Anda di halaman 1dari 2

WANG DAN PERNIAGAAN.

Ramai usahawan menjadikan motivasi perniagaan adalah


wang. Bagi mereka wang adalah segalanya dalam pengertian
perniagaan. Namun begitu wang bukanlah faktor kejayaan
sesuatu keusahawanan. Keusahawanan melihat kejayaan
dalam ertikata yang lebih meluas. Dalam perniagaan, elemen
wang bukan menjadi faktor utama kepada sesuatu kejayaan
perniagaan. Tidak dinafikan bahawa tanpa wang, kejayaan
keusahawanan sukar diukurkan.

Wang telah dijadikan elemen dalam pengukursan segala nilai.


Oleh itu dalam urusan keusahawanan, elemen wang akan
digunakan sentiasa.. Segala yang perniagaan miliki
mempunyai nilai wang. Contoh perkara yang mempunyai nilai
wang adalah

1. Masa usahawan.
2. Modal perniagaan.
3. Premis perniagaan.
4. Stok barangan niaga.

Untung kasar dalam perniagaan akan dikira menerusi eleman


kos wang iaitu
Untung Kasar = Harga Jualan – Kos Belian
Untung Bersih = Untung Kasar – Perbelanjaan

Perniagaan perlu keuntungan bagi membolehkan perniagaan


terus berkembang. Keuntungan akan menghasilkan lebihan
wang kepada usahawan yang akan dijadikan modal tambahan
perniagaan.

Modal ialah wang atau harta sendiri/perniagaan yang


digunakan untuk menjalankan perniagaan. Jumlah nilai
modal sendiri penting untuk perniagaan, bukan punca dari
mana modal itu diperolehi.Kejayaan dalam perniagaan, cara
menggunakan modal amat penting. Untung atau rugi
perniagaan tidak bergantung kepada jumlah modal. Namun
begitu untuk memulakan perniagaan modal amat penting
kerana tanpa modal, barangan perniagaan tidak dapat dibeli
untuk diniagakan.

Penggunaan Modal.
Besar atau kecil modal diperlukan adalah bergantung kepada
jenis perniagaan. Lebih banyak modal, lebih mudah untuk
menjalankan perniagaan. Perniagaan yang mempunyai modal
besar akan mampu memberi peluang kepada keuntungan yang

1
lebih besar dan baik. Ini kerana modal yang besar secara tidak
langsung akan memberi gambaran bahawa barangan yang
diniaga juga adalah banyak. Lebih banyak barangan niagakan
maka lebih banyak pulalah dijangka barangan dapat
dijualkan.

Modal niaga digunakan untuk


1. Membeli alat kelengkapan stok niaga.
2. Peruntukan bagi bayaran operasi.

Jualan & Tunai.


Jualan tidak akan berlaku dengan sendiri. Pelanggan berminat
untuk ke sesuatu premis perniagaan kerana
1. Premis yang bersih dan kemas.
2. Penjual yang peramah dan cekap.
3. Senang didatangi dan banyak pilihan.
4. Produk yang berkualiti.
5. Harga yang berpatutan.

Kes Latihan: Kisah Perniagaan Malim Kundang.

Malim Kundang ialah seorang peniaga yang tidak pernah


berputus asa. Beliau tetap mahu jadi peniaga walaupun telah
beberapa kali gagal. Azam beliau ialah hendak menjadikan
anak cucunya sebagai ahli perniagaan yang pintar dan
berjaya. Dengan pertolongan YB Wakil Rakyat dikawasannya,
beliau telah berjaya mendapatkan pinjaman TEKUN sebanyak
RM30,000.00. Faedah yang dikenakan adalah 4% setahun dan
perlu dijelaskan dalam tempoh 5 tahun. Tujuan beliau
memohon pinjaman ialah untuk membuka sebuah kedai
runcit menjual barangan dapur dan keperluan harian
dikawasan tempat dia tinggal.

Tugasan Peserta.

1. Beri pendapat anda samada Malim Kundang boleh maju


didalam perniagaan yang dirancangkan sekiranya beliau
hanya bergantung kepada pinjaman RM30,000.00 itu
sahaja. Beri alasan.

2. Apakah nasihat anda kepada Malim Kundang untuk


memastikan kejayaan perniagaan beliau.

3. Apakah cara terbaik bagi Malim Kundang menguruskan


pinjaman beliau.

Anda mungkin juga menyukai