Anda di halaman 1dari 34

KAJIAN TINDAKAN

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA


(LINUS DAN LINUS TEGAR MELALUI PROGRAM ANAKKU SAYANG LINUS)
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TCHE MIN, SUNGAI PELEK

1.0

ABSTRAK
Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan.

Program ini bertujuan memastikan keupayaan murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2


dan 3 ) untuk membaca,menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian. Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2014 merupakan
tahun pertama saya menyertai Program Anakku Sayang Linus dengan memberi
bimbingan kepada 3 orang murid dari kelas Tahun 3, 3K. Oleh itu, saya memilih
masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya supaya dapat menolong
mereka dalam menguasai kemahiran 3M.

Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan


peperiksaan pertengahan tahun ( 2014 ) yang lalu, saya mendapati terdapat
segolongan kecil murid Tahun 3K Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min,
Sungai Pelek, yang masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata
terbuka ( kv ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid
Linus dan Linus tegar (Literasi ).
1

Penguasaan kemahiran asas Literasi oleh murid-murid sekolah rendah


adalah amat penting kerana ianya merupakan permulaan sebelum murid dapat
memahami dan menguasai kemahiran yang selanjutnya. Melalui pengalaman
langsung dan bermakna serta dalam suasana yang menyeronokkan dapat
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kemahiran
asas Literasi perlu diperkukuhkan khususnya dalam pembelajaran pada
peringkat awal.

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid


Tahun 3K untuk menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) selepas
kajian tindakan ini dilaksanakan melalui Program Anakku Sayang Linus di dalam
sekolah nanti.

Kesimpulannya, murid yang masih belum menguasai kemahiran mengeja


suku kata terbuka ( kv ) ini, sudah tentu ia akan menjadi masalah kepada murid
untuk beranjak ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila berlaku keadaan
sedemikian, pengajaran guru juga akan terbatas.

2.0

REFLEKSI PdP
Berdasarkan pengalaman saya semasa menjadi Guru Sandaran Tidak

Terlatih (GSTT) di SJK(C) Sin Ming Puchong, saya pernah menyertai Program
Linus Literasi. Pada masa itu, saya telah dapati ramai murid linus tidak dapat
menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) walaupun mereka telah
belajar semasa Prasekolah.

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu


dan saringan linus 1, didapati masih terdapat segolongan kecil murid Tahun 3K
yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya
murid-murid ini tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka
untuk menguasai kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti membaca
ayat dan menulis.

Setelah mendapati masalah ini, saya mengulangi pengajaran mengeja


suku kata terbuka ( kv ) beberapa kali tetapi masih terdapat murid tidak dapat
menguasainya. Kali ini, saya mengajar dengan lebih perlahan dan menggunakan
beberapa cara yang berlainan supaya murid-murid dapat tertarik dengan
pengajaran saya. Saya juga menyediakan latihan pengukuhan yang banyak
untuk memperkukuhkan kemahiran ini. Tetapi saya mendapati bahawa masalah
ini masih wujud dan memang merupakan masalah yang sukar diatasi.

Bagi Program Anakku Sayang Linus ini, saya berpeluang untuk membuat
kajian tindakan untuk murid Linus dengan cara pangajaran yang lain, supaya
dapat membantu murid linus menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka
( kv ). Selepas menjalani temu duga dengan guru berkenaan di sekolah. Saya
dapati masalah ini masih belum diselesai. Oleh itu, saya mengambil kesempatan
ini untuk menambah baik dan mengatasi masalah yang timbul.

3.0

FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN


Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami

oleh murid-murid Tahun 3K Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min, Sungai
Pelek (Tahun 2014). Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah
mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka
menghadapi

masalah

sukar

mengeja

dan

membaca

perkataan

yang

mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv ).

Kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) merupakan kemahiran yang


agak penting dan mesti dikuasai oleh murid-murid semasa di sekolah rendah.
Jika tidak menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) maka murid
juga akan menghadapi masalah semasa membelajari kemahiran yang
selanjutnya. Selain itu, kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) juga
merupakan asas kepada subjek Bahasa Malaysia. Oleh itu, dengan menguasai
kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ), mereka tidak akan menghasapi
masalah dalam mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suka kata
terbuka (kv + kv) dan (kv + kv + kv)

Oleh itu, diharapkan dengan menggunakan kaedah yang dicadangkan,


dapat menarik minat murid yang lemah dan memotivasi mereka supaya tidak
memutus asa dalam mempelajari kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ).
Pada pendapat saya, murid yang lemah dalam subjek Bahasa Malaysia, mereka
akan hilang minat mereka terhadap subjek ini. Oleh itu, kaedah yang dicadang

adalah untuk menarik minat mereka dan memotivasikan mereka terhadap subjek
ini.

Dalam tempoh menjalani Program Anakku Sayang Linus ini, saya telah
menjalankan beberapa temubual dengan pihak berkenaan, memeriksa buku
latihan dan buku aktiviti murid serta merujuk kepada keputusan Linus saringan
pertama pada tahun 2014 untuk ujian lisan dan menulis bagi mengenalpasti
terlebih dahulu murid-murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran
mengeja suku kata terbuka ( kv ). Keputusan ujian Linus saringan 1 tahun 2014
bagi 3 orang murid 3K akan dicatatkan dalam satu senarai semak (Lampiran 1).
Kemudian, saya akan mengaplikasikan kaedah yang telah dirancang untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah. Kaedah ini dicadang
menjalankan pada setiap Hari Rabu selepas waktu persekolahan pada pukul
1.00 petang hingga 2.00 petang.

Seterusnya, saya akan menjalankan pemerhatian ke atas murid dengan


menggunakan satu senarai semak (Lampiran 2) dan satu lembaran kerja
(Lampiran 3) akan dibuat oleh murid selepas setiap 3 minggu bagi mengesan
perkembangan murid-murid dalam penguasaan kemahiran mengeja suku kata
terbuka ( kv ). Akhirnya, satu ujian pasca akan dijalankan bagi melihat
keberkesanan kaedah yang telah dicadangkan.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk membantu 3 orang murid 3K dalam menguasai

kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ) menambah baik amalan pengajaran


dan pembelajaran saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang
ingin dicapai terbahagi kepada dua iaitu :

a. Objektif Umum
1) Dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 3K.
b. Objektif Khusus
1) Murid-murid Linus Tahun 3K dapat mengeja suku kata terbuka (kv).
2) Murid-murid Tahun 3K dapat mengeja perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv).

5.0

PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan kajian berikut.

Bagaimanakah saya dapat menambah baik amalan pengajaran dan


pembelajaran saya berkaitan pengajaran kemahiran mengeja suku kata
terbuka ( kv ) melalui penggunaan yang dirancang dalam mata pelajaran

Bahasa Malaysia?
Adakah kaedah-kaedah yang dirancang dapat membantu 3 orang murid
Tahun 3K menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv )?

6.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah seramai 3 orang murid yang terdiri
daripada 1 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan dari kelas Tahun 3K
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Setelah menjalani Ujian Linus
saringan 1, 2014 (Lampiran 4), 3 orang murid ini telah dikenalpasti menghadapi
masalah menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Senarai nama
murid yang menghadapi masalah penguasai kemahiran mengeja suku kata
terbuka ( kv ) telah disediakan dalam Jadual 2.

Murid 3K yang didapati menghadapi masalah dalam menguasai


kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Jadual berikut merupakan markah
Ujian Linus saringan 1 tahun 2014 dan markah mata pelajaran Bahasa Melayu
pada peperiksaan pertengah tahun 2014.

Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 3K yang masih belum


menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

Jumlah murid sasaran

= 3 orang

Jumlah murid lelaki

= 1 orang

Jumlah murid perempuan = 2 orang

Jadual 1 : Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina.

Lelaki
1 orang

Cina

Perempuan
2 orang

Jumlah
3 orang

Jadual 2 : Senarai nama murid sasaran.


Bil.
1.
2.
3.

7.0

Nama
Kingsly Chow
Tay Zhi Xuan
Yap Shui Ching

Jantina
Lelaki
Perempuan
Perempuan

REKA BENTUK KAJIAN


Kaedah kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif untuk menerokai

masalah murid-murid. Kajian ini juga mengaplikasikan model kajian tindakan


oleh Kurt Lewin (1946). Kurt Lewin telah memperkenalkan satu model pilin yang

10

mana

setiap

pilin

atau

kitaran

tersebut

mengandungi

langkah-langkah

perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan


atau keputusan sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948).

Langkah

pertama

dalam

Model

Kurt

Lewin

ialah

meneliti

dan

mengenalpasti idea umum atau idea awal. Oleh itu, saya telah menjalankan
temu bual dengan guru-guru untuk mengenalpasti murid yang mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Saya
juga merujuk kepada buku aktiviti dan buku latihan Bahasa Malaysia serta Ujian
Linus Literasi murid-murid tersebut sebagai sumber sokongan terhadap kajian
ini.

Seterusnya, saya telah melaksanakan tinjauan awal dengan mengadakan


perbincangan bersama beberapa pihak yang berkaitan bagi mengesahkan lagi
masalah yang

dihadapi oleh murid masing-masing. Setelah mendapat

persefahaman dan cadangan daripada guru, saya mula membuat rancangan


tindakan yang seterusnya dan menentukan kaedah yang akan digunakan dalam
mengumpul dan menganalisis data.

Setelah merancang, saya memulakan tindakan yang pertama iaitu dengan


melaksanakan satu ujian pra (untuk langkah ujian pra ini, ujian pra telah
digantikan dengan Ujian Linus Literasi. Keputusan Ujian Linus dianggap sebagai
keputusan ujian pra) bagi mengenalpasti bilangan murid yang menghadapi
masalah. Kemudian kajian ini diteruskan dengan melaksanakan aktiviti yang
11

telah dirancang. Kaedah-kaedah yang dirancang akan dilaksanakan pada setiap


Hari Rabu selepas waktu persekolahan pada pukul 1.00 petang hinggga 2
petang. Guru akan meminta murid meluangkan sedikit masa untuk melakukan
aktiviti ini. Pada waktu ini, permantauan guru adalah amat penting dan latihan
perlu dilakukan secara berulang-ulang supaya dapat mengukuhkan penguasaan
murid-murid.

Seterusnya, saya akan membuat penilaian dan refleksi terhadap

keberkesanan kaedah yang dijalankan. Oleh itu, sesi menguji iaitu lembaran
Mengenalpasti idea umum atau ideal awal
Tinjauan atau pen
Kenalpasti
masalah
yang biasa
berlaku
di sekolah
rendah
berdasarkan
kerja
akan diadakan
setiap
3 minggu
dan setelah
kajian
ini tamat, pengalaman-pengalama
satu Guru
ujian sekolah rendah
Guru Bahasa Malays
pasca akan dijalankan ke atas murid-murid. Soalan ujian yang digunakan adalah
Mentor
Murid
sama sewaktu menjalankan ujian pra dahulu. Sekiranya, keputusan ujian pasca
menunjukkan kaedah yang telah digunakan tidak berjaya, maka pembetulan dan
perancangan yang lain perlu dibuat.

Mengambil langkah tindakan pertama


Merancan
Melaksanakan ujian pra untuk mengenalpasti murid yang bermasalahKaedah
Selepas pembetulan perancangan dibuat, kaedah yang baru akan
Ujian Pra
Senarai se
dilaksanakan. Jika tindakan yang dilaksanakan tidak berkesan, maka kaedahPemerhati
kaedah lain akan digunakan untuk menjaya kajian ini. Berikut adalah rajah Model
Ujian Pasc
Kurt Lewin. (Rajah 1)

Menilai / Refleksi
Menilai dan membuat refleksi sama
ada kaedah yang
dilaksanakan berjaya atau tidak
Pembetulan
perancangan
Membuat perancangan yang lain sekiranya kaedah p

12

Mengambil langkah tindakan kedua


Melaksanakan kaedah lain.

8.0

Rajah 1 : Model Kurt Lewin (1946)


PELAKSANAAN KAJIAN
Pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan perancangan seperti jadual di

bawah :

8.1

PERANCANGAN KAJIAN

Jadual 3 : Jadual Pelaksanaan Tindakan

13

Langkah

Tarikh

Tempoh

Mengenalp

1 2 Julai

2 hari

asti
idea umum
Tinjauan
awal

2014

Aktiviti

Pemerhati
Temubual

Catatan

Mencatat
dapatan

dengan guru
3 - 4 Julai

2 hari

2014

Perbincangan

Mencatat

dengan guru

hasil

dan pihak

perbincangan

berkenaan
Ujian Pra

4 Julai 2014

1 hari

Ujian Bertulis
dan Ujian Lisan

Analisis

7 Julai 2014

1 hari

Mengenalpasti

Ujian

murid

Pra

bermasalah

Langkah

Tarikh

Tempoh

Perancang

8 Julai

4 hari

an

hasil analisis

Aktiviti

11 Julai 2014

Membuat
perancangan

pelan

mengenai

tindakan

masalah yang

Mencatat

Catatan

Kaedah
Instrument

Proposal

hendak
ditangani
Perbincan

11 Julai 2014

1 hari

Melakukan

gan

perbincangan

Kajian

Proposal

proposal

Tindakan
14

dengan

dengan mentor

Mentor

tentang kaedah
yang
dirancang.

Pengubah
suaian

12 13 Julai

2 hari

2014

Mengubahsuai

an proposal

proposal

Mengubahsu
ai proposal

berdasarkan
keputusan
perbincangan
dengan mentor.

Langkah

Tarikh

Tempoh

Pembina-

14 Julai 16

3 hari

an

Aktiviti

Julai 2014

Catatan

Menyediakan
lembaran kerja.

Instrumen/
Penyediaan Bahan
Pelaksanaan

16 Julai

9 minggu

30 Sept 2014

Aktiviti
dirancang

Tindakan
Pemerhati
an

16 Julai
30 Sept 2014

Sepanjang
tempoh
kajian

Senarai semak
Catatan

Mencatat
pemerhatian

Lapangan

15

dijalankan

Penilaian

13 Ogos

3 kali

2014

Analisis

Mencatat

kemajuan

kemajuan

3 Sept 2014

murid melalui

murid

1 Okt 2014

lembaran kerja
dan secara
lisan

Langkah
Ujian

Tarikh

Tempoh

1 Okt 2014

1 hari

Aktiviti

Pasca
Analisis

Catatan

Ujian Bertulis
dan Ujian Lisan

2 Okt 2014

1 hari

Ujian

Mencatat
hasil analisis

Pasca
Pengum-

3 6 Okt

4 hari

pulan Data
Analisis

2014
6 10 Okt

5 hari

Data
Pembetul-

2014

Menyusun Data

Fail

Mencatat

Dapatan
Jika Ada

Jika Ada

an Perancangan
Tindakan
Kedua
Laporan

Sehingga

Laporan penuh

Kajian

Peperiksa

kajian tindakan

16

Tindakan

an
Penggal
Kedua
(Okt 2014)

Langkah

Tarikh

Tempoh

Penghan-

Oktober 2014

Aktiviti

Catatan

taran
Laporan

8.2

PELAN TINDAKAN
Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah melakukan pemerhatian atas

murid-murid dan temubual dengan guru yang berkenaan untuk mengenalpasti


idea atau masalah yang dihadapi oleh murid supaya boleh mengambil tindakan
yang sesuai untuk menambahbaikan.

Seterusnya, saya

melakukan

tinjauan awal

dengan menganalisis

dokumen murid iaitu buku aktiviti dan lembaran kerja murid. Semasa
menganalisis dokumen, saya mengenalpasti dan mencatatkan nama-nama
murid yang bermasalah. Selain itu, saya juga mengadakan perbincangan dengan
guru dan pihak berkenaan tentang punca masalah murid.

Temubual ini dilakukan selepas waktu persekolahan. Segala respon dan


hasil perbincangan telah dicatat secara terperinci. Seterusnya, pendapat dan
17

cadangan yang dikumpul telah dianalisis untuk mencari cara penyelesaian yang
terbaik. Setelah itu, satu ujian pra yang ringkas dan secara bertulis dan lisan
dijalankan untuk mengenalpasti murid yang benar-benar bermasalah. Melalui
ujian ini, 3 orang murid, seorang lelaki dan dua orang perempuan dikenalpasti
tidak dapat menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ).

Oleh itu, satu perancangan tindakan telah dibuat untuk menentukan


kaedah penyelesaian yang sesuai dan menyediakan instrument-instrumen yang
diperlukan dalam kajian ini. Murid yang terlibat dalam kajian ini, akan
melaksanakan

aktiviti

perancangan

setiap

hari

Rabu

selepas

waktu

persekolahan di bawah pemantauan guru. Ini adalah untuk memastikan murid


yang bermasalah dapat menguasai kemahiran tersebut dengan cepat dan tepat.
Sepanjang tempoh sepuluh minggu kajian dijalankan, saya akan memerhatikan
perkembangan murid melalui beberapa lembaran kerja yang disediakan. Satu
set lembaran kerja akan diberi kepada murid pada hari Rabu selepas aktiviti
dijalankan selama tiga minggu dan lembaran kerja ini akan dijadikan bukti bagi
mengukuhkan data yang diperolehi.

Sebelum mengakhiri kajian ini, satu Ujian Pasca akan dilaksanakan oleh 3
orang murid terpilih untuk menguji kemajuan murid selepas pelaksanaan kaedah
penyelesaian yang telah ditentukan. Soalan Ujian Pasca adalah sama dengan
soalan Ujian Pra. Dengan itu, guru akan dapat melihat perbezaan dan dapat
menilai sejauh mana perkembangan murid.

18

Semasa kajian dijalankan, saya akan merekod dan mengumpulkan data


yang diperlukan dari semasa ke semasa mengikut perancangan. Setelah semua
data telah disusun dengan teratur dan kemas, saya mula menganalisis data
secara keseluruhan untuk membuat refleksi tentang perancangan dan mengenal
pasti keberkesanan pelaksanaan kajian ini.

Jika tindakan yang dirancang di dalam langkah pertama tidak dapat


mencapai objektif kajian, maka satu pembetulan perancangan akan dibuat
berdasarkan kelemahan yang didapati selepas menganalisis. Satu perancangan
tindakan kedua juga akan dibuat agar satu perancangan yang lebih sesuai dapat
dihasilkan.

8.3 Tinjauan Masalah


a) Temubual dengan guru
Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :
i. guru yang mengajar mata pelajaran teras
ii. guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

b) Temubual dengan murid


c) Temubual dengan waris / penjaga
d) Temubual dengan rakan sebaya
19

8.3.1. Temubual dengan guru


Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 3K,
masalah pembelajaran murid Tahun 3K yang tidak dapat menguasai kemahiran
mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv)
ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf
huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan sepenuhnya.

Menurut guru-guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras pula,


kebanyakan murid-murid yang bermasalah ini tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pengajaran guru. Di samping itu, murid-murid ini juga cepat
berasa bosan dan mula membuat kerja sendiri di dalam kelas semasa
pengajaran guru dilakukan. Terdapat juga segolongan kecil murid pula mula
mengganggu rakan-rakan yang lain.

8.3.2. Temubual dengan murid


Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah
mereka berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv)
dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa
huruf vokal dan huruf-huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.

20

Mereka juga menyatakan kurang mendapat sokongan dan motivasi


daripada keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat
mengulangkaji pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

8.3.3 Temubual dengan waris /penjaga


Hari Interaksi diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan
pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk
berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak atau
anak di bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk
berinteraksi bagi mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa
mereka berada di rumah.

Daripada temubual yang dijalankan , didapati kebanyakkan murid Linus


adalah daripada keluarga sosioekonomi yang kurang baik. Kebanyakan ibu bapa
atau penjaga murid-murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau
kerja rumah yang diberikan oleh guru dan tiada masa untuk memantau mereka
membuat ulangkaji di rumah serta mempunyai masalah kewangan untuk
menghantar anak-anak atau anak jagaan untuk menghadiri kelas tuisyen.
Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-rata bekerja di kebun atau
bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa.
Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan tidak sempat untuk
memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah. Ditambah pula dengan
21

kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan rendah, mereka berasa
rendah diri dengan menyatakan tidak pandai untuk mengajar anak-anak mereka
di rumah.

8.3.4 Temubual dengan rakan sebaya


Rakan-rakan

sebaya

juga

memainkan

peranan

penting

dalam

memastikan peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh


rakan yang tidak baik akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak
baik. Daripada temubual rakan sebaya daripada kumpulan murid Tahun 3K,
murid-murid yang bermasalah ini suka mengganggu rakan yang lain dan kurang
berminat dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kebanayakan murid Tahun
3K kurang selesa untuk membimbing rakan-rakan linus dan linus tegar yang
suka mengganggu rakan lain.

8.4

Rumusan Tinjauan Masalah


Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga

rumusan yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang
bermasalah ini tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini.
Tindakan segera perlu dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada
kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA
( Nilai Keberhasilan Utama Negara)
22

Rumusan :
i)

memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan


dan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

ii)

memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran


mengecam dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan
baik.

iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka


(kv ) dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka
(kv + kv).

23

8.5

Melaksanakan Tindakan
Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan

bagi meningkatkan

prestasi murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran mengeja dan


membunyikan suku kata terbuka ( kv ) ini bagi memastikan mereka keluar
daripada kepompong murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti
yang dirancang ialah :

8.5.1 Permata Hati


Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa
dilaksanakan.

Melalui

program

ini,

Ibu

bapa

berperanan

memantau

perkembangan prestasi anak-anak mereka di rumah. Mereka hanya memastikan


anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain daripada
itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anak-anak agar
belajar bersungguh-sungguh.

Ibu bapa atau penjaga akan diberikan Kad Pemantauan Kerja Rumah
(Lampiran 5). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru terutamanya kerja
rumah mata pelajaran Bahasa Melayu perlu ditandatangani oleh ibu bapa atau
penjaga, bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru. Di samping kerja rumah, mereka diharapkan dapat memberikan sokongan
dan motivasi kepada anak-anak seperti memberi ganjaran atau kepujian kepada
anak-anak agar menarik minat dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia.
24

Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga secara langsung dan tidak langsung
juga diadakan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pemerhatian :
Beberapa minggu selepas program ini dijalankan, murid-murid mula
menunjukkan minat belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan
walaupun tidak sepenuhnya tetapi mereka telah cuba sedaya upaya untuk
menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Refleksi

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam


diri murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada muridmurid untuk belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

8.5.2 Sinar Pagi


Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin dan
hari Rabu kerana diadakan perhimpunan mingguan dan aktiviti senamrobik bagi
Program 1Murid 1Sukan. Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu
tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap
kebolehan sendiri.

25

Seorang ketua dilantik bagi memastikan semua ahli kumpulan yang hadir
pada hari tersebut melakukan aktiviti yang sama. Ahli kumpulan yang
mempunyai perkembangan atau dapat membaca dengan baik dan lancar, juga
mungkin dilantik dan berpeluang menjadi Ketua kumpulan tersebut. Melalui
aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat memberikan sinar yang baharu kepada
murid-murid ini.

Pemerhatian :
Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, murid-murid telah
mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka
(kv). Ini disebabkan murid-murid ingin dilantik sebagai ketua kumpulan untuk
membimbing dan mengajar ahli kumpulan yang lain. Secara tidak langsung,
aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan murid terhadap diri sendiri dan juga
menarik minat mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Refleksi

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif


kepada murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil
dapat memberikan lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat
penting wujud dalam diri untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa
rendah diri yang begitu tinggi dalam diri murid-murid yang lemah.

26

8.5.3 Program Menggapai Bintang


Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada murid-murid untuk
meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak bintang dan boleh
ditukarkan dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam, buku nota
dan sebagainya. Bagi mendapatkan bintang yang telah disediakan oleh guru,
murid-murid perlu berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid
perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Di samping menguasai
kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau mengamalkan
nilai-nilai murni juga diberi ganjaran bintang.

Pemerhatian:
Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan
minat untuk melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguhsungguh. Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan
oleh guru.

Refleksi :
Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan
kerana untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat
menggalakkan. Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping
wujudnya semangat persaingan yang sihat di kalangan murid-murid. Mereka

27

perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang


diharapkan.

8.5.4 Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)


Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegar
dijalankan, aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi
pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.
Buku rujukan membaca yang digunakan mengandungi suku kata terbuka (kv +
kv ) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Contoh buku Program
Anakku Sayang Linus.

Pemerhatian:
Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji
daya ingatan murid-murid semasa

atau selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran menunjukkan murid-murid dapat menjawab hampir 70% soalan


yang dinyatakan oleh guru.

Refleksi :
Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat
mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau
kekal tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

28

8.6

Penilaian
Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja

sama semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat
peningkatan prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus
tegar.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus


dan murid tegar.

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)

Cina

Lelaki
1 orang

Perempuan
2 orang

Jumlah
3 orang

Perempuan
1 orang

Jumlah
1 orang

Selepas Kajian Tindakan (Selepas Saringan 2)

Cina

Lelaki
tiada

Analisa daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

29

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN


(SELEPAS SARINGAN 1)

3.5
3
2.5
2
Lelaki

1.5

Perempuan

Jumlah

1
0.5
0
Cina

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN


(SELEPAS SARINGAN 2)

1.2
1
0.8
0.6

Lelaki

Perempuan

Jumlah

0.4
0.2
0
Cina

8.7

Refleksi Kajian

30

Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat


kesimpulan bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang
dihadapi di sekolah dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya.
Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa, penjaga, guru-guru, pihak sekolah dan
diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun,
kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan
dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang yang bernama
guru.

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan,


masih terdapat seramai 1 orang murid linus bagi kelas Tahun 3K ini. Tetapi
terdapat pula murid Linus dari kelas lain. Peratusan yang dicapai, masih belum
mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu selepas saringan 2 dijalankan adalah diharapkan mencapai 90% daripada
keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian
murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan
murid termasuk dalam kumpulan Tahun 3K. Dengan kajian tindakan yang telah
dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid ke satu tahap yang boleh
dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa ancaman
yang menghalang pencapaian seratus peratus.

9.0

Kajian Untuk Kajian Seterusnya.

31

Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan


kajian yang seterusnya. Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi
lebih awal lagi. Oleh itu, masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan
yang lebih baik apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan
sesuatu program atau aktiviti juga akan dapat dipantau dengan lebih telus. Di
samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk
murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan, peruntukan masa yang lebih
perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama semua
pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu
dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus dan linus tegar.

10.0

Senarai Rujukan

32

Ee Ah Meng (1990). Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua, Kuala Lumpur


Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Juria Long, Raminah Hj. Sabran, Sofia Hamid (1990), Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ainon Mohd., Abdullah Hassan (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah,
Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011). Modul 1 Pengajaran, Teknologi &
Penaksiran Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim: Fakulti
Pendidikan & Pembangunan Manusia, UPSI

Annuar

Ayub

(Christoper

Bowring-Carr,

John

West-Burnham)

(1999),

Pembelajaran Berkesan di Sekolah, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan


Negara Malaysia

Brent Davies John West-Burnham (2009). Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah


(Reengineering & Total Quality in Schools), Karya Terjemah oleh Institutt
Terjamahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Attin Press Sdn.Bhd.

33

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin. (2011), Pengantar Penyelidikan Tindakan


dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

Rosinah Edinin. (2011), Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan (Edisi


Kedua). Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

34