang bergurau senda dengan Tauke Ong. Dia amat ceria dan
ketawa apabila Tauke Ong mengusiknya untuk menari zapin sambil
memberitau bahawa mereka sudah tua.
Puan Khei sekeluarga ketawa apabila mengetahui Haikal tidak tahu menari
zapin.
4.TAUKE ONG
Ayah Swee Hwa
Suami Puan Khei
Akrab dengan penduduk Kampung Seri Purnama
PERIANG
Tauke Ong seorang bapa dan suami yang yang periang.
Bergurau senda sambil ketawa dengan Swee Hwa dan Puan Khei apabila
berbual-bual tentang tarian zapin, ketika Haikal bertamu di rumah mereka.
PEMURAH
Tauke Ong nenaja jamuan makan untuk majils persembahan zapin di
Kampung Seri Purnama.
SEMANGAT BERMASYARAKAT YANG TINGGI
Tauke Ong bersama-sama Swee Hwa hadir mendengar mesyuarat JKKK
tentang cadangan Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin DPurnama,
selepas waktu isyak di balai raya.
SETIAKAWAN
Swee Hwa berjanji akan membantu Haikal menjayakan hasratnya mahu
mengikuti jejak arwah ayahnya dalam bidang penulisan dan kebudayaan.
5. HAJI JAMIL
Ketua kampung bagi Kampung Seri Purnama
Pengerusi mesyuarat JKKK kampung Seri Purnama
BERTANGGUNGJAWAB
Haji Jamil terus mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama bagi
mendapatkan mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin
DPurnama.
6
PAK CIK BAKAR
Ahli kumpulan zapin DPurnama
Ketua bagi latihan persembahan zapin
Sumber maklumat Haikal
AMAT PENYAYANG
Terlalu menyanjung jasa dan menyayangi arwah ayah Haikal. Pak Cik Bakar
amat terasa akan kematian arwah ayah Haikal. Dia mengeluh dan masih
berharap arwah ayah Haikal masih hidup sehingga ditenangkan oleh Hji Salim
agar meredai kematian arwah ayah Haikal.
7
HAIKAL
Pencadang kepada penubuhan semula kumpulan zapin DPurnama
Berkawan baik dengan Swee Hwa
PERWATAKAN
SENTIMENTAL
Haikal seorang anak muda yang sentimental. Jiwanya amat terkesan dengan
kisah hidup ayahnya yang penuh penderitaan.
Jiwanya amat sayu kerana berasa Swee Hwa lebih beruntung kerana dapat
merasai kasih sayang arwah ayahnya sedangkan dia hanya mampu mngutip
kenangan hidup arwah ayahnya.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
RASIONAL
Swee Hwa bertindak rasional apabila memujuk Haikal bersabar dengan
uminya. Swee Hwa berpendapat hubungan anak dan ibu tidak akan putus.
Suatu hari ibunya akan menerima tindakan Haikal mahu meneruskan
perjuangan ayahnya dalam dunia sastera dan kebudayaan.
2
KASIH SAYANG
Pak Cik Bakar terlalu mengingati arwah ayah Haikal kerana terlalu
mengasihinya. Dia mengeluh dan masih berharap ayah Haikal masih hidup.
NILAI KEMASYARAKATAN
3
SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGI
Tauke Ong bersama-sama Swee Hwa menghadiri mesyuarat JKKK bagi mendapat
mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin DPurnama,di balai raya
apabila diberitahu oleh Haikal.
4
KETANGGUNGJAWABAN
Haji Jamil seorang ketua kampung yang bertanggungjawab.
Haji Jamil bersetuju mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama dan
mempengerusikannya bagi mendapat mandat untuk menghidupkan semula
kumpulan zapin DPurnama.
KERJASAMA YANG ERAT
Penduduk kampung Seri Purnama berkerjasama membentuk pembahagian
tugas bagi majlis persembahan zapin nanti.
Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin
AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar
suara dan persiapan tempat
AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan
Haji Jamil member kerjasama dengan terlebih awal menjemput Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan itu , Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
KETAATAN PADA AJARAN AGAMA
Mesyuarat JKKK diadakan setelah usai solat isyak .
KEPATUHAN PADA NILAI MORAL DALAM MASYARAKAT
Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa dia akan berdosa jika tidak
menunaikan amanah arwah ayah Haikal yang mahu dia menyerahkan koleksi
buku karya arwah ayahnya kepada Haikal untuk dibacanya.
PENGAJARAN
1
KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI KEAZAMAN YANG TINGGI UNTUK
MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA AGAR TIDAK DITELAN ZAMAN
Arwah ayah Haikal mempunyai keazaman yang tinggi untuk memartabatkan
sastera dan kebudayaan bangsa seperti diakui oleh Pak Cik Bakar. Dia
menghasil banyak cerpen. Dia berusaha gigih menghidupkan tarian zapin
jincat hingga Kampung Seri Purnama mejadi terkenal.
2
KITA MESTI MENGAMALKAN SIKAP BEKERJASAMA DAN SEMANGAT
KEMASYARAKATAN YANG TINGGI AGAR MUDAH MENCAPAI SASARAN
YANG DIRANCANG
Penduduk Kampung Seri Purnama berkerjasama dengan menjadi ahli jawatan
kuasa bagi majlis persembahan zapin nanti.
Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin
AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar
suara dan persiapan tempat
AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan
Haji Jamil memberi kerjasama dengan terlebih dulu menjemput Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan itu, Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu
sebelum mengadakan mesyuarat .
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1
PETANG DI RUMAH TAUKE ONG
Haikal ke rumah Tauke Ong untuk memberitahu Swee Hwa tentang
mesyuarat di balai raya pada malam nanti
Swee Hwa meminjamkan koleksi buku arwah ayah Haikal yang disimpannya
kepada Haikal.
Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayahnya seorang yang baik. Ibu dan
ayahnya terlalu sedih apabila arwah ayahnya meninggal dunia.
Swee Hwa meberitahu Haikal yang arwah ayahnya terlalu sayang akan
Haikal.
Tauke Ong menyatakan kegembiraannya dengan usaha Haikal mahu
menubuhkan semula kumpulan Zapin DPurnama.
Tauke Ong menberi jaminan usaha Haikal akan berjaya.
Haikal meluahkan konfliknya dengan umi dan Swee Hwa meyakinkannya
hubungan ibu dan anak tidak akan putus.
Swee Hwa meminta Haikal terus menulis supaya bakatnya tidak sia-sia. Swee
Hwa berjanji akan menjadi orang pertama membacanya.
2
PAGI DI RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL
Pakcik Bakar datang mengundang Haikal untuk menghadiri mesyuarat JKKK
untuk mendapat persetujuan menghidupkan semula kumpulan zapin
DPurnama
Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Swee Hwa dan Tauke Ong.
3
MALAM DI BALAI RAYA
Haji Jamil mempengerusi
penubuhan kumpulan zapin
Semua ahli JKKK bersetuju
kumpulan DPurnama
Pembahagian tugas dilakukan, Pak Cik Bakar menjadi ketua latihan tarian,
AJKK mengendalikan persiapan pentas,seranta ,perseiapan tempat dan
pentas serta jamuan.
4
MALAM DI PERKARANGAN BALAI RAYA
Pak Cik Bakar bercerita tentang balai raya itu kepada Haikal
Balai raya yang menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin
DPurnam, Aksara dan arwah ayah Haikal. Balai raya itu tidak pernah mati
dan menjadi paksi kegiatan kebudayaan dan sastera di kawasan itu. Pak Cik
Bakar bercerita tentang usaha-usaha menghidupkan semula aktiviti-aktiviti
itu tetapi gagal kerana ramai ahlinya tyang tua telah meninggal dunia.
Aksara juga mengalami nasib yang sama.
Haikal diberitahu arwah ayahnya seorang yang berpengaruh dan
ketokohannya diiktiraf oleh kerajaan negeri.
Haji Salim menenangkan Pak Cik Bakar yang mengeluh mengenangkan
kematian arwah ayahnya yang terlalu awal.
4
TENGAH HARI DI RUMAH HAIKAL
Haikal mengira-ngira hari keputusan peperiksaan STPM diumumkan dan perlu
pulang ke Kuala Terenganu.
Haikal mengira masa dia di Kampung Seri Purnama hanya sebulan sahaja
lagi.
Haikal menjangka akan berlaku pertentangan dengan uminya lagi.
LATAR MASYARAKAT
1
MAYARAKAT YANG ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAANNYA
Tauke Ong , Puan Khei dan Swee Hwa ketawa bergurau senda usik-mengusik
ketika Haikal bertamu ke rumah mereka. Mereka bertiga ketawa apabila
Tauke Ong mengatakan mereka sudah tua untuk menari zapin tetapi Puan
Khei mengatakan hatinya masih muda.
2
GOLONGAN PEMIMPIN YANG KOMITED DENGAN TANGGUNGJAWAB
Haji Jamil sebagai ketua kampung yang komited telah mengetuai mesyuarat
JKKK Kampung Seri Purnama dengan lancar. JKKK bersetuju menghidupkan
semula Kumpulan DPurnama. Haji Jamil seterusnya mengagih pembahagian
tugasan.
Haji Jamil terlebih dahulu menjemput Ahli Dewan Undangan negeri, Datuk
Syaiful Azizi untuk menyaksikan persembahan tarian zapin kampung Seri
Purnama sebelum mesyuarat diadakan.
Ahli JKKK lelaki memberi kerjasama sebagai ketua petugas bahagian
pemasangan balai, seranta, pembesar suara dan persiapan tempat manakala
ahli JKKK wanita mengetuai pengurusan persiapan pentas dan jamuan.
3
MASYARAKAT YANG TINGGI SEMANGAT KEJIRANANNYA
Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Tauke Ong dan Swee Hwa untuk
hadir bersama-sama dalam mesyuarat tentang cadangan Haikal
menghidupkan semula Kumpulan Zapin Seri Purnama.
Tauke Ong dan Swee Hwa hadir pada malam mesyuarat dan Tauke Ong
dengan senang hati menaja jamuan makan pada malam persembahan zapin
nanti
kurang pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan
kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan
hanya kerana dia anak Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati.
Kepercayaan penduduk kampung perlu dijaga.
Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat
mengejutkan Haikal. Haikal berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim
yang masih boleh menangkap gerak zapin walaupun sudah lama tidak menari.
Terasa malu apabila menjadi tumpuan semasa latihan tarian zapin.
Haikal mula melihat sambutan anak-anak muda dengan aktiviti yang dirancang.
Beberapa orang anak muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah
cukup sebagai sokongan kepada kumpulan Zapin DPurnama. Termasuklah Swee
Hwa, Puan Khei dan Tauke Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati
dirinya semasa dia berlatih menari.
Haikal sentiasa sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin
jincat. Lazim memang penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa
anak muda kampung perlu dilatih bermain muzik untuk digandingkan dengan
Lazim agar zapin jincat tidak terkubur.
Haikal sering tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah
subuh matanya masih segar. Ingatannya merewang-rewang mengingati kata-kata
Lazim dan Pak Cik Bakar. Ingatannya merewang-rewang pada jalan cerita
manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi dengan realiti yang
dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh
menyia-siakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah
Swee Hwa pandai menari zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip?
Tetapi mengapa Swee Hwa tidak mahu menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya
memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.
Dalam keadaan masih berteka-teki, Swee Hwa mempelawanya bersiar-siar di
pantai. Pantai yang tidak terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa.
Swee Hwa menceritakan keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa
memberitahu Haikal pantai itu penuh dengan kenangan. Kenangan dia bersamasam arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah Haikal membeitahu Swee Hwa
betapa dia terlalu menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita tentang Haikal
sehinggakan Swee Hwa berasa jika haikal tidak kembali ke kampung Seri
Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Terengganu mencari Haikal. Haikal
melepaskan pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada manuskrip itu satu
kenyataan hidup ayahnya bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan
kepalanya. Tetapi Haikal keliru kerana manuskrip itu tidak disudahkanoleh
ayahnya. Bagi Swee Hwa, anya Haikal dan arwah ayahnya yang tahu sebabnya.
Swee Hwa hanya bertugas menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal. Sedarlah
Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutupnya.
Tiba-tiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari
zapin yang sama seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa
dia memang pandai menari dan mesti berganding dengan Lazim pada majlis
persembahan pada minggu hadapan. Sebaliknya Haikal menguja Swee Hwa yang
Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis di dalam manuskrip
ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haikal menari
zapin. Swee Hwa hanya mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa
memberikan jawapannya.
PERSOALAN
1
KESUNGGUHAN GENERASI TUA MAHU MEWARISKAN SENI BUDAYA
BANGSA KEPADA GENERASI MUDA
Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim bersungguh-sungguh mengajar Haikal
zapin jincat semasa latihan zapin di balai raya sehingga Haikal berasa suka
akan tarian itu.
Pak Cik Bakar menunjuk ajar tarian itu secara teori pula kepada Haikal di
warung Wak Min .
Tauke Ong yang hadir menyaksikan latihan zapin bersungguh-sungguh
memberi galakan kepada Haikal untuk cuba menari zapin dengan tunjuk ajar
Pak Cik Bakar.
2
USAHA MERUNGKAI RAHSIA KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG
TOKOH KEBUDAYAAN
Haikal menggunakan kesempatan bersiar-siar di tepi pantai untuk mendapat
kepastian tentang watak Ai Ling di dalam manuskrip arwah ayahnya. Swee
Hwa mengaku Ai Ling ialah dirinya. Usahanya berjaya apabila segalanya
terjawab setelah Swee Hwa mengakui bahawa jalan cerita di dalam
manuskrip itu ialah satu realiti dan Haikal perlu menyudahkannya.
3
GOLONGAN
MUDA
YANG
MASIH
MENGHORMATI
DAN
MENGAMALKAN ADAT SOPAN DALAM MASYARAKAT
Haikal tidak mahu menggunakan kesempatan sebagai anak Abdullah Kayan
untuk melanggar adat dan budaya yang masih kuat dalam masyarakat
Kampung Seri Purnama. Walaupun dia perlu merapati Swee Hwa untuk
mendapat rahsia hidup arwah ayahnya. Dia bimbang jika terlalu rapat
dengan Swee Hwa akan mengundang rasa kurang senang penduduk
kampung itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1
HAIKAL
Meminati tarian zapin
MATANG FIKIRANNYA
Haikal tidak mahu melanggar adat dan budaya Kampung Seri Purnama hanya
semata-mata mahu mendekati Swee Hwa. Haikal tidak mahu merosakkan
kepercayaan orang kampung kepadanya.
TEKUN
Haikal tekun mempelajari rentak tarian zapin jincat dengan tunjuk ajar Pak
Cik Bakar.
2
SWEE HWA
Pandai menari zapin
Menyimpan rahsia hidup Cikgu Abdullah Kayan
PERAHSIA
Swee Hwa masih tidak mahu mengaku bahawa dia pandai menari zapin
setelah diuja oleh Haikal. Dia beseloroh mengatakan dia hanya pandai menari
tarian Singa.
Swee Hwa hanya mengangkat bahu apabila Haikal mengatakan Swee Hwa
pandai menari zapin berdasarkan manuskrip ayahnya.
3
PAK CIK BAKAR
Penari zapin
Banyak menyimpan kisah hidup Abdullah Kayan
TEKUN
Tekun berlatih tarian zapin sehingga tengah malam
Tekun mengajar Haikal tarian zapin jincat secara praktikal dan teori tarian itu.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
KETEKUNAN
Haikal tekun mempelajari tarian zapin jincat daripada Pak Cik Bakar
Pak Cik Bakar bersungguh-sungguh mengajar Haikal teknik menari zapin
jincat dan teorinya.
NILAI KEMASYARAKATAN
2
KETINGGIAN BUDI
Haikal amat menghormati kepercayaan penduduk Kampung Seri Purnama
dan tidak mahu melanggar adat kampung itu semata-mata mahu merapati
Swee Hwa. Haikal amat menjaga nama baik arwah ayahnya.
PENGAJARAN
1
KITA
HENDAKLAH
BERSUNGGUH-SUNGGUH
BERUSAHA
MENGHIDUPKAN SEMULA SENI BANGSA DEMI JATI DIRI BANGSA
Haikal bersungguh-sungguh mengikuti latihan tarian jincat yang tidak pernah
dikenalinya semata-mata mahu melihat tarian itu hidup dan menjadi
kebanggaan penduduk Kampung Seri Purnama
Haikal terfikir untuk mencari anak-anak muda pemain muzik untuk
digandingkan dengan Lazim yang pandai menari zapin agar tarian itu tidak
terkubur.
2
GOLONGAN VETERAN HENDAKLAH MEWARISKAN SENI WARISAN
BANGSA KEPADA GENERASI MUDA DEMI KESINAMBUNGAN WARISAN
BANGSA
Pak Cik Bakar menurunkan ilmu tentang tarian zapin kepada Haikal semasa
latihan zapin di balai raya. Antara perkara penting ialah penari mesti peka
dengan paluan marwas untuk melajukan atau melambatkan gerakan tarian,
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1
MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
Penduduk Kmapung Seri Purnama membuat pesiapan di balai raya. Pentas
dibina dan dialas dengan ambal
Penari zapin giat berlatih
Haji Sulaiman, Haji Salim, Wak Arif, PAk Cik Bakar, Haji Leman dan Pak Cik
Tasrif giat berlatih memainkan alat-alat muzik.
Haikal mencuba bermain tamborin apabila diajak oleh Pak Cik Bakar berkalikali.
Haji Salim memberitahu Pak Cik Bakar Lazim tidak dapat menghadiri latihan
tarian zapin kerana berkerja syif malam dan akan hadir pada minggu
hadapan
Haikal berasa gelisah kerana tidak tahu menari zapin menolak ajakan Pak Cik
Bakar
Haikal belajar tarian zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar
Beberapa anak muda kampung hadir menyaksikan latihan tarian zapin.
Tauke Ong, Puan Khei dan Swee Hwa datang menyaksikan latihan tarian
zapin. Swee Hwa sentiasa fokus pada langkah tarian Haikal.
2
MALAM DI WARUNG WAK MIN
Haikal diberi tunjuk ajar tentang tarian zapin secara teori oleh Pak Cik Bakar
3
PETANG DI RUMAH PAK CIK BAKAR
Haikal bertanya tentang penglibatan anak-anak muda dengan aktiviti tarian
zapin kepada Pak Cik Bakar.
Haikal diberitahu oleh Pak Cik Bakar, anak-anak muda kampung itu tidak
meminati tarian zapin dan kompang juga.
Pak Cik Bakar meluahkan kekhuatirannya kerana baginya mati budaya
bermakna bangsa itu seakan-akan sudah mati.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya sangat luar biasa dan
kuat kezamannya. Dia sanggup berpisah dengan umi Haikal semata-mata
mahu kembali ke kampung Seri Purnama untuk menghidupkan semula
kebudayaan yang ada di kampung itu.
Pak Cik Bakar diberitahu bahwa manuskrip arwah ayahnya belum selesai.
Haikal menceritakan semua watak-watak yang ada dalam manuskrip kepada
Pak Cik Bakar.
Pak Cik Bakar menasihati Haikal untuk mendekati Swee Hwa apabila Haikal
meluahkan kesangsiannya tentang watak Ai Ling dalam manuskrip itu.
4
BEBERAPA MALAM KEBELAKANGAN
Haikal tidak dapat tidur lena ketika kokokan ayam telah sayup-sayup
kedengaran.
Haikal terkenang-kenang kata-kata Pak Cik Bakar tentang Swee Hwa.
Haikal teringat manuskrip yang ditulis arwah ayahnya dan berasa ada
sinkronasasi antara Swe Hwa dan Ai Ling.
Haikal terikir-fikir cara untuk mendekati Swee Hwa kerana tidak mahu
menggangu emosi Swee Hwa.
5
PETANG DI PANTAI
Haikal teringat akan Ratna yang lama menyepikan diri dan Pantai Batu Buruk
Swee Hwa berjalan beriringan dengan Haikal di tepi pantai
Beberapa orang kanak-kanak mengutip kulit-kulit siput ditemani ibu bapa
mengingatkan Swe Hwa pada zaman kecilnya.
Sambil jalan beriringan, Haikal bertanya kepada Swee Hwa tentang realiti
sebenar di sebalik manuskrip dan sebab manuskrip itu tidak ada penutupnya.
Swee Hwa mengaku semua yang tertulis ddalam manuskrip itu ialah kisah
benar dan Haikal dan arwah ayahnya sahaja yang tahu jawapan tentang
kisah di dalam manuskrip itu
Haikal buntu memikirkan cara untuk menyudahkan manuskrip itu.
Ketika duduk di sebuah bongkah batu besar di pantai Haikal diberitahu Swee
Hwa yang cara dia menari sama seperti arwah ayahnya menari.
Haikal meminta Swee Hwa menari zapin dengan Lazim kerana dia yakin Swee
LATAR MASYARAKAT
1
MASYARAKAT DESA YANG CINTA AKAN WARISAN BUDAYA BANGSA
SENDIRI
Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Pak Tasrif antara golongan veteran yang
terlalu mencintai seni tarian zapin. Mereka memberi komitmen yang tinggi
untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat. Mereka berlatih bersungguhsungguh dan Haikal mendapati mereka masih mahir memainkan alat muzik
zapin walupun dimamah usia.
HAIKAL
PENYAYANG
Haikal menangis melihat umi, walid dan adiknya Nurul Aisyah hadir pada
malam persembahan zapin di Kampung Seri Purnama. Dia ingin memeluk
mereka kerana terlalu merindui wajah-wajah yang amat disayanginya.
PANDAI MEMUJUK
Haikal berjaya memujuk Swe Hwa untuk menari zapin
berpasangan
dengannya bagi menggantikan tempat Lazim. Haikal menggunakan alasan
yang Swee Hwa menari itu demi arwah ayahnya dan tetamu-tetamu yang
hadir jika tidak mahu menari untuknya.
2
SWEE HWA
SETIAKAWAN
Swee Hwa bersetuju menari dengan Haikal demi memenuhi kehendak Haikal
agar Swee Hwa menari untuk tetamu yang hadir.
LAZIM
SETIAWAKAN
Walaupun kakinya cedera akibat kemalangan jalan raya, Lazim datang
dipapah oleh rakan-rakan untuk memberi sokongan kepada Haikal yang akan
membuat persembahan zapin pada malam itu.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
KASIH SAYANG
Haikal menangis melihat walid, umi dan Nurul Aisyah adiknya hadir pada
malam persembahan zapin. Haikal ingin berlari memeluk mereka yang amat
disayangi dan dirinduinya.
NILAI KEMSYARAKATAN
2
SETIAKAWAN
Swee Hwa bersetuju menarik zapin menggantikan tempat Lazim setelah
dipujuk oleh Haikal.
Lazim yang ditimpa kemalangan jalan raya datang dipapah oleh rakan-rakan
untuk menyaksikan persembahan tarian zapin yang ditarikan oleh Haikal.
3
TOLONG-MENOLONG
Haji Jamil tersenyum puas melihat anak-anak buahnya bergotong royong
membuat persiapan.
Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamauan tetamu
khas.
Swee Hwa mengemas bahagian di dalam balai raya agar kelihatan cantik.
Di belakang balai raya penduduk kampung berkerjasama memasak nasi
jagung, kurma daging kambing dan lembu, ayam masak merah dan dalca.
NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN
1
KESYUKURAN
Haikal menangis kesyukuran melihat walid, umi dan Nurul Aisyah muncul
menyaksikan persembahan tarian zapinnya pada malam itu.
PENGAJARAN
1
KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN SEMANGAT KERJASAMA AGAR
SEMUA YANG DIRANCANG MENCAPAI MATLAMAT
Penduduk kampung, Haikal dan Swee Hwa berkerjasama membuat persiapan
untuk majlis persembahan zapin pada malam itu.
Haikal menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu khas
Swee Hwa mengemas dan menghias di dalam balai raya agar kelihatan
cantik.
Penduduk kampung memasak makanan di belakang balai raya.
2
KITA JANGAN LUPA MEMINTA RESTU IBU BAPA AGAR SEGALA
URUSAN KITA MUDAH TERLAKSANA
Seminggu sebelum majlis persembahan, Haikal memaklumkan kepada walid
agar walid, umi dan adiknya Nurul Aisyah memohon restu mereka dan
mendoakannya agar dapat membuat persembahan dengan jayanya..
3
KITA JANGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KELUARGA WALAUPUN
BERLAINAN PANDANGAN
Umi Haikal yang menentang keputusan Haikal untuk pulang ke kampung Seri
Purnama akhirnya muncul memberi sokongan kepada Haikal pada malam
persembahan zapin. Umi , walid dan adinya Nurul Aisyah tersenyum melihat
Haikal menari.
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.PETANG DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu khas
Swe Hwa mengemas di dalam balai raya agar kelihatan cantik dan kemas
Di belakang balai raya, penduduk kampung bergotong-royong memasak
makanan untuk hidangan para tetamu.
2.LEWAT PETANG DI BIRAI PENTAS BALAI RAYA
Haikal dan ahli kumpulan zapin DPurnama mendapat berita Lazim
mengalami kemalangan jalan raya dan tidak dapat menari pada malam itu.
Haji Salim mencadangkan agar Haikal memujuk Swee Hwa menggantikan
tempat Lazim
3. SELEPAS SOLAT MAGHRIB DI RUMAH TAUKE ONG
Haikal terkejut melihat Swee Hwa menggosok sepasang baju kurung berkilat
dan selendang serta sanggul di atas meja yang merupakan baju zapin
Swee Hwa mendedahkan rahsia sebenar, iaitu dia dan Lazim akan
mempersembahkan tarian zapin khas untuk Haikal sebagai satu kejutan pada
malam itu.
SINOPSIS
Haikal berasa silir daksina mendakap erat tubuhnya. Silir irtu terus meniup
kenangan-kenangan silam. Haikal berasa silir itu mengajaknya kembali ke
Kampung Seri Purnama. Haikal kini berada di sebuah universiti di bumi
Kenyalang. Haikal damai di sana.
Haikal yakin dendam umi terhadap ayahnya sudah terpadam. Apabila melihat
umi menangis di pusara ayah. Umi akhirnya sedar dan akur, darah yang mengalir
dalam diri Haikal ialah darah Abdullah Kayan. Satu ketentuan Allah yang tidak
boleh disangkal. Haikal berharap agar cukuplah umi menghukum ayah.
[RATNA]
Setelah pulang ke Kuala Terengganu, Haikal mendapat tahu Ratna telah
bertunang dengan seorang usahawan muda. Mereka akan menjadi rakan kongsi
perniagaan. Mereka akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun itu.
Patutlah Ratna hanya menyepi diri apabila dihubungi oleh Haikal.
[SWEE HWA]
Ketika Haikal melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama, Haikal melihat
gadis ini menangis. Gadis itu di mata Haikal tetap menawan walau pun waktu
menangis, ketawa atau waktu tersenyum. Tauke Ong meminta Haikal kembali lagi
ke Kampung Seri Purnama kerana percaya ada seseorang sentiasa merindui
Haikal. Haikal tidak mampu berjanji tetapi sering teringat kata-kata Pak Cik Bakar
yang mahu dia merebut peluang untuk mendekati Swee Hwa. Pak Cik Bakar yakin
ada sesuatu di sebalik manuskrip itu. Bagi Haikal dia akan berusaha mendekati
Swee Hwa walau di mana-manapun dia berada. Selebihnya Haikal
menyerahkannya kepada takdir.
[AKSARA]
Haikal berazam untuk menjadi seperti arwah ayahnya demi merealisasikan
Aksara walaupun berasa ia sesuatu yang masih jauh dari jangkauan. Haikal
berasa masih kerdil dan kecil untuk memimpin Aksara. Tiada ada apa-apa
kehebatan dalam dirinya untuk menerajui Aksara buat masa ini.
]MANUSKRIP LAMA]
Kekal dalam bentuk asal tanpa tambahan muka surat. Tiada ada yang berubah.
Bgai Haikal, manuskrip yang mewakili suatu perjalanan masa
Ketika malam yang sunyi dan damai, Haikal meenjawab pesanan ringkas SMS
kepada Swee Hwa. Haikal menberitahu Swee Hwa yang dia akan tetap mencari
jejak ayahnya walaupun ayahnya bukan suatu nama yan besar. Malahan ,jika
benar Ai Ling itu Swee Hwa, Haikal tetap akan menjejaki Swee Hwa. Silir Daksina
benar-benar mendamaikan jiwa Haikal.
PERSOALAN
1
KEDAMAIAN YANG DIKECAPI SETELAH BERJAYA MENCAPAI MISI
Haikal berasa amat tenang dan damai setelah berupaya menunaikan amanah
ayahnya untuk menghidupkan
kebudayaan bangsa yang menjadi
kebanggaan Kampung Seri Purnama;zapin jincat.
Haikal damai di Bumi Kenyalang apabila yakin uminya tidak lagi mendendami
ayahnya. Uminya akur darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah
Abdullah Kayan.
HAIKAL
BERCITA-CITA TINGGI
Haikal memasang cita-cita untuk mencipta nama dan menjadi seperti arwah
ayahnya sebelum berusaha mewujudkan Aksara impian arwah ayahnya.
UMI
Ibu kandung Haikal
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1
KEPASRAHAN
Umi Haikal akhirnya pasrah bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haikal
ialah darah bekas suaminya Abdullah Kayan, suautu ketentutan tuhan yang
tidak boleh uminya ingkar.
PENGAJARAN
1
KITA HENDAKLAH MELUPAKAN PERISTIWA YANG MELUKAKAN HATI
AGAR TIDAK BERPANJANGAN MENYIMPAN DENDAM
Umi Haikal menagis di pusara bekal suaminya Abdullah Kayan, ayah Haikal
dan Haikal yakin dendam uminya telah padam.
2
KITA HENDAKLAH AKUR AKAN KETENTUAN TUHAN AGAR TIADA
DENDAM DI HATI
Haikal percaya uminya sudah akur akan ketentuan Allah yang darah yang
mengalir dalam dirinya ialah darah Abdullah Kayan.
3
KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF AGAR TERUS MENGECAPI
KEJAYAAN
Haikal menanam azam untuk mencipta nama sehebat arwah ayahnya agar
Aksara impian arwah ayahnya menjadi kenyataan.
Haikal terus berazam untuk mengenali Swee Hwa atau Ai Ling dalam
manuskrip lama ayahnya.
LATAR
LATAR TEMPAT
1.BUMI KENYALANG
TEMPAT HAIKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEBUAH UNIVERSITI
Haikal teringat akan Ratna
Haikal berasa gembira uminya telah dapat merestui hasratnya mengikut jejak
seni arwah ayahnya
Haikal melihat Swee Hwa menangis ketika Haikal melangkah meninggalkan
Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong meminta Haikal pulang semula ke kampung Seri Purnama sambil
meyakinkan Haikal ada orang yang akan merinduinya.
Haikal teringat kata-kata Pak Ci Bakar agar merebut peluang mengenali Swee
Hwa sementara masih ada d Kampung Seri Purnama.
Haikal berazam menghidupkan semula Aksara
Haikal menyimpan kemas manuskrip lama tanpa judul milik arwah ayahnya
LATAR MASA
1
MALAM