Anda di halaman 1dari 3

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

SMK Sijangkang Jaya,


42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor
Ahli Kumpulan Al-Fisabilillah
Projek Khidmat Masyarakat,
Tingkatan 5 PA 1,
SMK Sijangkang Jaya.
APRIL 2016

Tuan,
Kebenaran Menjalankan Projek Khidmat Masyarakat di Luar Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.
Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan ahli
Kumpulan Al-Fisabilillah, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dari Tingkatan 5 PA 1 sekolah ini untuk menjalankan projek
Khidmat Masyarakat di luar kawasan sekolah dan di luar waktu persekolahan.
3.
Projek Khidmat Masyarakat yang dijalan merupakan satu daripada
komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5.
4.
Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan
tanggungjawab dalam melaksanakan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan
mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

(SALBIAH BINTI IBRAHIM)


Pengetua,
SMK Sijangkang Jaya,
42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor.

SURAT PENGENALAN DIRI MURID

SMK Sijangkang Jaya,


42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor.
Kepada,
Sesiapa yang berkenaan.
2016

4 APRIL

Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Projek Khidmat Masyarakat
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dengan ini dimaklumkan bahawa pembawa surat ini merupakan ahli
Kumpulan Al-Fisabilillah, Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dari Tingkatan 5 PA 1 SMK Sijangkang Jaya. Murid ini sedang
menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang merupakan satu daripada
komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5.
3.
Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid
ini agar projek Khidmat Masyarakat yang telah dirancang dapat dijalankan
dengan sempurna.
4.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih atas kerjasama pihak tuan.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
.
(SALBIAH BINTI IBRAHIM)
Pengetua,
SMK Sijangkang Jaya,
42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor.

SURAT PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA SURAU TAMAN


PERWIRA

SMK Sijangkang Jaya,


42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor.
Pengerusi,
Ahli Jawatankuasa Surau Taman Perwira,
42500, Telok Panglima Garang,
Kuala Langat, Selangor.
APRIL 2016

25

Tuan,
Ucapan Penghargaan
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Kami ahli Kumpulan Al-Fisabilillah Projek Khidmat Masyarakat Surau
Taman Perwira Bersih, Jemaah Ceria yang telah menjalankan projek tesebut di
tempat tuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih atas kerjasama yang diberikan kepada kami untuk menjayakan projek ini.
3.
Untuk pengetahuan tuan, kami telah Berjaya melaksanakan projek
Khidmat Masyarakat kami pada tahun ini dengan lancar dan sempurna. Banyak
nilai dan pengajaran yang telah kami peroleh semasa menjalankan projek ini.
4.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih dan berharap
agar tuan dapat memberikan kerjasama yang serupa pada masa akan datang.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
..
(AMIRUL BIN ZAIDEY)
Pengerusi Kumpulan Al-Fisabilillah,
Projek Khidmat Masyarakat,
Tingkatan 5 PA 1,
SMK Sijangkang Jaya.

Anda mungkin juga menyukai