Anda di halaman 1dari 6

Ucapan Alu - Aluan

Assoc. Prof. Dr Anitawati Bt Mohd Lokman


Ketua Pusat Pengajian
sebagai Tuan Rumah bagi

Majlis Perasmian Program


IT Philanthropy
Food.Serve.Save
&
Just Grab IT!
&
Jalinan Transformasi IT bersama Rumah Titian Kaseh
(RTK)

Di Dewan Al Ghazali,
FSKM 15 MAY 2016



Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis:
Y.Berbahagia
Dekan
Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
UiTM Malaysia
Prof. Dr.Hajah Azlinah Binti Hj. Mohamed
Y.Berusaha Timbalan Dekan
(Hal Ehwal Pelajar)
Encik Farok Hj Azmat
Yang dihormati, Pegawai Hal Ehwal Islam
Ustaz Muhammad Firdaus bin Haji Suhaimi
Yang diraikan, Penyelia Rumah Titian Kasih
Pn. Sharifah Adlan
Yang berusaha,
Koordinator Program CS770
Dr Natrah Abdullah @ Dolah
Yang berusaha,
Koordinator Program CS240
Puan Fauziah Redzuan
Yang dimuliakan,
Penasihat Kelab MscIT
En. Azhar Abd Aziz
Yang dimulakan,
Penasihat Kelab ITEC
Dr Ahmad Iqbal Hakim Bin Suhaimi

Yang dihormati,
Penasihat Program
En. Fauzi bin Mohd Saman,
Pn. Saidatul Rahah binti Hamidi
Pn. Jamaliah Taslim
Y.Berusaha (taklimat di sebelah petang)
Penceramah Jemputan
En Muhd Khairi Ashraf
En Syed Azmi Alhabshi, dan
En Farid Wajdi bin Hanif.
Sidang Media
Para Pensyarah.
Para pengusaha gerai makanan
Adik - adik dari Rumah Titian Kaseh dan penjaga
Para pelajar Sarjana dan Sarjana Muda
Tuan tuan dan Puan puan yang dihormati sekalian.

dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,



Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di
atas keizinan dan rahmatNya, kita masih berpeluang untuk berhimpun dan menjayakan
Program IT Philanthropy pada tahun ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Dekan Fakulti Sains Komputer
dan Matematik, UiTM Malaysia, Prof. Dr.Hajah Azlinah Binti Hj. Mohamed,
kerana sudi meluangkan masa untuk hadir merasmikan Program IT Philanthropy pada
semester ini.
Saya juga mengucapkan selamat datang kepada Wakil daripada Zakat UiTM dan RTK,
para jemputan dan sidang yang hadir sama dalam majlis perasmian pada pagi ini.
Saya turut mengalu-alukan kehadiran Tuan-tuan, Puan-puan dan adik - adik selaku
peserta projek - projek yang dianjurkan sepanjang hari ini.
Tuan-tuan, Puan-puan dan adik - adik yang dihormati sekalian..
Sudah menjadi lumrah, MscIT telah menjadi sinonim dengan aktiviti-aktiviti
philantrophy, tidak ketinggalan juga pada semester ini. Untuk makluman semua,
pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini bagi mendekatkan komuniti UiTM
dengan masyarakat luar, seperti Program Cakna IT Ibu Tunggal, Misi Prihatin
Cambodia, IT Amazing Race for Elderly, Program Pendidikan Khas Autism di SMK
Bandar Rinching, Semenyih, Selangor dan IT 3G Revolution bagi mendekatkan warga
asli di Gombak dengan teknologi.

Pada tahun ini, Program IT Philantrophy adalah terdiri daripada tiga projek yang
berlainan dengan peserta yang berlainan.
Projek pertama adalah Projek Food. Serve. Save di mana peserta adalah di kalangan
peniaga - peniaga makanan di dalam kampus UiTM.
Projek kedua adalah Projek kebajikan pelajar Just Grab IT! di mana peserta adalah di
kalangan pelajar UiTM sendiri, manakala
Projek ketiga adalah Projek Jalinan Transformasi IT bersama Rumah Titian Kaseh
(RTK) di kalangan anak-anak dari Rumah Titian Kaseh.
Projek - projek ini telah dimulakan seawal Februari 2016, dan Majlis Perasmian
Program IT Philanthropy merupakan acara kemuncak untuk pelaksanaan projek - projek
berkenaan.
Tiga objektif telah digariskan bagi Program pada hari ini :
Yang pertama adalah untuk melibatkan masyarakat di dalam aktiviti di dalam UiTM. Ini
selaras dengan Objektif UiTM sendiri sebagai sebuah organisasi cemerlang yang mampu
menjadi pemangkin pembangunan masyarakat.
Untuk makluman, di sini, kita mempunyai peserta semuda 9 - 13 tahun dari pusat
Rumah Titian Kaseh (RTK), peserta dari Universiti sendiri hinggalah hinggalah peserta
dewasa dari golongan peniaga.
Objektif kedua adalah untuk menekankan kepentingan penggunaan ICT untuk semua
golongan masyarakat. 'Tak kenal, maka tak cinta'. Kami berpendapat lebih mudah untuk
kita memahami kepentingan ICT jika kita dilibatkan secara langsung dengan
penggunaannya. Oleh yang demikian, kita telah menyediakan aplikasi untuk projek
Food. Serve. Save dan Just Grab IT! dan modul berbentuk pembelajaran atas talian bagi
projek Jalinan Transformasi IT bagi RTK.

Yang seterusnya, Program ini diharapkan menjadi satu platfom untuk menambah ilmu
dan maklumat. Pihak kami telah berusaha menyediakan barisan penceramah diharapkan
dapat memberi ruang kepada peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dan dapat
manfaatkannya di masa hadapan.
Para Hadirin Sekalian...
Program ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat kerjasama dan sokongan padu dari
pihak -pihak yang berkenaan. Untuk ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan seminar kita pada kali ini, baik secara langsung
atau tidak langsung.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
Saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Y. Berbahagia
Prof. Dr.Hajah Azlinah Binti Hj. Mohamed, serta dif-dif jemputan kerana sudi hadir
bagi menyerikan majlis kita pada pagi ini.
Adalah diharapkan Program IT Philanthropy yang diadakan ini dapat memberikan nilai
tambah, baik dari segi peserta dan juga pihak kami sebagai penganjur.
Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai